Aku Tetap Merindu
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)
366

Bacaan






BAB 1

AQIL FEKKAL membuka pintu milik Aerish Huzai. Kelihatan kelibat Aerish Huzai masih bersandar di kepala katil mewahnya sambil membaca sebuah novel. Aqil Fekkal memanjangkan leher mengintip abinya.

“Tak perlu nak mengintip abi bagai. Masuk aje.” ujar Aerish Huzai.

Aqil Fekkal terus menolak pintu seluasnya lantas berlari pantas lalu meloncat ke atas katil. “Macam mana abi tahu yang Aqil ada dekat belakang pintu tu?”

“Eh, macamlah abi tak tahu perangai anak abi seorang ni. Abi kenal Aqil dari kecil lah. Mestilah abi tahu semuanya.” balas Aerish Huzai. Budak itu bukan sesiapa antara dia. Anaknya sendiri, dijaga sejak baru lepas dilahirkan ke dunia ini. Mestilah tahu semua tipu muslihat itu. Tidak asing lagi baginya.

“Abi ni dahsyat laaa.” puji Aqil Fekkal.

“Ada apa ni masuk bilik abi?”

“Ha’ah... Tok Ma panggil abi.”

“Tok Ma dekat mana sekarang?”

“Ada dekat ruang tamu. Abi...”

“Ya sayang.”

“Aqil nak baca novel jugak, boleh?”

“Nanti rosak macam mana?”

“Alaaa, takkan Aqil sendiri pun tak boleh baca. Aqil pun nak juga baca novel tu.”

“Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Baca novel bukannya pandang, mestilah boleh untuk anak abi seorang.”

“Yeah!!!” teruja Aqil Fekkal apabila mendengar bahawa Aerish Huzai mengizinkannya membaca novel-novel miliknya. Ini yang diidam-idamkan selama ini. “Rama-rama terbang tinggi, terima kasih abi...”

“Talinya putus si layang-layang, apa-apa saja buatmu sayang.”

Aerish Huzai mencubit pipi anaknya. Memang comel mereka dua beranak. Sentiasa gembira. Andai ada hati terluka pasti salah satu daripadanya penawar duka dan lara. Tanpa membuang masa, Aerish Huzai bingkas bangun lalu berjalan keluar dari biliknya. Tinggal Aqil Fekkal keseorang disitu dengan novel yang ingin dibacanya.

Dia sanggup berikan apa sahaja kepada Aqil Fekkal asalkan anaknya bahagia. Itu janji dia dalam kehidupan ini. Tiada yang lain.

“Aerish Huzai.” panggil Datin Anosiah.

“Ya, mama.”

“Meh duduk sini dengan mama dan papa.” pelawa Datin Anosiah.

Aerish Huzai mengatur langkahnya menuruni setiap anak tangga lalu ke arah ruang tamu. Dia pasti mama dan papa ada sesuatu yang ingin dibicarakan dengan dirinya. Memang dia sangat pasti! Jangan hal yang sebelum ini sudah. Malas nak didengari.

Dia duduk di sofa bersebelahan Datin Anosiah manakala Dato’ Anikael duduk di sofa bertentangan dengan mereka berdua.

“Ada apa mama panggil Aerish?” soal Aerish Huzai.

“Mama nak tanya kamu, anak kamu sekarang umur berapa?” soal Datin Anosiah.

Aik, aku yang tanya dulu, dia tanya balik? Aduh...

“Hesy... takkan umur cucu sendiri pun tak ingat? Teruklah mama ni. Umur Aqil...”

Aerish Huzai berfikir sejenak. Dia pun ingat-ingat lupa berapa umur anaknya. Sedaya upaya dia perahkan otak untuk ingat kembali umur itu. Tapi tak dapat...

“Tengok! Kamu sendiri pun dah tak ingat umur anak kamu sendiri. Kata dekat mama tak ingat umur sendirilah. Mama ni tak apalah kalau tak ingat pun sebab dah kian berumur. Kamu masih muda pun boleh lupa! Cakap tak serupa bikin! Umur anak kamu tu lima tahun.”

Aerish Huzai tersipu malu.

Itulah...

Tak fikir sebelum bercakap. Kan dah kena batang hidung sendiri. Setempek rasa malu pada kala itu.

“Aerish sibuk dengan kerja sana-sini. Manalah sempat nak ingat umur siapa-siapa.”

“Sibuk sangat ke?”

Sibuk?

Sibuklah jugak...

“Umur kamu sekarang berapa?”

“27 tahun. Kenapa mama tanya?”

“Ooo, kamu ingat pula umur sendiri. Kata sibuk dengan kerjalah bagai. Puihhhh, sibuk dalam mimpi lah tu...”

Kena lagi setempek dekat batang hidung sendiri.

Apalah nasib diriku yang malang?

Oh Tuhan...

“Mama dan papa panggil kamu sebab nak bincang pasal Aqil, anak kamu tu.”

“Okey, Aqil buat hal ke mama, papa?”

Dia tahu anaknya memang adakalanya buas sampai tidak bertempat. Nakal tu, entahlah macam mana nak cakap. Ya ampun...

“Kamu tahu kamu dah hidup menduda sudah lima tahun? Kan?” soal Dato’ Anikael setelah lama membisu.

Tiada kata-kata dilafazakan cuma anggukan kepala yang diberikan. Betullah dia sudah menduda selama lima tahun. Dia masih ingat, dirinya belum nyanyuk lagi.

“Aqil sekarang berumur lima tahun. Kamu tak rasa dia perlukan sesuatu? It’s very important to your son.

“Maksud papa? Please straight to the point.

“Maksud papa, kamu tak rasa Aqil perlukan seorang ibu untuk diri dia sekarang dan pada masa yang akan datang? Kamu kena tahu itu semua. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sampai lupa untuk Aqil.”

“Aerish tak pernah lupalah semua tentang Aqil. Aerish sayang dia, belai dia dan manjakan dia... itu tak cukup ke?”

“Memang tak cukup!” sampuk Datin Anosiah pula.

“Kenapa? Cukuplah tu, nak buat apa banyak-banyak? Tamak kan tak baik.”

“Ini bukan masa untuk melawak, Aerish. Kamu rasa cukup ke apa yang kamu bagi pada Aqil selama ini, hah? Cukup ke? Memang tak cukup! Aqil seorang budak yang normal. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Dia perlu rasa dakapan ibu. Dia perlu tersentuh dengan belaian manja ibu. Makin hari semua benda akan berubah, begitu juga Aqil. Dia akan membesar, dan pasti dia tertanya mana ibu dia? Kenapa ibu tak ada dekat sini? Kamu perlu tahu semua tu.”

“Aerish boleh jadi ibu dan abi sepenuh masa untuk Aqil.”

“Kamu tak boleh. Kamu seorang ayah, kamu tak boleh bagi anak kamu rasa macam mana rasa ada bersama seorang ibu yang sentiasa di sisi. Kalau kamu boleh sekalipun. Ia akan tetap tak sama! Takkan pernah sama.”

“Tolong cari peganti ibu untuk Aqil, cucu mama?” pinta Datin Anosiah pula.

“Betul cakap mama tu Aerish. Sudah tiba masanya kamu cari peganti baru. Sampai bila kamu nak menduda macam ni? Sampai tua? Kamu sanggup anak kamu menderita sebab tak dapat kasih sayang seorang ibu? Kamu sanggup ke?”

Giliran Dato’ Anikael pula menyokong. Aduh...

Alahaiii papa dengan mama ni...

Balik-balik isu yang sama dibincangkan. Tak ada isu lain ke, hah?

Telinga ni dah naik bernanah asyik dengar pekara yang sama. Dari awal bulan lagi benda ini asyik berulangan. Tak penat ke?

“Tak ada perempuan yang sama seperti Zulaikha. Dia isteri Aerish dan tetap akan jadi isteri Aerish buat selamanya. Hanya nama Zulaikha Aulia sahaja yang terpahat di hati. Tiada nama yang boleh tandingi nama itu. Hanya satu nama, ZULAIKHA AULIA!”

“Kamu tak ingat ke pihak polis dah sahkan bahawa Zulaikha telah pergi menghadap Tuhan Yang Esa. Tapi kenapa Aerish masih tak boleh terima hakikat yang Zulaikha sudah tak ada di samping kita...”

Aerish Huzai menegas, “Tapi dia tetap di hati Aerish.”

“Mama tahu hati Aerish masih tersimpan nama Zulaikha. Tapi...”

Dia memotong pantas. “Tapi... dia akan tetap ada dalam hati ini untuk selamanya!”

Ibu bapa Aerish Huzai terdiam seketika.

Dah kenapa?

Idea sudah hilang gamaknya, itu yang diam tiba-tiba sahaja. Orang dulu cakap jika malaikat lalu. Pasti semua orang akan terdiam.

Tapi situasi sekarang ini?

Aku pula tak idea dalam nak dicakapkan.

Datin Anosiah mula bersuara. “Zulaikha tu sempurna?”

“Yes!!!”

“Apa sebab yang buat Aerish rasa Zulaikha itu sempurna?”

“Sebab Aerish ada berasama dia. Aerish pupuk dia sehingga dia menjadi yang sempurna di dalam hati Aerish. Itulah sebab kenapa Zulaikha Aulia sempurna dan tiada perempuan lain yang macam diaaa.”

Datin Anosiah berdiam diri dan ditukar ganti suara oleh Dato’ Anikael.

“Sebab apa pula kamu tak nak cari peganti?”

Jawapan dia mudah dijawab. Senang kacang hijau!!!

“Sebab dia orang tak sempurna.”

“Jadi kamu sendiri yang tersilap.”

Aerish Huzai tercegang.

Apa? Aku sendiri yang tersilap?

Betullah apa yang dia cakap. Apa yang dimaksudkan dengan aku sendiri yang tersilap?

“Kamu hairan, kan? Mestilah ya, kan? Ha ha ha... kamu silap! Tadi mama tanya apa yang sebab Zulaikhatu sempurna? Kamu jawab sebab kamu ada bersama dengan dia. Dan kamu sendiri yang pupuk dia untuk jadi lebih sempurna. Kenapa perempuan lain tak boleh begitu? Zulaikha itu manusia, bukannya bidadari. Kalau kamu kahwin dengan orang lain, orang yang kamu kahwin pun akan sempurna juga. Nak tahu sebab apa? Sebab tiada yang sempurna di dalam dunia ini. Langsung TIADA. Sebab apa tiada yang sempurna? Sebab Allah nak kita sendiri yang mengubah sesuatu menjadi sempurna. Macam kamu dengan Zulaikha. Tiada bezanya.” bebel Dato’ Anikael panjang lebar.

Kalau tidak faham lagi, tak tahulah...

Dari A sampai Z diterangnya. Bukan mudah untuk mendengar bebelan Dato’ Anikael yang panjang lebar seperti hari ini. Selalunya Datin Anosiah yang akan membebel. Hari ini lain pula. Terbalik agaknya...

“Mana-mana perempuan yang Aerish jumpa sebelum ni semanya sama belaka. Yang dia orang tahu, hanya nakkan harta kita. Dia orang tak sama langsung seperti Zulaikha. Bukan senang nak buka pintu hati yang sudah tertutup. Tambah dikuci rapat. Soal nak cari ibu untuk Aqil bukannya mudah...”

“Aqil akan jumpa ibu ke abi!?”

Tiba-tiba sahaja kedengaran suara memenuhi ruang tamu itu.

Aqil Fekkal berlari ke sofa lalu berdiri di hadapan Aerish Huzai.

“Aqil nak jumpa ibu. Boleh?”

Perasaan serba salah menghantuinya kala itu. Patutkah dirinya membalas pertanyaan itu? Bila jawab rasa bersalah, andai tak jawab rasa serba salah.

Semuanya tak kena sekarang...

Kelentong ajalah!

“Aqil nak jumpa ibu? Nak?”

“Mestilah nak!”

“Kalau nak jumpa ibu, Aqil kena janji dulu.”

“Janji...”

“Janji yang Aqil akan tetap tunggu ibu sampai ibu datang sini. Boleh?”

Aqil Fekkal menggaru sedikit kepalanya. “Ibu pergi mana?”

“Ibu pergi jauh dari sini. Abi pun tak tahu bila ibu nak balik. Tapi Aqil kena tunggulah...”

“Abi bagitahu ibu yang Aqil rindu sangat dengan ibu tahu.”

“Ibu pun bagitau abi suruh cakap dekat Aqil yang ibu sentiasa rindu Aqil dekat sini. Ibu tak mau Aqil asyik fikir pasal ibu aje. Nanti stres kan susah? Ibu cakap bila ibu balik nanti... ibu nak tengok yang Aqil ni jadi anak yang soleh.”

“Soleh tu apa abi?”

Banyak tanyalah pula, aduhhh.

“Soleh tu kiranya Aqil ikut perintah Allah dan taat kepada ibu dengan abi. Tak kiralah dengan siapa pun, Aqil tetap kena taat. Jangan melawan. Taat tu termasuklah taat kepada Tok Ma dan Tok Pa. Ingat tu...”

Sejak bila pula dia pandai bab agama ni?

Selalunya jahil... astagfirullah al-azim!

“Okey, Aqil janji akan tunggu ibu sampai bila-bila...”

Jari kelingking kecilnya dihulurkan lantas disahut oleh Aerish Huzai.

Senyuman manis terukir di bibir ahli keluarga yang berada di situ. Gembira di pagi hari.

Kalau Zulaikha masih hidup. Pasti sayang akan senyum juga macam sekarang ni. Abang rindu sayang buat selamanya... bisik hati kecil Aerish Huzai.

“Pergi main sana. Abi pun dah lewat nak pergi kerja ni. Ingat janji tu tau...”

“Beres boss!” ujarnya terus berlari pergi dari situ. Kelibatnya kini tiada lagi.

Aerish Huzai bangun seraya berkata, “Aerish akan cuba cari peganti yang baru. Tapi tolong bagi masa sikit dekat Aerish nak cari peganti tu. Walaupun perit untuk dihadapi, Aerish akan cuba demi masa hadapan Aqil. Aerish janji...”

Mereka berdua yang masih duduk turut mengangguk faham.

Ambillah sebanyak mana masapun... Demi kebahagian seorang cucu tersayang, kami sangup menunggu.

Aerish Huzai bangun lalu berjalan pergi dari ruang tamu.

Serabut fikirannya ketika itu.

Nak cari peganti? Berat hati kecil ini untuk menerima yang baru.

Bukannya apa...

Takut juga yang baru tidak sama seperti yang lama!

Itu saja yang daku khuatir... Tapi masa depan Aqil Fekkal lebih penting dari segalanya. Dia seorang yang akan menjadi pewaris buat dirinya nanti. Sampai bila dia takkan pernah dapat kasih sayang ibu sendiri? Tegas mana sekalipun, anak tetap disayang...



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku