Kupilih Hatimu
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
925

Bacaan






BAB 5

Kak Yanti telah selamat melahirkan anak sulungnya bersama abang Asraf. Penantian selama lapan jam membuahkan hasil dengan lahirnya cucu perempuan pertama keluarga Datuk Ahmad yang diberi nama Puteri Maya Natasha Binti Muhammad Asraf. Kelahirannya disambut gembira oleh seluruh ahli keluarganya termasuk Megat yang masih setia menemani Ain dan keluarganya selama itu.

"Terima kasihlah sebab you sudi tolong i. I tak tahu macam mana hendak balas jasa baik you." Ain memandang wajah Megat.

"Kalau macam itu, kita lauch sama-sama nanti sebagai tanda you balas budi i." Megat pantas mendapatkan idea.

"Macam tak ihlas sahaja." Ain sengaja menduga.

"I ikhlas. Cuma masa kita lauch nanti, i boleh berkenalan dengan you. Tanda sebagai tanda minta maaf i." Megat cuba memujuk Ain.

"Okeylah." Ain menganggukkan kepalanya.

"Okey. Nanti i call you." Megat yang sudah berada di dalam kereta memberikan menguntum senyuman kepada Ain sebelum memandu meninggalkan Ain diperkarangan parkir hospital.

"Gila betul mamat tu." Ain bercakap sendiri.

Sudah seminggu semenjak kelahiran anak kepada Asraf di dunia ini dan sudah seminggu juga Ain dan anaknya menetap disana. Ikutkan ibunya, biar sampai majlis akikah untuk Maya diadakan. Ain ikutkan sahaja. Lagipun dia boleh berulang-alik ke ofis dari rumah keluarganya yang hanya memakan masa sepuluh minit sahaja. Rumahnya pula dijaga oleh Aryana memandangkan Aryana tinggal bersama keluarganya. Jadi tidak menjadi masalah untuk Aryana meninggalka rumahnya sendiri untuk menjaga rumah Ain. Kesemua ahli keluarga Datuk Ahmad dan Datin Natrah sudah tiba satu persatu untuk meraikan cucu perempuan sulung keluarga itu. Tok Ba dan Tok Ma pun turut serta datang untuk memeriahkan majlis yang akan diadakan tiga hari lagi.

Kalau sudah kesemuanya berkumpul, mulalah ada yang membuka agensi mencari jodoh tidak berbayar. Ain pun tidak lepas dari dijodohkan oleh ibu-ibu saudaranya.

"Ain. Bila lagi kamu hendak kahwin. Daniel sudah hendak masuk setahun umurnya. Kamu pula masih belum kahwin. Kahwinlah. Lagipun Daniel juga perlukan kasih sayang seorang ayah." Mak Cik Som, adik kepada bapanya kepada Ain bertanya ketika mereka sedang berkumpul diruang tamu untuk sama-sama mengisi barang-barang ke dalam beg hadiah untuk diserahkan kepada para tetamu yang datang pada majlis itu nanti.

"Betul tu. Anak Datuk Mansur, si Khairul itu pun sesuai dengan Ain. Kalau Ain hendak, mak Lang boleh kenalkan." Mak Langnya pula mengembali giliran untuk menjodohkan Ain.

"Anak Datuk Razali pun masih bujang. Kacak orangnya. Ain cubalah." Mak Ngah iaitu kakak kepada ibunya mengutarakan pendapat.

"Takpelah. Kalau ada jodoh nanti. Ain kahwinlah. Lagipun Daniel ada pakcik-pakcik dia." Ain menjawab ringkas.

"Mana boleh macam itu. Itu pak cik dia. Daniel hendakkan seorang ayah. Mana sama dengan abang-abang kamu." Mak cik Som meningkah.

"Sudahlah. Jangan diasak budak ini dengan macam-macam soalan. Ain muda lagi. Masih banyak masa untuk dia berkahwin dan punya anak lagi. Kamu tu, bila hendak kahwin?" Ibunya yang sedari tadi membisu menjawab mak Somnya. Ain hanya senyum didalam hati. Takut nanti kecil hati pula orang tua itu jika dirinya tersenyum.

MAJLIS akikah untuk Puteri Maya Natasha berjalan dengan meriahnya. Rumah agam Datuk Ahmad kelihatan meriah sekali dengan kehadiran sanak saudara dan teman-teman yang datang berkunjung untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Ain yang mengenakan busana berona biru menuruni satu persatu anak tangga dengan membawa Daniel dalam pelukkannya. Anaknya yang baru bangun dari tidur dipakaikannya dengan baju melayu bayi yang mempunyai warna yang sedondon dengan busana yang dikenakan olehnya. Ain menyapa beberapa orang tetamu yang hadir yang terdiri daripada sanak saudara serta teman-teman rapat ahli keluarganya.

Majlis cukur jambul diadakan. Ain yang berdiri tidak jauh dari situ sambil membawa Daniel terkejut apabila bahunya disentuh oleh seseorang. Lebih terkejut lagi bila dihadapannya adalah seorang lelaki yang dikenalinya.

Megat berdiri dihadapan Ain. Tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya. Megat yang turut sama mengenakan baju melayu berona biru kelihatan melengkapi gambar keluarga bahagia Ain. Ain memandang Megat yang lengkap berbaju melayu, bersamping dan bersongkok. Seulas senyum dihadiahkan kepada Megat.

"Macam jodoh saja kita bertiga pakai baju sama warna." Megat berkata.

"Kebetulan saja tu." Ain menjawab acuh tak acuh sambil mendukung Daniel.

"Boleh i pegang anak you?" Megat menghulurkan tangannya dihadapan Daniel dan disambut mesra oleh Daniel. Dalam beberapa saat, Daniel sudah berada dalam dukungan Megat. Serupa macam ayah dan anaknya.

"Siapa yang jemput you datang?" Ain bertanya kepada Megat yang sedang sibuk bermain dengannya. Pelik dengan kehadiran Megat disitu. Walaupun soalan itu tidak sopan ditanya kepada para tetamu, tetapi dia ingin tahu juga.

"Abah you." Megat menjawab ringkas dan kembali mengalihkan pandangannya kepada Daniel.

"Abah?" Getus hatinya. Matanya dialihkan kepada Megat dan Daniel.

"You hendak minum? I ambilkan." Ain menawarkan diri.

"Takpe. Kalau i hendak minum nanti, i ambil sendiri. Nanti apa pula husband you cakap bila you sibuk melayan i pula." Megat tersenyum.

"Datuk Megat Murshid. I belum kahwin tau. Jadi, jangan tanya pasal husband i lagi boleh." Ain mengukir senyum paksanya.

"You belum kahwin?" Megat sedikit terkejut. Cepat-cepat disembunyikan riak terkejut diwajahnya. Takut gadis dihadapannya berkecil hati.

"Ya." Ain menjawab pendek.

"Kalau macam tu, ada changelah i ni." Megat menjawab selamba.

"Apa?" Ain melihat wajah Megat.

"Takde apa-apa." Megat menjawab pantas.

Para tetamu sudah beransur pulang seorang demi seorang. Beberapa orang sanak saudaranya juga sudah pulang ke rumah masing-masing. Ada juga yang masih tinggal disitu untuk dua tiga hari lagi. Masing-masing hendak melepaskan rindu dengan adik beradik yang sudah lama tidak bersua muka dan berkumpul ramai-ramai seperti hari itu. Adik-beradik sebelah ibunya yang paling banyak yang masih tinggal disitu. Ain mesti berjaga-jaga.

"Ain. Ni siapa?" Mak cik Som bertanya apabila menyedari kehadiran Megat disisi Ain dan Daniel. Berpakaian sedondon pula. Timbullah perasaan ingin tahu andartu itu.

"Oh ini..." belum sempat Ain menghabiskan kata-katanya sudah dipotong oleh Megat.

"Saya boyfriend Ain. Megat. Datuk Megat Murshid." Megat tersenyum kepada mak cik Som.

"Oh. Patutlah Ain ini tak hendak dijodohkan dengan orang lain. Dah ada teman lelaki rupanya. Datuk pula tu." Mak cik Som berkata hingga menarik perhatian 'ejen-ejen' pencari jodoh yang lainnya.

Ain nyata terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Megat sebentar tadi tapi mampu mengawal perasaannya.

"Ya ke? Ini teman lelaki Ain. Kacaknya. Macam muka orang putih." Mak cik-mak cik kepada Ain mula berkumpul dihadapan Ain. Ain perlu bertindak.

"Eh. Bukan tadi you hendak balik ke? Megat hendak baliklah." Ain cuba menolak Megat untuk lari dari diserbu oleh mak cik-mak ciknya.

"Awal sangat tu. Duduklah dulu. Cerita dengan kami macam mana kamu jumpa dengan anak saudara kami yang cantik ini." Kedua-dua lengan Megat telah dirangkul oleh mak cik-mak ciknya. Megat duduk diantara mereka sambil memangku Daniel dipangkuannya. Beberapa kali dia memandang ke arah Ain dibelakangnya seperti meminta bantuan tetapi tidak diendahkan. Malah Ain menghilangkan diri ke dapur pula.

"Padan muka kau. Nak sangat jadi boyfriend aku kan. Kau rasalah kena soal dengan mak cik-mak cik aku tu." Ain tersenyum sendiri di dapur. Air kosong didalam cawan dihirupnya sedikit. Lega.

"Awak. Awak pegi mana? Ni anak awak menangis ni." Megat muncul dari pintu dapur sambil menenangkan Daniel yang sedang menangis. Ain yang sedang minum cepat-cepat mendapatkan Daniel.

"Dia nak susu ni. Awak pegang kejap boleh. Saya buatkan susu dia." Ain menyerahkan anaknya kepada Megat. Cepat-cepat dia membancuh susu untuk Daniel. Tidak lama selepas itu, Daniel sudah terdiam dalam gendongan Megat yang sedang menyusukannya. Megat duduk dikerusi dapur ditemani Ain yang sedang mencuci beberapa cawan kosong didalam singki.

"Ingatkan kenapalah Daniel menangis tadi. Terkejut saya." Megat mula berbicara.

"Seronok kena soal siasat dengan mak cik-mak cik saya?" Ain bertanya sambil mengelap tangannya yang basah selepas mencuci barang-barang didalam singki sebentar tadi.

"Saya main-main saja tadi. Tak sangka pula kena soal siasat pula." Megat tersenyum sambil memerhati Ain yang mengambil tempat duduk dihadapannya. Matanya sesekali dialihkan kepada Daniel yang kelihatan sedikit mengantuk ketika sedang menyusu.

"Itulah awak. Main-main lagi. Padan muka." Ain berkata.

"Kalau betul, apa salahnya." Megat kedengaran acuh tak acuh.

"Apa.?" Ain kedengaran sedikit terkejut lantas bangun untuk mendapatkan Daniel daripada Megat. Daniel yang sudah tertidur diserahkan kapada kak Ida untuk dibawa masuk ke bilik mereka ditingkat atas.

"Saya balik dululah ya. Lama pula saya duduk dekat rumah awak ini. Megat mengenakan kasut yang dipakaiannya sambil diperhatikan oleh Ain.

"Terima kasihlah sebab datang dan terima kasih sebab tolong jagakan Daniel hari ini." Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta Megat.

"Nanti saya nak jaga Daniel lagi boleh? Seronoklah jaga budak ni." Megat yang sudah duduk ditempat duduk pemandu bertanya.

"Kahwinlah. Buat anak sendiri. Buat apa hendak jaga anak orang." Ain sengaja mengusik.

"Yalah. Nanti saya pinang awak." Megat membalas usikkan Ain.

"Apa." Ain menundukkan pandangannya tepat ke arah Megat.

"Takde apa-apa. Saya balik dulu ya." Megat mengundur keretanya. Perlahan-lahan kereta yang dipandunya meninggalkan perkarangan rumah Datuk Ahmad.

"Saya? Awak?" Ain mengangkat kedua-dua keningnya dan masuk ke dalam rumah. Pelik.

Ain sedang berehat di dalam biliknya apabila Aidil masuk untuk berjumpanya. Seperti ingin memberitahu sesuatu. Dia mendapatkan Daniel diatas tilam dan diletakkan ke dalam pangkuannya.

"Ada apa bang?" Ain memeluk bantal.

"Abang baru ingat siapa Datuk Megat tu." Aidil memulakan bicaranya.

"Abang kenal ke?" Ain seakan tidak sabar mendengar butir bicara yang akan keluar dari mulut Aidil.

"Dia tulah salah satu penderma terbesar di sekolah tempat abang mengajar. Abang baru teringat tadi. Baik orangnya. Suka menderma. Sesuai sangat dengan kamu." Aidil mengusik adiknya.

"Abang ni. Kesitu pula. Sudahlah. Bak sini Daniel tu. Kami hendak tidur." Ain cuba mengambil Daniel dari Aidil.

"Haip. Malam ini. Daniel tidur dengan pak cik Dil A.K.A daddy cool dia. Hang tidoq sorang-sorang."Aidil keluar dari biliknya sambil membawa Daniel dan botol susu ditangannya.

"Selamat malam." Aidil menutup pintu bilik adiknya.

Ain berbaring ditilamnya. Seperti memikirkan sesuatu.

"Takkanlah." Ain menguman sendiri sambil seulas senyum terukir di bibirnya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku