Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 42
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
560

Bacaan






RAJA AGONG AMIRUL mengeluh panjang. Penat rasanya menguruskan kerjanya selama setengah hari ini. Mujurlah sekarang sudah tiba masa tengah hari ini. Dapatlah dia dapat berehat sekejap untuk melepaskan lelah. Sekiranya tidak, tidak tahu la.

Air jus tembikai yang disorder oleh pembantunya sebentar tadi, dihirup perlahan-lahan menggunakan straw. Lega tekak. Meskipun sekarang bukanlah musim panas, tapi kerana dia terlalu banyak bergerak ke sana ke sini, dan macam-macam lagi hal yang perlu dia lakukan, dia jadi cepat letih. Badannya pula sudah berpeluh sedikit.

"Tuanku."

Raja Agong Amirul menoleh.

"Tu... macam Tuanku Nafisah je, tuanku."

Dada Raja Agong Amirul sudah berdegup kencang mendengarnya. Matanya merenung tajam wajah pembantunya. "Jangan merepek. Kamu kan tahu, Nafisah tak sihat. Mustahil dia boleh ada dekat sini. Pagi tadi Dayang Ita beritahu beta Nafisah sakit. Muka pucat."

Pembantu sang raja menunduk.

"Eh! Ayahanada!"

Laju Raja Agong Amirul menoleh ke arah suara. Ke arah kiri, tempatnya duduk di dalam restoran. "Khalil." Terbangun dia dari kerusi. Terkejut dia melihat anak tirinya yang 'hilang' beberapa minggu lalu, tanpa khabar berita, ada di sini. Menegurnya. Tersenyum ke arahnya. Bahkan memanggilnya.

Khalil melambai-lambai tangan ke arah ayah tirinya. Jelas kelihatan senyumannya yang lebar itu. Gembira sungguh dia dapat berjumpa dengan ayahandanya yang dirinduinya. Meskipun Raja Agong Amirul merupakan ayah tirinya, namun kasih sayang yang sang raja berikan kepadanya, telah membuatkan dirinya terleka dan terlupa bahawa dia hanya anak tiri pemerintah tertinggi Lafiya itu. Bukan anak kandung.

Raja Agong Amirul tersenyum. Baru dia mahu melangkah mendekati Khalil, kakinya terpaku dengan apa yang dia lihat. Perlahan-lahan senyumannya mati.

"Khalil sayang... jom." Puan Fasha menghampiri Khalil.

Sebenarnya sebaik sahaja dia sedar Khalil tiada di sisinya, dia pantas mencari anak musuhnya itu. Bimbang akan kehilangan Khalil. Hilangnya Khalil, ibarat hilang dan punahlah segala impiannya mahu menyiksa adik angkatnya sehingga menjadi gila.

Agak terkejut dirinya apabila dia melihat Khalil melambai-lambaikan tangan ke arah seseorang tadi. Dia mula amati wajah lelaki yang Khalil panggil 'ayahanda' dari jauh. Senyuman jahat terukir di bibir. Itulah suami musuhnya.

Benarlah menurut sumber yang dipercayainya. Adik angkat yang dibencinya kini berseorangan di istana. Manakala Raja Agong Amirul dan Permaisuri Agong Jannah sibuk dengan lawatan rasmi di Malaysia dan kerja-kerja mereka di luar istana. Semasa menyiapkan kerja mereka di luar istana sekembali dari lawatan rasmi di Malaysia, pasangan diraja itu menginap di City Hotel, Lafiya. Hotel yang sering menjadi kunjungan keluarga dan kerabat diraja di Lafiya. Kerana itu ada yang mengelar hotel tersebut 'istana kecil' untuk raja-raja Lafiya.

Hotel ini merupakan antara hotel yang paling mewah di Lafiya. Rekaan seni binanya menarik sehingga menjadi daya tarikan pelancong ke negara itu. Disebabkan harga bilik di hotel tersebut terlampau mahal, kebanyakkan pelancong dan orang awam datang sekadar hanya sekadar bersiar-siar, menjenguk dan bergambar sahaja.

Tiada rasa rugi terbit dalam hati pengunjung yang datang ke City Hotel meskipun harga biliknya terlampau mahal dan sudah pasti tidak mampu untuk orang yang tidak berharta menginap. Ini adalah kerana pihak hotel tersebut ada menyediakan khidmat-khidmat spa, salon, gym, kolam renang, mengikut harga pasaran semasa. Harga mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. Tambahan pula lokasinya tidak jauh dari lokasi taman tema terbesar di Lafiya. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di kawasan City Hotel. Kerana itu, tidak rugi menjejakkan kaki ke situ meskipun tidak menginap.

Khalil menunding ke arah ayah tirinya. "Umi, ayahanda."

Direndahkan dirinya di depan budak lelaki di depan matanya. Kepala lututnya diletakkan begitu sahaja di atas lantai. Puan Fasha menoleh ke arah suami musuhnya. Hatinya melonjak kegembiraan kerana dapat bertentangan mata dengan Raja Agong Amirul. 'Habis kau kali ni.' Dikawal riak wajahnya agar tidak menunjukkan kegembiraan. Tapi biar terpamer riak terkejut. Tangan Khalil digengam kemas. "Jom." Puan Fasha menarik tangan anak musuhnya.

"Ayahanda tu umi. Khalil rindu la." Khalil cuba melepaskan pegangan tangan si umi.

Puan Fasha makin mengeratkan gengaman tersebut.

"Sakit la umi. Kenapa umi ni?" Khalil cuba menarik tangannya. Sakit benar dia rasa. Uminya ini memegang tangan kecilnya terlalu kuat.

"Khalil." Puan Fasha merendahkan dirinya didepan Khalil. "Ayahandakan dah ceraikan umi," fitnah Puan Fasha. Intonasi nada suaranya perlahan sahaja. Takut juga sekiranya Raja Agong Lafiya yang sudah menunjukkan tanda-tanda untuk mendekatkan diri ke arah mereka, dengar.

"Tapi..."

"Listen! He's not your father. Understand?"

Khalil mengangguk lemah.

"Good." Puan Fasha berdiri.

"Nafisah my darling!" Panggil seseorang.

Puan Fasha yang ketika itu berdiri membelakangkan Raja Agong Amirul, mengukir senyuman jahat tatkala dia melihat suaminya. Dia yang menyuruh suaminya memanggilnya 'Nafisah' di tempat awam.

Raja Agong Amirul terkejut. Kaku terus kakinya untuk terus melangkah mendekati dua manusia itu. 'Nafisah? My darling?' Dipusingkan sedikit wajahnya ke kanan. Ingin melihat milik siapakah suara garau yang memanggil sebegitu.

"Dear." Puan Fasha memeluk pinggang suaminya di saat lelaki itu sudah menghampirinya.

Raja Agong Amirul mengempal kedua tangannya saat dia melihat 'isteri'nya memeluk lelaki itu. Dadanya berombak menahan marah. Bibirnya, dikertap kuat.

"Jom balik," ajak suami Puan Fasha.

Puan Fasha mengangguk. "Jom Khalil."

Perlahan-lahan Khalil menoleh ke arah tempat ayah tirinya. Tiada! 'Ayahanda...'

*****

TELEFON BIMBIT yang ada di atas meja kecil di ruang tamu, diambil oleh Puan Suhana. Dia baru sahaja lima belas minit tiba di rumah mertuanya ini. Dibelek-belek telefon bimbit tersebut. 'Macam kenal je.'

Disentuh salah satu butang yang ada di tepi telefon bimbit. Terpaparlah gambar Permaisuri Agong Nafisah yang sedang memeluk kedua-dua anaknya. Khalil dan Kabir. Gambar semasa Khalil berusia dua tahun.

'Nafisah punya.' Senyuman jahat ditarik.

Dia menoleh kiri dan kanan. Kepala dipanjangkan ke ruang depan dan belakang rumah ayah mertuanya. Bimbang sekiranya ada sesiapa yang bakal melihat kerja jahatnya.

Tangannya membuka skreen telefon bimbit bekas madunya. 'Bodoh punya perempuan, telefon tak letak password.' Laju tangannya membuka senarai kenalan.

Tangan kanannya menyelak poket seluar. Ingin mengambil telefon bimbit miliknya. Sementara tangan kirinya memegang telefon bimbit milik Permaisuri Agong Nafisah.Dipanjangkan kepalanya. Memandang sekeliling. Ingin memastikan sekali lagi keadaan selamat untuknya.

Telefon bimbit dibuka, dicari nombor Panglima Zafrul. Berjaya. Didail nombor telefon Panglima Zafrul ke dalam telefon milik bekas madunya. Terpampar keluar nama 'P. Zafrul' pada telefon bimbit Permaisuri Agong Nafisah. Menandakan itu nama yang Permaisuri Agong Nafisah letakkan untuk Panglima Zafrul.

Tangannya laju menari di atas skreen telefon bimbit Permaisuri Agong Nafisah. Menaip pesanan ringkas yang mungkin akan mengubah dunia bekas madunya.

Cepat-cepat dia menyentuh send, sebaik sahaja selesai menaip dan telinganya menangkap bunyi pintu grill di luar dibuka. Pasti ayah mertua dan Hanim sudah pulang dari keluar berjalan.

Telefon bimbit miliknya dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tangan kirinya cuba melatakkan telefon bimbit milik Permaisuri Agong Nafisah ke tempat asal yang dilihatnya tadi. Namun, terjatuh telefon tersebut.

"Kamu buat apa tu?"

Puan Suhana tersengih. Telefon bimbit milik bekas madunya diambil dan diletak elok di atas meja kecil. "Saja je tengok. Ni... sapa punya ayah? Nafisah ye?"

Ayah Encik Fuad merenung tajam menantunya. Bukan dia tidak tahu menantunya ini sangat bencikan manusia yang bernama Puteri Syarifah Nafisah binti Syed Fathul yang sudah menjadi Permaisuri Agong Lafiya tanpa dia tahu. Langkah kaki diatur ke arah meja kecil, tempat dia meletakkan telefon bimbit milik bekas menantunya di situ. "Jangan sentuh barang Nafisah!" Diambil telefon bimbit milik bekas menantunya.

"Ayah ni dah kenapa? Orang cuma tengok je."

"Ayah tak percaya dengan kamu. Kamu mesti nak kenakan Nafisah lagi, kan? Tak cukup-cukup lagi ke apa yang kamu dah buat dalam hidup dia xelama ni? Hentikan lah, Hana oi. Semakin kamu berdendam, cuba nak balas dendam pada orang yang salah... semakin kamu jauh dari rasa bahagia. Percayalah cakap ayah ni."

Puan Suhana mendengus kasar. "Ayah, orang tak buat apa-apa."

"Kamu dan Fuad adalah manusia yang bila bercakap, susah ayah nak percaya."

"Ikut suka ayah la. Orang nak mandi. Badan melekit. Ayah tolong mandikan cucu kesayangan ayah ye?" Matanya dilarukan ke arah Hanim yang sedang berdiri dan memeluk teddy bear di muka pintu.

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH mengambil tempat duduk di sisi suaminya. Tangan kiri si suami yang berada di atas riba, diambil. "Kenapa ni? Tiba-tiba masuk bilik. Kanda kata nak makan." soal si isteri.

Kata suaminya sebentar tadi, mahu makan. Sementara itu, dia dan pembantunya ke tandas seketika dan meninggalkan si suami bersama pembantu suaminya, berdua untuk mencari tempat makan. Tapi sekembalinya dari tandas, pembantu suaminua memberitahu suaminya sudah masuk ke dalam bilik.

"Tak ada selera. Putus selera!"

"Kanda, kenapa?" Permaisuri Agong Jannah mengusap perlahan tangan si suami. Ingin meredakan rasa marah yang ada. "Melihat kanda macam ni, mesti sebab Dinda Nafisah."

Tahu sudah dirinya dengan perubahan sikap suaminya. Cepat betul berubah angin sekiranya hal tersebut berkait walau sedikit sahaja dengan Permaisuri Agong Nafisah. Dan selalu angin yang berubah itu dari angin yang sepoi-sepoi bahasa menjadi angin taufan, putting beliung dan sebagainya.

Diam.

"Kenapa ni?"

"Kanda tak tahu la nak cakap macam mana. Sebelum kanda mandi pagi tadi, kanda call, tapi tak angkat. Kali ketiga baru dapat. Yang jawab pulak lelaki." Direnung wajah isteri pertamanya.

Permaisuri Agong Jannah mengambil langkah untuk diam.

"Tadi, kanda nampak Khalil dan Nafisah dekat kedai makan. Datang lelaki entah dari mana, peluk dia. Siap panggil 'darling'."

"Kanda yakin ke tu Nafisah?"

Raja Agong Amirul merenung tajam isteri di depan matanya ini.

"Hari tu, masa kali pertama datang sini pun, kita jumpa Dinda Nafisah. Tapi bukan dia. Sebab pemakaian dia yang..."

"Kali ni pemakaiannya macam biasa yang selalu kita nampak." Potong Raja Agong Amirul.

"Kanda bersembang dengannya tak?"

Raja Agong Amirul menggeleng. "Tapi kanda... entah la. Kanda keliru. Dayang Ita beritahu, Nafisah sakit. Tapi Nafisah yang kanda nampak, sihat. Siap senyum bahagia lagi."

"Budak lelaki tu... betul-betul ke Khalil?"

"Ye! Itu kanda pasti. Sebab Khalil senyum dan melambai lagi dekat kanda. Masa kanda nak pergi dekat dengan dia, Nafisah tu datang dan tarik Khalil pergi jauh sebelum kanda nampak ada mamat tak guna peluk dia."

Permaisuri Agong Jannah sudah menggaru-garu kepalanya. Pening kepala!

*****

"BUAT apa dekat sini?"

Panglima Zafrul yang tadi duduk sambil minum kopi, terbangun sebaik sahaja melihat Raja Agong Amirul, Permaisuri Agong Jannah mendekatinya. Tunduk hormat diberikan kepada pasangan diraja tersebut.

"Dah beli barang yang beta suruh?"

Panglima Zafrul menunding jarinya ke arah bunga segar yang baru dibelinya. Ada di atas meja. "Ni dia, tuanku."

"Bila nak hantar?"

Permaisuri Agong Jannah hanya diam. Tidak mahu mencelah.

"Tuanku Nafisah ada dekat sini."

"Ha!" Bulat terus mata Raja Agong Amirul dan Permaisuri Agong Jannah mendengarnya. Mulut pasangan diraja tersebut sudah terbuka kecil dan berbalas pandang antara satu sama lain.

"Jangan tipu beta. Nafisah tak sihat."

"Betul, Tuanku Nafisah ada dekat sini. Tuanku yang suruh patik datang sini, mintak tolong ambik."

"For what tolong ambik? Habis dia datang macam mana dekat sini?"

"Katanya naik teksi. Kalau tuanku tak percaya, ni mesej dari Tuanku Nafisah." Panglima Zafrul menghulurkan telefon bimbitnya ke arah sang raja.

Raja Agong Amirul mengambil. Dibaca sepatah demi sepatah ayat di dalam pesanan tersebut.

Permaisuri Agong Jannah yang pada awalnya tidak mahu terlibat atau masuk campur, sudah mula mencuri-curi pandang membaca pesanan yang dikatakan dihantar oleh madunya.

+ Panglima, tolong ambik beta dekat City Hotel. Beta nak balik istana tengah hari ni, sebelum tuanku balik. Tadi beta datang dengan teksi, ni nak balik... rimas la rasa naik teksi. Ambil beta ye? Beta tunggu.

Telefon bimbit di dalam genggaman Raja Agong Amirul, digengam kuat oleh sang raja. Sehingga timbul urat-urat di tangannya.

*****

"KANDA." Permaisuri Agong Jannah melajukan langkahnya. Mengekor langkah laju si suami yang semakin jauh ke depan. Laju sungguh. Sehingga dirinya berasa dia sedang menyertai acara larian pula. "Kanda." Ditarik tangan suaminya. Ingin memberhentikan langkah tersebut.

"Lepas dinda." Raja Agong Amirul menepis.

"Kanda, siasat dulu. Jangan tiba-tiba nak mengamuk. Nanti kanda menyesal." Direnung anak mata suaminya. Hatinya sudah berdebar kuat. Bagai akan ada kejadian buruk akan berlaku.

Raja Agong Amirul menarik tangannya dari pautan isteri pertamanya. Laju sahaja dia kembali mengatur langkah. Mencari isteri mudanya. "Nafisah! Nafisah!"

"Kanda." Permaisuri Agong Jannah mengekor. Dia semakin tidak sedap hati.

"Nafisah!" Pintu bilik yang dihuni oleh Permaisuri Agong Nafisah bersama Raja Agong Amirul, dibuka kasar. Turun naik nafas Raja Agong Amirul yang berdiri di depan muka pintu biliknya yang sudah terbuka luas.

Permaisuri Agong Nafisah yang duduk di hujung katil berdiri.

"Kanda. Please."

"Jangan sibuk urusan rumah tangga kanda!" tegas si suami bersuara.

Permaisuri Agong Nafisah tercenggang buat seketika. "Kenapa? Ada apa ni?"

"Mana kau pergi selama aku dan Jannah tak ada!" tengking si suami.

"Tak ke mana. Kalau keluar pun, patik ada beritahu tuanku."

Langkah mendekati si isteri muda. Dipegang kuat kedua bahu Permaisuri Agong Nafisah. "Jujur dengan aku! Mana kau pergi tanpa izin aku semasa aku dan Jannah tak ada. Mana!"

"Apa ni? Patik jujur la." Permaisuri Agong Nafisah bersuara lemah. Tidak mampu dia nak berlawan kata kasar-kasar dengan si suami. Lagipun kepalanya masih sakit.

"Tipu!"

Permaisuri Agong Nafisah menolak tubuh suaminya. Punggungnya dilabuh semula di atas katil. Tangannya mula memicit kepala. "Tuanku ni kenapa? Balik je nak marah." Matanya kejap-kejap dipejam rapat.

"Mana Khalil! Aku dengan Jannah nampak kau denga Khalil. Mana Khalil!" Diangkat kedua bahu isteri mudanya sampai terbangun si isteri dari atas katil.

"Kanda. Dah la. Dinda Nafisah nampak tak sihat."

"Diam!" Raja Agong Amirul merenung tajam isteri pertamanya. Tangannya makin mencengkam kuat lengan isteri mudanya.

Permaisuri Agong Nafisah cuba menepis. "Sakitlah." Dilabuhkan punggung di atas katil. Tangannya mula menekan bahagian bawah perutnya. Rasa sakit. Sakit yang teramat.

Raja Agong Amirul menarik isterinya itu agar berdiri semula. "Aku tanya mana Khalil!"

"Tak tahu. Lepaslah tuanku, sakit." Si isteri sudah mula meronta.

"Nafisah! Mana Khalil!"

"Tak tahu!" Isteri muda sang raja sudah meninggikan suaranya. Tertekan. Sudahlah dia keletihan. Ditambah pula dengan kehilangan anak yang masih tidak dijumpai, kesihatannya yang naik dan turun sentiasa, kandungannya lagi. Semua itu membuatkan dia tertekan!

Pang!

Jatuh tersungkur Permaisuri Agong Nafisah sebaik sahaja suaminya menamparnya. Tangan kanan dan kirinya menekap perutnya yang sakit.

"Kanda!" Permaisuri Agong Jannah menolak tubuh suaminya ke tepi. Tidak menyangka dia suaminya sanggup manampar madunya. Dihampiri tubuh madunya yang terjatuh di atas karpet tebal itu. "Dinda, are you okay?"

"Sakit..." Permaisuri Agong Nafisah menitiskan air matanya. Pipinya yang sakit ditampar tidak dipeduli. Tangannya menekan bawah perutnya. "Sakit sangat, kanda. Sakit."

Permaisuri Agong Jannah melarikan bebola matanya ke arah kaki madunya. "Ya Allah! Darah!" Dia menoleh ke arah suaminya. "Apa kanda dah buat!" Bulat mata isteri pertama sang raja. Geram dan marah menjaid satu.

Raja Agong Amirul bagai tersedar atas keterlanjurannya. Dia menghampiri isteri mudanya. "Awak..."

"Aargh... sakitnya..."

Gelabah Raja Agong Amirul ketika ini. "Nafisah, saya... saya... saya...." Tangannya cuba menyentuh bahu isteri keduanya.

"Don't touch me!" Si isteri menepis lemah tangan suaminya.

"I'm sorry..." Matanya melekat pada darah di hujung kaki Permaisuri Agong Nafisah.

Permaisuri Agong Nafisah sudah mulai lemah.

Permaisuri Agong Jannah terus merapatkan kepala madunya ke arah dadanya. "Kanda, banyak sangat darah ni. Kita kena pergi hospital sekarang!"

Raja Agong Amirul mengangguk laju. Kedua-dua tangannya mara ke depan. Ke arah isteri pertamanya. Ingin mengendong si isteri yang sudah tidak sedarkan diri itu.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku