Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 39
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
600

Bacaan






"ASSALAMUALAIKUM."

"Waa'laikumussalam, ayah. Ayah sihat hari ni?" Puan Suhana menjulurkan lidahnya sebaik sahaja dia selesai bercakap sebegitu. Rasa geli pula dia bertanya khabar ayah mertuanya ini.

"Macam biasa. Orang tua. Hanim, macam mana?" soal ayah Encik Fuad.

Dia memang suka telefon Puan Suhana secara tiba-tiba. Terkadang dia suka datang tanpa diundang ke rumah anak menantunya. Ingin memastikan Hanim baik-baik sahaja. Tidak mahu kejadian lama terulang kembali. Cukuplah sekali.

"Hanim? Sihat. Ayah nak jumpa kami ke?"

"Hm."

"Okey. Nanti kami datang rumah ayah ye?" Kedua-dua bebola mata milik Puan Suhana berpusing ke atas.

"Hm."

"Tapi, tak tahu la bila."

"Okey."

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH mengambil telefon bimbitnya. Satu keluhan panjang dilepaskan. Skreen telefon dibuka. Jarinya mula menyapu skreen, mencari nombor seseorang.

Telefon ditekapkan di telinga kanannya sebaik sahaja bahagian call, disentuh. "Assalamualaikum, ayah." Lembut si permaisuri memberi salam sebaik sahaja panggilan dihubungkan.

"Waa'laikumussalam. Nafisah. Rindu ayah. Nafisah sihat?"

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum. "Sihat, alhamdulillah. Ayah?"

"Orang tua. Biasalah."

"Ayah kena jaga kesihatan. Ayah bukan muda lagi. Dah tak kuat. Kena banyakkan rehat," nasihat Permaisuri Agong Nafisah dengan lembut kepada bekas ayah mertuanya itu.

"Baiklah. Ada apa call ayah? Rindukan ayah?"

"Rindu la jugak. Ayah kan, ayah Nafisah. Nafisah dah tak ada ayah lain kecuali ayah."

"Nafisah... jangan cakap macam tu. Walaupun Nafisah bekas menantu ayah, ayah anggap Nafisah macam anak ayah sendiri. Masa Nafisah menantu ayah dulu, Nafisah ayah tak pernah anggap sebagai menantu. Tapi anak sendiri."

Terharu Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. "Ayah. Nafisah nak share dengan ayah sesuatu."

"Apa dia?"

"Nafisah mengandung. Anak kembar, ayah."

"Alhamdulillah. Ayah doakan Nafisah dan kandungan selamat, sihat dan sentiasa dibawah lindungan-Nya. Amiin."

"Amiin. Terima kasih ayah. Nafisah mintak maaf, lama tak call ayah. Tak bagitau perkembangan diri Nafisah. Ayah jangan kecik hati ye?"

"Allah! Nafisah. Hal kecik je. Ayah faham situasi Nafisah macam mana. Nak urus suami lagi, anak lagi. Ni dah mengandung, nak kena jaga kandungan lagi. Nafisah ada tanggungjawab lain. Jangan risau, sikit pun ayah tak terasa hati dengan Nafisah."

"Terima kasih, ayah. Hm... ayah. Nafisah nak mintak tolong sikit, boleh?"

"Boleh. Insya-Allah kalau ayah boleh tolong. Apa?"

"Nafisah, teringin nak makan cempedak dekat kebun ayah tu. Ada lagi tak?"

Ayah Encik Fuad ketawa. "Mengidam ye anak ayah ni?"

"Teringin. Mengidam makan selalu suami Nafisah yang kena ayah. Ni, entah kenapa asyik terbayang je cempedak ayah tu. Boleh tak, Nafisah nak sikit?"

"Boleh! Boleh sangat. Datang la sini."

Makin lebar senyuman yang menghiasi wajah isteri muda Raja Agong Amirul itu. "Petang nanti, Nafisah datang ye, ayah?"

"Boleh. Datang je. Ayah ada ni. Datang ye?"

"Insya-Allah. Nafisha nak mintak izin suami dulu."

"Hm. Ye la. Apa-apa, beritahu ayah ye?"

"Baiklah, ayah."

*****

"BOLEH?" Berdebar Permaisuri Agong Nafisah menanti jawapan izin dari suaminya melalui telefon itu.

"Tidur sana ke?"

"Tak."

"Balik sebelum Maghrib."

"Tuanku izinkan patk pergi ke ni?"

"Ye. Tapi jangan lupa Dayang Ita dan Panglima Zafrul. Bawak sekali."

"Ye. Terima kasih, tuanku."

"Sama-sama. Saya letak dulu ye? Ada kerja. Nanti saya call balik."

"Okey. Terima kasih tuanku. Sayang tuanku." Terus diputuskan panggilan sebaik sahaja mengucapkan kata-kata tersebut kepada sang suami. Malu!

*****

RAJA AGONG AMIRUL tersenyum sendiri saat telinganya menangkap bunyi panggilan sudah diputuskan oleh si isteri. 'Nafisah, Nafisah... hm...'

Tangannya membuka peti pesanan ringkas.

+ Saya sayang awak lebih lagi. Take care. Always miss you. Assalamualaikum, love.

Send.

*****

BANTAL kecil di sisi, diambil oleh Permaisuri Agong Nafisah. Ditekup mukanya dengan bantal tersebut. Malu! Gembira! Semua perasaan indah hadir dalam dirinya saat dia membaca mesej dari si suami.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku