Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 44
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
691

Bacaan






PERMAISURI AGONG NAFISAH mengeluh panjang di birai hujung katil. Lega sedikit rasa hatinya apabila akhirnya pujuk rayunya untuk keluar dari wad telah berjaya. Bosan dia duduk di dalam wad lama-lama. Rimas dan lemas rasanya. Dia rasa tidak bebas. Rasa sangat-sangat tidak selesa. Tambah-tambah bila dia terpaksa pura-pura baik dengan suaminya di depan semua orang.

"Sampai hati keluar wad tak inform dekat saya."

Permaisuri Agong Nafisah memutarkan bebola matanya ke atas. Menandakan dia kurang gemar dengan pemilik suara itu. Tidak perlu dia berpusing ke belakang untuk melihat geragan pemilik suara garau tersebut lagi, ini kerana siapa lagi yang akan bercakap begitu dengannya kecuali suaminya sendiri?

Tangan Raja Agong Amirul mengunci pintu bilik yang dikongsinya dengan isteri keduanya ini. Tidak mahu sesiapa di dalam Istana Rehat ini mengetahui kedinginan hubungan antara mereka suami isteri. Dia yakin pasti apa yang mahu dikatakan sebentar nanti akan menaikkan darah isterinya. Sebab itulah dia menutup dan kunci pintu bilik. Lebih-lebih lagi dengan anak-anaknya dan adiknya. Mampus dia nak menjawab satu-satu soalan yang dilemparkan nanti.

Langkah kaki diatur mendekati katil yang menjadi tempat duduk si isteri. Sampai sahaja di birai katil, dia melabuhkan punggung di situ. Dia dan isteri keduanya ini masing-masing duduk di hujung birai katil bahagian tempat tidur mereka. Permaisuri Agong Nafisah duduk di membelakangkan si suami sambil merenung ke dinding dan begitu jugalah dengan Raja Agong Amirul.

"Kenapa keluar tak beritahu?"

Permaisuri Agong Nafisah diam.

"Saya datang nak jenguk awak, alih-alih dapat tahu awak dah balik istana. Kenapa buat saya macam ni?" Raja Agong Amirul masih cuba untuk berlembut untuk memujuk si isteri.

"Patik tak suruh tuanku datang pun."

"Mestilah saya datang. Awak isteri saya. Tak kan saya nak datang jenguk awak, saya kena inform awak?"

Sunyi.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh si suami. "I'm sorry."

Diam.

"Saya betul-betul mintak maaf. Saya terlampau ikutkan perasaan cemburu dan marah saya. Saya... saya tak sengaja nak buat awak sampai macam ni. Masuk wad... hilang an... ak." Perlahan sahaja nada suaranya menyebut perkataan akhir sekali.

Permaisuri Agong Nafisah mengerlipkan matanya sekali. Turun air mata yang jernih.

"Saya... saya tak sengaja. Awak... cuba awak letak diri awak dalam situasi saya. Mesti awak faham apa yang saya rasa. Awak nampak orang yang awak sayang, cinta... bersama dengan orang lain? Berpeluk dan bermesra depan mata awak. Apa awak rasa, Nafisah?"

"Patik dah lama rasa benda tu." Perlahan sahaja suara si isteri membalas.

Raja Agong Amirul mengemam kuat bibirnya. 'Bodohnya kau Amirul pergi cakap macam tu. Kau lupa ke yang kau tu poligami? Mestilah dia rasa semua tu.'

"Tuanku kan poligami. Patik dah rasa benda tu awal lagi, sebelum tuanku tanya soalan tu lagi."

"Tu... lain."

"Apa yang lain?"

Diam. Kelu sudah lidahnya untuk menjawab persoalan itu. Dia tidak terniat untuk mengaitkan ayatnya dengan kehidupan poligaminya.

"Kalau macam tu, untuk pengetahuan tuanku... patik rasa sakit dalam hati bila tuanku kahwin dengan Arwah Tuanku Alia dulu."

Dari menunduk memandang jari-jari kaki, Raja Agong Amirul menegakkan kepalanya. Merenung dinding di depan matanya. Satu kenyataan yang dia sudah lama tahu bila isteri mudanya itu berterus terang dengannya di awal perkahwinan mereka mengenai perasaan sedih, terluka dan sakit melihatnya bersama dengan Arwah Permaisuri Agong Alia. Wanita pertama yang dia nikahi.

"Senang cakap, apa kata tuanku letakkan diri tuanku dekat tempat patik dulu? Apa patik rasa selama ni? Apa rasanya... hilang anak dalam kandungan? Walau hanya salah satu anak yang 'jatuh' tapi rasa sakit tu... tetap ada, tuanku."

Raja Agong Amirul terdiam. Dipusingkan badannya ke belakang. Melihat susuk tubuh si isteri yang sedang duduk membelakangkannya itu.

"Apa rasanya bila patik kena terima hakikat yang perkahwinan ni tak kekal rasa bahagianya. Baru nak mulakan hubungan baru, hubungan kita diuji dengan kehilangan Khalil yang sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Baru seminggu... seminggu patik maafkan tuanku sebab tuanku tuduh patik sorokkan Khalil, apa tuanku bagi pada patik lepas tu? Apa tuanku buat? Tuanku buat patik hilang lagi anak patik." Air mata mengalir makin lebat.

Raja Agong Amirul membetulkan posisi duduknya. Dibetulkan agar biar dia betul-betul duduk di atas katil sambil memandang tubuh si isteri dari belakang.

Permaisuri Agong Nafisah mengesat air matanya yang mengalir.

"Nafisah..." Dihampiri si isteri. Dipeluk bahu isteri mudanya itu dari belakang. Ingin memujuk. Ingin menenangkan. Kata Doktor Daniel, dia kena sentiasa memberi ketenangan kepada Permaisuri Agong Nafisah. Sekiranya perasaan isterinya tidak tenang dan tertekan, ianya akan memudaratkan janin yang masih melekat kuat dalam rahim isterinya itu.

Permaisuri Agong Nafisah menggerakkan bahunya, ke depan dan ke belakang. Kedua-dua tangannya menyentuh kedua-dua tangan suaminya yang menyentuh bahunya. Ditolak perlahan tangan itu ke tepi.

Raja Agong Amirul hanya membiarkan perilaku isterinya. Kedua-dua tangannya dikemaskan di sisi tempat duduk isteri keduanya itu. "Maafkan saya. Saya tahu, awak terluka sebab saya," ujar Raja Agong Amirul di cuping telinga si isteri.

"Sangat, sangat." Permaisuri Agong Nafisah menundukkan kepalanya. Bahunya mula terhinjut-hinjut. Sudah mula kedengaran esakkan tangisnya. Pada masa yang sama, dia menolak jauh kedua-dua tangan suaminya yang diletakkan di sisi tempat duduknya. Tidak mahu suaminya menyentuhnya seperti tadi. Meskipun suaminya menyentuh bahunya untuk memujuk, hatinya hanya menerima rasa sakit, bukan rasa terpujuk.

"I'm really sorry. Deeply sorry."

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya.

"Nafisah." Dipegang tangan kiri si isteri.

Permaisuri Agong Nafisah menarik tangannya dari dipegang suami. "Penat telinga patik dengar kata 'maaf' dari tuanku tu."

Air mata Raja Agong Amirul mengalir.

Permaisuri Agong Nafisah menoleh ke arah suaminya. Matanya sudah merah kerana terlalu banyak menangis. Tangan kirinya menolak sedikit dada suaminya yang duduk di bahagian tempat tidurnya. "Tepi."

"Nafisah." Raja Agong Amirul menyeru lagi nama isterinya.

"Patik nak rehat. Tuanku pergilah kerja."

"Saya..."

"Tolong pergi. Jangan sampai patik jadi isteri derhaka dengan tuanku. Patik bukan orang alim yang kuat imannya. Patik tak nak jadi macam semalam dan sebelum-sebelum ni. Tengking tuanku. Patik penat, letih. Tolonglah."

"Tapi..."

"Tolonglah faham!" Permaisuri Agong Nafisah membalas tajam pandangan si suami. Nada suaranya sudah naik seoktaf.

Raja Agong Amirul mengangguk. Dia mengensotkan dirinya ke belakang sedikit dari kawasan tempat tidur si isteri. "Saya pergi kerja dulu. Apa-apa... call ye?" Kaki sudah dijulur ke bawah. Bersiap sedia untuk berdiri.

Permaisuri Agong Nafisah yang melihat suaminya sudah berganjak jauh dari tempat tidurnya terus meletakkan kepala di atas bantal tanpa ada rasa ingin membalas kata-kata suaminya. Matanya dipejam rapat.

'Saya sayang awak.' Dipandang susuk tubuh si isteri yang mengiring membelakangkannya itu.

"Patik izinkan tuanku bersama Kanda Jannah," ujar Permaisuri Agong Nafisah dalam keadaan kelopak matanya tertutup.

"Apa?" Terhenti terus perilaku sang raja yang mahu melangkah ke pintu sebaik sahaja telinganya menangkap permintaan yang dianggap mengarut itu. Dipandang kelibat si isteri yang masih mengiring memandang dinding itu.

"Pergilah bersama dengan Kanda Jannah mulai sekarang. Patik tak boleh dekat dengan tuanku lagi dah." Senada sahaja suara si isteri.

Raja Agong Amirul memandang lama.

Permaisuri Agong Nafisah terus-menerus mengalirkan air matanya.

*****

Seminggu kemudian...

"DAH seminggu kita macam ni, kan? Awak tak nak cakap dengan saya. Pandang saya pun tak nak. Tak boleh ke maafkan saya?" soal Raja Agong Amirul di saat dia melabuhkan punggung di sisi isterinya yang sedang duduk.

"Tak! Penat sangat dah maafkan orang macam tuanku." Selamba sahaja si isteri membalas. Majalah di tangan, ditutup dan diletakkan di atas meja. Punggung dianjak ke tepi sedikit, ingin jauh dari tempat duduk si suami. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia bangun dan duduk di tempat lain, tapi memandangkan badannya yang cepat sahaja letih dia hanya mampu berganjak sahaja. Lagipula kakinya sakit.

Raja Agong Amirul menarik nafas panjang-panjang. "Saya sanggup buat apa je asal awak maafkan saya." Dipandang wajah sisi si isteri yang dari tadi tidak mahu menoleh sedikitpun ke arahnya.

"Cuma satu." Ditoleh ke arah si suami. "Ceraikan patik."

Raja Agong Amirul menggelengkan kepalanya. "Selain tu."

"Patik tak nak tengok muka tuanku. Dengar suara tuanku lagi. Semua tu patik tak nak."

"Kalau saya tunaikan, awak tak mintak cerai?"

Diam.

"Malang sekali."

Permaisuri Agong Nafisah merenung tajam suaminya.

"Sama ada awak suka atau tak, saya tetap akan buat apa yang saya nak buat."

"Dan patik pun akan buat apa yang patik nak buat!" Terus digagahkan dirinya untuk bangun dari sofa. "Dah bagi izin dengan bini tua tak nak gunakan! Asyik nak datang sini je. Sakit mata aku!" bebel si permaisuri sambil melangkah jauh dari situ.

Raja Agong Amirul mengeluh panjang.

*****

"TOLONG ceraikan patik."

Bulat mata sang suami dengar. Didonggakkan kepalanya ke atas. Pen di tangan diletakkan di atas file. "Kenapa?"

"Patik dah tak nak jadi isteri tuanku lagi. Hati ni asyik terluka dengan sikap tuanku."

"Nafisah..." Raja Agong Amirul bangun dari kerusi pejabatnya yang ada di Istana Rehat. Dihampiri si isteri yang masih berdiri di depan mejanya.

Sejak akhir-akhir ini, isteri keduanya ini sering sahaja meminta cerai daripadanya. Tapi dia buat endah tak endah sahaja. Baginya emosi isterinya bercelaru sehingga membuatkan Permaisuri Agong Nafisah hanya nampak perpisahan jalan terbaik untuk mereka. Lagipun, Doktor Daniel ada memberitahunya yang emosi isteri mudanya ini memang rapuh buat masa sekarang. Sebab itu isterinya cepat sahaja berubah sikap. Sekejap okey, sekejap tidak.

Bila masanya okey, Permaisuri Agong Nafisah lebih banyak menangis di bilik Khalil. Termenung. Tidak mahu berjumpa dengannya langsung. Bila masanya tak okey pula, isterinya akan jadi pemarah. Dan ketika itulah isterinya meminta cerai kepadanya. Baginya okey ke tak okey, sebenarnya tetap tak okey pada matanya sebagai suami.

"Nafisah, kenapa sampai nak cerai?" Dipegang kedua-dua bahu isterinya. Kuat.

"Tolonglah. Patik dah tak boleh dah nak terima. Patik dah penat nak maafkan tuanku terus-terus. Tuanku... pembunuh. Sampai mati pun, patik tak akan lupa hari tuanku buat patik 'hilang' lagi anak. Patik manusia bukan malaikat. Ada perasaan. So, please. Ceraikan patik."

"Nafisah awak masih lagi mengandung. Berdosa besar saya ceraikan awak."

"Menuduh patik tak berhenti, tak berdosa ke?"

Diam.

"Tak adil dengan isteri, tak berdosa ke?"

"Nafisah..."

"Seksa jiwa dan raga isteri... tak berdosa ke, tuanku? Lempang, tampar, herdik dan maki isteri... dapat pahala ke?" Sinis si isteri bercakap meskipun nada suaranya perlahan sahaja.

"Awak sure nak cerai?"

"Ye!"

"Sanggup nak bercerai dengan saya?"

"Yesz!"

"Pandang tepat anak mata saya dan cakap awak nak saya ceraikan awak."

Permaisuri Agong Nafisah menurut. Dipandang tajam anak mata suaminya. "Ceraikan patik!"

Perlahan-lahan, Raja Agong Amirul menurunkan tangannya ke bawah dari terus memegang kedua-dua bahu isteri mudanya. Matanya merenung wajah isterinya. Wajah tidak ceria, wajah marah, wajah sedih, wajah tidak sihat, semuanya terpamer jelas di wajah itu. "Kenapa? Apa yang buat awak..."

"Kau yang buat aku jadi macam ni!" Tengking Permaisuri Agong Nafisah. Tangannya sudah menumbuk-numbuk dada suaminya. "Aku benci kau! Kau buat anak aku hilang! Pulangkan anak aku! Pulangkan anak aku!" Permaisuri Agong Nafisah sudah mula mahu mengamuk. "Aku nak Kabir! Aku nak Khalil! Aku nak anak dalam kandungan aku yang kau gugurkan! Aku nak anak-anak aku balik! Nak balik!"

"Nafisah bawak bertenang." Raja Agong Amirul cuba mengapai tangan isteri yang menumbuk dadanya.

"Tak boleh nak bertenang selagi aku isteri kau. Lepaskan aku! Ceraikan aku sekarang! Sampai bila kau nak seksa aku, ha! Aku benci kau! Benci!"

"Nafisah... please tak kan sampai nak cerai. Kita baiki hubungan kita. Pleaseee." Berkali-kali dia mencuba untuk mengengam kedua-dua penumbuk isterinya, barulah berjaya.

"Pergi kubur dengan kau punya please. Aku nak... kau ceraikan aku! Ceraikan aku! Faham bahasa tak!"

Dada sang raja berombak kuat. Menahan rasa dengan kata-kata kasar isteri mudanya. Buat seketika dia teringat akan pesanan Puan Melati.

"Nafisah nampak lembut orangnya. Mak takut bila dia berubah nanti sebab tahap kesabaran dia dah sampai, dia akan jadi orang lain. Orang yang anakanda sendiri tak kenal. Orang yang tak pernah marah atau mengamuk, bila dia mula marah atau mengamuk... susah tau."

"Cerai..." Terus lembik tubuh Permaisuri Agong Nafisah.

"Nafisah!" Ditarik tangan isteri yang dipegangnya ke arahnya. Dipeluk tubuh lemah isterinya itu. "Nafisah... Nafisah..."

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku