Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 36
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
574

Bacaan






PERMAISURI AGONG NAFISAH terus memandang bumbung rumah lamanya di kampung dari jauh sahaja. Tidak berani dia mahu mendekati rumah itu. Bimbang sekiranya orang kampung tahu dia ada di kampung. Pasti akan kecoh!

Rumah itu... terlalu banyak kenangan memorinya terlakar di situ. Memorinya bersama Tengku Marsha dan bersama Syed Fathul. Memorinya membesar di rumah separuh batu itu.

Pada awal dia dekeluarga pindah ke situ, dedikit pun dia tidak rasa kekurangan bila hidup di kampung. Dari rumah vila ke rumah separuh batu. Dari rumah yang besar dan ada pembantu rumah kepada rumah yang lebih kecil dan semua kerja mesti dilakukan sendiri. Tidak sesekali pun membuatnya rasa kekurangan atau kesusahan. Yang penting baginya, umi dan walidnya di sisinya.

Di rumah itu ada memori yang manis, ada juga yang pahit. Ada memorinya ketawa dan tak terkecuali memorinya menangis. Lengkap semuanya. Hidupnya bahagia di situ. Bersama umi dan walidnya.

"Tuanku."

Permaisuri Agong Nafisah memandang ke arah cermin di depan. Yang ada imbasan wajah pemandu istana di situ.

"Kita nak buat apa kat sini tuanku?"

"Saya rindu suasana dekat sini. Semasa semuanya masih tenang dan damai."

"Mesti rumah yang tuanku lihat tu, rumah keluarga tuanku, kan?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Cantik. Rumah nampak seperti ada orang yang jaga. Tuanku upah orang ke?"

"Tak lah. Bekas ayah mertua saya. Katanya sayang dibiarkan rumah tu tak terurus. Jadi ayah la urus semua. Jaga rumah tu sampai sekarang."

Pemandu Istana mengangguk. "Tuanku tak tinggal sini? Maksud saya, selepas bercerai dengan Encik Fuad?"

"Tak. Saya tak nak orang kampung hentam walid saya lagi. Macam dulu. Sebelum saya nikah dengan Fuad."

"Sebab tu, tuanku bawa diri dan hidup susah?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk perlahan. Mengiyakan soalan dari Pemandu Istana. "Ini kali pertama saya masuk semula ke kampung ni, selepas saya keluar dari kampung ni dulu. Kalau awak nak tahu."

"Dah berapa lama tuanku tak ke sini?"

"Tujuh."

"Tujuh tahun? Lama tu."

"Ye, lama sangat. Saya rindu nak tinggal dekat situ semula. Rindu nak ketawa, senyum, gembira, dan rasa bahagia dekat rumah tu."

"Sebab tu tuanku nak ke sini hari ni?"

"Saya dapat rasa kisam silam saya dulu... ada kaitan dengan kehilangan Khalil."

"Maksud tuanku?"

"Saya rasa, saya boleh agak siapa ambil anak saya. Tapi... saya tak ada bukti. Dan, akan jadi tak masuk akal pun ye. Tapi itulah, firasat saya kuat sangat cakap kehilangan Khalil ada kaitan dengan masa lalu saya."

"Kenapa tuanku?"

"Khalil sangat takut dengan Suhana. Masa saya masih isteri Fuad, Khalil selalu menyorok belakang saya setiap kali pandang muka Suhana. Jadi, pelik kan kalau Khalil ikut Suhana."

"Kalau Khalil tak ikut Puan Suhana, habis siapa? Tuanku ada orang disyaki lagi?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng. "Dalam hidup saya, yang bencikan saya sangat-sangat adalah Suhana."

"Puan Suhana sahaja?"

"Ye."

"Kenapa dia benci tuanku?"

"Entah. Saya pun tak tahu. Tapi, dia pernah cakap yang saya ni penyebab kematian mak dan ayah dia. Saya pelik lah. Saya tak kenal pun mak ayah Suhana tu. Jadi macam mana saya boleh buat mereka meninggal. Pelik, kan?"

"Orang kalau dah benci tuanku... apa saja melibatkan kita, dia benci."

Permaisuri Agong Nafisah diam.

"Puan Suhana ni, ahli keluarga jauh tuanku ke?"

"Dia... agak close dengan walid dan umi saya. Masa saya berusia 16 tahun, walid bawak dia tinggal dengan kami. Kata walid, dia baru keluar dari hospital."

"Jadi, dia anak angkat Ustaz Syed Fathul dan Tengku Marsha?"

"Ye."

"Tuanku ada beritahu Tuanku Amirul tak pasal ni?"

"Nantilah. Tunggu tuanku balik. Hm... jom kita balik. Saya letih la."

"Baiklah, tuanku."

*****

"UMI..."

Puan Fasha menoleh. Dipaksa mukanya untuk mengukir senyuman. Tangannya yang sibuk menyolek wajah, menghentikan perbuatannya. "Khalil. Meh."

Khalil naik ke atas katil dan mengambil tempat duduk di sebelah uminya. Dia merenung anak mata 'umi'nya. Entah kenapa, dia rasa pelik. Ada sesuatu yang pelik tentang 'umi'nya ini.

"Kenapa Khalil? Lapar?"

"Khalil bosan lah, umi."

"Pergilah main game. Kan umi ada beli banyak untuk Khalil."

"Bosan."

"Nak umi beli game baru?"

Khalil menggeleng.

"Habis, Khalil nak apa?"

"Khalil dah lama tak pergi sekolah. Khalil nak pergi sekolah."

"Khalil. Sekolah tak penting lah. Lagipun sekarang ni... kita kena sembunyi dari ayahanda."

"Kenapa, umi?" Khalil menggaru-garu kepalanya.

"Ayahanada jahat. Nanti kalau dia jumpa kita, dia ambil Khalil dari umi. Kesian umi, kan?" Dibelai-belai rambut Khalil. "Bila ayahanda dah putus asa nak cari, baru umi hantar Khalil pergi sekolah. Sekolah baru."

"Tapi Khalil suka sekolah yang sekarang. Best. Cikgu baik, kawan-kawan pun ramai."

"Nanti kalau jumpa ayahanda macam mana?"

Khalil diam. Dia menunduk ke bawah.

"Khalil bosan sangat ye duduk rumah je? Teman umi ni."

Khalil mengangguk.

"Kita... pergi bercuti nak?"

"Pergi mana umi?" Mata Khalil sudah bersinar-sinar mendengarnya.

"Nanti umi fikirkan."

"Terima kasih umi." Dipeluk tubuh Puan Fasha yang disangka uminya itu.

Senyuman di wajah Puan Fasha kian pudar. Dibalas pelukan Khalil dengan berat hati. 'Lepas ni, lagi susahlah umi kau nak jumpa kau. Haih... ikutkan hati, nak je aku bunuh kau. Lepas tu bagi mayat kau kat mak kau tu. Padan muka!'

"Khalil sayang umi."

"Umi pun."

"Umi, bila kita boleh ambil abang?"

"Nanti, umi fikirkan. ye?"

Khalil di dalam pelukan Puan Fasha hanya mengangguk. "Umi..."

"Ye." Matanya sudah diputar ke atas. Menyampah melayan Khalil.

"Sejak bila kita banyak duit?"

"Kita memang banyak duit sayang."

"Tapi umi selalu cakap, kita hidup kena sederhana. Lepas tu, duit yang ada umi selalu simpan untuk tebus abang. Kalau kita guna... macam mana nak bawak abang balik?"

Satu dengus kasar dilepaskan. "Khalil." Pelukan dilepaskan. Matanya tajam merenung anak musuhnya. "Kita ni orang kaya, sampai bila nak hidup susah. Pasal abang, tahulah umi nak uruskan. Jangan risau."

Kalil mengangguk perlahan. 'Umi... pelik.'

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH mencium baju Khalil. "Umi rindu Khalil. Khalil dekat mana sayang?" Dibawa baju tersebut ke pipinya. Badannya mula bergoyang kedepan, ke belakang sedikit. Air matanya mengalir lebat.

*****

UNGKU RIDZUWAN menarik tangan Putera Agong Hisham yang berjalan di depannya.

"Kenapa?" soal si putera sebaik sahaja dia memusingkan badannya ke belakang.

"Umi."

"Kenapa dengan umi?"

Ungku Ridzuwan menoleh ke arah muka pintu bilik Permaisuri Agong Nafisah. "Aku macam dengar bunyi orang menangis dari dalam bilik ni. Mesti umi yang menangis."

"Ye ke?" Putera Agong Hisham mendekatkan dirinya dengan pintu bilik. Baru sahaja dia meletakkan kedua-dua tangannya pada permukaan pintu, pintu tersebut terus terbuka. "Alamak!"

Permaisuri Agong Nafisah yang sedang menangis di sofa, memusingkan badannya ke belakang. "Sham. Ridz. Buat apa dekat depan bilik umi ni?" Cepat-cepat si umi mengelap air matanya. Bimbang anak-anak tirinya dapat mengesannya menangis.

Putera Agong Hisham memandang saudara tirinya. Kemudian mereka sama-sama memandang wajah Permaisuri Agong Nafisah. Tersengih. Masing-masing menayang gigi putih.

"Kenapa korang berdua ni? Nak apa-apa ke?" Baju Khalil di letakkan di atas meja kecil yang ada di tepi sofa. Langkah kaki dihayun ke arah kedua-dua anak tirinya yang berdiri di depan pintu bilik yang sudah pun terganga luas.

"Umi menangis ke?" soal Ungku Ridzuwan.

"Eh. Mana ada."

"Ridz kata... dia dengar suara orang menangis tadi. Umi nangis erk?"

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum. "Sham dengan Ridz kenapa tak tidur lagi ni, hm? Esok sekolah."

Kedua-dua saudara tiri itu berbalas pandang. Kemudian mereka tersenyum. Dipandang wajah umi mereka semula. "Nak tidur dengan umi boleh?" serentak mereka berdua bertanya.

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum mendengarnya.

"Boleh la umi. Pleaseeee." Putera Agong Hisham mengoncang perlahan tangan kanan uminya.

"Boleh ye, umi?" Ungku Ridzuwan juga.

"Boleh. Apa salahnya."

"Yeay! Tidur dengan umi!" Putera Agong Hisham terus berlari ke arah katil. "Ridz, tutup pintu." Selamba sahaja anak sulung Raja Agong Amirul ini mengarah saudara tirinya.

Ungku Ridzuwan sudah membuat muka tidak puas hatinya.

Permaisuri Agong Nafisah ketawa kecil melihat telatah Putera Agong Hisham dan Ungku Ridzuwan. Tangannya menyentuh bahu Ungku Ridzuwan. "Pergilah naik atas katil. Umi tutup pintu."

"Terima kasih umi. Sayang umi."

"Umi pun sayang dia."

"Sham?" Putera Agong Hisham memandang kedua-dua susuk tubuh manusia di depan matanya dengan satu pandangan yang terselit rasa cemburu. "Umi tak sayang ke?"

"Umi sayang semua anak-anak umi." Tulus Permaisuri Agong Nafisah membalas.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku