Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 38
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
803

Bacaan






TERKAKU Raja Agong Amirul saat dia melihat figura di depan matanya. 'Nafisah?' Berkerut-kerut dahinya melihat wanita dihadapannya. Raut wajah wanta itu, mirip sekali dengan isteri mudanya.

Kakinya sudah ringan untuk melangkah ke arah wanita yang memiliki wajah sangat seiras dengan isteri keduanya itu. Namun pergerakkannya terhenti, saat dia berasa ada tangan menyentuh bahunya. Ditoleh ke belakang.

"Kanda nak kemana? Kita perlu ke mesyuarat sekarang."

"Dinda. Tu, Nafisah ke?" Raja Agong Amirul menjuih bibir ke arah seorang wanita yang sedang melayan karenah seorang budak lelaki bermain. Dia tidak dapat melihat wajah budak lelaki itu, kerana membelakanginya. Tapi wajah wanita itu dia dapat lihat dengan jelas dari tepi.

Permaisuri Agong Jannah melemparkan pandangannya ke arah wanita yang ditunjukkan oleh suaminya. Cepat-cepat dia memandang wajah suaminya semula. Mulutnya sedikit terganga. "Kan... da." Dia menoleh semula ke arah wanita yang dilihatnya tadi. Namun, kelibat wanita itu sudah tidak kelihatan.

"Nafisah ke tu?"

"Entah la kanda. Mungkin, khayalan kita je kut."

Raja Agong Amirul mengerut-gerutkan dahinya. Berfikir.

Lengan si suami dipaut dengan lengannya. "Jom pergi mesyuarat. Nanti lewat, lambat habis. Makin bertangguh la kerja kita."

"Ye la." Raja Agong Amirul mengangguk.

"Senyum la sikit, kanda."

Perlahan-lahan Raja Agong Amirul mengukir senyuman nipis.

"Macam tu la. Jom."

*****

PUAN FASHA merenung telatah Khalil bermain. Mulutnya diherot-herotkan sedikit. Tanda dirinya sedang berfikir sesuatu. 'Tadi, aku rasa macam ada yang pandang aku. Keluarga minah tu ke ye?'

Tit.

Tumpuannya mengenai perasaan orang yang melihatnya tadi, hilang sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi tanda ada pesanan ringkas masuk. Tangannya menyelak beg tangan yang dibawanya. Skreen telefon bimbit diaktifkan. Senyuman ditarik saat bebola matanya melihat nama penghantar pesanan ringkas tersebut.

+ Ni muka suami dia dengan madu dia.

Puan Fasha menekan gambar yang dihantar oleh si adik. Matanya dikecilkan sedikit saat melihat gambar seorang lelaki dengan seorang wanita. Mereka tersenyum sesama sendiri. 'Ni bukan ke orang yang pandang aku tak lepas tadi?' Satu senyuman jahat terukir di bibirnya.

+ Maaf lambat bagi. Susah nak dapat gambar ni. Maklumlah pemerintah.

Puan Fasha ketawa kecil membaca pesana Puan Suhana. Laju tangannya menyentuh papan kekunci pada skreen telefon.

+ Tak apa. Anyway, dah terjumpa tanpa sengaja tadi.

Send.

+ Oh, really! So... kita dah boleh mulakan projek? – Puan Suhana.

+ Dah. Tapi make sure panglima tu tak tahu rancangan kita. Jangan sampai dia tahu yang kita gunakan dia. – Puan Fasha.

+ Don't worry la kakak. Zafrul tak syak apa-apa. – Puan Suhana.

+ Good job, sister. – Puan Fasha.

Tangannya menyelak ke dalam beg tangannya semula. Ingin menyimpan telefon bimbitnya semula. Terkejut dirinya saat matanya bertentangan dengan mata milik Khalil yang sudah berdiri di depannya.

Segera dia memaniskan wajahnya. "Kenapa Khalil tengok umi macam tu?"

"Umi... pelik."

"Pelik macam mana?"

"Umi, tak pernah pakai macam ni bila keluar." Matanya merenung si 'umi' dari atas sampai ke bawah. Berseluar slack, blause lengan pendek, hand bag berjenama, kasut tinggi. Berbeza dengan pemakaian uminya yang dahulu. Yang simple.

Dada Puan Fasha berdegup kencang. 'Alamak!'

"Ye... ye, ke Khalil?"

Khalil mengangguk.

"Oh... umi saja pakai macam ni. Nak tukar angin."

"Khalil tak suka la umi pakai macam ni. Umi lagi cantik pakai macam dulu."

"Macam dulu tu, macam mana?"

"Tudung labuh, pakai baju lengan panjang, tak pakai mekap sangat. Umi lagi cantik macam tu."

'Euw! Nafisah tu pakai macam tu. Erk! Hm...'

"Lagi satu."

Puan Fasha merenung anak mata Khalil. "Ye."

"Umi kenapa senyum-senyum tadi masa tengok telefon?"

"Ooo... tu sebab... umi gembira. Umi senyum la." Riak wajah cuba dikekalkan untuk manis dan lembut. Adiknya memberitahu bahawa muduh mereka itu, wajahnya suka senyum dan sangat lembut. Jadi dia perlu mengawal riak wajahnya agar orang disekelilingnya tidak perasaan bahawa dia menyamar.

Khalil hanya diam.

"Dah la Khalil. Kat sini bosan. Kita masuk kedai dekat sana, nak?" Puan Fasha menunjukkan jari telunjuknya pada satu kedai yang tida jauh dari mereka.

Khalil mengangguk perlahan.

*****

PUAN SUHANA membuka pintu rumahnya. Senyuman diukir di bibir saat melihat susuk tubuh Panglima Zafrul di depan rumahnya. "Masuklah."

Seminggu selepas kehilangan Khalil, dia telah menyusun strategi untuk mendekati Panglima Zafrul. Ianya penting memandangkan Panglima Zafrul antara pekerja istana yang rapat dengan musuhnya; Permaisuri Agong Nafisah.

Entah bagaimana dengan mudahnya Panglima Zafrul membantunya saat dia berpura-pura diragut ketika itu. Tidak cukup dengan itu, panglima tersebut mempercayainya yang dia sudah berubah. Lantas mereka bertukar nombor telefon.

Meskipun bertukar nombor telefon, yang selalu berhubung dengan Panglima Zafrul adalah Hanim sendiri. Kata Panglima Zafrul, biarlah dia rapat dengan Hanim, mudah untuk Khalil atau Hanim hilangkan rindu sesama mereka nanti.

Dan dia hanya turutkan. Dia sanggup tunaikan apa sahaja permintaan Panglima Zafrul, agar dia sering dapat maklumat mengenai musuhnya dalam diam. Tanpa Panglima Zafrul sedari.

Sehingga detik ini, maklumat yang dia dapat hasil perhubungan tersebut tidak banyak. Sangat sukar untuk mengorek rahsia keluarga diraja dari panglima ini. Mahu minta Hanim tanyakan, bimbang Panglima Zafrul curiga. Jadi dia sabar sahaja. Dia yakin, satu hari pasti akan ada juga rahsia Keluarga Diraja Agong ada dalam tangannya.

Panglima Zafrul mengangguk. Dia mendekati pintu kayu rumah milik Puan Suhana.

"Masuklah. Boleh minum-minum."

Panglima Zafrul tersenyum. Tangan kanan dinaikkan ke atas sedikit. "Tak apalah puan. Duduk luar je. Hanim... mana?"

"Oh, Hanim. Ada, dekat atas. Panglima tunggu sekejap ye, saya panggil Hanim turun. Nanti bolehlah panglima borak dengan Hanim."

Satu anggukkan diberikan oleh si panglima.

"Duduklah dekat halaman dulu. Nanti saya dan Hanim datang."

*****

"UNCLE."

Panglima Zafrul tersenyum melihat budak perempuan kecil mendekatinya. Tangannya menarik kerusi di sisinya untuk Hanim duduk di situ. "Duk sini. Meh uncle tolong angkatkan." Tangannya mula mencekak bawah ketiak Hanim untuk diangkat.

"Thank you, uncle."

"Welcome." Pnaglima Zafrul mengusap kepala Hanim.

"Saya masuk dalam la. Panglima sembanglah dengan Hanim."

"Terima kasih."

"Sama-sama." Puan Suhana mula melangkah pergi.

Melihat tuan rumah sudah tiada, Panglima Zafrul mendekatkan mulutnya dengan cuping telinga Hanim. "Abang Khalil ada datang?" bisiknya perlahan.

Hanim menggeleng.

"Rindu abang tak?" Dipandang wajah polos Hanim.

"Rindu."

Makin lebar senyuman Panglima Zafrul. Dia tahu Hanim budak baik. Tangannya perlahan-lahan menyentuh kening Hanim. Dahinya berkerut seketika.

"Kenap uncle?"

Panglima Zafrul menggeleng. "Tak ada apa."

Hanim tersenyum manis.

"Nah, uncle bawak cupcake untuk Hanim." Dihulur kotak kecil kepada budak perempuan bertocang satu itu.

"Wa! Cantik..." Hanim menepuk-nepuk kedua-dua tangannya. Gembira dia meihat buah tangan yang dibawa oleh Panglima Zafrul.

"Makanlah."

Hanim mengangguk.

Lama Panglima Zafrul merenung Hanim yang berusia empat tahun itu. 'Kening dia, macam kening Tuanku Nafisah la. Pelik. Hanim langsung tak ada iras-iras mama dia. Tapi dia lebih banyak iras Tuanku Nafisah. Kening dia, warna kulit. Betul ke ni anak Suhana.' Matanya merenung tajam rumah di depan matanya. 'Jangan-jangan... ni anak Tuanku Nafisah, tak?'

"Hanim..." panggil Panglima Zafrul.

Hanim menoleh.

"Kalau abang datang, jangan lupa beritahu uncle tau."

Hanim mengangguk laju.

*****

"KANDA tak sangka, Nafisah dah pandai menipu," gumam sang raja dengan perlahan. Biar cukup untuk pendengaran telinganya dan isteri pertamanya sahaja. Tidak mahu orang lain tahu.

Permaisuri Agong Jannah, hanya mendiamkan dirinya buat sektika. Otaknya masih lagi memutar-mutar insiden tadi. Saat dia terlihat 'madu'nya semasa dirinya dan suami dalam perjalanan ke mesyuarat yang tidak jauh dari kawasan itu.

Tidak lama kemudian, dia menoleh memandang si suami. Jelas kelihatan wajah Raja Agong Amirul, merah menyala, pasti marah teramat. "Kanda yakin ke tu, Dinda Nafisah?"

"Maksud dinda?" Raja Agong Amirul memandang wajah serius isterinya.

"Ye la. Dinda Nafisah kan tak pernah pakai tudung singkat. Perempuan tadi... tudungnya jarang dan... tak menutup aurat dengan sempurna. Dinda Nafisah yang kita kenal, sangat menjaga auratnya. Tak kira, dalam bilik, dalam istana, mahupun di luar istana. Lagipun kanda, kita tengok perempuan tadi sekilas je. Lepas tu kita tengok mukanya dari sebelah tepi sahaja. Bukan Dinda Nafisah la tu, tapi pelanduk dua serupa."

Raja Agong Amirul diam seketika.

"Lagipun, pagi tadi kita jumpa Dinda Nafisah kan? Dinda Nafisah tak larat nak bergerak. Atas katil je. Tak ke mustahil dia boleh sihat dan cergas tiba-tiba. Alahan mengandung Dinda Nafisah kan, teruk."

"Ye tak ye jugak."

"Kanda ni, banyak sangat fikir. Tu la. Tengok, banyak fikir sangat sampai isteri sendiri punya keadaan pun cepat je lupa." Permaisuri Agong Jannah pura-pura marah.

Raja Agong Amirul tersenyum.

"Tadi tu, bukan Dinda Nafisah la. Pelanduk dua serupa je tu."

"Yakin?"

"Yakin. Pasti."

"Ookey." Kepala diangguk perlahan-lahan. "Kalau kita jumpa lagi, kita tanya wanita tu. Nafisah ke, tak."

Permaisuri Agong Jannah mengangguk.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku