IFRIT
PROLOG
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 15 Februari 2017
Penilaian Purata:
(16 orang telah menilai karya ini)
1080

Bacaan






IFRIT adalah golongan jin tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah swt sebagaimana firman-Nya bermaksud

Ifrit disebut di dalam al-Qur'an, Surah An-Naml (27:39)

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya lagi amanah. (Surah An-Naml, ayat 39)


DIA terus berlari masuk ke dalam hutan rimba itu. Tida dipeduli pada ranting-ranting pokok yang hinggap mencakar tubuh dan mukanya. Nyawanya lebih utama.

Setelah merasanya dirinya selamat dia berhenti berlari. Nafasnya tercungap-cungap. Bajunya sudah lencun dibasahi peluh. Tubuhnya semakin lemah. Jari-jemarinya terus menekup luka pada perut. Luka dari kesan tembakan peluru askar Inggeris. Dia tidak kebal. Ulas bibirnya digigit,

“Keluar kau Ifrit! Keluar!” Dia memanggil makhluk yang selama ini disangka menjadi khadamnya,

“Ifrit!” Dia memekik hingga suaranya tersekat di kerongkong.

“He… he… he…” suara halus terkekeh-kekeh ketawa sampai ke corong telinganya.

“Ifrit!”

Puas dijerit. Puas dilaung. Makhluk itu tidak juga muncul di depan matanya. Dia menyumpah seranah dalam hati. Makhluk pendusta. Dia yang bodoh kerana memperhambakan diri pada pendusta itu.

Bam! Bam! Bam!

Butir peluru bertalu-talu menusuk pada tubuhnya. Dia rebah ke tanah. Darah membasahi seluruh tubuhnya. Matanya separa terbuka. Ifrit muncul dari kalangan tentera Inggeris itu. Ifrit tersengih melihat keadaan manusia yang sedang menanti ajalnya itu.

Pandangan matanya terus gelap.


JANTUNGNYA berdengup pantas. Dia seperti merasai kehadiran seseorang di dalam bilik tidurnya. Bayangan yang disangka manusia itu bukanlah manusia. Makhluk bertanduk dua itu menyeringai pada jendela yang terpelangah. Makhluk yang tidak dipercayai kewujudannya sebelum ini.

“Aaa!”

“Mak Minah… tolongkan panggilkan anak saya.”

Wanita awal lewat 40-an itu menganggukkan kepalanya. Dia memanjat anak tangga ke bilik anak perempuan majikannya itu. Pintu bilik itu kelihatan terbuka. Bau hanyir darah menusuk ke dalam rongga hidung Mak Minah. Mak Minah menolak daun pintu.

Mayat anak perempuan majikannya terdampar di atas katil bermandikan darah. Kedua belah mata terbeliak besar seakan melihat sesuatu yang menggerunkan. Keadaan gadis itu sama seperti di dalam lukisan yang tergantung pada dinding bertentangan kepala katil. Tiba-tiba tubuh gadis itu terangkat melekat pada permukaan dinding. Tubuhnya mulai terbakar dijilat api.

Mak Minah yang menjadi saksi tragedi tragis di depan matanya hanya mampu melihat dan tidak mampu untuk mendekati. Tubuhnya menggeletar. Perasaan takut menjalar ke seluruh urat sarafnya.

“Bau apa ni Mak Minah.” Wanita cantik bermata biru dan bergaun putih muncul di belakang Mak Minah.

God!” Wanita itu menjerit melihat anak perempuannya yang terbakar melekat di permukaan syiling itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku