Kupilih Hatimu
BAB 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1181

Bacaan






BAB 1

Bunyi tangisan anak kecil membangkitkan tubuh muda itu dari tilam empuknya. Dengan pantas langkah diatur menuju ke arah bunyi tangisan itu. Perlahan-lahan tubuh kecil itu diangkat dari tempat tidurnya dan didakap dalam pelukkan untuk ditenangkan. Nampaknya malam ini tidak dapat tidur nyenyak lagi. Jam menunjukkan angka empat pagi apabila Muhammad Daniel Adam merengek hendakkan susu dan diminta ditukarkan lampin. Dengan keadaan separuh sedar dia menukarkan lampin dan juga menyusukan Daniel. Setelah menyusu, Daniel kembali terlelap dalam pelukkannya. Daniel diletakkan ke tempat tidurnya. Nyenyak kembali dalam tidurnya. Sempat juga dia menangkap beberapa keping gambar Daniel menggunakan telefon pintar.

Pagi itu, dia bersiap awal kerana setelah dibangunkan oleh Daniel pada malamnya, dia tidak kembali tidur. Pantas sahaja dia menjalankan kerja-kerja rumah supaya lebih banyak masa ditumpukan kepada Daniel dan kerja-kerja pejabatnya. Mujur saja kini dia bekerja dari rumah dan dia hanya ke pejabat beberapa kali dalam seminggu jika perlu. Kini dia tidak dapat mempraktikkan gaya hidupnya yang dulu sebelum Daniel hadir dalam hidupnya. Fokusnya sekarang adalah untuk membesarkan Daniel dengan sebaiknya.

"Selamat pagi anak mummy." Nurul Ain mengucup pipi tembam Daniel. Senyuman manis menguntum di bibir Daniel yang baru berusia lapan bulan itu.

"Sayang nak susu ke? Kita minum susu dulu ya. Lepas itu kita mandi okey. Sayang anak mummy." Daniel yang seakan mengerti ketawa apabila melihatnya.

Nurul Ain Binti Ahmad adalah seorang pengarah bagi syarikat miliknya sendiri iaitu syarikat Self Fashion. Dimana syarikat ini ditubuhkan bagi memberi info-info terkini mengenai fesyen terkini bagi penggemar fesyen diluar sana. Hidupnya sangat beruntung kerana dalam usia yang baru mencecah dua puluh lima tahun dia mampu menguruskan syarikat majalah yang paling terkenal di Malaysia. Tetapi semenjak hadirnya Daniel ke dalam hidupnya, statusnya sebagai pengarah kini berubah menjadi ibu tunggal ataupun single mommy. Kehadiran Daniel ke dalam hidupnya telah merubah keadaan hidupnya yang dulu menjadi yang sekarang.

Daniel diletakkan diatas kerusi khas bayi untuk memulakan rutin sehariannya sebagai anak kepada Nurul Ain Binti Ahmad. Ain membuka siaran kartun Didi And Friends untuk tontonan Daniel sementara dia menyiapkan sarapan pagi untuk Daniel. Daniel sekarang sangat tertarik dengan keadaan sekeliling terutama sekali bunyi muzik. Jadi setiap pagi rumah tersebut akan mengeluarkan bunyi lagu kanak-kanak untuk tontonan Daniel.

Selesai makan, Ain melakukan urutan khas untuk bayi yang dipelajarinya daripada Youtube. Daniel menguntum senyum tatkala tubuh kecilnya disentuh oleh ibunya. Selesai rutin tersebut, Ain mengambil tempat duduk di sebuah bilik yang sekarang menjadi pejabatnya. Anaknya diletakkan di atas tilam di lantai pejabat tersebut. Ini untuk memudahkan Ain memerhati Daniel sambil membuat kerjanya dan anaknya juga boleh bergerak bebas sambil menonton rancangan kegemarannya. Ain sesekali mencuri pandang anaknya yang sedang leka memerhatikan permainannya yang mengeluarkan bunyi apabila di sentuh. Dia tersenyum. Tangannya kembali rancak menaip rencana perniagaannya di dalam komputer ribanya. Otaknya juga semakin ligat berfikir mengenai pelancaran koleksi baju bayi yang bakal dilancarkan oleh syarikatnya pada bulan hadapan. Ini semua kerana Daniel, putera sulungnya.

Dalam kesibukkannya menguruskan kerja-kerjannya itu, telefon bimbitnya berdering. Dia seperti mengagak, pasti panggilan dari pejabat. Ternyata telahannya benar.

"Hello. Selamat pagi." Suara setiausahanya kedengaran di hujung talian.

"Ya. Selamat pagi. Ada apa awak telefon saya pagi-pagi Aryana. Any problem happen in office?" Ain mengagak.

"Ya, bos. Klien kita dari syarikat Red Alarms tarik diri saat-saat akhir untuk projek kita minggu ini." Aryana menerangkan satu persatu.

"What! Bukan kita dah deal dengan mereka. Dan sepatutnya minggu ini kita dah patut jalankan projek itu." Suara Ain separuh menjerit di hujung talian membuatkan setiausahannya sedikit kecut perut.

Perbualan mereka berlarutan sehingga sepuluh minit dengan kata putus bahawa dia akan ke pejabat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kalau dulu, dalam masa lima minit dia sudah meninggalkan perkarangan rumah. Tapi, oleh kerana Daniel sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya, sekurang-kurangnya masa dua puluh minit diperlukan untuk menyiapkan segala keperluan Daniel.

Usai berkemas, dia meletakkan Daniel diatas kerusi bayi khas untuk meletakkan bayi di dalam kereta. Daniel diletakkan bersebelahan dengan tempat duduknya lantas mereka berdua memulakan perjalanan mereka ke pejabat yang mengambil masa kira lima belas minit dari rumahnya.

Tiba di hadapan pejabatnya, Aryana dan tiga lagi pekerjanya sudah menunggunya di situ. Aryana membantunya membuka pintu kereta dan tiga yang lain membawa barang-barang keperluan Daniel. Daniel yang masih tidur didukungnya sendiri. Setibanya di pejabatnya, Daniel diserahkan kepada pekerjanya untuk dibawa ke bilik rehat agar tidurnya tidak terganggu oleh perbincangannya sebentar lagi.

"Macam mana benda ini boleh berlaku Yana? Kita sepatutnya esok sudah boleh mula membuat sesi fotografi untuk koleksi fesyen itu. Macam mana pula mereka boleh tarik diri sedangkan saya dah bayar separuh daripada bayaran dengan mereka." Suaranya kedengaran di dalam pejabatnya.

"Sebenarnya, syarikat Datuk Megat Murshid sudah mengambil alih projek tersebut. Mereka cakap, Datuk Megat telah membayar mereka dua kali ganda dari harga asal. Sebab itu, mereka tarik diri untuk bekerjasama dengan kita disaat-saat akhir." Aryana memberi penjelasan.

"Datuk Megat. Apa masalah dia dengan syarikat kita. Dia ingat dengan title Datuk dia itu, dia boleh buat ikut suka hati dia sahaja." Ain kelihatan tidak berpuas hati dan seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Jadi, macam mana sekarang ini bos. Tempat untuk sesi fotografi kami dah tempah dan buat. Takkan kita biarkan sahaja. Rugilah kita." Rashid dari unit pengurusan bersuara. Ain berfikir sejenak.

"Macam ini. Saya hendak awak telefon peguam syarikat kita untuk uruskan hal ini dan lepas itu awak telefon klien kita untuk maklumkan mengenai hal ini. Kalau dia masih teruskan urusan dengan Datuk Megat, kita akan saman dia, sebab kita telah buat perjanjian dan syarikat kita dah bayar separuh daripada harga perjanjian dengan syarikat mereka." Ain memberi arahan kepada Aryana. Aryana mengangguk faham dan keluar untuk menjalankan tugasnya seperti yang telah diarahkan.

Sementara itu, Ain meneruskan perbincangan mengenai projek koleksi pakaian bayi yang akan diadakan pada bulan hadapan bersama pekerjanya yang lain. Ketika perbincangan sedang dijalankan, Aryana masuk dengan tergopoh-gapah.

"Bos, Datuk Megat datang hendak berjumpa dengan bos." Ain memandang muka polos Aryana dan memberi isyarat keluar kepada pekerjannya yang berada di bilik tersebut dan memberi arahan kepada Aryana untuk membenarkan Datuk Megat masuk.

Aryana membuka pintu untuk Datuk Megat dan keluar semula apabila diarahkan oleh Ain. Datuk Megat, lelaki lewat 30-an. Mempunyai syarikat fesyen terbesar di Malaysia melangkah masuk ke dalam ruang pejabat Ain dengan megahnya. Muka kacukkan Inggeris Melayunya jelas kelihatan dibalik senyum yang dilemparkannya kepada Ain apabila dia duduk berhadapan dengannya.

"So, Datuk. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Ain memulakan perbualan.

"Ain. You macam tak kenal i. Kita sama-sama dalam business ini. Takkan you masih hendak tanya tujuan i datang ke sini." Megat menyandar di kerusinya.

"Ya. Memang kita dalam bisnes yang sama. Tapi tak bermaksd you boleh buat sesuka hati you sahaja."

"Come on la Ain. Kalau kita ada duit. Semua benda boleh jadi. Macam apa yang sudah berlaku." Megat tersenyum sinis.

"Kalau macam itu, you tunggu surat dari peguam i dan you tanggung sendiri akibat daripada perbuatan you. Macam mana ya, kalau dekat surat khabar nanti tertulis, "DATUK MEGAT MURSHID DITAHAN KERANA PERBUATAN RASUAH". Mesti you akan malu besar kan." Ain memulangkan paku buah keras Megat.

"You tak boleh buat macam itu." Megat meninggikan suaranya.

"Apa-apa sahajalah Datuk. Aryana! Iringankan Datuk Megat keluar." Ain memberikan arahan.

Kerja seperti ini memerlukan hati yang kuat. Kalau tidak, dia akan selalu kalah dengan pesaing-pesaingnya.

Megat keluar dengan perasaan yang marah. Jiwanya seakan tercabar dengan perbuatan Ain sebentar tadi. Dia melangkah ke kereta BMW miliknya. Pak Hashim membuka pintu kepada Megat. Megat mengarahkan Pak Hashim untuk tunggu sebentar di situ. Rencananya hendak melihat Ain dan mengekori dia pulang ke rumah untuk mengetahui alamatnya. Seperti ada seseuatu yang ingin dirancang olehnya.

Usai kerja-kerja di pejabatnya siap, Ain memdapatkan semula Daniel yang sedang ketawa riang bermain bersama-sama pekerjanya. Daniel menjerit sebaik sahaja Ain memanggil namanya dan minta di dukung. Pekerja-pekerjanya termasuk Aryana mengemaskan barang-barang milik Daniel. Sesampai di keretanya, Megat kelihatan terkejut melihat Ain sedang mendukung bayi dalam pelukkannya. Pelbagai persoalan bermain dimindanya. Sudah kahwin ke dia? Siapa suaminya? Siapa ayah budak yang berada didalam pelukkannya?.

Megat mengarahkan Pak Hashim supaya mengekori Ain. Tetapi, nasibnya tidak beberapa baik pada hari itu kerana Ain balik ke rumah keluarganya untuk bermalam disitu. Sebaik pagar rumah tersebut di buka kelihatan sosok tubuh lelaki dan perempuan separuh usia sudah menunggu kehadiran mereka berdua. Datuk Ahmad dan Datin Natrah menyambut kedatangan anak dan cucu mereka. Pembantu rumah mereka menuju ke kereta untuk mengambil barang-barang Daniel dan Ain dan membawa barang-barang tersebut masuk ke dalam rumah.

Rumah agam milik keluarga Ain menarik perhatian Megat untuk mengenali siapakah gadis yang bernama Nurul Ain Binti Ahmad ini. Dia merenung seketika wajah Ain sehingga pagar hadapan rumah tersebut tertutup. Megat membuat panggilan telefon.

"Idris. Batalkan kontrak kita dengan syarikat Red Alarms." Megat mematikan talian telefonnya.





Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku