Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 41
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
348

Bacaan






SATU keluhan berat dan panjang dilepaskan oleh Raja Agong Amirul saat dia memandang jam di dinding, pukul berapa. Dia memandang ke arah pintu bilik air, yang masih bertutup. Kedengaran pula bunyi air jatuh ke lantai. Dia yakin pasti isterinya di dalam. Tangan dinaikkan ke atas, Ingin meregangkan sedikit urat-uratnya.

Setelah selesai, tangannya menolak gebar yang menutup separuh badannya. Badan dipusingkan ke tepi. Dia duduk di tepi katil dengan kaki berjuntai ke bawah. Pandangannya jatuh pada telefon bimbitnya yang ada di atas kabinet kecil di sisi katil. Lantas dicapai telefon bimbit tersebut. "Masa-masa macam ni, selalunya Nafisah dah bangun. Call sekejap la sementara tunggu Jannah mandi." Nombor isteri keduanya dicari.

Setiap pagi, dia akan menghubungi isterinya yang seorang ini. Ingin memastikan Permaisuri Agong Nafisah okey dan baik-baik sahaja di sana. Hatinya sentiasa dipagut rasa bimbang yang bukan sedikit bila terkenangkan si isteri yang mengadu sakit kepala semalam. Malam tadi sebelum tidur, dia terlupa untuk menghubungi isteri mudanya itu ekoran badannya yang terlalu letih seharian.

Dahi sang raja sudah mula kelihatan berkerut-kerut selang beberapa saat panggilannya tidak disahut. Dipandang skreen telefon bimbit. "Kenapa tak angkat? Selalu time macam ni, dia tunggu dah aku call. Ni kan timing aku call dia."

Dicuba menghubungi isterinya sekali lagi.

Tut, tut... tut, tut... tut, tut.

"Nombor yang anda dail..."

Raja Agong Amirul mengertap kuat bibirnya. "Kenapa tak angkat, ni? Aku try sekali lagi la."

Tut, tut... tut, tut... tut.

"Nafisah. Awak okey tak pagi ni?" Laju sang raja melemparkan soalan sebaik sahaja panggilan ketiganya ini berjaya untuk menghubungi si isteri. Dalam hatinya sudah menggunung rasa risau untuk Permaisuri Agong Nafisah kerana lambat menjawab panggilannya.

Dalam kepalanya sudah terbayang macam-macam. Isterinya pengsan ke dalam bilik air, terlalu keletihan kerana muntah dan sebagainya. Rasa risau itu semakin berganda-ganda rasanya apabila si isteri tidak menjawab panggilan seperti selalu. Kalau sebelum ini, dia tidak perlu cuba banyak kali untuk menghubungi si isteri. Sekali sahaja sudah berjaya panggilan dibuat. Tapi hari ini...

"Assalamualaikum."

Bulat mata Raja Agong Amirul mendengar suara garau. Bukan suara lembut dan manja si isteri. Bukan suara si isteri letih. Tangan yang menekap telefon bimbit di telinga sebelah kanan, diturun perlahan-lahan. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Kanda."

Raja Agong Amirul menggerakkan kepalanya ke arah suara.

"Mandilah. Cepat sikit, takut Subuh terlepas pulak." Permaisuri Agong Jannah mengelap rambutnya yang basah.

*****

AYAH Encik Fuad menatap skreen telefon bimbit yang bukan miliknya dalam gengaman. 'Kenapa keluar nama 'tuanku' ye dalam telefon Nafisah ni? Raja ke? Nak call balik tak? Tapi tadi aku angkat diam je dekat sana.'

Sepulanggan bekas menantunya malam semalam selepas mereka berempat; Dayang Ita, Panglima Zafrul, Permaisuri Agong Nafisah dan dirinya menunaikan solat Isya' berjemaah, dia mengemas bilik yang digunakan bekas menantunya.

Terkejut dia apabila melihat telefon bimbit milik bekas menantunya itu di bawah katil. Ingin dipulangkan, dia tidak tahu dimana Permaisuri Agong Nafisah tinggal sekarang. Jadi dia berhasrat untuk memegang dahulu telefon bimbit ini sehingga tiba masa yang sesuai. Disaat bekas menantunya mencari barangnya yang hilang di sini.

*****

"NAFISAH rupanya. Ada apa? Pagi-pagi dah ketuk bilik mak ni?"

Permaisuri Agong Nafisah terus memeluk tubuh Puan Melati yang masih lengkap bertelekung itu. Pasti mertuanya itu sedang mengaji tadi. Ini adalah kerana Subuh sudah sepuluh minit berlalu. Tangisnya mula pecah di atas bahu mertuanya itu. "Mak..."

"Kenapa ni sayang?" Puan Melati menggosok-gosok belakang tubuh menantunya. Ingin menenangkan Permaisuri Agong Nafisah yang sedang menangis di bahunya itu.

"Rindu tuanku..." adu Permaisuri Agong Nafisah.

"La, rindu suami ke? Cuba call la kalau rindu."

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng laju. Dilepaskan rangkulan pelukan pada tubuh mertuanya. Wajah Puan Melati ditatap. "Mak, nak call macam mana? Telefon Nafisah hilang."

"Hilang?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Hilang dekat mana?"

"Tak tahu. Penat cari sejak malam tadi lagi. Tapi tak jumpa-jumpa. Macam mana ni mak?" Terus dia mencapai tangan kanan Puan Melati. "Kalau tuanku call macam mana? Kalau orang jahat dapat telefon tu, macam mana? Tuanku mesti marah."

Puan Melati tersenyum. Sejak dia tahu menantunya ini mengandung, dia sudah terbiasa melayan Permaisuri Agong Nafisah seakan budak-budak kecil. Rasa seronok dia melayan menantunya ini. Tangan kanannya mengusap pipi si menantu.

"Mak..."

"Rindu sangat ye?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Anakanda yang rindu, atau baby?"

"Tak tahu. Nafisah asa rindu sangat. Selalu malam-malam mesti tuanku call sebelum tidur. Lepas tu baru Nafisah dapat tidur lena. Tapi semalam tak pun. Tengok mata ni, kuyu je. Kepala sakit je. Tak dapat tidur sangat malam semalam. Tak dengar suara tuanku. Atau tuanku call, tapi nak jawab macam mana? Fon hilang. Mak... mesti tuanku marah."

"Kesiannya menantu mak ni."

"Mak... nak pinjam telefon. Nak beritahu tuanku, fon hilang. Boleh tak mak?"

"Boleh. Sekejap mak pergi ambil ye?"

Permaisuri Agong Nafisah mula mengukir senyuman. "Thank you, mak."

*****

"ASSALAMUALAIKUM, mak. Baru ingat nak call mak tadi. Tapi mak dah call dulu." Raja Agong Amirul tersenyum. Tangan kanannya menarik kerusi kecil yang ada di depan meja solek Permaisuri Agong Jannah. Hujung matanya dapat melihat isteri eprtamanya sedang memilih pakaian tidak jauh darinya.

"Bukan mak la."

Terbuntang mata Raja Agong Amirul mendengar suara itu. Telefon bimbit yang ditekap pada telinga kanan, diturunkan sekejap. Ingin melihat skreen telefon bimbit. 'Ni nombor mak.' Ditekap telefon semula ke telinga.

"Suara isteri pun tak kenal dah," lirih suara Permaisuri Agong Nafisah dicorong telefon.

"Nafisah."

"Hm."

"Kenapa saya call tak angkat? Lepas tu kenapa ada lelaki jawab fon awak? Awak dekat mana sebenarnya ni? Kenapa keluar tak bagitahu? Nak jadi isteri derhaka ye? Awak tahu tak saya risau sangat dekat sini terkenangkan awak. Sebab saya tahu waktu macam ni awak penat muntah la, pening lalat la, rasa nak pitam la. Tapi lain yang jadi. Awak tahu tak..." Tak jadi Raja Agong Amirul mahu terus membebel tanpa henti, tanpa usul periksa, tanpa memberi sedikit ruang si isteri di hujung sana menjawab satu-satu persoalan yang dilontarkan di saat telinganya mula menangkap suara esakkan halus.

"Nafisah. Nafisah. Kenapa menangis ni?" Gelabah sudah sang raja tatkala menangkap tangisan si isteri. "Nafisah. Kenapa ni?"

"Tuanku marah patik." Makin kuat isteri muda di sana menangis. "Sampai hati..."

"Mana ada."

"Tipu! Tadi tuanku marah-marah. Dah la baru nak manja-manja, kena marah pulak."

Raja Agong Amirul melepaskan keluhan yang cukup panjang. "Tak marah la, sayang."

"Dah la. Tak payah nak pujuk-pujuk. Sedap-sedap marah kita lepas tu pujuk-pujuk pula! Benci!"

Raja Agong Amirul menggarukan kepalanya yang tidak gatal. "Sayang. Janganlah. Betul saya tak marah. Betul."

"Tipu!"

"Maaflah kalau awak fikir saya marah. Saya tak marah."

"Malas nak cakap dengan orang penipu."

"Nafisah sayang..."

"Dah la nak letak."

"Sebelum letak, jawab la soalan saya mula-mula tadi. Kenapa tak angkat fon?"

"Tak nak! Merajuk! Bye!"

"Nafis..."

Tut... tut... tut...

"...sah." Raja Agong Amirul menghabiskan menyebut nama si isteri walau si isteri sudah memutuskan panggilan. Satu keluhan berat berkali-kali dilepaskan. Skreen telefon bimbit dipandang.

*****

BADAN dipusing, kiri dan kanan. Sudah sekan gaya model melakukan posing.Direnung imbasan susuk tubuhnya di depan cermin besar. Tangan kanan mencekak pinggang. Satu senyuman manis diukir. Ditoleh ke arah kanannya. "Khalil."

Khalil yang sedang menonton televisyen, menoleh ke arah si pemanggil.

"Macam mana? Macam selalu umi pakai tak?" Kedua-dua tangan, didepakan seluas yang boleh.

Khalil merenung dari atas ke bawah pemakaian si umi. Kepala di anggukkan. "Sama. Umi selalu pakai macam ni la."

"Khalil suka umi pakai macam ni?" Puan Fasha mendekati Khalil yang duduk di sofa satu. Tangannya mengusap kepala Khalil.

"Suka. Umi lagi cantik macam ni."

Puan Fasha memaksa dirinya membalas senyuman tersebut.

*****

BERKERUT dahi Raja Agong Amirul membaca pesanan ringkas yang diterimanya dari Dayang Ita.

+ Tuanku, balik awal ye? Tuanku Nafisah asyik menangis je dari tadi.

Nombor Dayang Ita disentuh. Telefon bimbit ditekap pada telinga kanannya.

"Tuanku."

"Nafisah macam mana?"

"Menangis tuanku."

Raja Agong Amirul mengeluh. Sejak Permaisuri Agong Nafisah memutuskan panggilan antara mereka pagi tadi selepas Subuh, dia ada cuba menghubungi isterinya semula. Menggunakan nombor Puan Melati. Namun gagal. Tidak berjaya dia untuk mendengar dan memujuk si isteri.

"Tuanku... balik awal ye?"

"Beta balik petang. Selain menangis, Nafisah okey tak?"

"Macam biasa bila tuanu tak ada. Tak ada selera makan, muntah, tapi... malam semalam Tuanku Nafisah mengadu sakit kepala. Masa solat Subuh tadi pun, Tuanku Nafisah kata kepalanya sakit. Mukanya... pucat tuanku."

Hujung bibir digigit. 'Masa dia call guna nombor mak, aku perasaan suara dia macam sakit sikit. Tak hilang lagi sakit kepalanya. Hm.'

"Tuanku."

"Ye, beta dengar. Pujuk Nafisah makan ye? Mintak tolong mak beta. Petang beta balik. Beta tak boleh janji nak balik awal sebab sekarang ni, beta tengah tunggu nak mulakan mesyuarat je ni."

"Baiklah tuanku. Maafkan patik sebab menganggu."

"Tak mengapa."

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku