BAHTERA SELUAS LAUTAN
Bab 3: Wasiat Fasal Kuul
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Februari 2017
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
668

Bacaan






Bab 3: Wasiat Fasal Kuul

MERANGKAK Putera Telang masuk ke dalam istana melalui lubang rahsia lekat di tembok. Baginda baru perasan akan tubuhnya terbuka lantas mencapai kain putih di ampai. Baginda memakai dan melilit badannya dengan kain tersebut dan ikat mati di pangkal. Meluru baginda ke kamar Yabang yang karib sahaja dari situ. Selinap baginda masuk. Namun, kamar Yabang tak berpenghuni. Terdengar orang mendekati. Ditelek dari jendela mengandai Yabang, tapi salah seorang pengikut pembesar pula yang menghampiri. Baginda tidak mahu dilihat pembesar atau pengikutnya kerana banyak helah akan mereka guna lagi-lagi baginda telah hilang selama dua hari. Lantas baginda menyorok di dalam almari baju Yabang yang terletak di penjuru. Diam baginda dalamnya.

Pengikut pembesar masuk dengan berhati-hati seperti ada muslihat tersemat di hati. Dia memegang botol kecil berisi cecair bersamanya.

Putera Telang mengintai dari celah daun pintu almari. Jantungnya terhenti pabila mata pengikut menoleh tiba-tiba ke arah almari yang sedikit terbuka. Langkahnya makin hampir secara perlahan. Putera Telang menutup mulutnya dengan telapak menahan hela.

Serabik bergegar dengan hentakan pengawal istana menuju ke kamar Yabang. Pengikut tadi tersentak laju seraya meninggalkan botol di kantung seluar Yabang dalam kamarnya. Dia melompat keluar tingkap tanpa dikesan sesiapa, selain Putera Telang.

Diceroboh kamar Yabang oleh pengawal secara kelam-kabut. Disepahkan harta Yabang seperti mencari sesuatu. Segenap ruang diteliti. Sukar untuk Putera Telang mengelak kali ini. Pintu almari dibuka. Pengawal terkejut menjumpai Putera Pulau Luangan terduduk dalam ruang sempit.

“Putera?” pengawal menyoal.

Seorang pengawal pula merasa sesuatu dalam kantung seluar Yabang. Dia jumpa botol yang dianggap upas (racun).

Temenggung Daeng Asaad melangkah masuk dengan wajahnya yang bengis. Dia masuk dan memerhati setiap sudut dan mengambil botol upas yang ditemui pengawal dalam kamar Yabang. Daeng Asad merenung Putera lalu mengucap, “Ampun tengku, bagaimana tengku boleh berada di situ?!” nadanya tegas tapi tidak dia marah. Memang cara percakapan temenggung begitu.

Putera Telang menunduk terdiam dengan hanya kain putih menutup badan.

“Tidak dimaklum kepada patik yang tengku sudah pulang dari Hafa (satu daerah dalam Pulau Luangan)?!”

“Sejak bila aku pergi ke Hafa?” desis kalbu Putera hairan.

“Patik harap tengku tahu bahawa ayahanda tengku sedang gering dek kerana Yabang yang meracuni. Afdalnya tengku pergi ke kamar Raja Luang yang mungkin sedang beradu gering sekarang.”

Yabang cuba membunuh Raja Pulau Luang? Perkara yang tidak masuk akal. Yabang sudah menetap dalam istana lama. Menjadi sahabat rapatnya sejak kecil. Tak mungkin Yabang sanggup mengkhianati Putera. Putera sukar menerima tuduhan Temenggung Daeng Asaad. Dia keluar dari almari dan berkata, “Temenggung jangan menuduh sahabat beta sesuka hati. Beta tahu Yabang tak akan melakukan ini.” Terus selisih Putera Telang Luangan berangkat ke kamar ayahandanya.

Daeng Asaad hanya merenung lama seraya mengajak pengawal lain bergerak ke anjung. Temenggung Daeng Asaad sangat tegas dan adil. Tidak pernah dia pilih bulu dalam menjaga keamanan istana dan negara Pulau Luangan. Namun, dirinya sendiri berada di tapak tangan bendahara. Segala arahan bendahara berbisa jika tidak dipatuh. Namun, Daeng Asaad masih menuntun di jalan kebenaran. Biar dia dicerca membenar undang-undang raja dari mati tidak setia. Temenggung iaitu penguasa daerah-daerah di Pulau Luangan.

PUTERA Telang melalui anjung untuk menuju ke kamar Raja Luang. Namun, langkahnya terhenti selepas melihat Bendahara Tun Kaja bersemayam di singgahsana raja. Pembesar yang lain turut bersamanya seperti sedang musyawarah. Terdapat Syahbandar Dinar selaku Penghulu Bendahari di raja, Laksamana Hang Siul dan beberapa pengikut-pengikut setiap pembesar.

Dalam waktu yang sama, pintu masuk ke anjung dibuka. Temenggung Daeng Asaad masuk menghadap pemangku raja merangkap Bendahara Tun Kaja. Kemudian Daeng Asaad menoleh ke arah Putera Telang selamba.

“Putera Telang sudah pulang ke istana.” Bendahara menyapa.

“Mengapa bendahara tegar bersemayam di singgahsana ayahanda beta. Biarpun raja kini gering, bendahara jangan lupa akan tengku mahkota di raja yakni beta sendiri bakal merangkul takhta seterusnya. Jangan sampai beta murka bendahara sehingga menghalau ke Pulau Jura!

Bendahara Tun Kaja dan pembesar lain berdekah kecuali Daeng Asaad selepas mendengar ugutan Putera Telang. Bendahara cegat perlahan. Dia mengungkap pangkahan balas,

“Sudahkah tengku muda membaca Kuul Pemerintahan (singkatan Kod Undang-Undang Luangan: Pemerintahan). Pastinya belum. Ampun tengku. Bukan niat patik menyindir. Namun setahun jagung tetap ada rasa kelatnya. Kuul ialah sistem perlembagaan utama negara Pulau Luangan gubalan ayahanda tengku sendiri. Tuanku Raja Luang merangka Kuul untuk mengawal keamanan rakyat Pulau Luangan. Keluasan pulau yang sangat kecil terpencil jauh dari negara karib. Kuul Pemerintahan Kod 12 menyatakan bahawa: 'pembesar empat lipatan tidak boleh diusir atau dibuang negara tapi diganti dengan kerturunannya pabila mangkat melainkan tiada waris'. Bukankah tengku juga bakal mengganti Raja Luang satu hari nanti selepas kemangkatan baginda?

“Diam!” Putera Telang murka, “Memang beta masih tidak arif. Namun bendahara perlu arif akan kuasa raja. Akan beta menentang Kuul dan tetap menghantar sesiapa yang derhaka ke Pulau Jura. Harap bendahara ingat amaran beta ini.” Putera Telang lantas berjalan pergi ke kamar meninggalkan anjung.

Bendahara dengus perlahan menahan amarah ucapan Tengku Mahkota di Raja Pulau Luangan. Temenggung sebaliknya mengukir senyum kecil bangga dengan si geneng.

PINTU kamar beradu raja dibuka perlahan. Putera Telang masuk menghadap. Menghampiri Putera ke katil. Baginda melihat ayahandanya lemah terbaring.

“Ampun ayahanda.”

“Telang?” bola mata Raja Luang bergerak ke kanan melihat anakandanya.

“Ampunkan anakanda yang bala ini. Akan anakanda patuh pada peraturan ayahanda. Pada Kuul dan lainnya. Jangan tinggalkan Telang, ayahanda.” Esak Putera Telang menitiskan air mata.

Tangan Raja menyapu pipi anakanda genengnya. Dia titah lemah, “Ayahanda tak pernah lupakan Telang. Ayahanda tak pernah tak rindukan Telang. Sentiasa ayahanda letak Telang di atas makhkota emas sebagai keutamaan. Sayang dan kasih ayahanda sentiasa untuk Telang.

“Telang juga sayangkan ayahanda.”

“Ayahanda dan Bonda senantiasa sayangkan Telang. Bakal menjadi Telang, Raja Luangan. Jagalah Kuul sebaiknya kerana di situ adanya secebis kebenaran. Akan Telang sedar mengapa ayahanda terpaksa patuh akan kekejaman Kuul terhadap semua. Kadangkala kemenangan perlukan pengorbanan Telang.

“Apa yang ayahanda katakan ini? Ayahanda takkan mangkat di depan Telang!”

“Ayahanda... sayang... akan Telang…” Raja Luang meluah rasa kasih sayangnya pada Telang. Seraya nafas Raja Luang terhenti. Mangkatnya Raja Luang Negara Pulau Luangan.

Satu negara berkabung selepas mendengar khabar kemangkatan Raja Luang. Putera Telang mula naik amarah dendamnya. Akan baginda cari pembunuh ayahandanya. Hilang sifat genengnya dalam istana. Memaparkan sifat seorang putera yang bakal menjadi raja pemerintah Pulau Luangan. Segala persoalan akan baginda cungkil.

Pengikut pembesar mana yang cuba menfitnah Yabang? Mengapa baginda dikatakan ke Hafa sedangkan baginda hanya berada di sempadan istana? Mengapa Yabang difitnah?

“Yabang?” bertanya Putera Telang di mana Yabang berada. Semasa hari berkabung tidak terlihat oleh baginda akan Yabang.

Fikiran baginda mula ragu akan Yabang. Terlintas di hatinya untuk berjumpa dengan Temenggung Daeng Asaad yang mengatakan baginda pergi ke Hafa. Mungkin Temenggung akan beritahu siapa yang menyampaikan dusta itu.

DAENG Asaad sedang bersiap untuk ke medan hukuman dalam kamarnya. Terlihat bayang laju bergerak dari belakang. Perasan Daeng mudah akan Putera. Gerak-geri Putera sudah menjadi rutin bagi Daeng. Dia berpaling ke belakang dan ungkap,

“Ampun tengku. Mengapa tengku datang ke kamar patik?”

Putera Telang menuju laju menolak Daeng menghentak dinding. Baginda ramas kolar baju Temenggung. Temenggung sebenarnya mampu melawan baginda. Namun, kerana daulatnya raja, dia membiar.

“Di mana Yabang? Dari mana Temenggung tahu dusta bahawa beta ke Hafa? Luahkan pada beta!”

“Ampun tengku. Sebelum patik menjawab pertanyaan tengku, patik hendak tengku tahu yang ramasan tengku tidak memberi kesan kepada patik.”

“Oh, baiklah.” Mudah baginda berubah emosi. Temenggung dilepaskan. "Sekarang, luahkan."

Daeng Asaad membaiki pakaian lalu menjawab,

“Ampun tengku. Perginya tengku ke Hafa patik tahu daripada pengumuman istana. Pada masa itu, Tuanku Raja Luang mula gering diracun. Dan Yabang yang telah meracuni Tuanku telah dikurung di penjara bawah tanah dan bakal dipancung sebentar lagi.”

“Pancung? Itu hanya fitnah.” Hati baginda menutur.

“Temenggung! Beta tahu kebenarannya. Bukan Yabang yang membunuh ayahanda beta. Beta lihat sendiri dengan mata beta dalam kamar Yabang. Seorang pengikut pembesar meletakkan upas ke dalam kantung seluar Yabang.”

“Apa bukti tengku boleh berikan? Tengku bakal disangsi orang istana tanpa bukti sekaligus menarik kepercayaan mereka terhadap pemerintahan dan titah tengku pabila menjadi raja nanti.”

“Beta buktinya! Beta saksinya!”

Daeng Asaad memerhati fajar yang penuh mengenal waktu. “Ampun tengku. Waima, hukuman sudah pun bermula. Bendahara telah menjatuhi Yabang hukuman pancung sampai mati bila fajar penuh.”

Riak Putera Telang pucat lesi. Mengenang segala memori bersama Yabang yang seperti saudara kembar kepadanya. Berlari dia meluru ke medan hukuman.

*****

YABANG dengan tangan terikat berbaju putih koyak dan kotor diheret ke medan oleh pengawal. Rambutnya serabai dan muka dan badannya lebam kehitaman. Dipakaikan Yabang perangkap leher dengan rantai di kaki dan tangan. Melutut di atas medan hukuman. Pasrah Yabang akan hukuman yang bakal menimpanya. Pedang pancung diasah hadapannya. Bunyi asahan pedang buat perasaan Yabang cuak. Menunggu bunyi gong dipalu oleh pemangku raja yakni Bendahara Tun Kaja.

“Dungggg!!!”

Pemancung berbadan gagah mengangkat pedang ke langit laju dihayun ke leher Yabang.

“Berhenti!!!” teriak Putera Telang di medan hukuman.

Semua saksi terdiam tegak melihat Putera Telang di gerbang. Tak terpancung kepala Yabang yang juga kesiap. Putera Telang menghampiri Yabang dan cuba membuka perangkap kepala berantai pada Yabang. Namun, tidak boleh kerana berkunci.

“Mana kunci perangkap?! Serahkan pada beta! Sekarang!”

Tiada yang melayan. Hanya sepi yang menjawab.

“Lekaslah!!!” berdengung suara baginda di medan hukuman.

“Apa yang tengku cuba lakukan?” suara Tun Kaja mencelah.

“Lepaskan Yabang sekarang bendahara. Dia tak bersalah.”

Bendahara geleng perlahan memandang Putera Telang. “Ampun tengku. Pernah patik pesankan tengku fasal Kuul. Namun masih nihil ingatan tengku akan pegangan negara itu. Bahkan orang istana dan meskipun rakyat biasa tahu akan Kuul. Mengapa bakal raja dan pemerintah negara masih jahil dengan Kuul?”

“Adakah beta melanggar mana-mana Kuul dalam menegakkan keadilan?”

“Keadilan telah pun ditegakkan di anjung bicara tengku. Kuul: Hukuman Kod 20- Keputusan hakim di anjung bicara mestilah dijalankan hatta ada yang membantah. Yabang telah membunuh Raja Luang di kamar baginda. Dan pengawal juga menjumpai upas yang sama dalam makanan raja. Terang lagi bersuluh si Yabang pembunuhnya.

“Itu fitnah, beta nampak sendiri…” tidak sempat dihabiskan disampuk bendahara,

“Hukuman!!!” kuat bendahara sentap, “ …tetap akan dilangsungkan. Pengawal... bawa Putera Telang Luangan keluar dari medan. Sekarang!”

Putera Telang kucar mendengar. Pengawal berlari ke arahnya. Lengannya ditarik pengawal. Baginda bertahan memeluk Yabang. Yabang bisik lemah,

“Lepaskan hamba, Telang. Jangan biarkan diri engkau jatuh ke perangkap Tun Kaja. Takdir hamba mati di sini. Jadilah raja menjaga fasal kuul. Tegakkan keadilan bersama lihai rakyat. Lepaskan hamba, Telang.”

“Tidak Yabang. Siapa lagi akan berpihak padaku Yabang? Kau harus hidup.”

Rantai perangkap kepala ditarik pengawal dari belakang menyebabkan Yabang terheret. Terpisah dakapan Putera Telang dari Yabang. Putera Telang ditarik keluar pintu gerbang. Di depan matanya sendiri, baginda lihat kepala Yabang dipancung dengan senyum tenang. Yabang… Peneman setia Putera Telang mati difitnah. Akan diukir namanya dalam ingatan Putera sampai bila-bila.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku