Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 37
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
407

Bacaan






PERMAISURI AGONG NAFISAH mengeluh panjang. Nafas ditarik dalam-dalam. Ingin membetulkan saluran pernafasannya. Tangan kanannya mengesat air di mulutnya dengan tangan sebelum dia merebahkan kepalanya di atas bantal. Matanya mulai ditutup rapat. Ingin merehatkan otak dan bertenang.

Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam alam mimpi, bunyi telefon bimbit di tepi bantalnya berbunyi. Tangannya meraba-raba kawasan di tepi bantalnya. Matanya kekal terpejam. Setelah tangannya berjaya mengengam telefon bimbitnya, dia bawa betul-betul di depan matanya. Matanya dibuka sedikit.

Dalam keadaan dirinya yang lemah, letih, pening segala, digagahkan dirinya untuk menjawab panggilan tersebut. Diletakkan telefon yang sudah dia angkat panggilannya di telinga kanannya.

Dalam keadaan dia posisi baring secara mengiring, telefon tersebut dibiarkan sahaja di atas telinga. Tangan kanannya mula memeluk bantal kecil yang berhampiran.

"Assalamualaikum, sayang."

"Waa'laikumussalam."

"Nafisah... awak okey ke tu?"

"Hm."

"Awak, kenapa suara macam tak sihat sangat ni? Awak alah teruk ye?"

"Hm." Tangan kanan Permaisuri Agong Nafisah mula memicit kepalanya.

"Nak saya datang?"

"Tak payah la."

"Saya dah ada kat Lafiya ni."

"Bila... tuanku balik?"

"Baru je ni. Baru sampai tanah air. Ni ngah jalan kaki nak pergi kereta ni."

"Ooo."

"Saya datang ye?"

"Kata seminggu. Ni baru beberapa hari je."

"Seminggu untuk semua kerja saya. Dekat Lafiya dan Malaysia."

"Ooo. Hm.. nak muntah!" Dicampak telefon bimbit ke sisi dan berlari ke bilik air sambil tangannya menekup mulutnya.

*****

RAJA AGONG AMIRUL menoleh ke arah isteri yang duduk di sebelahnya sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. 'Agak-agak, Jannah marah tak? Terasa ke? Tapi... Nafisah perlukan aku sekarang. Argh!'

Satu nafas panjang ditarik. "Dinda."

"Ye." Permaisuri Agong Jannah menoleh ke arah si suami. Satu senyuman manis terukir cantik di wajahnya. Tangannya sudah mula memeluk lengan kanan si suami.

"Kanda nak jumpa Nafisah sekejap. Suara dia tadi, buat kanda risau la."

Permaisuri Agong Jannah mengangguk perlahan. "Ooo. Okey."

"Dinda, okey? Kanda... jumpa Nafisah."

"Okey. Tak lama kan? Bukan apa, meeting..."

"Sekejap je. Kanda nak pastikan Nafisah betul-betul okey dulu sebelum kita pergi meeting."

"Kalau Dinda Nafisah tak okey?"

Raja Agong Amirul diam.

"Kanda nak batalkan meeting ni ke?"

Raja Agong Amirul menggelengkan kepalanya. "Tak lah sampai macam tu."

Permaisuri Agong Jannah, diam.

"Kita pergi Istana Rehat ye?"

Permaisuri Agong Jannah mengangguk lagi.

*****

"NAFISAH..." Pintu bilik ditutup semula. Kaki Raja Agong Amirul mula melangkah mendekati bilik air. Pasti isteri mudanya ada di situ. Telinganya berjaya menangkap bunyi air dan suara orang sedang muntah.

Baru sahaja tangan si raja mahu menolak pintu bilik air, pintu bilik air di buka dari luar.

"Nafisah."

Permaisuri Agong Nafisah yang menunduk, mengangkat wajahnya. "Awak..." Terjatuh dia ke depan.

"Nafisah. Awak okey tak ni?" Raja Agong Amirul memaut badan isterinya itu, agar tidak terjatuh.

Permaisuri Agong Nafisah diam.

Raja Agong Amirul mencepung isteri keduanya itu. Lalu dibawa ke katil. Diletak Permaisuri Agong Nafisah elok-elok di atas katil. Tangannya menyentuh dahi si isteri. "Alhamdulillah lah awak tak demam."

"Hm."

"Dah makan?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng lemah.

Hujung mata Raja Agong Amirul memandang ke arah jam di dinding. Ingin mencongak masa. Sempat atau tidak dia ke mesyuarat sekiranya dia melayan si isteri yang sedang sakit di depan matanya ini.

"Saya suap makan ye?"

"Tak susahkan ke?"

Raja Agong Amirul tersenyum. "Tak lah." Dia membantu si isteri untuk bangun dari perbaringan.

"Wangi. Dah lama tak bau badan tuanku." Permaisuri Agong Nafisah meletakkan dagunya di atas bahu si suami. Tangannya memeluk tubuh tersebut saat si suami ingin membetulkan bantal di kepala katil untuknya bersandar.

"Dah. Sandar. Saya ambilkan makanan dulu."

Permaisuri Agong Nafisah makin mengetatkan pelukannya. "Tunggulah sekejap. Patik rindu. Sekejap je."

Raja Agong Amirul sudah menjeling-jeling jam di dinding. 'Kalau terus macam ni, nak suap makan lagi... sempat ke ni? Macam tak je. Tapi... tak sampai hati lah pulak tak layan Nafisah. Dia sakit pun sebab mengandungkan anak aku. Hm...'

"Kanda Jannah, mana?"

"Ada dengan mak."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk. "Tuanku, malam ni tidur sini tak?"

'Alahai Nafisah, kenapalah suara tu gemersik sangat sekarang.'

"Tuanku..." Permaisuri Agong Nafisah sudah merengek.

"Sorry sayang. Rasanya tak. Saya... busy hari ni."

"Habis, datang sini?"

"Risaukan awak la, sayang."

Permaisuri Agong Nafisah melepaskan perlukan. Dia menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Mukanya memandang ke arah lain.

"Awak... marah saya?"

Permaisuri Agong Nafisah diam.

"Maaflah ye. Tuntan kerja yang saya tak boleh nak tolak. Kalau kerja saya siap awal, saya datang sini. Teman awak ye?"

"Pergi je lah. Tak payah risaukan patik." Ditarik gebar ke atas.

"La, kenapa cakap macam tu?"

Diam.

Raja Agong Amirul mendekatkan posisi duduknya dengan si isteri. Tangannya mengusap pipi kiri Permaisuri Agong Nafisah. "Sayang, please jangan macam ni. Saya kerja, bukan bersuka-ria."

"Tuanku tak sayang patik."

"Sayang lah."

"Kalau sayang, kenapa tak cakap je dekat dalam TV hari tu pasal patik?"

"Kalau saya buat macam tu, wartawan di sini dan seluruh dunia akan cari awak sampai dapat tau. Kalau saya ada masa mereka cari awak, tak apa. Kalau saya tak ada, macam mana? Dibuatnya masa saya masih lawatan rasmi, mereka cari awak. Dapat tahu pasal Khalil. Makin susah kita nanti. Lagipun awak kan tak sihat. Kita pun ada masalah lagi yang tak selesai. Saya tak nak kewujudan wartawan akan buat awak tertekan."

"Tipu."

Ditarik kepala si isteri ke dadanya. "Mana ada tipu." Digosok berlakang tubuh si isteri. "Saya cakap betul."

Permaisuri Agong Nafisah melepaskan diri dari terus menerus dalam keadaan sebegitu. Dipandang anak mata suaminya. "Kalau sayang, kenapa tuanku selalu buat patik menangis? Kenapa tuanku seksa patik?"

"Nafisah." Digengam tangan kanan isterinya. "Janganlah ungkit dan ingat lagi. Saya... tak tahu nak jelaskan macam mana pasal semua tu. Sebab kalau saya jelaskan, saya takut awak lagi tak percayakan saya yang saya sayang awak. Saya mintak maaf ye atas segala sikap buruk saya pada awak dulu." Dicium satu-satu hari isterinya.

"Tuanku." Menitis air mata Permaisuri Agong Nafisah.

"Ye." Raja Agong Amirul berbalas pandang dengan isterinya.

"Tolong jangan lukakan lagi. Sakit. Patik tak tahan lagi nak tahan semua rasa sakit tu. Tolonglah jangan lukakan lagi hati ni. Kalau tuanku lukakan lagi, patik mungkin akan jadi orang lain. Bukan Nafisah yang tuanku kenal lagi."

Raja Agong Amirul mengangguk.

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum. Terus dia memeluk tubuh suaminya. Telinganya diletakkan di atas dada si suami. Suka dia mendengar dengupan jantung si suami.

Raja Agong Amirul mencium ubun-ubun isterinya.

"Dulu, masa kita sama-sama setuju nak mulakan hubungan kita dengan baik, patik gembira sangat. Tapi... sekejap je rasa gembira tu. Beberapa minggu je lepas tu... tuanku marah patik, tengking patik, tuduh patik pada hari jadi tuanku. Pati sedih. Masa tu... patik terasa sangat. Patik tengah mengandung, tuanku buat patik macam tu," luah Permaisuri Agong Nafisah.

"Maaf."

"Tuanku..." Didongak kepala ke atas. Memandang si suami. "Patik nak sangat tanya tuanku soalan ni. Boleh?"

"Apa?"

"Tuanku, rasa seronok tak bila dapat tahu patik mengandung?"

Raja Agong Amirul tersenyum. "Sangat."

"Betul?"

Raja Agong Amirul mengangguk. Tangannya mengemaskan pelukan antara mereka. "Saya sayang awak sangat-sangat."

Muka Permaisuri Agong Nafisah merah. Dia menolak perlahan dada suaminya agar jauh darinya.

"Kenapa?"

Tangan kanan dan kiri Permaisuri Agong Nafisah menekap perutnya. "Laparlah. Kata nak suap. Pergilah ambik makanan. Suap patik. Lepas tu boleh pergi kerja balik." Wajahnya menunduk. Malu!

"Okey." Raja Agong Amirul mengangkat punggungnya dari katil.

"Malunya!" Ditekup mukanya dengan bantal kecil sebaik sahaja matanya melihat si suami sudah hilang dibalik pintu. "Malu..."

*****

RAJA AGONG ARMIRUL menutup mulutnya menahan tawa. Dia tahu kenapa isterinya itu menghalaunya secara halus tadi. Dia perasan akan wajah merah Permaisuri Agong Nafisah.

"Agaknya malu sangat kut, sebab tu lah hari tu dengar je aku kata 'sayang' ditutup terus telefonnya. Haih... Nafisah, Nafisah, Nafisah. Masih comel macam masa kecil-kecil dulu." Langkah kaki diatur ke dapur.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku