Kawan Sampai...?
Bab 5
Genre: Keluarga
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
199

Bacaan






            Antara perkara yang paling dibencioleh Nurin, tetapi nampaknya dia terpaksa mengharungi sesi itu. Dr. Annurmemberi kebebasan kepada pelajar Tahun 2 untuk memilih sesiapa sahaja yangmenjadi ahli kumpulan masing-masing asalkan cukup 5-6 orang. Kebebasan bagimereka, tetapi terikat bagi Nurin.

            Kepalanya tertunduk sepertimanasemangatnya yang merundum jatuh setiap kali ke kelas. Hiruk-pikuk mulaibertandang ekoran satu persatu kumpulan mula melaksanakan perbincangan untukprojek yang baru sahaja diberitahu. Nurin masih duduk seorang diri.

            “Siapa lagi tak ada kumpulan? Kamitak cukup seorang,” laung Raisya.

            Matanya menangkap seorang yangmemberi respons kepada soalannya dengan mengangkat tangan. Matanya terbelalak.Oh, tidak! Nurin. Hatinya diselaputi benci dan menyesal kerana melaungkan halitu. Dia menjeling ke arah Nurin yang melangkah lemah mengikut dirinya ketempat ahli kumpulannya berkumpul. Kelihatan Fadhilah, Siti dan Dayana terkejutmelihat Nurin dari belakang Raisya.

            “Haihh.....,” keluhan mereka bertigaserentak terhambur dan seperti biasa, mereka mempamerkan pemberontakan lagi.

            “Kenapalah kau bawa haiwanpeliharaan ni,” bisik Siti yang masih boleh didengari oleh Nurin, tetapi gadisberhud itu pura-pura tidak mendengar.

            Masing-masing menyelak buku nota,petanda perbincangan projek dimulai.

            “Okey, kita dapat tema hiburan untukprojek Penjenamaan & Korporat Identiti. Dr. Annur kata kemungkinan kitaakan ke Queensbay Mall untuk cari maklumat tentang hiburan. Tak silap aku, adalagi 4 kumpulan yang pegang tema sama macam kita. Dr. Annur cadangkan kitapilih mana-mana nama syarikat yang buat tentang hiburan,” jelas Dayana, selakuketua kumpulan tersebut.

            Masing-masing mengangguk manakalaNurin masih membisu.

            “Golden Screen Cinema, Noway, Lego,Toy’R’Us,” sebut Fadhilah, cuba mengingat kembali syarikat-syarikat yang ada didalam Queensbay Mall.

            “Sekejap. Lepas pilih syarikat, kitanak buat apa pula?” soal Siti.

            “Lepas pilih tu, kita kena fikirkanmacam mana nak kenalkan penjenamaan syarikat tu berlandaskan apa yang dia buat.Contohlah macam Noway, syarikat tu kan khas untuk karaoke aje. Jadi, kita kenaperkenalkan keistimewaan syarikat tu. Ada karaoke untuk VIP, ada makananminuman, ada sofa empuk. Ha, macam itulah,” terang Dayana lagi.

            Mereka mengangguk lagi.

            “Kita kena pilih sekarang atau waktuke Queensbay Mall nanti?” Siti menyoal lagi.

            “Kita akan pilih waktu ke sana.Sekarang ni, cuma nak bincang tentang soalan yang akan kita utarakan padapemilik syarikat tu. Tadi Dr. Annur utamakan tentang sejarah, tahun penubuhan,identiti dan aktiviti,” Dayana mengulas dengan lebih lanjut. “Jadi, aku nakbahagikan kerja untuk korang supaya senang kerja kita waktu ke sana nanti,boleh?”

            “Boleh aje. Silakan, Cik Dayana,”seloroh Fadhilah yang berjaya menerbitkan tawa rakan-rakannya, kecuali Nurin.

            “Okey. Siti, aku nak kau ambilgambar banyak-banyak waktu kat sana nanti. Ambil gambar tentang keistimewaansyarikat tu. Aku tahu kau faham maksud aku. Raisya, aku nak kau catat apa-apaaje yang ada tertulis dalam syarikat tu nanti. Kalau kau tahu jenis tipografiyang dia guna untuk nama syarikat, nanti kau cari kenapa pemilik tu gunatipografi tu. Fadhilah, aku tahu kau mahir buat video. Jadi, tugas kau nantirakam kejadian dalam syarikat tu. Rakam respons pelanggan pun dah cukup.”

            “Baik, bos!” mereka bertiga melaungserentak.

            “Setakat ini aje kot. Ada apa-apasoalan, tak?” Dayana membuka peluang kepada ahli kumpulannya untuk bertanya,tetapi mereka semua hanya menggeleng-geleng. “Okey! Jom makan!” ajaknya lagi.

            Satu persatu kumpulan mula keluar.Kelihatan ada lagi 3 kumpulan yang masih belum selesai. Dayana, Raisya, Sitidan Fadhilah menutup buku nota lalu melangkah pergi dari tempat merekaberbincang. Perbincangan mengenai pembahagian kerja mereka selesai, tetapimereka terlupa akan sesuatu.

            Nurin.

            Gadis itu tertunduk lagi, kekalsedari awal dia melabuhkan punggung di situ. Diam pegun laksana tiang tegaktanpa berganjak. Bisu mengumam bibir seolah-olah suara terpisah dari jasad.Hanya mampu tertunduk, membiarkan empayar peritnya bergenang hingga mengaburkanpandangannya.

            Diperlakukan seperti tidak wujudadalah tindakan paling perit berbanding mempamerkan pemberontakan akibatkewujudan dirinya. Ahli kumpulan. Setelah melihat reaksi mereka, Nurin yakinbahawa dia tidak termasuk dalam ahli kumpulan itu, jadi rasanya tidak akanberubah apa-apa jika dia undur diri sahaja. Lagipun, dia bukannya dapat apa-apatugasan dari Dayana pun.

            Nurin memang sudah lama jangka halini akan berlaku.

            Tangannya menyeluk ke perut beg.Hampa. Nampaknya, dia terlupa hendak membawa novel. Dia baru bercadang untukmasuk ke dunia imaginasinya dengan lebih lama agar kesedihannya di duniarealiti ini sirna. Ternyata, kealpaannya telah menganiaya dirinya sendiri.

            Dia menggalas beg lalu melangkahpergi, meninggalkan lagi 3 kumpulan yang masih galak berbincang. PemergianNurin diperhati oleh ahli kumpulan dalam kumpulan yang memperoleh tema hiburan,sama seperti kumpulan Dayana.

            “Kesian aku tengok dia,” ujar Fahmikepada ahli kumpulannya.

            “Nak buat macam mana. Dia sendiritak nak lawan diri dia,” kata Akiff.

            Mereka menyambung perbincangansemula.

            Nurin melangkah lemah sedangkantenaganya tidaklah serendah mana. Langkahannya penuh dengan putus asa. Diasendiri tidak tahu hendak ke manakah hala tuju kakinya melangkah. Apa yang diamahu adalah mencari tempat yang tiada manusia, tiada kedengaran bunyi bisinguntuk dia melepaskan air mata yang dari tadi bertakung di tubir matanya.

            Kelihatan dari jauh kelibat Boo-chanyang leka menjilat bulu di belakang tubuhnya. Kehadiran Nurin menyedarkankucing itu. Telinganya tergerak-gerak seperti sedang mengenal pasti akan insanyang berada di hadapannya kini. Kaki comelnya mula merangkak kecil, menuju kearah Nurin. Nurin mematikan langkahan.

            “Meoww..,” Boo-chan mulaberkomunikasi dengan Nurin.

            Air mata gadis itu menitik hinggamengenai hidung Boo-chan. Kucing itu mula menggesel-gesel kaki Nurin sambilmengiau manja, seolah-olah cuba untuk memujuk gadis itu. Namun, Nurin tidakmenunjukkan apa-apa reaksi. Sebaliknya, dia hanya terpaku dan galak menangissayu tanpa berbicara.

            Telinga Boo-chan bergerak lagi. Iamemandang ke atas lalu mengiau seperti sedang memanggil seseorang. Iauannyanyaring hingga Pusat Pengajian Seni itu bergema. Matanya masih tajam memandangke atas bangunan, tetapi masih tiada kelibat sesiapa yang keluar menjenguk diberanda.

----

            Gerakan berus Irsyad terhentitatkala telinganya terdengar sayup-sayup iauan kucing kesayangannya. Diamemuntahkan perhatian ke arah suara tersebut. Setelah mengenal pasti iauan ituadalah benar-benar Boo-chan, lantas dia meletakkan berus ke tepi palet lalumenuju ke pintu luar Studio Catan.

            “Aduh!”

            Dahi Irsyad bertembung dengan dahiZafri. Kedua-dua sahabat itu saling menggosok dahi menghilangkan rasa perit.

            “Kau dah kenapa tiba-tiba menjengahkeluar, doe?” tengking Zafri dengan nada separuh meninggi. Irsyad tidakmengerdipkan mata sebaik sahaja Zafri muncul secara tiba-tiba. Ekoran menyedariakan kanvas wajah sahabatnya itu, Zafri tersenyum menampakkan gigi.

            “Hai, pak cik. Aku dah kembali,”ujarnya sambil mendepakan tangan untuk memeluk Irsyad.

            Irsyad sekadar berdiam. Hasratnyauntuk menjengah keluar ke beranda termati begitu sahaja. Dia duduk kembalimenghadap kerja catannya sebesar saiz A0, memegang kembali berus saiz 12,menenyeh kembali butiran warna biru dan putih hingga menjadi warna cyan. Sedikitpun tidak hiraukansahabatnya itu walakin hampir seminggu dia menunggu kehadiran Zafri.

            Zafri melangkah masuk ke StudioCatan lalu duduk bersebelahan dengan Irsyad.

            “Fuyoo, gambar laut? Dekat BatuFerringhi ke ni?” soal Zafri.

            Irsyad menangguk, tetapi tidakmemandang ke arah Zafri. Tangannya ligat menari-nari ke setiap kanvas yangmenumpahkan pelbagai warna ton biru. Zafri mengeluh kepenatan. Zip bekas mulusbiola dibuka lalu mengeluarkan biola hitamnya dari perut bekas itu, sekalidengan penggesek dan not bukunya.

            “Oh ya, macam mana dengan pameranlukisan kau minggu lepas? Ramai respons pada karya kau tak?” Zafri menyoal,penuh semangat ingin tahu sambil meletakkan biola ke bahunya.

            Irsyad tidak menjawab, sebaliknyatenyehan berus pada kanvasnya semakin laju serentak dengan percubaan gesekanbiola Zafri. Dia langsung tidak menoleh. Masih menumpahkan pandangan ke kanvas.

            “Kau nak tahu, persembahan biolakumpulan aku dapat tepukan gemuruh kat pentas UKM. Pertarungan sengit sebab adakumpulan muzik dari universiti lain buat persembahan lagi hebat daripadakitorang. Mula-mula, rasa down juga.Tapi lepas fikirkan hampir satu semester buat latihan, kitorang main ajelah.Tak sangka dapat nombor dua weh!” cerita Zafri, terselit sekali gelak tawanya.

            Irsyad masih membisu.

            “Aku dapat hadiah dari peminat, doe!Sekejap, aku tunjuk kat kau,” Zafri masih bersemangat untuk bercerita. Diamenggodek-godek beg sandangnya untuk mencari hadiah yang disebutkan tadi.

            Ketika Zafri mencari hadiahnya,Irsyad menenyeh akrilik dengan begitu ganas hingga karyanya menjadi comot dancacat. Dia secara tidak sengaja mengambil warna biru gelap lalu mencontengdalam gerakan spontan ke permukaan kanvas. Karya yang awalnya berupa realistiksekelip mata sahaja menjadi ekspresionis secara tidak sengaja. Nafasnyaberombak kencang. Dia berdiri lalu mencampakkan berus ke kanvas hinggaterpercik akrilik yang masih melekat pada bulu berus ke sekitar bajunya.

            Zafri terkejut dengan tindakandrastik Irsyad. Kelihatan rakannya itu beredar keluar dari Studio Catan tanpamenunggu hadiah yang ingin ditunjuk oleh Zafri tadi. Matanya terhala ke arahkarya Irsyad. Karya yang baru sahaja dia puji tidak sampai lima minit tadiberubah menjadi hodoh.

            Dah kenapa pula si Irsyad ni? Apasalah aku? Hatinya menyoal. Perasaannya mula mendidih marah. Pantang baginyajika sahabat itu mengamuk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab. MeskipunIrsyad selalu bertindak sedemikian, tetapi amarah Zafri tidak pernah surutsetiap kali sahabatnya itu berperangai begitu. Jiwanya meradang. Dia mulamengekori Irsyad dari belakang.

            “Isyad!!” laung Zafri. Namun, Irsyadtidak mempamerkan reaksi. Dia terus turun tangga tanpa sedikitpun menoleh.

            “Isyad! Sahut panggilan aku! Kalautak....,” Zafri mengugut keras. Panas hati Zafri semakin membuak-buak. Diamelangkah laju ke arah Irsyad. Terjejak sahaja kakinya ke aras bawah, dia terusberlari mengejar Irsyad. Zafri merangkul bahu Irsyad dengan kasar.

            “Hoi! Kenapa dengan kau? Kenapa takrespons dengan cerita aku?” tengking Zafri.

            Nurin terkejut sebaik sahajaterdengar suara tengkingan dari bangunan sebelah. Bukankah itu Irsyad? Diamenyeka air mata lalu melihat apakah yang sedang berlaku di antara Irsyad danlelaki itu.

            “Aku tanya ni! Jawablah!!” suaraZafri semakin lantang.

            Irsyad tidak memandang wajah Zafri.Dia merengus kasar lalu cuba untuk beredar lagi, tetapi dihalang oleh Zafri.Bahunya digenggam kuat. Irsyad menepis genggaman tangan Zafri dengan kuathingga tangan sahabatnya itu terhayun ke belakang. Tindakannya lagi menambahkanbara Zafri.

            “Kalau kau tak puas hati apa-apa kataku, beritahulah! Kau ingat dengan berdiam macam ni, aku tahu semuanya ke? Akubukannya ada telepati!” tengkingan Zafri semakin bergema.

            Mahasiswa-mahasiswa yang ada disekitar Pusat Pengajian Seni mendengar tengkingan Zafri. Mereka cepat-cepatmengelak seperti berpura-pura tidak melihat mereka berdua berkelahi. HanyaNurin yang masih memerhati mereka berdua. Aneh, apakah yang telah berlaku?

            Sekejap. Bukankah itu Zafri, budakmuzik? Berderau darah Nurin sebaik sahaja nama lelaki itu terpacul difikirannya. Allahuakhbar! Irsyad dalam bahaya.

            Irsyad merengus lagi tetapi kali inidia mengukir senyumannya hingga menampakkan lesung pipit kanan. Senyuman yangsering terpamer saban hari, yang agak menenangkan semua orang yang melihatnya.Namun, kali ini senyuman Irsyad gagal menenangkan hati Zafri.

            “Tak payah tunjuk lakonan yang akuajar!!” Zafri semakin baran. Hayunan penumbuknya mengenai rahang Irsyad hinggalelaki itu tersungkur ke tanah.

            Jantung Nurin berdetak hebat melihatpergaduhan mereka berdua. Dia panik apabila Zafri dan Irsyad bergolek-golekdalam pergaduhan itu. Dia menggelabah, tidak tahu hendak buat apa. Mahu memintabantuan, semuanya sudah cabut lari dan masuk ke studio masing-masing. Mahu mengadukepada pensyarah-pensyarah, rasanya semua sudah pulang sekarang. Apa yang perludia buat?

            Mereka berdua masih bergelut lagi.Akibat risau akan perkara tidak diingini berlaku, Nurin cuba untuk menyampukdalam pergaduhan itu. Sewaktu Zafri menolak Irsyad ke tanah, Nurin segeraberdiri menghalang Zafri yang mahu menyambung serangannya. Nurin mendepakantangan.

            Irsyad terkejut, begitu juga denganZafri.

            “Kau siapa? Jangan nak menyibuk halorang!” tengking Zafri. Amarahnya menggetarkan kaki Nurin.

            Nurin masih tidak berganjak biarpunsebenarnya dia amat takut dengan lelaki itu. Dia menolak Zafri dengan beggalasnya membuatkan lelaki itu mengundur jauh. Kuat juga perempuan ini. Takpadan dengan tubuh kecil gemuk, tetapi siapakah dia? Zafri menyoal diri sendiri.

            “Kalau tak nak muka kau pun kenapecah, baik kau berambus!” Zafri memberi amaran. Amarannya tidak sedikitpunmenganjak kaki Nurin. Dia masih kekal mendepakan tangan, melindungi Irsyaddaripada dipukul. Tubuhnya mulai menggigil.

            “Degil nak mati! Siaplah!” amarahZafri menginjak tinggi.

            Zafri hendak menyerang Nurin. Olehkerana takut melihat ‘singa’ bagaikan bila-bila masa sahaja menerkam, Nurinmemejamkan mata dalam keadaan jantung berdetak hebat. Belum sempat Zafrimenerjah Nurin, Irsyad terlebih dahulu menerkam Zafri. Mereka berdua tersungkurke tanah semula. Nurin ketakutan lalu menyorok di balik tiang.

            Sekejap, pergaduhankah ini?

            Zafri menumbuk muka Irsyad. Akibatkegeraman, Irsyad merangkul leher Zafri hingga wajah rakannya itu menyembam ketanah. Hal ini memberi peluang kepada Irsyad untuk duduk di belakang Zafri. Diamenghenyak-henyak tubuh Zafri lalu menarik-narik rambut Zafri hingga rakannyaitu menjerit kesakitan. Gaya tidak ubah seperti sedang menunggang kuda.

            “Arrgghhh! Rambut aku!!” rengekZafri.

            Rengekannya membuatkan Irsyadsemakin berahi menarik rambut. Ekoran tidak tahan menanggung perit, Zafrimerangkul kaki Irsyad lalu menggolekkan rakannya itu ke tanah semula. Kali ini,dia pula merangkul kepala Irsyad dan menarik hidung Irsyad ke atas. Agak hodohwajahnya.

            “Cepat cakap!! Apa salah aku sampaikau tak nak cakap dengan aku, ha!!” Zafri menyoal geram. Irsyad tidakberbicara, sebaliknya meronta-ronta menahan sakit. Akhirnya, tubuhnya menjadilembik petanda dia sudah mengalah.

            “Yes! Aku menang!” laung Zafrisambil mengangkat tangan ke atas sebagai tanda kemenangan.

            Namun, tidak semudah itu. Irsyadmenyilang tubuh Zafri hingga sekali lagi sahabatnya terbaring ke tanah. Dalamkepantasannya, tangan Zafri berjaya dikunci dengan silangan kakinya. Irsyadtersengih nakal. Dia menyeluk kocek pada baju kemeja yang dijadikan sebagaijaketnya lalu mengeluarkan pengikat rambut berbentuk reben merah jambu.

            “Tidak! Jangan! Tolong!!” pintaZafri.

            Irsyad mengangkat tubuh Zafri lalumenyilang tubuh rakan itu semula hingga Zafri sukar untuk bergerak melainkanhanya kakinya sahaja. Silangan kaki Irsyad ternyata dapat mengalahkan tenagaZafri. Setelah meyakini bahawa Zafri tidak akan terlepas, Irsyad mula mengautrambut panjang Zafri ke atas kepala lalu mengikat rambut sahabatnya itu menjadigaya seperti rambut perempuan.

            “Jangan! Aku janji tak nak tengkinglagi!” rintih Zafri dalam rontaan, tetapi tidak sedikitpun mencairkan hatiIrsyad.

            Dia menyeluk koceknya lagi danmengeluarkan gincu berwarna merah saga. Dia memang sengaja menyimpan dua barangini untuk menunggu saat-saat sebegini. Dalam rontaan, dia menggenggam pipiZafri lalu menyapu gincu ke sekitar bibir rakannya itu.

            “Argghhhhh!” Zafri masih merintih.

            Setelah selesai, barulah Irsyadmelepaskan silangan kakinya. Laju sahaja Zafri mengelak dari Irsyad. Merekaberdua menarik nafas kencang. Irsyad menghamburkan tawanya setelah melihatkeadaan Zafri. Dia ketawa hingga terguling-guling. Zafri terpinga-pinga sambilmeraba-raba rambutnya yang diikat elok di kepalanya. Entah mengapa, dia tidaksanggup membayangkan wajahnya kini. Zafri mencarut-carut hingga mengundang tawaIrsyad lagi.

            Kedengaran Nurin juga turut ketawadi sudut tiang. Zafri tersedar akan sesuatu. Ya, sepatutnya dia serangperempuan yang tidak dikenali ini kerana menghalang dirinya tadi! Amarahnyamenggelegak kembali. Nurin menutup mulutnya. Oh tidak! Darahnya berderaumelihat kebengisan wajah Zafri.

            “Hoi!!” Zafri menengking ke arah Nurinmenyebabkan gadis itu terhinjut bahu akibat terkejut. Barannya kembalibertandang. “Kau.....!”

            Bicara Zafri dipotong oleh tawaIrsyad. Ketawa yang sungguh kuat, berdekah-dekah Entah kenapa, Irsyad tidakdapat berhenti ketawa. Dia menyambung gulingannya sambil menekan-nekan perut.Dia langsung tidak menghiraukan bajunya diselaputi tanah kotor. Dia hanya tahuhendak melampiaskan perasaannya sekarang juga.

            Zafri terkedu. Irsyad ketawa?Seriuslah?

            “Alamak over-nya lahai budak ni,” tegur Zafri. “Nyah, sudah-sudahlah tu,nyah. Nanti adik peluk nyah baru tahu,” selorohnya hingga Nurin tergelak kecil.Irsyad apatah lagi.

            Zafri tersenyum puas melihat reaksiIrsyad. Keinginannya menengking Nurin terus termati saat melihat reaksi drastikIrsyad yang jarang dipamerkan. Inilah kali pertama dia melihat Irsyad ketawaberdekah-dekah sebegini rupa. Amarahnya terhadap rakan itupun lenyapserta-merta setelah melihat Irsyad menunjukkan kegembiraan sebegitu.

            Lima minit tawanya berlagu. Akhirya,Irsyad berhenti kepenatan. Batuknya bertandang. Dia memandang ke arah Nurinyang masih ketawa kecil dan kekal berdiri di sebalik tiang. Dia menyedari akanmata sembab gadis itu, menyedari akan ‘cerita’ di sebalik serpihan kaca-kacapada matanya. Lantas, dia tersenyum ke arah Nurin. Senyuman yang dia sendiritidak tahu apakah maksudnya.

            “Dia kawan aku,” Irsyad perkenalkan Nurin kepada Zafripadahal Zafri tidak menyoal apa-apa.

Mendengar sahajaperkataan ‘kawan’, Zafri terbelalak terkejut, lagi. Dia kenal setiap kawanIrsyad di sini, tetapi sepanjang bersahabat dengan Irsyad, lelaki itu tidakpernah mempunyai kawan perempuan. Zafri meneliti tubuh Nurin dari atas hinggabawah. Betulkah dia perempuan? Hahaha!

“Seriuslah kawankau perempuan?” Zafri menyoal, meminta kepastian. Irsyad mengangguk penuhsemangat manakala Nurin sekadar tertunduk.

Aneh. Bukansenang sahabatnya itu bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Bagaimanakahmereka boleh berkawan secara tiba-tiba? Apa agaknya keistimewaan gadis inihingga membuatkan Irsyad mengaku bahawa dia adalah kawan.

            “Amboi, aku tinggalkan seminggu je,nyah. Cepat betul nyah cari pengganti. Sampai hati curang dengan ayang,” Zafri memecahkanpersoalan yang bermain di fikirannya dengan berseloroh sambil membuat gaya yangagak gedik.

            Irsyad tersengih nakal lagi lalumenyambung pergelutan. Nurin hanya mampu ketawa melihat ragam dua sahabat ituhingga dia terlupa akan asbab dia berasa sedih sebentar tadi. Ternyata, duasahabat ini berjaya mengembalikan tawanya semula. Entah berapa lama dia tidakketawa sedahsyat ini.

            Mereka berdua masih tidak mengalahdalam pergelutan hinggalah azan Asar berkumandang di pelosok daerah Glugor.

--

            Detikan jam berwarna perak yangmemeluk pergelangan tangan Zafri mempamerkan ke angka 6.12 petang. Dia danNurin duduk sebelah-menyebelah tetapi masih ada jarak yang tidak menampakkanmereka berdua duduk berhimpit. Masing-masing mencoretkan ekspresi bosan danistilah ‘loading’. Masuk ini, sudahberapa kali Zafri menguap kantuk.

            “Dah ke, Isyad?” soal Zafri dengannada kebosanan.

            Irsyad membuat isyarat tunggu.Tangan kanannya ligat menyapu berus ke permukaan kanvas. Betapa gigihnya diamengusung easel, kanvas dan alatan media basahnya dari Aras 3 ke aras bawahsemata-mata hendak ‘menangkap’ idea yang baru sahaja muncul saat merekabertempur tadi.

            “Cepatlah hoi! Sedar diri tu sikityang kita belum solat Asar lagi!” Zafri memberi amaran sambil membelek jamnyalagi.

            “Sikit lagi,” Irsyad mencelah.

            “Haaiihh...nasiblah aku anggap kauabang. Kalau tak, dah lama aku humban dalam longkang,” rungut Zafri lalumenyandarkan tubuhnya ke tiang.

            Nurin mengeluh letih menunggu Irsyadmenyelesaikan kerja catannya. Selepas bergelut tadi, tiba-tiba sahaja Irsyadmenyuruh mereka berdua duduk sebelah-menyebelah manakala dia terus menuju ketangga untuk mengambil barang. Agak terkejut juga apabila melihat lelaki itusarat membawa peralatan melukisnya.

            “Alahh, janganlah mulakannya,Isyad!” rungut Zafri bagaikan sudah tahu apakah agenda yang ingin dibuat olehIrsyad. Nurin masih terpinga-pinga.

            “Duduk diam-diam. Benarkan akutangkap idea-idea yang keluar dari badan korang berdua,” terang Irsyad dengansenyuman manisnya.

            Aneh sungguh madah lelaki itu. Tidaksemena-mena, Nurin terlibat dalam ‘penangkapan’ idea Irsyad. Dia masih tidaktahu apakah yang Irsyad lakarkan di dalam kanvas itu. Potret mereka berduakah?Atau sekadar menjadi model untuk figura manusia semata-mata.

            Dan lagi satu, nampaknya Irsyad agakselesa berbual dengan Zafri. Adakah Zafri sahabat rapatnya sepertimana yangpernah disebut oleh Professor Rahman? Seriuslah lelaki ini sahabat rapatIrsyad? Seriuslah!

            “Oh, ya! Siapa nama kau?” soalZafri, cuba untuk memecahkan kebosanannya dengan berborak-borak.

            Soalan yang diajukan itumemeranjatkan Nurin. Nurin tidak menyahut. Dia masih tertunduk sedari awal diamelihat mereka berdua hinggalah sekarang. Ketakutannya terhadap Zafri menguasaitubuhnya.

            “Jangan risau. Kalau Irsyad dahanggap kau kawan dia, bermakna kau pun kawan aku juga,” ujar Zafri, memujukseraya tersenyum. “Nama aku Zafri. Sama semester dengan Irsyad, tapi aku budakmuzik. Kau?”

            Nurin masih membisu dan tidaklangsung memandang Zafri. Sebaliknya, mata dia hanya melihat Irsyad yang masihkelihatan berhempas pulas menyiapkan catan. Kebisuan Nurin tidak sedikitpunmenyinggung Zafri. Dia sendiripun sudah biasa mengalami keadaan sedemikian.

            “Kau memang bisu atau takut nakbercakap dengan aku sebab dengar keburukan aku dari mulut-mulut orang?” soalZafri bagaikan dapat mengagak isi dalam fikiran Nurin.

            Macam mana kau tahu?! Hati Nurinmenjerit.

            “Aku dah biasa dah. Tengok kaumenggeletar pun dah tahu yang kau takut dengan aku. Tak ada punca lain dahkalau bukan termakan dengan cerita-cerita orang. Betul tak?”

            Nurin berasa serba salah. Diatertunduk malu. Benar kata Zafri itu. Sebenarnya, dia percaya dengancerita-cerita orang lain mengenai Zafri bahawa lelaki itu pernah membunuhgurunya sewaktu alam persekolahan. Dia juga pernah mendengar bahawa Zafribanyak kali terlibat dalam pergaduhan yang membuatkan setiap mangsanya lukaparah. Pernah juga ada yang berkata bahawa sebelah mata Zafri mempunyai kesanparut yang hodoh akibat pertelagahan itu.

            Kebetulan gaya rambut Zafri yangpanjang mencecah bahu itu menutup sebelah matanya. Barangkali memang lelaki itumahu menggayakan begitu atau buah mulut orang lain itu benar bahawa Zafri adaparut hodoh, jadi dia menyembunyikan parut itu di sebalik rambutnya.

            . Zafri mengambil getah rambutberbentuk reben merah jambu kepunyaan Irsyad lalu mengikat rambutnya. Namun,rambut yang menyelaputi mata kanannya masih dibiarkan berumbai bebas. Hal itumembuatkan Nurin berasa ingin tahu adakah perihal parut hodoh itu benar atautidak. Namun, dia sedar bahawa mereka berdua baru sahaja mengenali. Dia tidaksepatutnya menyibuk hal orang lain.

            “Jangan percayakan semua itu. Kalaubetullah aku ni pembunuh, aku dah lama bunuh si Isyad ni,” seloroh Zafri.

            Kebisuan Nurin membuatkan Zafrimengandaikan sesuatu. Mungkinkah Nurin juga....?

            “Manusia takkan lari dari rahsiahidup. Rahsia yang payah untuk dibongkar oleh sesiapa sahaja melainkan hanyadiketahui oleh Allah dan dirinya. Orang fikir, memendam rahsia akan menyimpansegala keperitan, kesedihan, kesusahan yang kita rasa agar orang lain nampakbahawa kita ni seorang yang positif dan ceria. Pemikiran tu silap. Hanya orangyang pernah mengalami sahaja yang tahu rahsia di sebalik sekujur tubuh insanlain. Biarpun tak bercakap atau tak bercerita sekalipun, rahsia itu mudahterbongkar hanya dengan melihat gerak-geri bahasa tubuh dia.”

            Mata Nurin terbeliak setelahmendengar kata-kata Zafri. Mereka berdua bertentang mata. Dah kenapa mamat ni?Aku tak beritahu nama aku aje pun, kenapa tiba-tiba melibatkan rahsia-rahsiani? Hatinya mengomel.

            “Macam kau. Aku rasa, aku tahu apayang terjadi. Sebab aku pun pernah rasa dan Irsyad pun sedang merasai, samamacam kau,” ujar Zafri lagi. “Jadi, persoalan utamanya sekarang, nama kau siapaha? Jangan sampai aku panggil kau Ketot nanti.”

            “Nurinlah!” jerit Nurin, bengangdengan Zafri.

            “Ha, ada suara rupanya. Buat penataje Allah bagi nikmat bercakap, kau berpura-pura jadi bisu. Karang nikmatbercakap tu kena tarik, baru kau tahu. Nak?”

            Nurin menutup mulutnya. Diamenggeleng-geleng laju. Seriau pula tatkala memikirkan apakah yang akan terjadisekiranya dia benar-benar....Ya Allah! Maafkan aku!

            “Bagus. Kalau macam tu, bercakaplah.Jangan kuat menyimpan suara. Kalau malas nak bercakap, tulis. Kalau malasmenulis, lukis. Kalau malas melukis, ha pergilah duduk gua. Menyusahkan orangaje,” bebel Zafri lagi. Namun, madahnya mengundang tawa Nurin.

            Zafri, seorang lelaki yang jelasmenampakkan wajah maskulin, tetapi sayangnya, rambut panjang lelaki itu agak menyerabutkan.Kelihatan agak bengis, tegas, panas baran. Namun, terselit juga istilah kelakardalam jiwanya. Oh ya, mata kanan itu.

            “Kenapa kau tak ikat rambut kanankau?” soal Nurin.

            Zafri terkedu. Namun, diacepat-cepat menyembunyikan perasaannya dengan membalas soalan Nurin.

            “Tak ada soalan lain ke? Benda remehjuga yang kau soal. Nampak sangat kau suka perhatikan benda-benda remeh.”

            Nurin mengembangkan pipinya, terasamenyampah hendak bersuara lagi. Dia menyilangkan tangan dan duduk membisu. Kakinyabergoyang petanda hampir mempamerkan pemberontakan. Tindak-tanduk Nurindiperhatikan oleh Zafri.

            “Siap!” Secara tiba-tiba, Irsyadbersuara. Wajahnya berona gembira. Nurin menepuk-nepuk tangan kegembiraan.

            “Nak tengok! Nak tengok!” Nurinmelaung riang.

            Dia bangun lalu mendekati kanvasIrsyad, begitu juga dengan Zafri. Matanya tidak berkerdip. Tanggapannyaterhadap catan Irsyad ternyata meleset sama sekali. Lelaki itu tidak melukispotret, apatah lagi menjadikan mereka berdua sebagai model figura, tetapi....

            Calitan warna yang pelbagaiberalun-alun dan kelihatan seakan-akan gerakan asap yang bergumpal hinggamembentuk seperti manusia, tetapi bukanlah sepenuhnya manusia. Gerakan berusyang membentuk gerakan asap itu melahirkan juga tekstur yang terhasil tanpadisengaja. Beberapa helaian bentuk seakan-akan dedaun luruh di sekitar gerakanasap itu menambahkan lagi unsur-unsur keharmonian dan kesatuan dalam karyatersebut.

            Penggunaan warna akrilik Irsyadberjaya memukau Nurin.

            “Cantik! Cantik! Cantik! Aku suka!”ujar Nurin teruja sambil menepuk-nepuk tangannya  lagi. Sungguh keanak-anakan. Reaksi Nurinmemberi kepuasan kepada Irsyad. Dia terasa karyanya benar-benar dihargai

            “Tengoklah, Zafri! Cantik kan?”panggil Nurin.

            Zafri menarik nafas pendek. Berlainanpula dengan Zafri. Dia tidak berasa apa-apa saat melihat lukisan Irsyad.Baginya, lukisan Irsyad seperti kepulan asap kentut berwarna yangterapung-apung keluar dan bergumpal menjadi bentuk sebegitu. Ikutkan mulut diayang tiada insurans itu, mahu sahaja dia memberi pendapat.

            Namun, melihat keterujaan Nurinterhadap karya Irsyad membuatkan Zafri mematikan hasratnya untuk memuntahkanpendapatnya. Keterujaan Nurin yang berjaya mengukir senyuman Irsyad. MaksudZafri, senyuman sebenar Irsyad. Senyuman yang bukan seperti senyuman yang diabiasa ukirkan setiap hati. Zafri tahu bagaimana membezakan semua itu.

            “Selamat datang, kawan baru,” bisik Zafri.


 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab Teaser | Bab 1 | Bab Prolog | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku