Kupilih Hatimu
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1212

Bacaan






BAB 3

Ain membuka pintu rumahnya. Diletakkannya Daniel di dalam kereta sorong bayi untuk memudahkan dia membawa masuk barang-barang yang dibawanya bersama ketika tinggal di rumah ibu bapanya. Daniel masih lagi leka dengan permainan yang diberi oleh keluarganya. Kalau dihitungkan, dia boleh membuka sebuah kedai permainan dengan pemberian dari keluarga dan teman-teman rapatnya kepada Daniel. Ain mengemaskan barang-barang di dalam beg yang dibawanya. Setelah itu, dia membancuh susu dan menyusukan Daniel yang sudah mula merengek kehausan.

Ain menyiapkan Daniel lebih awal pada hari itu setelah anaknya bangun dari tidur petangnya. Usai solat Asar, dia bersiap-siap untuk keluar. Kebiasaannya pada hari minggu, dia keluar bersama Aryana untuk membeli belah dan makan malam. Kalau dahulu, adalah orang yang temankan. Tapi sekarang. Ain mengeluh sambil menyimpul selendang dikepalanya. Daniel diletakkan dikerusi khasnya sendiri di dalam kereta dan kedua beranak itu memulakan perjalanannya.

Ain memandu menuju ke rumah Aryana. Setibanya di sana, Aryana sudah menunggu di depan pagar rumahnya. Tergopoh-gapah dirinya berdiri apabila melihat kereta yang dipandu Ain menuju di hadapan rumahnya. Ain memberhentikan keretanya. Aryana masuk dengan senyuman terukir dibibrnya.

"Bos. Kita hendak pergi mana hari ini?" Aryana membetulkan rambutnya.

"Macam biasa." Ain menjawab dan memandu meninggalkan perkarangan rumah Aryana.

Setibanya mereka di pusat membeli belah terkenal di ibu kota, masing-masing sibuk menguruskan Daniel. Aryana mengeluarkan kereta sorong bayi dari but kereta dan menyorongnya ke arah Ain yang sudah mendukung Daniel di dalam pelukkannya. Mereka berdua berjalan beriringan. Masing-masing memulakan cerita sambil mata mereka melilau ke dalam kedai pakaian di hadapan mereka. Setelah satu, satu kedai dimasuki. Ain lebih banyak membeli pakaian untuk Daniel berbanding dirinya manakala Aryana dengan pakaian berwarna warninya. Mereka masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual kasut keluarga. Ain memulakan rutinnya melihat-lihat kasut bayi yang sesuai dipadankan dengan pakaian Daniel yang baru dibeli sebentar tadi. Jurujual dikedai tersebut turut membantunya membeli kasut untuk Daniel.

"Thank you, bos sebab belanja saya beli kasut hari ini." Aryana memeluk beg plastik yang digunakan untuk meletakkan kotak kasutnya.

"Sukalah ya. Dapat pakai kasut warna-warni awak itu." Ain tersenyum melihat gelagat setiausahanya. Tangannya membuka bekas makanan untuk Daniel. Ain menyuapkan Daniel yang diletakkan di dalam kereta sorong bayinya. Aryana juga sudah memulakan acara makan malamnya. Sedang sibuk dia menyuap makanan ke dalam mulut Daniel, tiba-tiba kereta sorong Daniel dilanggar oleh seseorang.

"Excuse me. Ini restoran. Bukannya R&R. Tempat you untuk berhenti beri makan anak you." Perempuan yang melanggar kereta sorong bayi Daniel bersuara dengan angkuhnya.

"Wait. I rasa you tu yang berjalan tak pakai mata. Main langgar sahaja. Banyak lagi ruang untuk you berjalan dalam restoran ini. You boleh-boleh langgar stroller baby I." Ain sudah berdiri dari tempat duduknya. Berhadapan dengan wanita sebaya usianya dengan rambut perang dan bermekap sedikit tebal. Kelihatan menjengkelkan dimata Ain.

"So you hendak cakap ini salah i lah!" perempuan itu meninggikan suara.

"Memang salah you." Ain membalas kembali.

"You tak kenal lagi siapa i." Perempuan itu separuh mengugut.

Aryana yang sudah mendakap Daniel dalam pelukkannya hanya memerhatikan antara mereka berdua. Tidak berani masuk campur apabila dia diarahkan untuk duduk apabila dia cuba menenangkan Ain.

"Kenapa ini Sofea?" Seorang lelaki berdiri disamping perempuan yang dikenalinya sebagai Sofea.

"Sayang. You tengoklah perempuan ini. Dia boleh saja letak stroller baby dekat tempat i berjalan. Lepas itu i terlanggar. Dia marah-marahkan i pula." Sofea merangkul lengan lelaki itu.

"Ain. You buat apa dekat sini?" Lelaki itu separuh terkejut apabila dia mengalihkan pandangannya kepada Ain.

"Datuk?!" Ain terkejut melihat Datuk Megat Murshid dihadapannya. Mengapa tadi dia tidak perasan.

"Sayang. You kenal dengan perempuan ini?" Sofea melihat wajah Megat.

Megat cuba melepaskan dirinya daripada rangkulan tangan Sofea. Sofea sedikit marah apabila diperlakukan sebegitu.

"Sorry." Megat menghulurkan tangannya dan hanya diperhatikan oleh Ain sahaja. Dia menarik semula tangannya. Sedikit malu. Mana mungkin gadis berpakaian labuhnya dan bertudung litup mahu menyambut tangan yang dihulur oleh dirinya tadi. Gilakah dia.

"Aryana. Kemaskan barang. Kita balik." Ain mengambil Daniel dari tangan Aryana. Aryana dengan pantas meletakkan barang-barang mereka ke dalam kereta sorong bayi Daniel dan membuntuti Ain.

Megat hanya menghantar Ain keluar dengan matanya. Sofea masih lagi tidak puas hati dengan kejadian tadi.

"Sayang. You pandang apa lagi itu!?" Sofea menepuk lengan Megat dan mengejutkan Megat dari lamunannya.

"Sudahlah. Jom kita balik." Megat mengatur langkahnya untuk keluar dari restoran tersebut.

"Sayang! I belum habis shopping lagi." Sofea kelihatan sedikit marah tetapi menuruti arahan Megat. Manakan tidaknnya, Megat ibarat lubuk duit bagi dirinya.

AIN merebahkan dirinya diatas tilam sambil menghela nafas panjang. Peristiwa tadi masih lagi bermain dalam fikirannya. Wajah Megat bermain difikirannya juga ketika itu berserta wajah perempuan yang bernama Sofea turut ada. Kalau diikutkan hati, memang sudah sampai telapak tangannya ke muka perempuan itu. Tapi. Ain mengkalihkan tubuhnya ke kiri. Bertentangan dengan katil Daniel yang sudah nyenyak diatasnya. Biarlah.

Ain bangun untuk menunaikan solat Subuh. Doa dipanjat ke hadrat Ilahi atas kurniannya. Sejadah dilipat dan diletakkan di atas almari laci dihadapannya. Anaknya masih lena dalam tidur. Dibiarkannya sahaja supaya dia boleh memulakan rutin untuk mengemas rumah dan memasak sarapan untuk dirinya dan Daniel. Ain berada diluar rumah sedang menyiram pokok bunga apabila suara tangisan anaknya kedengaran.

Dia menyiapkan kerja-kerja di bilik pejabatnya ditemani lagu kanak-kanak Didi And Friends dan anaknya. Ain duduk menyandar pada kerusinya. Seperti memikirkan sesuatu. Jari jemarinya pantas menaip sesuatu di komputer ribanya. Dokumen-dokumen di atas mejanya diselak beberapa kali. Sesekali matanya mencuri pandang Daniel yang sudah terlelap diatas tilamnya dilantai. Dalam kesibukkannya menyiapakan kerjanya, dia mendapat panggilan telefon.

"Hello. Ada apa Aryana?" Ternyata panggilan dari Aryana.

"Bos. Saya ada berita baik untuk bos." Suara Aryana kedengaran teruja.

"Ada apa?" Ain menyandarkan tubuhnya dikerusi menunggu berita baik dari Aryana.

"Okey. Syarikat Red Alarms telah setuju semula untuk bekerjasama dengan kita." Suara Aryana kedengaran separuh menjerit di hujung talian.

"Oh. Okey. Macam mana boleh jadi macam itu? Apa-apalah. Yang penting sekarang saya hendak awak update setiap perkembangan yang berlaku. Jangan sampai klien kita kali ini terlepas dari genggaman kita semula." Ain memberi arahan.

Bunyi lonceng rumahnya yang kedengaran menamatkan perbualan Aryana dan Ain. Sempat dia melihat ke arah Daniel untuk memastikan dia tidak terbangun apabila lonceng rumah kedengaran. Seorang posmen berdiri dihadapan pagar rumahnya.

"Ada apa ya encik?" Ain bertanya kepada posmen tersebut. Dia mengatur selendang yang menutupi kepalanya.

"Oh. Ini ada barang-barang yang dikirimkan ke alamat puan." Posmen tersebut menunjukkan barang-barang yang dimaksudkannya.

"Bunga itu sekali?" Ain menunjukkan bunga yang dipegang olehnya dan dibalas dengan anggukkan.

"Puan sila tandatangan disini ya. Terima kasih." Posmen tersebut menaiki semula motornya dan berlalu dari situ meninggalkan Ain yang sedang diserbu seribu satu persoalan.

Ain cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Takut-takut Daniel sudah terbangun dari tidurnya. Nyata telahannya benar. Daniel sudah berada dalam keadaan tertiarap bermain dengan mainannya.

"Sayang. Tadi ada abang posmen hantar bunga dan hadiahlah. Jom kita tengok sama-sama." Ain duduk dilantai untuk membuka balutan hadiah sederhana besar dihadapannya.

Ternyata isi kandungan itu adalah mainan bayi dan beberapa helai baju bayi. Ain sedikit kehairanan. Siapa yang menghantar hadiah ini. Tidak akan ibunya yang menghantar hadiah ini. Perhatianya tertumpu pada sehelai gaun bayi dihadapan. Pelik. Bunga yang dibawanya sebentar tadi dipegang.

"Eh. Ada kad lah sayang." Ain membuka kad tersebut untuk melihat siapa pengirimnya.

Hanya perkataan "SORRY" sahaja tercatat di dalam kad tersebut. Ain memandang ke arah Daniel. Siapa pengirim barang tersebut. Tambah pelik lagi dengan kehadiran gaun bayi tersebut. Mengapa pula dikirimkan gaun, sedangkan anaknya lelaki. Aneh.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku