Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 40
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
682

Bacaan






DAYANG ITA mendekati Permaisuri Agong Nafisah yang sedang baring untuk merehatkan badan buat seketika di atas katil. Katil yang ada di dalam salah satu bilik yang ada di dalam rumah ayah Encik Fuad.

Permaisuri Agong Nafisah memicit kepalanya. Rasa sakit tiba-tiba menyerang sebaik sahaja dia selesai menjamah makanan yang diidam-idamnya..

"Awak."

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah pembantunya. Kedua-dua bebola matanya jelas melihat Dayang Ita sedang duduk melutut di sisi katil. Berdekatan dengan kepalanya.

"Sakit sangat?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk perlahan.

Tangan Dayang Ita berlabuh pada kepala majikannya. "Saya picit ye?" Dipicit, diurut perlahan-lahan kepala isteri kedua Raja Agong Amirul.

Permaisuri Agong Nafisah, merelakan.

"Saya perasan kan, awak selalu sakit kalau tuanku tak ada dengan awak." Intonasi nada suaranya perlahan sedikit, seakan berbisik sebaik sahaja dia menyebut perkataan 'tuanku' yang merujuk kepada Raja Agong Amirul. Bimbang bekas mertua majikannya ini dengar.

Setahunya, ayah Encik Fuad masih tidak tahu siapa mereka sebenarnya. Dia dan Paglima Zafrul diperkenalkan sebagai kawan baik Permaisuri Agong Nafisah. Bukan pekerja. Bukan dayang, pembantu, pengawal si permaisuri. Hanya kawan baik sahaja.

"Entah la."

Tangan Dayang Ita masih menjalankan tugasnya. "Kita ni... nak balik pukul berapa? Dah nak Maghrib dah."

Perlahan-lahan, si permaisuri menurunkan tangan pembantunya dari memicit kepalanya. "Sekarang la." Permaisuri Agong Nafisah bangun dari posisi baringnya. Tangan kanannya masih memegang kepalanya. "Tuanku suruh balik sebelum Maghrib."

Dayang Ita mengangguk. Diambil tudung majikannya yang bersangkut tidak jauh dari posisi mereka dan diberikan kepada Permaisuri Agong Nafisah. Kemudian tangannya mengambil beg tangan milik Permaisuri Agong Nafisah yang diletakkan di bawah katil. Diperiksa isi-isi di dalam beg tersebut. Bimbang ada yang hilang.

Permaisuri Agong Nafisah mengemaskan tudung di atas kepalanya. Dia merenung imbasan wajahnya pada cermin yang ada di depan matanya tanpa dia perlu turun dari katil.

"Telefon awak mana?"

"Ni." Permaisuri Agong Nafisah menunjukkan telefon bimbit yang berada dalam genggamannya kepada pembantunya.

"Nak saya masukkan dalam handbag tak?"

Dengan lemah, isteri muda Raja Agong Amirul menggeleng. "Tak payah la. Biar saya pegang."

"Okey."

"Ita, saya... rasa tak sedap hati la."

"Tak sedap hati?" Dayang Ita mengambil tempat duduk di sebelah Permaisuri Agong Nafisah. Tangannya diletakkan di atas kedua-dua bahu majikannya. "Kenapa awak boleh rasa macam tu pulak?"

"Tak tahu la. Makin lama, makin saya tak sedap hati. Saya... risaukan tuanku kut."

"Awak fikir banyak sangat agaknya. Kalau risau tuanku, cuba call."

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh panjang. "Masa saya mintak izin nak datang sini, tuanku ada cakap yang dia ada kerja kena buat. Takut kacau."

"La, tak kan tuanku nak marah awak call. Call, lepas tu cakaplah yang awak risaukan tuanku. Tak ada maknanya tuanku nak marah."

Permaisuri Agong Nafisah merenung telefon bimbitnya. Lama sekali. Hatinya masih berkira-kira untuk menghubungi suaminya atau tidak. Separuh dari hatinya menyuruhnya menghubungi suaminya, separuh lagi melarang. Bimbang menganggu masa kerja suaminya pula.

"Saya tinggalkan awak sekejap ye? Nak cari Zafrul."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Call je. Tuanku tak marah la." Dayang Ita memberi jaminan. Satu senyuman diukir buat si permaisuri. Mahu menenangkan sedikit kegusaran dalam hati Permaisuri Agong Nafisah.

*****

"ADA apa sayang?" Badan disandar pada dinding. Sebelah tangannya, dimasukkan ke dalam poket seluar.

Permaisuri Agong Nafisah menyandarkan tubuh belakangnya sedikit ke kepala katil. Kedudukannya diselesakan. "Tuanku... tak apa-apa, kan dekat sana?" soal Permaisuri Agong Nafisah takut-takut.

Berkerut dahi Raja Agong Amirul mendengar persoalan yang keluar dari mulut isterinya. "Saya okey je. Kenapa ni? Awak sakit ke?" Soal Raja Agong Amirul. Sudah mula timbul rasa risau dalam hatinya.

"Sikit. Kepala patik pening dari tadi. Rasa berat," adu si isteri dengan manja.

"Dekat mana ni?"

"Rumah ayah lagi ni."

"La, kan dah nak Mahgrib ni. Kenapa tak balik istana lagi?"

"Maaflah tuanku, patik tak bertolak balik lagi. Kepala berat sangat tadi. Patik rehat sekejap kat sini. Tuanku, tak marah kan?"

Raja Agong Amirul tersenyum. "Nak marah sebab apa pulak ni?"

"Sebab dah nak Maghrib, tapi patik tak balik lagi."

"Kalau tak larat sangat, stay dulu dekat situ. Sampai awak betul-betul okey. Jangan paksa diri tu sangat. Kesian diri awak, letih dia."

Permaisuri Agong Nafisah memeluk bantal. "Tuanku, patik nak tanya."

"Apa?"

"Tuanku betul-betul okey, kan? Tak sakit ke, tak ada apa-apa hal buruk berlaku dekat sana, kan?"

"Ye. Saya okey ni sayang. Awak kenapa tanya soalan pelik ni?"

"Hm. Tuanku... sebenarnya patik tak sedap hati. Tu yang tanya."

"Nafisah, bertenang. Jangan layan sangat rasa hati awak tu."

"Agak-agak, ada kena mengenai dengan Khalil ke? Khalil... sakit ke, tuanku." Bergenang air mata si isteri saat dia mula terfikirkan kesihatan Khalil yang masih hilang itu.

"Nafisah. Listen. Bawak berehat dan jangan fikir sangat ye? Khalil tak apa-apa, kita doakan dia ye?"

"Atau... Kabir sakit tak, tuanku."

"Ya Allah..." Badan yang bersandar pada dinding, sudah tegak. "Nafisah. Jangan fikir bukan-bukan."

Permaisuri Agong Nafisah menitiskan air matanya. "Hati patik tak tenang dari tadi. Patik takut."

"Jangan fikir yang bukan-bukan. Awak letih je tu."

"Tuanku. Patik... nak jenguk Kabir boleh?"

"Dah nak Maghrib ni, Nafisah. Tak elok la awak keluar waktu macam ni."

"Patik risau. Jiwa tak tenang kalau tak nampak anak-anak patik okey. Khalil... hilang. Kabir tak ada depan mata patik. Tuanku izinkanlah patik jenguk Kabir. Sekejap je. Boleh ye?"

"Nafisah. Saya izinkan awak jenguk Kabir, tapi... esok pagi. Bukan sekarang."

"Tuanku..."

"Nafisah. Dengar cakap saya." Tegas Raja Agong Amirul katakan.

Permaisuri Agong Nafisah diam.

"Esok pagi pergi jenguk Kabir. Bukan sekarang. Faham?" Lembut nada suara Raja Agong Amirul tapi ada ketegasan di situ.

"Faham..."

"Sekarang, saya nak awak rehat dulu dekat situ. Jangan balik lagi. Balik lepas Isya'."

"Hm."

"Dah sampai istana, call saya."

"Ye."

Satu keluhan berat dilepaskan oleh si suami. "Saya mintak maaf. Saya bukan tak izinkan awak jenguk Kabir sekarang, tapi tak elok untuk awak."

"Hati patik tak tenang..."

"Mainan perasaan je tu. Selawat dan zikir banyak-banyak ye?"

Diam.

"Saya tahu, awak marah, kecik hati dengan saya. Tapi saya buat macam ni, untuk kebaikan awak. Tolong faham ye?"

"Ye."

"Esok petang saya balik."

Terus Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman lebar. Wajah muram, sedih dan kecewa kerana si suami tidak benarkan dia menjenguk Kabir sudah hilang. "Esok? Esok tuanku balik?"

"Ye."

"Betul?"

"Betul."

"Yeay."

"Amboi... cerianya suara dia."

"Mestilah. Rindu..." Perlahan sahaja Permaisuri Agong Nafisah menyebut perkataan 'rindu' itu.

Raja Agong Amirul tersenyum. "Saya pun.rindukan awak."

Merah muka si isteri mendengarnya. "Hm... Tuanku... tengah buat apa?"

"Tengah sembang dengan isteri kedua saya. Kenapa?"

"Cakaplah betul-betul."

"Betul la. Kan kita tengah sembang ni?"

"Hish. Malas nak cakap dah."

Raja Agong Amirul ketawa. "Saya ada perbincangan la. Sekarang saya dekat depan pintu bilik perbincangan ni sebab jawab call awak."

"Ooo ye ke? Patik kacau? Maaf."

"Tak apa la."

"Kalau macam tu, tuanku pergilah sambung kerja."

"Sure?"

"Maksud tuanku apa? Tak faham?"

"Mana tahu, awak ada benda nak cakap lagi ke? Saya boleh je tadahkan telinga untuk dengar."

"Tak ada nak cakap dah. Maaf kacau tuanku kerja."

"It's okay la, sayang."

"Rasa serba salah."

"Perbincangan dah habis la. Awak call tadi, cantik timing dia. Betul-betul dah habis."

"Ooo. Kanda Jannah ada dekat sebelah tuanku sekarang ke?"

"Kenapa tanya?"

"Jawab je la."

"Kenapa kalau Jannah berdiri sebelah saya?"

"Tak nak cakap."

"Ooo. Saya tahu. Kalau Jannah dekat sebelah saya, mesti awak rasa serba salah sebab call saya, kan?"

Permaisuri Agong Nafisah mendiamkan diri.

Tawa si suami makin kuat. "Jannah pergi tandas la."

"Tipu."

"La, kata kita tipu pulak. Datang sini la kalau tak percaya sangat."

Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman.

"Saya rindu awak sangat-sangat tau. Sayang awak sangat-sangat. Cinta awak ketat-ketat."

Terus Permaisuri Agong Nafisah memutuskan panggilan. Ditekup mukanya dengan bantal. "Kenapa dia romantika sangat ni? Buat aku makin rindu je. Kejam tau dia ni. Benci lah cam ni."

*****

RAJA AGONG AMIRUL menggelengkan kepalanya. "Tak berubah perangai. Haih, isteri yang seorang ni." Terus telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku