Kupilih Hatimu
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1175

Bacaan






BAB 2

"Mari sini cucu nenek." Datin Natrah mengambil Daniel dari dalam pelukkan Ain. Gembira sungguh ibu dan ayahnya apabila dimaklumkan bahawa dia akan ke sana.

Mereka bertiga berjalan seiringan masuk ke dalam rumah. Rumah agam yang pernah menjadi tempat tinggal Ain sebelum berpindah ke rumahnya sendiri masih kelihatan sama. Tidak banyak yang berubah. Cuma foto-foto di dinding sudah berubah bilangannya lebih-lebih lagi dengan kehadiran Daniel dalam hidup mereka dan menantu pertama keluarga tersebut kak Yanti yang telah berkahwin dengan abang sulungnya. Ruang tamu rumah kedengaran sedikit riuh apabila Ain melangkah ke sana. Manakan tidaknya, ke tiga-tiga abangnya ada pada ketika itu juga.

Abangnya yang sulung bernama Muhammad Asraf. Seorang arkitek dan telah berkahwin dengan kak Yanti iaitu teman sekuliahnya dahulu. Mereka sekarang sedang menanti kehadiran cahaya mata mereka yang pertama. Abangnya yang kedua bernama Muhammad Aiman. Seorang doktor pakar di hospital yang terletak di ibu kota. Bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dan abangnya yang ketiga bernama Muhammad Aidil. Seorang guru. Masih bujang dan belum ada tanda-tanda akan menamatkan zaman bujangnya lagi.

"Tidur sini ke malam ini dik?" Kak Yanti bertanya sambil mengambil Daniel dari tangan ibunya.

"Ya. Dalam dua tiga hari lagi, baliklah." Ain menjawab pendek lalu mengambil tempat disebelah abang Dilnya.

"Sekejap sangat itu. Tinggallah dekat sini seminggu lagi ke. Lagipun mummy rindu dengan cucu mummy ini." Datin Natrah seakan memujuk Ain untuk tinggal lebih lama di situ.

"Tengoklah mummy. Lagipun kerja di pejabat banyak. Itu yang Ain tidak dapat tinggal lama-lama dekat sini." Ain menjawab.

"Alah. Kerja di pejabat itu, bila-bila masa boleh buat. Itu, Daniel itu. Takkan kamu hendak kurung sahaja dia dalam rumah. Dia juga hendak tengok muka ahli keluarga kamu. Lagipun, mummy tengok sekarang kamu jarang sudah hendak balik ke sini. Sibuk dengan kerja. Kesianlah dengan Daniel." Datin Natrah bersuara.

"Yalah adik ini. Duduklah sini dulu sampai kak Yanti kamu beranak. Kalau kamu pergi kerja, ada juga orang yang boleh tengokkan Daniel." Abang Asraf memberi pendapatnya.

"Bila akak beranak?" Ain bertanya.

" Dua minggu lagi. Mungkin." Kak Yanti menjawab pertanyaan Ain.

Keluarga Datuk Ahmad, sekirannya sudah bertemu tidak akan sedar masa yang telah berlalu. Masing-masing sibuk membuka cerita- cerita lama. Lebih-lebih lagi abang Aidil yang suka mengusik Ain. Tidak kering gusi dibuatnya. Daniel yang sesekali ketawa mencuri perhatian mereka. Seakan mengerti setiap percakapan yang dituturkan oleh mereka.

Ain duduk dibucu katil. Jarum diselendangnya dibuka satu persatu. Ada satu helaan berat kedengaran dari dirinya. Seakan memikirkan sesuatu perkara yang sukar dibenak fikirannya. Ain memandang sekeliling. Bilik ini banyak mengukir sejarah buat dirinya. Bilik yang menjadi saksi setiap pencapaian dalam hidupnya. Susah senang dirinya, sedih dan gembira. Semuannya bagaikan memori yang diulang semula apabila dia duduk bersendirian dalam bilik itu. Ketika dia sedang termangu sendiri, kedengaran ketukkan dari luar pintu biliknya.

"Ain. Daniel Buang air." Kedengaran suara abang Dil di luar pintu biliknya. Pantas Ain membuka pintu bilik untuk abangnya.

"Nah. Ambil balik anak engkau." Abang Dil menyerahkan Daniel kepada Ain.

"Pak cik Dil itu. Daniel sudah bau busuk baru hendak beri dengan mummy ya. Tadi mummy hendak bagi susu pun dia tak kasi mummy pegang. Sekarang ini sudah busuk baru bagi Daniel dengan mummy." Ain sengaja mengusik abangnya.

"Bukannya pak cik Dil sengaja. Kalau ada pampers dekat bawah itu, tadi dah pak cik Dil tukarkan. Takkan hendak guna kain pelikat atuk untuk buat lampin Dani." Aidil menutup pintu bilik Ain. Kedengaran suaranya ketawa apabila dia berjaya mengenakan adik bongsunya.

Ain tersenyum sendiri. Dia membawa Daniel ke bilik mandi untuk dibersihkan dan dimandikan. Daniel yang sangat suka akan air ketawa riang apabila percikkan air yang ditepuk Ain terkena mukanya. Selesai sahaja menyiapkan Daniel, Ain membawanya ke ruang solat di rumah tersebut. Sudah menjadi kebiasaan untuk keluarga Datuk Ahmad untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama-sama. Daniel yang memakai kopiah bayi membuatkan ahli keluarganya ketawa dengan kecomelannya.

Usai solat Maghrib, mereka semua ke meja makan. Ain seperti biasa mendahulukan Daniel sebelum dia dapat makan bersama mereka. Daniel diserahkan kepada kak Ida supaya Ain boleh makan. Sesekali ada perbualan pendek berlaku ketika mereka makan. Anak-anak Datuk Ahmad sangat beradab dalam perlakuan mereka. Jadi tidak hairanlah anak-anaknya sering menjadi buah mulut dalam kalangan kenalannya. Selesai solat Isyak berjemaah, mereka berkumpul diruang tamu rumah. Televisyen dipasang kesiaran berita untuk melihat perkembangan semasa. Datuk Ahmad lebih gemar anak-anaknya menonton berita daripada melihat rancangan yang tidak bermanfaat di televisyen.

"Ain. Macam mana dengan kerja. Okey?" Datuk Ahmad mengajukan pertanyaan terhadap anak bongsunya.

"Okey sahaja Abah. Tiada apa-apa." Ain menjawab pendek sambil bermain dengan Daniel dipangkuannya.

"Alah. Ain kan budak bijak. Kalau ada apa-apa masalah. Dia boleh selesaikan." Datin Natrah melemparkan senyuman kepada anak bongsu serta suaminya.

"Bijaklah sangat. Sampai dapat Daniel ini." Aiman menguis paha Ain dengan hujung kakinya.

"Abang. Ini rezeki Allah bagi tau. Kita kena terima." Ain cuba menarik kain pelikat abang Aiman tetapi abang Aiman dengan pantas duduk bersila diatas sofa.

"Kamu ini. Suka mengusik Ain." Datin Natrah tersenyum.

"Ya lah. Abang Asraf dahulu yang kahwin. Jadikan dia pula yang dapat anak. Kau memang hebat dik." Aidil menunjukkan isyarat thumps up kepada Ain.

"Abang ini. Abang itu. Bila hendak kahwin?" Ain sengaja memuncungkan mulutnya kepada Aidil.

"Aku bila-bila masa boleh kahwin. Cuma aku malas saja. Orang lelaki ini dik, makin tua makin berharga. Bukan macam kau, ada expired date." Aidil menjawab selamba.

"Jangan jadi bujang terlajak sudah Dil." Asraf menyampuk disambut dengan gelak ketawa mereka sekeluarga.

AIN memandang kosong ke arah air kolam di hadapannya. Sesekali dikocoknya air itu dengan hujung kakinya. Mindanya dibawa terbang ke dimensi ciptaannya sendiri. Jauh. Jauh dari segala-galanya.

"Ain. Air." Kak Ida menegur Ain yang sedang khayal keseorangan sambil menghidangkan air bersama kuih yang baharu dibuatnya sebentar tadi.

"Letakkan di situ sahaja kak. Nanti Ain minum. Daniel mana?" Ain bertanya.

"Daniel tidur. Belum bangun lagi." Kak Ida menjawab.

"Oh. Tak apa." Mata Ain mengiringi sosok tubuh Kak Ida yang sedikit gempal masuk dan menghilang dibalik dinding dapur.

Aidil duduk di kerusi yang diletakkan dihadapan kolam. Menghirup sedikit air kopi yang dibawanya sendiri dari dalam. sengaja dia membatukan diri. Memerhati gelagat adik bongsu kesayangnya.

"Adik. Mari sini sekejap." Panggilan Aidil mengejutkan Ain dari lamunannya. Pantas dia mengatur langkah menuju ke arah abangnya dan mengambil tempat duduk dikerusi bertentangan dengan abangnya.

"Kau ini kenapa? Sudah macam kucing hilang anak abang tengok." Aidil menghirup kopinya sambil memerhati wajah Ain.

"Entahlah. Macam-macam yang ada dalam kepala Ain ini." Dia mengeluh kecil.

"Masalah apa?" Aidil seakan mengerti akan perkara yang berlaku dalam benak fikiran adiknya.

"Ada seorang datuk tu. Dia senang-senang sahaja rampas klien syarikat Ain." Ain mula bercerita tanpa dipinta. Abangnya pula khusyuk mendengar tanpa menjawab. Setiap butiran yang keluar dari mulut adiknya didengar ibarat kopi yang sedang dihirupnya.

"Siapa nama datuk itu tadi?" Aidil bertanya.

"Datuk Megat Murshid. Kenapa? Kenal?" Ain melihat wajah abangnya yang sedang berkerut seperti mengingat sesuatu.

"Entah." Aidil mengangkat kedua-dua bahunya.

"Dah tu. Kenapa buat muka berkerut macam itu?" Ain bertanya.

"Suka hatilah! Sibuk saja mak budak ini." Aidil meninggalkan Ain ditepi kolam dan masuk ke dalam rumah.

"Ingatkan hendak tolong!" Ain melaung dari luar.

"Buku latihan pelajar abang berlambak lagi abang belum semak. Kau hendak tolong." Jawab Aidil dari dalam. Dia tersenyum sendiri. Nama Datuk Megat Murshid masih belegar dalam kotak fikirannya. Tapi siapa.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku