Cinta Yang Kedua
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 Februari 2017
Kisah cinta kita sangat sekejap, tapi memori itu akan kekal dalam ingatan untuk selamanya.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
354

Bacaan






RAJA ARIF mendekati isteri mudanya yang duduk termenung sendirian di set sofa yang ada di Kamar Peraduan Diraja itu. "Awak..." Lembut si suami memanggil isterinya.

Permaisuri Syarina mengangkat wajahnya ke atas.

"Are you okay?" tanya Raja Arif dengan lembut.

Permaisuri Syarina hanya berdiam.

Raja Arif menguntum senyuman manis dan berdiri di depan isteri mudanya itu. Kepala lutut di letakkan di atas lantai. Kedua-dua tangannya di letakkan di atas kepala lutut isterinya itu. "What's wrong, my dear?" soal Raja Arif lagi.

Permaisuri Syarina masih mengambil langkah untuk berdiam.

Raja Arif tetap menguntumkan senyuman. Tangannya diletakkan dibawah dagu Permaisuri Syarina yang hanya tunduk pandang ke bawah sahaja. Kemudian dia memberikan satu ciuman hangat di dahi isterinya itu. Lama sekali.

Terkejut Permaisuri Syarina dengan tindakan suaminya.

"Awak dah tenang?" tanya Raja Arif.

Permaisuri Syarina memandang anak mata suaminya itu. Setitik demi setitik air matanya jatuh.

"Kenapa ni? Cuba cakap dengan saya, kenapa. Kenapa menangis?"

"Kenapa awak baik sangat dengan saya?" soal Permaisuri Syarina.

"Sebab awak isteri saya. Salah ke, saya baik dengan awak?"

"Tak... tapi...."

"Tapi?"

"Awak buat.... saya... suka... dekat awak," ujar Permaisuri Syarina dengan perlahan.

Raja Arif tersenyum. "Terima kasih."

Terkejut Permaisuri Syarina mendengar suaminya ucap terima kasih.

"Sebab awak suka saya. Thanks a lot."

Permaisuri Syarina diam.

"Awak kenapa? Awak nampak tak happy. Awak tak suka ke... ada perasan dekat saya?" soal Raja Arif sambil mengambil tempat duduk di sebelah isterinya itu.

"Saya takut... perasaan saya akan lukakan hati Kanda Aida. Saya tak nak perasaan ni, Arif! Jadi... tolonglah jangan baik sangat dengan saya," luah Permaisuri Syarina sambil menangis teresak-esak.

"Jangan cakap macam tu, Syarina. Perasaan awak pada saya tak salah dan tak menyalahi hukum agama mahupun undang-undang. Tak salah untuk awak jatuh cinta pada saya. Saya suami awak yang sah dan lelaki yang berhak terima cinta awak, Syarina."

"Tapi... awak cuma cintakan Kanda Aida."

"Saya juga cintakan awak."

Permaisuri Syarina memandang anak mata suaminya yang duduk di sebelahnya itu.

"Kenapa? Salahkah saya sebagai seorang suami untuk mencintai awak?" soal Raja Arif. "Isteri saya sendiri."

"Macam mana awak boleh cintakan saya? Sedangkan saya tak pernah jadi isteri awak secara sebenar. Tak pernah dan tak akan pernah. Saya tak pernah tunaikan apa-apa tanggungjawab seorang isteri pada awak pun. Saya tak ada apa nak beri pada awak. Saya tak dapat nak layan kehendak batin awak pun."

"Saya cintakan awak kerana Allah. Bukan nafsu. Saya nikah dengan awak pun, bukan sebab nafsu tapi sebab Allah. Jadi saya boleh cintakan awak meskipun awak tak layan saya. Cinta tu kan anugerah Allah untuk pasangan suami isteri."

Permaisuri Syarina memandang anak mata suaminya.

"Cinta akan hadir bila ada keredhaan dari Allah. Allah letak perasaan cinta dalam hati saya untuk awak," jawab Raja Arif. "Macam cinta dalam hati awak untuk saya."

Permaisuri Syarina mula mengalirkan air matanya.

Raja Arif mengelap air mata itu dengan tangannya. "Awak dah terlalu banyak menangis. Dah... jangan menangis lagi, ye?" pujuk Raja Arif. "Kita keluar nak?" ajak Raja Arif.

"Keluar? Untuk?" soal Permaisuri Syarina.

"Dating."

"Dating?"

Raja Arif mengangguk. "Awak asyik berkurung je dalam istana ni. Nak keluar makan pun tak nak. Kalau keluar pun dari bilik ni, awak pergi jumpa Aliza. Sampai bila nak macam ni?"

Permaisuri Syarina berdiam. "Awak tak malu keluar dengan saya?"

"Tak. Buat apa saya nak malu? Isteri saya sendiri kan?"

"Tapi..."

Raja Arif meletakkan jari telunjuknya di bibir isterinya itu. "Dah. Enough. Saya tak nak dengar lagi benda-benda macam ni keluar dari mulut awak. Awak... awak tu kahwin dengan raja tau. Saya ada kuasa nak diamkan mulut orang. Berani mereka nak cakap bukan-bukan pasal awak? Mereka tak akan berani nak cakap apa-apa. Don't worry."

Permaisuri Syarina mengangguk.

*****

"AWAK..." panggil Permaisuri Syarina dengan perlahan.

"Ye," Raja Arif menoleh seketika ke wajah Permaisuri Syarina yang duduk di sebelahnya kemudian matanya fokus semula kepada pemanduannya semula.

Setelah berjaya memujuk, akhirnya Permaisuri Syarina sudi juga keluar buat kali pertama dengannya secara berdua sebagai suami isteri. Namun untuk bagi isterinya itu lebih selesa, dia tidak mahu pengiring mengekorinya. Dia hanya menyuruh mereka memerhatikan mereka dari jauh sahaja.

"Wajib ke, saya panggil... awak... 'kanda'?"

"Nope. And... saya tak suka awak panggil saya 'kanda'."

"Kenapa?"

"Sebab... hanya awak je dalam dunia ni yang ber'saya-awak' dengan saya. Saya rasa macam sweet je bila dengar awak panggil saya macam tu," ujar Raja Arif dengan senyuman manis.

Permaisuri Syarina tersenyum.

"Awak senyum... itu tandanya awak pun suka dengan panggilan ni, kan?" soal Raja Arif dengan senyuman juga.

Permaisuri Syarina mengangguk.

"Kawan saya yang lain, semuanya 'kau-aku' atau pun 'beta-patik' dengan saya. Hanya awak dalam dunia ni yang jadi kawan saya yang boleh dan dibenarkan ber'saya-awak' dengan saya tau. And now, kita dah kahwin... saya rasa sweet bila kita teruskan panggilan macam tu. Sebab boleh dekatkan kita lagi," ujar Raja Arif lagi.

Permaisuri Syarina hanya tersenyum manis. "Kita nak dating ke mana ni?"

"Baby nak makan apa?" Tangan kiri Raja Arif diletakkan di atas perut kempis isterinya.

Permaisuri Syarina memandang wajah suaminya, tidak berkelip.

*****

"AYAHANDA tak suka!"

Raja Arif menundukkan kepalanya ke bawah. Otaknya mula menyusun ayat untuk memujuk bekas Raja Negeri Kota, Lafiya itu. Memujuk untuk terus membiarkan isteri mudanya tinggal di sini, bersamanya. Tak kan dia mahu halau isterinya pergi? Tak!

"Kehadiran dia memalukan keluarga kita!"

"Ayahanda Raja, anakanda mintak maaf kalau ayahanda tak suka. Tapi, janganlah sampai macam ni. Syarina, isteri anakanda yang sah. Dia ada hak sama macam Aida."

"Arif, kalau rakyat tahu mana nak letak muka ni! Mana! Raja jadi pak sanggup! Malu!"

Permaisuri Syarina melekapkan telinga ke pintu. Dia tiba-tiba tidak sedap hati bila dia mendengar namanya disebut di dalam pejabat suaminya itu.

Satu keluhan dilepaskan. "Insya-Allah, rakyat boleh terima."

"Rakyat akan terima kamu kata? Kamu tahu, belum ada sejarah dalam Lafiya ada raja jadi pak sanggup! Memalukan! Kamu tahu tak benda tu memalukan!"

Raja Arif mengucap panjang dalam hatinya.

"Ayahanda mahu, dia keluar dari istana ni. Muktamad!" Raja Fariz mengatur langkah keluar dari pejabat Raja Arif yang ada di dalam istana.

Tertunduk Permaisuri Syarina tatkala Raja Fariz keluar dari pejabat. Dia tidak sengaja mendengar perbualan mereka.

"Suka curi dengar," tuduh Raja Fariz sebelum mengatur langkah pergi.

Permaisuri Syarina menitiskan air matanya. Dia memandang ke dalam pejabat memandangkan pintu pejabat suaminya itu terganga. Jadi secara tak sengaja dia dapat melihat suaminya sedang memicit kepala.

Raja Arif memandang ke arah pintu. Bulat matanya melihat isteri kedua memandangnya sambil menitiskan air mata. "Ya Allah." Langkah kaki diatur ke pintu. Ditarik tangan Permaisuri Syarina masuk ke dalam. Kemudian dia terus memeluk tubuh itu sebaik sahaja dia menutup pintu dari dalam.

"Saya memang... menyusahkan awak, kan? Mamalukan nama baik awak... Saya mintak maaf..."

Raja Arif menitiskan air matanya. "Jangan cakap macam tu. Please..." Dikuatkan pelukannya.

"Arif. Saya redha kalau awak nak lepaskan saya. Saya terima dengan rela hati."

Pelukan dilepaskan oleh si suami. Matanya memandang tepat wajah Permaisuri Syarina. "Jangan cakap macam tu. Saya tak akan lepaskan awak. Sampai bila-bila."

"Tuanku Fariz, marah sangat dekat awak sebab saya..."

Raja Arif cuba mengukir senyuman. Kemudian dia memeluk semula tubuh isterinya.

----- BERSAMBUNG -----



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Sinopsis | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 (Akhir) |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku