Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 43
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
581

Bacaan






KERUSI di sisi katil yang menempatkan Permaisuri Agong Nafisah, ditarik. Punggung dilabuh perlahan-lahan di atas kerusi. Matanya pulak tidak lepas dari memandang wajah yang basah dengan air mata. Beg tangan, diletakkan di atas lantai, di sisi tempatnya duduk. Tangan kanannya mengusap lembut kepala orang yang disayanginya itu.

"Dinda ni... umi tak guna, kan?"

Permaisuri Agong Jannah menggeleng. "Tak." Air matanya sudah mula bergenang. Dia tahu rasa sakit yang dilalui madunya itu. Dia sendiri pernah mengalami keguguran.

Tangan kiri, diletakkan di atas perutnya yang masih kempis. Diusap perlahan-lahan. "Anak dinda..." Air mata makin lebat mengalir. Sakit. Sakit sekali rasanya bila dia harus lalui sekali lagi perit hilangnya anak. Meskipun doktor telah mengesahkan kepadanya bahawa salah satu janin anak kembarnya masih ada dalam kantung rahimnya, namun jiwa dan hatinya tetap terasa sakit.

"Masih ada lagi anak dinda di sini." Permaisuri Agong Jannah mengukir senyuman nipis. Tangannya mengusap perlahan perut madunya.

"Tapi dinda tetap dah hilang salah satu dari anak dinda."

Permaisuri Agong Jannah menunduk. Tidak tahu mahu berkata. Sudah mati akal. Takut apa yang dikatakannya nanti berniat ingin menenangkan akan disalahtafsirkan oleh madunya pula.

Bunyi pintu wad dibuka dari luar berjaya mendapat perhatian kedua-dua isteri Raja Agong Amirul, ke muka pintu. Masing-masing ada perasaan ingin tahu siapa yang membuka pintu tersebut.

"Dinda, nak balik istana dulu. Takut Sham dan Ridz balik dari sekolah." Permaisuri Agong Jannah terus mengambil beg tangannya dari lantai. Diukir senyuman manis untuk madunya. "Dinda, kanda balik dulu ye?"

Permaisuri Agong Nafisah tidak memberi apa-apa reaksi.

Kerusi yang didudukkinya sebentar tadi, ditolak ke belakang sedikit. Langkah kaki diatur ke arah suami yang membuka pintu wad tadi. Tangan si suami diambil dan dicium penuh hormat. "Dinda balik dulu."

"Tidur Istana Rehat ye?" Raja Agong Amirul berpesan. Tangannya mengengam erat tangan isteri pertamanya yang digunakan untuk bersalam dengannya.

Perlahan-lahan Permaisuri Agong Jannah mengangguk. Dipusingkan kepalanya ke belakang buat seketika. Ingin melihat isteri kedua suaminya yang terbaring di atas katil.

Permaisuri Agong Nafisah terus memalingkan wajahnya ke tempat lain saat kedua-dua bebola matanya terpandang satu wajah manusia. Sakit jiwa dan hatinya memandang wajah itu di saat madunya menoleh ke arahnya. Ini adalah kerana kepala madunya itu, dari tempatnya baring sudah menutup wajah yang dibencinya. Wajah suaminya.

"Dinda rasa, kanda kena control marah tu. Dinda Nafisah... hm... kanda boleh nampak sendiri, kan?"

Raja Agong Amirul mengangguk perlahan.

"Ini ujian untuk kanda. Ujian menguji tahap kesabaran dan tahap kanda menahan rasa geram dan marah bila melibatkan Dinda Nafisah." Tangan kanannya mengusap wajah suaminya. "Buangkan perasaan tu untuk masa sekarang. Tak sesuai kanda ada perasaan macam tu buat masa sekarang. Dinda Nafisah perlukan kelembutan dari kanda, bukan sebaliknya."

Perlahan-lahan si suami menarik senyuman.

"Dinda pergi dulu. Assalamualaikum." Langkah kaki diatur meninggalkan suami dan madunya.

Sebaik sahaja kelibat isteri pertama sudah hilang di balik pintu wad, Raja Agong Amirul mengatur langkah kakinya ke arah katil. Kerusi yang menjadi tempat duduk Permaisuri Agong Jannah sebentar tadi, kini menjadi tempat duduknya pula. "I'm sorry... saya tak sengaja."

Air mata yang dari tadi degil untuk terus mengalir, mengalir semakin lebat. Lebih lebat dari dia menangis di depan madunya. Bahunya terhinjut-hinjut sedikit kerana terlalu sedih. Bibir dikertap kuat.

Raja Agong Amirul cuba menyentuh rambut isteri mudanya.

"Jangan sentuh aku!" Dipusingkan kepalanya untuk memandang si suami. "Cukup kau bunuh satu anak aku. Aku tak akan biarkan kau bunuh anak aku lagi!" Tajam mata si isteri merenung si suami.

"Bunuh?" Air mata jantan sang raja mengalir. "Saya tak akan tergamak nak bunuh anak saya, Nafisah. Awak tahu hal tu."

"Tapi itu yang kau buat. Kau tampar aku, kau buat aku jatuh, kau buat aku tertekan sampai aku hilang anak aku... bukan bunuh ke namanya!" Permaisuri Agong Nafisah sudah menengking.

"Nafisah..."

"Keluar. Aku benci tengok muka kau. Dasar pembunuh."

Raja Agong Amirul menunduk. "Awak benci dekat saya?"

"Keluar!"

"Nafi..."

"Keluar! Keluar!" Tangan kirinya sudah mula meraba-raba di tepi bantal sebelah kanan dan kiri. Ingin mencari butang memanggil jururawat. Dia mahu suaminya eluar dari sini. Benci dia melihatnya.

"Baik, saya keluar. Saya..."

"KELUAR!"

Pintu wad dibuka dari luar. Terdapat dua orang jururawat mendekati pasangan Diraja Agong Lafiya itu.

"Bawak tuanku keluar." Direnung tajam wajah suaminya. "Katanya banyak sangat kerja nak buat. Tuanku baliklah. Jangan kerana patk, tuanku tak buat kerja."

Raja Agong Amirul mengeluh berat sebelum memaksa kakinya ke arah pintu.

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH menyilangkan tangannya ke dada. Satu keluhan berat dilepaskan di saat dia melihat suaminya sudah menjelmakan diri tanpa di pinta di dalam wadnya. Matanya memandang jam dinding yang melekat di dinding tidak jauh darinya. 'Tak pergi kerja ke? Pagi-pagi dah rosakkan mood aku!' Dipalingkan wajahnya ke arah lain.

"Nafisah." Kerusi di sisi katil Permaisuri Agong Nafisah ditarik. Satu senyuman manis terukis di bibir buat si isteri.

Diam.

"Awak... tak apa-apa?"

Permaisuri Agong Nafisah mengigit hujung bibirnya sekuat hati. Air matanya mengalir perlahan. Langsung tak dipandang wajah si suami. 'Tak apa-apa dia kata? Mestilah apa-apa! Hati dna jiwa aku sakit! Sakit!'

"Awak..."

Sunyi.

"Sayang..."

Permaisuri Agong Nafisah membatukan dirinya dari memberi apa-apa reaksi. Tangan kanan dan kirinya sudah dikepal-kepal dengan penumbuk dengan penuh perasaan geram, marah dan sakit hati. Ikutkan hati sakitnya ini, mahu ditumbuk muka suaminya itu supaya faham bahasa bahawa dia tidak mahu berjumpa dengan Raja Agong Amirul buat masa sekarang!

Tangan Raja Agong Amirul mara ke depan. Ke arah si isteri yang separa duduk di depan matanya. Isteri yang bersandar dikepala katil wad sambil memeluk tubuhnya sendiri. Isteri yang langsung tidak mahu melihat wajahnya sejak dimasukkan ke dalam wad semalam. "Sayang, awak okey kan?"

"Okey apa!" Bulat matanya merenung si suami. Tangan kanannya menepis tangan si suami dari menyentuhnya. "Jangan sentuh aku la! Kua tak faham bahasa ke!"

"Okey." Kedua-dua tangan diangkat ke atas. Lagak gayanya ibarat pesalah yang sedang diacukan pistol oleh pihak berkuasa untuk diberkas. "Tapi awak..."

"Tak okey!" Laju Permaisuri Agong Nafisah memintas kata. "Tak okey sebab kau bunuh anak aku!" Jari telunjuknya menunding tepat ke wajah suaminya.

"Nafisah..." Air mata jantan sang raja mulai mengalir.

"Keluar! Aku benci, muak, tak hadam nak tengok muka pembunuh anak aku!" Dada Permaisuri Agong Nafisah sudah naik turun. "Baik kau keluar sebelum aku panggil pengawal, jururawat atau buat kecoh dekat sini sampai kau malu. Keluar!"

Raja Agong Amirul mengangguk perlahan.

*****

SATU jelingan maut diberikan oleh Permaisuri Agong Nafisah buat si suami yang dengan selambanya menarik kerusi di sisi katilnya untuk duduk di situ. "Tak faham bahasa ke? Dah cakap... patik, tak nak tengok muka tuanku. Faham?" ujar si isteri dnegan suara geramnya.

Geram rasanya dia. Berbuih sudah mulutnya menghalau manusia yang satu ini. Dalam satu hari ini, sudah hampir beratus kali rasanya dia menghalau si suami dari ada di dalam wad yang menempatkan dirinya di situ.

Pagi, tengah hari, petang dan sekarang malam. Setiap masa itu, sudah tidak terkira berapa banyak kali dia menghalau si suami. Dah halau, tak sampai 30 minit datang balik. Sakit hatinya. Sungguh Raja Agong Amirul ini tak faham bahasa!

"Saya datang, nak jenguk anak saya. Tak salah kan?" Senyuman manis diberikan.

Keluhan berat pula dilepaskan oleh isteri muda Raja Agong Lafiya.

"Anak saya... yang dekat dalam perut awak tu. Saya nak jumpa dia." Tangan kirinya sudah mula melekap pada perut kempis si isteri.

"Tuanku tak nak pun anak ni, kan?"

Tersentak Raja Agong Amirul mendengar apa yang isteri keduanya katakan. Kalau tadi tangannya mengusap perut si isteri, kini sudah terkaku di situ. Tidak bergerak-gerak. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya dari terus berada di situ.

"Siap request pada patik untuk jangan mengandung. Sebab tak nak ada anak atau ikatan dengan patik." Dipandang tajam anak mata suaminya.

"Nafisah, itu dulu."

"Kenapa sekarang dah jadi lain? Nak ambik berat pulak. Tuanku lupa ke apa yang tuanku cakap pada patik dulu? Tuanku mungkin dah lupa... tapi patik tak lupa setiap patah yang keluar dari bibir tuanku."

"Nafisah..."

"Tuanku, sanggup kan jadi pembunuh. Bunuh anak sendiri." Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman nipis. Ingin menyakitkan hati si suami.

Anak mata Raja Agong Amirul merenung anak mata si isteri. Hatinya bagai disiat-siat tatkala telinganya jelas mendengar setiap patah perkataan yang menyakitkan keluar dari mulut isterinya yang selama ini lembut bicaranya.

"Tapi tuanku jangan risau, tak ada siapa akan tahu kewujudan anak tuanku dengan patik ni. Just, let me go, now." Permaisuri Agong Nafisah menekankan satu-satu perkataan ayat terakhirnya.

"Jangan salahkan Nafisah kalau dia berubah atau dingin dengan kanda, kanda yang buat dia jadi begitu. Terima dan hadaplah semua masalah yang kanda timbulkan sendiri." Bagai teriang-iang suara isteri pertama Raja Agong Amirul berkata ketika ini.

"Nafisah, maafkan saya. Kita baiki balik hubungan kita. Saya akan buat sidang akhbar mengenai perkahwinan kita. Ye?" Raja Agong Amirul cuba memujuk. Dia tak sanggup nak kehilangan insan yang dicintainya ini buat sekian kalinya. Tidak sanggup!

"Tak payah! Dah nak habis pun hubungan kita ni, kan?" Kening kanan dijongketkan ke atas.

"What do you mean?"

"Lupa ke? Dulu, seingat patik, tuanku nak jadikan patik janda untuk kali kedua. Lupa?"

"Enough." tegas Raja Agong Amirul katakan. Telinganya dan hatinya sudah tidak boleh terima dan hadam lagi setiap butir bicara yang menyakitkan keluar dari mulut isteri keduanya ini. Lantas dia bangun dari posisi duduknya dan melangkah keluar dari wad.

"Itu baru sikit, Amirul. Baru sikit," ujar isteri muda Raja Agong Amirul dengan nada perlahan sebaik sahaja kedua-dua bebola matanya melihat susuk tubuh suaminya sudah hilang dari pandangan matanya.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku