Kupilih Hatimu
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
320

Bacaan






BAB 4

Ain meneliti setiap helaian dokumen bagi pelancaran koleksi pakaian bayi di hadapan. Setiap satu koleksi diperhati dengan teliti. Takut nanti ada masalah yang akan timbul ketika majlis pelancaran sedang diadakan. Ain memanggil Aryana masuk ke dalam pejabatnya. Aryana duduk dihadapannya bersama buku dan pen di tangan kanannya. Bersedia untuk menulis setiap butir arahan yang bakal keluar dari mulut majikannya.

"Aryana. Saya hendak awak pastikan setiap model bayi kita disediakan makanan khas untuk mereka. Pastikan kerusi khas untuk mereka cukup. Make sure kelengkapan mereka disediakan dengan sebaiknya. Saya tidak mahu model-model comel saya nanti meragam masa majlis dijalankan." Ain memberikan arahan.

"Bos. Macam mana dengan tetamu jemputan? Bos sudah tulis semua nama-nama VVIP kita nanti?" Aryana mengajukan persoalan.

"Nah. Ini senarai jemputan." Ain menyerahkan sehelai kertas yang tercatat nama-nama tetamu yang akan diundang oleh dirinya. "Pastikan awak hantar kad jemputan kepada setiap nama yang tercatat dalam kertas itu." Ain menambah lagi.

"Baik bos." Aryana mengangguk faham. "Ada apa-apa lagi yang bos hendak tambah?" Aryana menanti dengan tekun.

"Make sure double cheack semua benda. Pastikan semua sudah diperiksa tiga hari sebelum majlis pelancaran. Okey." Ain menyandar dikerusinya.

"Baik bos. Kalau tiada apa-apa, saya keluar dulu ya." Aryana bangkit dari kerusinya dan keluar dari ruang pejabat majikannya.

Ain kembali berseorangan di dalam pejabatnya. Peristiwa beberapa hari yang lalu menyerbu kembali mindanya. Siapakah gerangan yang menghantar hadiah beserta bunga kepada dirinya dan Daniel? Tidak tahukah pengirim itu bahawa Daniel anaknya adalah bayi lelaki? Setahu dirinya kesemua staf, ahli keluarga dan teman-temannya mengetahui akan jantina Daniel semenjak Daniel dilahirkan. Ain cuba mengingat semula. Satu nama terlintas di dalam mindanya. Tidak mungkin dia. Mana mungkin dia berani kembali ke dalam hidupnya. Dia sendiri tahu Daniel itu bayi lelaki. Ain menggeleng kepalanya seraya mengemas barang-barang untuk kembali ke rumah ibu bapanya. Memandangkan kak Yanti tidak lama lagi akan melahirkan anak sulungnya, Ain diminta untuk bersama-sama mereka bagi menyambut kelahiran cucu kedua keluarga Datuk Ahmad.

Majlis pelancaran koleksi pakaian bayi dibawah jenama syarikat Self Fashion berjalan dengan lancarnya. Banyak artis beserta pereka fesyen terkenal tanah air turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Kebanyakkan bayi yang menjadi model bagi koleksi pakaian bayi ini adalah anak-anak kepada artis terkenal tanah air. Jadi tidak hairanlah ramai wartawan yang menyerbu majlis tersebut pada hari itu.

Ain yang sedang berbual dengan beberapa orang kliennya sesekali mencuri pandang kelibat Datuk Megat yang turut dijemput hadir pada majlis tersebut. Sengaja dirinya dijemput supaya masalah yang pernah timbul diantara mereka tidak lagi menjadi penghalang untuk mereka berurusan dalam apa-apa juga projek yang akan datang.

Daniel dipeluknya erat. Nyata kehadiran anak ini telah banyak membuka ruang untuk dirinya untuk terus berusaha dalam kehidupannya. Kehadiran Daniel sebagai penyeri hidupnya telah banyak mengajar dirinya erti kesabaran dalam kehidupan. Sedang dia berdiri memerhatikan gelagat para tetamunya, Megat menghampiri Ain yang sedang mendukung Daniel dalam pelukkannya.

"Congratulation Ain." Megat memulakan bicaranya. Dihulurnya sejambak bunga ros kepada Ain.

"Oh. Terima kasih Datuk." Ain sedikit kekok dengan lelaki dihadapannya itu seraya menyambut pemberian lelaki tersebut.

"Tak payahlah panggil i datuk. Panggil sahaja Megat." Megat menguntum senyum sehingga menampakkan lesung pipit dibahagian kiri pipinya. Pandangannya jatuh pada Daniel yang berada di dalam pelukkan Ain.

"Anak you?" Megat bertanya.

"Ya." Ain menjawab ringkas.

"Lelaki ke perempuan?" Pertanyaan Megat membuatkan wajah Ain sedikit terkejut.

"Lelakilah. Nama dia Muhammad Daniel Adam." Ain menjawab seraya ketawa kecil.

"Sorry. I tidak tahu." Megat tersenyum malu. "Mana husband you. Dari tadi i tengok you seorang sahaja dekat sini." Megat bertanya.

"Oh husband i..." Belum sempat Ain menghabiskan kata-katakannya Aidil muncul disisinya untuk mengambil Daniel.

"Meh sini anak papa. Kita pergi jumpa nenek ya." Aidil sudah mendukung Daniel dalam pelukkannya. Megat melihat ke arah Aidil.

"Oh ini husband you. Datuk Megat Murshid." Megat menghulur tangannya kepada Aidil seraya disambut mesra oleh Aidil.

"Saya bukan suami Ain. Saya abang dia. Yalah kita belum ada anakkan. Anak saudara ini pun boleh jadi anak juga." Aidil ketawa apabila Megat menganggapnya sebagai suami kepada adiknya sendiri.

"Saya minta diri dahulu ya. Nenek Daniel rindu sangat dengan cucu dia ini. Assalammualaikum." Aidil menghulurkan tangannya dan disambut oleh Megat.

"Oh. Abang you ya. I ingat husband you." Megat menghirup sedikit air dari cawan ditangannya.

"Tadi i hendak cakap." Ain tersenyum.

"So mana husband you?" Megat bertanya. Seakan ingin mengenali sungguh siapa lelaki yang bertuah memiliki gadis secantik Ain ini.

"I belum..." Belum sempat Ain menghabiskan kata-katanya, tangan Megat telah dirangkul mesra oleh seorang perempuan yang dikenalinya.

"Sayang. I cari you merata-rata tadi. Dekat sini you rupanya. Oh, by the way, congatulation. Ain kan." Pandangan Sofea jatuh di wajah Ain dihadapannya.

"Thank you. I hendak jumpa family i dulu. Have fun." Ain pantas berlalu dari situ. Naik meluat dirinya melihat tingkah laku Sofea dihadapannya sebentar tadi.

"Lepaslah." Megat meninggalkan Sofea dalam keadaan terpingga-pingga.

"Sayang!" Sofea membuntuti Megat. Sedikit marah. Malu diperlakukan sebegitu.

"Tahniah anak mummy." Datin Natrah mencium kedua-dua belah pipi anak bongsunya.

"Terima kasih. Kalau bukan dengan sokongan keluarga Ain yang supporting sangat ni, tak mungkin Ain akan berada sejauh ini." Kata-kata Ain disambut dengan gelak ketawa ahli keluarganya. Para tetamu lain sedang sibuk dengan hiburan dari penyanyi jemputan yang diundang khas untuk memeriahkan majlis tersebut.

Ain pula sibuk berbual-bual bersama kak Yanti yang turut hadir walaupun sedang sarat mengandung.

"Akak. Tak takut ke kalau terberanak dekat sini." Ain sengaja mengusik Yanti.

"Lambat lagilah. Kalau ikut due date, dua tiga hari lagi." Kak Yanti membalas.

"Apa-apa sahajalah kak. Yang penting anak saudara Ain selamat masa dia dilahirkan nanti. Ain mengusap lembut perut boyot Yanti yang hanya menunggu hari sahaja lagi untuk melahirkan anaknya.

"Ain hendak ambil makanan. Akak hendak makan apa-apa tak. Ain boleh ambilkan." Ain bertanya.

"Tak apa. Kalau akak hendak apa-apa akak suruh abang Asraf kamu yang ambilkan. Ouch!" Yanti memegang perutnya. Satu kesakitan yang tidak pernah dirasainya selama sembilan bulan ini mula dirasai. Satu bendalir hangat menuruni celahan kelangkangnya. Dia memandang wajah Ain yang sedang dipegang erat tangannya. Mata Yanti membuntang memandang wajah Ain.

"It's time." Kak Yanti terduduk dikerusinya. Ain yang mendengar ayat yang keluar dari mulut kak Yanti memanggil Asraf.

"Abang! Kak Yanti hendak beranak." Suara Ain kedengaran di seluruh dewan.

"Apa!?" Asraf yang sedang minum air tersedak.

"Sayang hendak beranak. Macam mana ini?" Asraf kelihatan gelabah. Abahnya sudah menelfon ambulan untuk membawa kak Yanti ke hospital. Para tetamu sedikit kecoh apabila mengetahui apa yang berlaku. Tidak kurang juga Megat. Para tetamu ditenangkan oleh pengacara majlis yang ditugaskan pada malam itu.

Lima minit selepas itu, ambulan tiba dan membawa kak Yanti bersama Asraf serta ibu dan ayahnya ke hospital. Ain cuba menenangkan Daniel yang sedang menangis dalam pelukkannya. Mungkin terkejut dengan kekecohan sebentar tadi ditambah pula dengan bunyi siren ambulan yang sangat kuat membuat anak kecil itu menangis ketakutan.

"Adik. Abang bawa Daniel balik dulu, nanti abang jumpa korang balik dekat hospital." Daniel sudah bertukar tangan dengan Aidil.

"Okey." Ain menjawab ringkas dan kembali masuk ke dalam dewan untuk berjumpa dengan Aryana.

"Aryana. Uruskan semua ini. Kalau ada apa-apa masalah, call saya." Ain memberi arahan dibalas dengan anggukan oleh Aryana.

Ain memandu keretanya menuju ke hospital untuk berkumpul bersama keluarganya di sana. Tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

"Apa hal pula kereta ini. Waktu-waktu kecemasan macam inilah dia hendak buat hal." Ain memarkir keretanya dibahu jalan. Penutup enjin kereta dibuka dan mengeluarkan asap.

"Overheat ke?" Ain mengagak seraya mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Aidil untuk membantunya disitu. Ketika Ain menunggu abangnya untuk mengambilnya, dia dikejutkan dengan buny hon kereta dari arah belakang. Pemandu kereta tersebut memarkirkan keretanya dibelakang kereta Ain. Ain sudah berasa seram sejuk. Dalam hatinya berdoa supaya abang Aidilnya cepat datang.

"Ain. Kenapa dengan kereta?" Megat menegur Ain.

Ain menarik nafas lega.

"Tak tahulah. Tiba-tiba sahaja meragam." Ain menjawab ringkas.

"You dah call tow track untuk bawa pergi bengkel?" Megat berdiri disamping Ain.

"Ai... Mamat ini. Berdiri dekat-dekat pulak." Getus hatinya.

 "Dah. I tunggu abang i ambil. Sekejap lagi datanglah dia."Ain menjawab.

"You nak ke mana ni?" Megat bertanya.

"I nak ke hospital. Kakak i yang hendak beranak tadi." Ain menjawab pertanyaan Megat.

"Kalau macam itu, i hantar you pergi hospital. Lagipun sudah malam sangat ini. Bahayalah you sorang-sorang dekat sini." Megat membuat tawaran kepada Ain.

"Takpe. Abang i ada. Kejap lagi datanglah dia." Ain sedikit kekok dengan pelawaan Megat.

"Kalau macam itu takpelah. I tunggu sini dengan you sampai abang you datang." Megat tersenyum. Dalam hatinya tiba-tiba berasa seperti berbunga. Gila kau Megat. Isteri orang ini.

"Aduh. Dia hendak temankan pula." Ain menguman kecil.

"Apa Ain?" Megat bertanya.

"Takde apa-apa. I  cakap terima kasih sebab sudi temankan i." Ain buat-buat senyum.

Hampir lima minit mereka berdua membatu, Ain dikejutkan dengan panggilan telefon dari abangnya.

"Adik. Abang dekat rumah ini. Sorrylah. Tayar kereta pancitlah pula. Kau masih dekat situ ke?" Aidil bertanya.

"Ya." Ain menjawab. Megat hanya memerhati Ain dari sisinya.

"Aduh." Suara Aidil kelihatan sedikit risau.

"Takpe. Datuk Megat ada temankan adik dekat sini. Abang cepat sikit ya." Ain berkata.

"Hah. Dah ada Megat dekat disitu, mengapa tak suruh sahaja dia hantar kamu ke hospital. Kau ni. Dah. Abang hendak tukar tayar kereta ni." Panggilan telefon ditamatkan oleh Aidil.

"So. Macam mana?" Megat bertanya.

"Abang suruh minta tolong jasa baik you hantar i pergi hospital." Ain sedikit kekok meminta bantuan dari lelaki dihadapannya itu.

"Okey. Kalau macam itu you bawa barang-barang you dalam kereta i. Kita tunggu sekejap sampai tow truck sampai." Megat memberi ruang untuk Ain melaluinya.

Mereka memulakan perjalanan ke hopital setelah keretanya telah ditunda untuk dibawa ke bengkel. Perjalanan ke hospital terasa begitu lama lebih-lebih lagi bersama Megat. Dadanya seakan sesak apabila mencium wangian yang dikenakan oleh lelaki itu. Masing-masing hanya mendiamkan diri sehingga tiba di hospital.

Di hopital, ahli keluarganya sedang menunggu diluar bilik bersalin. Ibu dan bapa mertua Asraf juga telah tiba setelah dimaklumkan oleh mummynya sebentar tadi. Ain tiba bersama Megat.

"Mummy. Macam mana dengan kak Yanti."

"Kak Yanti masih dalam bilik bersalin. Baru sahaja tadi doktor panggil abang Asraf untuk bersama dengan kak Yanti. Itu siapa?" Ibunya bertanya akan kehadiran Megat bersama Ain.

"Oh. Ini kawan Ain. Datuk Megat." Ain memperkenalkan Megat kepada ibu dan bapanya.

" Kereta Ain rosak tadi. Jadi dia yang tolong hantar Ain sampai ke hospital ini." Ain memberi sedikit penerangan. Megat memperkenalkan dirinya dan diminta dipanggil Megat sahaja. Perilakunya amat mesra dengan ahli keluarganya walaupun baru pertama kali berjumpa.

"You nak kopi. I boleh belikan." Megat menawarkan diri untuk membelikan air kepada Ain yang kelihatan sedikit mengantuk. Mungkin penat dari menganjurkan majlis tadi masih tersisa.

"Takpe. I tak minum kopi." Ain menolak perlawaan dengan baik.

"Ain. Janganlah macam tu. Pergi ke kafeteria. Belikan air dan makanan. Kesian uncle dan auntie datang jauh-jauh belum makan lagi." ibunya bersuara.

"Okey mummy." Ain bangkit dari kerusinya menuju ke kafeteria hospital ditemani oleh Megat yang menemaninya tanpa dipinta.

"Mamat ni. Lebih-lebih pula." Getus hati kecil Ain.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku