Cinta Dalam Hati Suamiku
Bab 46
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Cinta dalam hatimu, untuk siapa suamiku?
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
542

Bacaan






RAJA AGONG AMIRUL membalas pandangan tajam si isteri. Sejak isterinya ini kehilangan salah satu janin di dalam kantung rahimnya, isterinya sudah berani memandangnya dengan pandangan tajam lagi membunuh kepadanya. Namun seperti biasa, dia hanya memandang biasa dan cuba mengawal rasa marah dan geramnya sebaik yang boleh.

Melihat reaksi si suami yang tenang, hatinya mula terbakar. Geram sahaja dia melihat wajah tenang itu. "Boleh tak?" Keras nada suaranya bertanya. Kalau mahu diikutkan hatinya ketika ini, dia langsung tidak mahu bercerita apatah lagi meminta izin dari suaminya untuk memberitahu statusnya kepada Puan Meida.

Namun Puan Meida sudah memberitahunya dengan tegas melalui panggilan telefon milik Puan Melati petang tadi. Sekiranya suaminya tidak izinkan Puan Meida berjumpa dengannya, mereka sama sekali tidak akan berjumpa. Dia perlu dapatkan keizinan dari suami yang dibencinya ini terlebih dahulu, sekiranya mahu berjumpa dengan dua pupu walidnya; Puan Meida.

"Adakah dia boleh dipercayai?" lembut si suami menyoal.

Mencerlung mata Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. "Itu saudara patik!" Naik seoktaf nada suaranya.

"Saudara pun, boleh lupa ikatan tu kalau hati..."

"Stop it!"

Terdiam si suami.

"Itu, dua pupu walid patik. Close dengan walid sejak kecil lagi. Patik percaya, Aunty Meida boleh dipercayai. Dia seorang manusia yang sangat jujur dan berpegang pada janji. Tak macam orang tu." Matanya dikarlih ke tempat lain. "Reti tabur janji je." Sempat lagi diperli suaminya itu.

Raja Agong Amirul menahan gelora dalam hatinya. Dia perlu bersabar dengan semua ini sekiranya mahu kemaafan dari isteri mudanya.

"Bagilah keputusan." Si isteri sudah mula mendesak.

"Kalau saya tak bagi, awak tetap cerita kan pada dia siapa awak? Tetap jemput dia datang sini, kan?"

Permaisuri Agong Nafisah mengigit hujung bibirnya dengan kuat. Hujung matanya sudah memberi pandangan tajam kepada si suami. Terasa dirinya disindir.

"Kenapa nak dia datang sini?"

"Kan dah cakap, aunty closedengan walid. Tuanku tahukan yang parent patik dah lama kahwin baru dapat patik. Jadi selama patik tak ada lagi, mereka ada ambil anak angkat. Dua orang. Tapi yang patik kenal cuma seorang je. Aunty mesti tahu pasal anak angkat walid ni."

"Ooo... nak jejak kasih la ni?"

"Nak cari anak yang hilang!"

"Kalau pasal Khalil... saya boleh uruskan."

"Boleh uruskan konon. Dulu tuanku cari Dinda Mawar bertahun-tahun, baru jumpa. Ni anak patik ni, nak kena tunggu bapa lama pulak baru jumpa? 10 tahun?" Perli si isteri.

Satu keluhan berat dilepaskan. "Betul awak rapat dia?" Raja Agong Amirul mahu kepastian dari si isteri. Bimbang dirinya sekiranya rakyat atau orang disekeliling Permaisuri Agong Nafisah mempergunakan status sebagai isteri Raja Agong Lafiya itu ke arah benda yang tidak baik.

Lagipun hati yang dimiliki isterinya sangat lembut. Mudah percayakan orang dan mudah bersimpati kepada orang lain. Takut dirinya sekiranya isterinya ini dipergunakan tanpa sedar. Cuma, sejak kes itu... hati isterinya sudah keras. Tapi hanya dengannya sahaja.

"Tak rapat tapi hubungan kami baik."

"Saya tak nak orang awam tahu siapa awak buat masa sekarang ni sebab Khalil masih hilang, saya takut kalau apa-apa jadi padanya. Kalau awak tak rapat, saya tak setuju awak bagitahu dia status awak."

"Aunty saudara saya!"

"Buktikan yang dia saudara awak."

Permaisuri Agong Nafisah menghempaskan buku tebal yang ada di atas meja si suami ke meja dengan kuat. "Aunty dua pupu walid la! Ingat saya ni cuma ada sedara-mara yang beragama Islam je ke? Yang cuma ada pangkal nama 'Syed-Syarifah'? Tak pun yang ada nama 'Raja, Tengku, Putera dan Puteri' je? Yang berlainan agama tak boleh jadi ahli keluarga saya ke!"

"Nafisah, saya..."

"Benci betul cakap dengan manusia macam ni la!" Bentak si isteri. Punggung diangkat dari kerusi. Sudah berkira-kira mahu keluar dari pejabat suaminya.

"Wait."

Permaisuri Agong Nafisah menyilangkan tangan ke dada. Dipandang wajah si suami yang masih duduk dengan pandangan tanpa perasaan.

"Saya izinkan. Tapi dengan syarat."

Permaisuri Agong Nafisah menaikkan keningnya ke atas.

"Selama aunty awak di sini, dia mesti tinggal di sini. Di istana ini."

Dengar sahaja syarat dari mulut si suami, langkah kaki diatur ke muka pintu. Ingin cepat-cepat keluar dari pejabat suaminya.

Raja Agong Amirul mengeluh panjang. Kemudian otaknya mula mendapat idea. Tangannya mengambil telefon bimbit yang sudah ditindih-tindih dengan kertas di atas meja pejabatnya. Nombor Permaisuri Agong Jelita dicari.

Ditekap telefon bimbit di telinga kanannya sebaik sahaja dia menyentuh bahagian call. Menanti dengan penuh sabar.

*****

LANGKAH Permaisuri Agong Nafisah, terhenti betul-betul di depan pintu pejabat suaminya. Tadi sebaik sahaja dia keluar, dia terlupa yang dia sudah meninggalkan sesuatu di dalam pejabat suaminya. Nombor telefon Puan Meida.

Raja Agong Amirul mengetuk-ngetuk jari-jemarinya di atas meja. "Tapi Nafisah cakap, itu dua pupu walid, berdarah Inggeris."

Baru sahaja dia mahu mengetuk pintu, telinganya menangkap suara suaminya berbual dengan seseorang di dalam pejabat. Dia mula menekapkan telinganya pada pintu. Ingin tahu butir perbualan si suami memandangkan tadi dia terdengar namanya disebut-sebut.

"Katanya walidnya ada dua orang anak angkat, tapi yang dia kenal cuma seorang. Dia rasa ada kaitan dengan kehilangan Khalil. AuntyMeida, ialah orang yang rapat dengan walid," jelas Raja Agong Amirul.

Suasana senyap seketika. Pasti suaminya sedang berbual melalui telefon. Duga si isteri.

"Anakanda dah izinkan, cuma anakanda nak tahu je pasal saudara Nafisah ni. Tu yang call bonda. Mana tahu, bonda tahu something."

'Ooo, dia cakap dengan bonda. Dia ni, mesti simpan ragu-ragu dekat aunty!' tuduh Permaisuri Agong Nafisah dalam hati.

Raja Agong Amirul mengangguk-angguk. "Hm... tak apalah bonda. Maaflah kalau malam-malam ni. Anakanda cuma nak tahu sahaja."

Permaisuri Agong Nafisah sudah mengigit hujung bibirnya dengan kuat. Geram.

"Bukan macam tu, cuma nak tahu. Ye la, anakanda tak tahu yang Nafisah ada berdarah Inggeris selain darah Arab selama ni. Lagipun bonda, kita kena hati-hati..." Tak habis Raja Agong Amirul nak menghabiskan katanya- pintu pejabatnya dibuka dari luar tanpa diketuk terlebih dahulu.

"Dah agak dah, tuanku tak percayakan saudara-mara patik, kan?" Sembur Permaisuri Agong Nafisah di depan muka pintu pejabat suaminya.

Telefon bimbit di tangan, diletakkan di atas meja. Hujung jarinya terus menekan bahagian merah, ingin mematikan terus perbualan dengan bondanya. Tidak mahu bondanya mendengar dia dan isteri keduanya ini ebrtengkar. "Nafisah." Raja Agong Amirul berdiri. "Kenapa tak ketuk dulu?" Tegas dalam lembut si suami bertanya.

Permaisuri Agong Nafisah berpeluk tubuh. "Nak ketuk untuk apa? Supaya boleh cover la apa yang tengah tuanku borak dengan bonda tu. Patik dengar la semuanya tadi." Jari telunjuknya dihala ke wajah suaminya. "Tuanku meragui saudara patik ye?"

"Nafisah. Behave! Saya suami awak. Bukan kawan awak. Jaga sikit bahasa. Jangan nak buat tuduhan melulu. Saya tanya bonda sama ada kenal atau tidak, itu sahaja. Tak bermakna yang saya tak percayakan awak." Dada Raja Agong Amirul sudah naik turun.

Permaisuri Agong Nafisah menjeling tajam sebelum keluar dari pejabat suaminya.

Melihat si isteri yang sudah hilang di balik pintu yang dihempas kasar oleh si isteri, Raja Agong Amirul terduduk di kerusinya. Kedua-dua tangannya meraup rambutnya kedepan dan kebelakang. "Argh! Serabut!"

*****

RAJA AGONG AMIRUL menoleh ke arah isteri keduanya tidur. Tangannya menekan-nekan perutnya. Sakit. Berkerut dahinya. Lantas dia bangun dari posisi baringnya. "Nafisah..." Dipanggil si isteri yang tidur membelakangkannya itu. Tangannya menekan-nekan perutnya. "Nafisah..." Dipanggil isterinya sekali lagi.

Permaisuri Agong Nafisah yang tidur memandang dinding sudah membuat muka menyampahnya. 'Nak sesuatu la tu.'

"Nafisah, saya tahu awak tak tidur lagi. Pandanglah sini sekejap."

Permaisuri Agong Nafisah hanya buat endah tak endah. Hatinya sakit mengenangkan si suami tidak mempercayai Puan Meida.

"Nafisah..."

"Nak apa!" Dipusing badannya ke belakang. Merenung tajam si suami yang dilihatnya menekan-nekan perut. Rimas rasanya bila suaminya dari tadi asyik memanggil-manggilnya tanpa henti.

"Perut saya sakit."

"Habis, nak suruh patik buat apa? Pergilah buang apa-apa." Dipusing tubuhnya semula memandang dinding. "Nak berak pun kena buat laporan dekat aku ke?" omel si isteri perlahan.

"Saya lapar."

"Pergi lah makan," jawab Permaisuri Agong Nafisah endah tak endah.

"Saya tak ada selera nak makan masakan orang lain selain awak. Tolonglah saya, saya lapar sangat ni."

"Lainkali makan je la apa yang ada. Dah la pergi lah dapur tengok apa ada, makan."

Raja Agong Amirul merenung belakang tubuh si isteri. Terasa sungguh dia dengan Permaisuri Agong Nafisah ketika ini. "Awak tak nak masakkan untuk saya?" soalnya walau dia sudah dapat agak apa jawapan yang bakal dia terima. Pasti dia akan kecewa lagi dan lagi.

Permaisuri Agong Nafisah mengambil langkah untuk berdiam diri.

"Tolonglah. Saya nak makan masakan awak malam ni. Dah lama sangat awak tak masak untuk saya. Kesianlah dekat saya. Selera makan saya dah tak berapa nak ada sejak kita... macam ni..."

"Pergilah makan apa yang ada. Patik mengantuk." Ditarik gebar naik sehingga ke atas kepala.

"Kalau macam tu... apa kata awak bagi je resepi dekat saya."

"Rimas la! Nak tidur!" Marah Permaisuri Agong Nafisah. "Lapar pergi je la dapur tu. Menyusahkan je."

Raja Agong Amirul mengeluh panjang. "Baiklah." Kaki dilunjur ke sisi katil.

*****

"MAK, buat apa tu?" Permaisuri Agong Nafisah menarik kerusi yang ada di dapur istana. Matanya melihat barang-barang yang ada di atas meja. Ubi kentang, bawang kecil, bawang besar, ikan bilis dan banyak lagi. Meriah betul meja.

Fikirannya mula melayang teringat akan kejadian malam tadi. Permintaan si suami yang mahu dia masak namun dia tak turutkan langsung permintaan itu. Dia lebih melayan rasa sakit hatinya dari permintaan seorang suami terhadapnya.

"Mak saja nak masak hari ni. Nafisah... semalam mak nampak Amirul makan sorang-sorang. Tahu tak?" Dikerling wajah menantunya yang duduk di meja yang ada di dapur istana.

Terkaku Permaisuri Agong Nafisah mendengar apa yang Puan Melati katakan. Matanya meliar memandang sekeliling dapur istana. Hanya dirinya dan Puan Melati sahaja yang ada. Pasti dayang dan pekerja yang lain sibuk dengan tugasan lain. Maklumlah dayang di istana ini tidak seramai dayang dan pekerja di Istana Agong.

"Tahu ke tak?" Puan Melati mendekati menantunya. Tangannya mengambil beg plastik yang ada serai. Dikeluarkan tiga batang serai dan mula membuat kerja apa yang patut.

"Tahu." Perlahan sahaja isteri kedua Raja Agong Amirul itu menjawab.

"Kenapa tak teman?"

Diam.

Melihat menantunya berdiam diri, Puan Melati mengeluh perlahan. "Kesian Amirul tau, sampai terduduk dia dekat hujung meja makan malam tadi. Sakit perut sangat. Gastrik la tu" Langkah kaki diatur semula ke sinki. Ingin membersihkan serai yang baru sahaja dia selesai kerjakan.

"Tak tahupun yang tuanku ada gastrik."

"Jarang kena, tapi kalau dah kena... terduduk lah jadinya. Tu yang mak nak masak ni. Kut-kut boleh bagi lega sikit dekat perut sensitif Amirul tu." Pisau dicapai. "Kalau Nafisah nak tahu, Amirul dah tak banyak makan dah sekarang mak tengok. Badan pun dah susut je. Mesti sibuk sangat dengan tugas dia."

"Sibuk pun, kena jaga diri."

"Tak sempat nak fikir untuk jaga diri, Nafisah oi. Dekat Pejabat Pemerintah, dah kena fikir rakyat, pembangunan negara. Pada masa yang sama kena fikir keluarga. Khalil, anak-anak Mawar tu yang hilang semua... nak kena cari. Nak kena selesaikan macam-macam tugas."

Permaisuri Agong Nafisah merenung barang-barang di atas meja. Sejak dia kehilangan satu janin dalam rahimnya, dia sudah meninggalkan aktiviti memasaknya dan menguruskan suaminya. Dia tidak lagi menguruskan hal pemakaian suami dan makanan Raja Agong Amirul.

"Tapi mak peliklah. Bukan ke Amirul makin semangat bila Nafisah mengandung? Tapi kenapa... dah tak ye sekarang?" Puan Melati menggeleng perlahan. Pinggan kecil di rak diambil dan diisi dengans erai yang sudah dicincangnya.

"Mungkin... anak yang buat tuanku rasa nak makan je... dah tak ada." Diusap perutnya dengan perlahan-lahan.

Puan Melati memusingkan badannya ke belakang. Memandang menantunya yang berwajah sungul di meja makan. "Hm... Nafisah okey?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Tuanku." Sampuk satu suara garau di muka pintu dapur istana.

Permaisuri Agong Nafisah menoleh. "Ada apa, Ita?"

Dayang Ita menghulur satu dokumen kepada Permaisuri Agong Nafisah. "Tuanku Amirul telefon tadi, tuanku. Minta tolong bawakan dokumen ni ke Pejabat Pemerintah. Panglima Zafrul suruh tuanku ikut, sebab tingkat pejabat Tuanku Amirul tak boleh masuk sebarang orang."

Dayang Ita sudah mula memanggil Permaisuri Agong Nafisah, 'tuanku' atas arahan Raja Agong Amirul. Terkulat-kulat dia mahu memanggil Permaisuri Agong Nafisah sebegitu setelah terlalu biasa dia memanggil isteri majikannya dengan kata ganti nama diri yang biasa. Mujurlah Raja Agong Amirul faham dan memaafkannya.

Permaisuri Agong Nafisah menyambut huluran dokumen tersebut. "Urgent?"

"Rahsia kerajaan. Itu yang Tuanku Amirul cakap, tuanku. Dan apa yang patik tahu, rahsia kerajaan ni... tak boleh letak merata sesuka hati." Tangan kanan diseluk ke dalam poket seluar. "Ayah tuanku kirimkan telefon ni kepada Panglima Zafrul semalam. Katanya, tuanku tercicir hari tu."

Permaisuri Agong Nafisah tersenyum lebar saat mengambil telefon bimbit tersebut. Selepas ini tidak perlulah dia meminjam telefon bimbit Puan Melati lagi.

"Ayah tuanku cakap, nak pulangkan cepat-cepat tapi tak tahu nak bagi dekat siapa. Masa ayah tuanku ziarah rumah bekas madu tuanku, Panglima Zafrul ada sekali. Tu yang baru semalam ayah tuanku dapat pulangkan. Tapi... tu la, dah habis bateri."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk, faham.

"Tuanku Amirul pesan, yang saudara tuanku akan sampai sini pagi esok."

"Mana tuanku tahu bila saudara saya nak sampai? Saya sendiri tak tahu."

"Tuanku Amirul bercakap dengan saudara tuanku sendiri la. Ni ha..." Diulur pula nota kecil kepada Permaisuri Agong Nafisah. "Tuanku Amirul suruh simpan nombor tu, jangan careless. Takut orang benriat tak baik jumpa nombor saudara tuanku."

Terkaku Permaisuri Agong Nafisah.

*****

BARU sahaja Permaisuri Agong Nafisah mahu mengetuk pintu pejabat suaminya, telinganya menangkap suara gelak tawa dari dalam bilik. Tidak jadi dirinya mahu mengetuk pintu yang besar di depan matanya. Dia meliarkan pandangan ke arah sekeliling. Sunyi. Pembantu suaminya dan pembantu raja-raja Lafiya tiada kelihatan di situ. Maklumlah sekarang ni masa rehat pekerja. Pasti mereka semua sedang berada di café di tingkat bawah untuk mengisi perut.

Dada Permaisuri Agong Nafisah naik turun. Menahan gelora dalam hati. Dipandang pintu pejabat suaminya. Pasti suami dan madunya ada di dalam. Ini kerana perempuan mana lagi yang boleh berdamping dengan suaminya kecuali permaisuri sendiri. Langkah kaki mula menderhaka pada tuannya. Niat dihati sudah berkira-kira mahu pulang ke istana, tapi kakinya melangkah ke arah tempat duduk pembantu sang raja. Matanya melekap pada skreen komputer di atas meja itu, gelap.

Dokumen di tangan, di letakkan di atas meja tersebut. Tanpa sedar dia telah menolak tetikus dari tempatnya tatkala dokumen diletakkan di atas meja. Terpamparlah keadaan bilik suaminya pada skreen. Kakinya tidak jadi melangkah untuk pergi dari situ apabila hujung matanya melihat suami dan madunya sedang makan sambil bergelak ketawa di dalam bilik tersebut. Dilabuhkan punggung ke kerusi sambil matanya tidak lepas memandang wajah ceria dan gembira si suami.

Tangannya mulai bergerak. Menyentuh skreen komputer yang terpampar wajah si suami. 'Aku rindu dia. Senyuman dia. Gelak dia. Kenapa kami diuji macam ni? Perlu ke aku maafkan dia lagi untuk dapat apa yang aku rindu?' Air matanya mulai menitis. Rindu sungguh dirinya dengan suaminya ini.

"Tuanku."

Permaisuri Agong Nafisah, mendongak. Terbangun terus dia dari kerusi apabila dia melihat tuan punya tempat, berdiri di depan matanya.

"Tuanku, kenapa menangis?" soal Pembantu Raja AGong Amirul dengan lembut.

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng laju. Tangannya mengambil dokumen di atas meja dan dihulur kepada pembantu suaminya. "Saya nak hantar ni. Hm... nak balik dulu la." Kaki sudah mula setapak melangkah keluar dari kawasan kerja pembantu suaminya.

"Tuanku tak nak jumpa Tuanku Amirul dulu?"

"Tak apalah. Tak nak kacau." Langkah kaki diatur pergi.

"Tapi..." Tak sempat Pembantu Raja Agong Amirul mahu berkata, isteri majikannya sidah makin jauh darinya. "Tuanku nak jumpa... Alahai."

*****

AIR matanya mengalir lebat. Selebat-lebatnya. Tersandar tubuhnya pada dinding lif sebaik sahaja dia melolos ke dalam. Tangannya menekan dadanya. "Sakitnya."

'Kenapa nak menangis Nafisah? Sakit hati ke? Cemburu? Semalam masa kau sepatutnya melayan suami kau, tapi apa kau buat? Hari ni gliran Jannah pula melayan. Salah ke suami kau nak gembira dengan isterinya sendiri?'

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng mendengar apa yang suara hatinya katakan kepadanya.

*****

"MANA Nafisah? Kan beta dah pesan untuk suruh Nafisah masuk." Dokumen yang dihulur oleh si pembantu dibelek-belek. Ingin memastikan adakah itu dokumen yang diperlukannya atau tidak.

Permaisuri Agong Jannah mengukir senyuman untuk pembantu suaminya.

"Aaa... Tuanku Nafisah... menangis..."

"Menangis? Kenapa?" Dokumen diletakkan di atas meja. Betuk-betul di sebelah bekal makanan yang dibawa oleh isteri pertamanya.

Pembantu sang raja menggeleng. "Patik tak tahu sebab apa. Tapi, tuanku duduk dekat meja patik tadi. Agaknya Tuanku Nafisah nampak tuanku berdua... hm..."

Raja Agong Amirul memandang wajah isteri pertamanya. Laju dia mengangkat punggung dari kerusi. Pintu bilik menjadi sasaran. Ditarik tombol pintu ke arahnya sebaik sahaja dia berjaya memulas tombol pintu tersebut. Ingin dikejar si isteri yang pasti hatinya terluka kerana secara tak sengaja melihat kemesraannya dengan isteri pertamanya.

Permaisuri Agong Jannah merenung bekalan makanan yang dibawanya. Teringat dirinya akan pesanan Puan Melati, Subuh tadi. Pastikan Raja Agong Amirul makan. Dan kerana pesanan itulah dia menyuruh tukang masak istana membuat bekalan makanan untuk suaminya ini. 'Kanda terlalu cintakan dia, kan?'

"Hm... tuanku perlukan apa-apa?" soal Pembantu Raja Agong Amirul.

"Tak."

"Patik mintak diri."

Permaisuri AgongJannah mengangguk.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku