Kupilih Hatimu
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1016

Bacaan






BAB 6

Megat berbaring dikatilnya. Matanya tidak dikalihkan walaupun sedikit untuk melihat foto-foto Ain serta dirinya bersama Daniel yang diambil oleh Aidil. Baru sebentar tadi Aidil menghantar gambar-gambar tersebut menerusi aplikasi Whatsapp. Dia tersenyum sendiri memikirkan kata-katanya terhadap Ain siang tadi. Wajah Ain ditatapnya puas-puas. Layakkah dia memiliki hati gadis ini. Layakkah lelaki seperti dia untuk menjadi teman hidup kepada Ain. Megat menghela nafas panjang. Ditatapnya puas-puas gambar mereka bertiga sehingga dirinya tertidur. Insan ini tidak mengetahui bahawa hatinya ini telah terpaut kepada seorang gadis yang telah memiliki seorang anak. Tekad benarkah hatinya.

MEGAT duduk di kerusi sambil melihat skrin monitar komputer di dalam pejabatnya. Beberapa dokumen penting dihadapannya ditandatangan seperti yang diminta oleh setiausahanya tadi. Megat memindahkan gambar yang dihantar oleh Aidil kepadanya ke dalam komputer. Tangannya pantas mengatur gambar yang memperlihatkan Ain dan dirinya saling berpandangan dan tersenyum sambil dia mendukung Daniel dalam pelukkannya. Gambar itu dijadikan penghias skrin komputernya. Dia tersenyum sendiri. Gadis itu lain daripada perempuan yang dia pernah temui. Bijak dalam setiap tutur dan perbuatannya. Berdikari dalam kehidupan. Bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dikendalikan olehnya. Dia tersenyum sendiri melihat gambar itu. Tiba-tiba pintu pejabatnya dibuka. Pantas tangannya menutup skrin komputer itu kembali sebelum melihat siapakah gerangan yang masuk ke dalam biliknya.

"Sayang. You pegi mana dua tiga hari ini? I call you, text, you tak balas pun." Sofea sudah berdiri dibelakang Megat sambil mengurut bahu Megat.

"I banyak kerjalah." Megat menjawab pendek.

"Banyak kerja. Kesian you." Sofea pura-pura mengambil berat.

 Apa kata i temankan you hari ini. Lepas tu kita pergi lauch sama-sama nak?" Sofea memberi cadangan dengan suara lunak menggodanya. Megat sedikitpun tidak memandang perempuan itu. Malah ditepisnya tangan Sofea yang sedang mengurut bahunya.

"I sibuk sangat-sangat hari ni. Jadi i takde masa nak layan you. So you boleh baliklah." Megat melihat ke wajah Sofea yang sedikit marah.

"Sayang. Sampai hati you buat i macam ni." Sofea buat-buat merajuk.

Megat membuka laci mejanya dan mengeluarkan beberapa keping duit not seratus dan diserahkan kepada Sofea.

"Nah. You ajaklah siapa-siapa pegi shopping dengan you." Duit ditangan Megat telah bertukar tangan ke tangan Sofea.

"Thank you sayang. I pegi dulu you. I love you." Sofea meninggalkan ruang pejabat Megat. Asalkan dia mendapat duit, dia akan berdiam diri. Jadi Megat tidak boleh terlepas dari pegangannya.

"Hello. Baby. Jom kita pegi shopping. Okey. Nanti kita jumpa dekat tempat biasa ya." Sofea menamatkan panggilan dan memandu kereta berjenama Volkswagen miliknya.

Megat memberhentikan keretanya dibahu jalan dihadapan sebuah kafe. Dilihatnya susuk tubuh Sofea yang sedang berada didalam pelukkan seorang lelaki berjalan seiringan. Kedua-duanya kelihatan mesra. Megat tersenyum sendiri. Sofea akan hadir dalam hidupnya jika diperlukan. Jika dia berasa sunyi. Lagipun Sofea adalah anak kepada salah seorang kenalan ibunya. Megat memandu meninggalkan Sofea bersama teman lelakinya. Terasa jelek untuk melihat aksi-aksi mesra mereka.

Kereta yang dipandu Megat dipandu perlahan masuk di dalam perkarangan sebuah banglo tiga tingkat milik keluarganya. Megat keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah ibu dan ayahnya yang sedang duduk bersantai di taman rumah mereka.

"Bonda. Walid." Megat menyalami kedua-duanya lalu mengambil tempat duduk dikerusi kosong dihadapan mereka.

"Kamu balik ini. Mesti ada apa-apa." Bondanya melihat wajah Megat.

"Mana ada apa-apa. Megat rindu dengan bonda dan walid. Sebab itu Megat balik. Lagipun malam ini ada game Liverpool lawan Manchester. Megat baliklah. Boleh temankan walid sama-sama tengok." Megat memberi isyarat senyum kepada walidnya.

"Betul tu. Takkanlah Megat ada masalah. Megatkan dah besar." Walidnya seakan memahami isi hati satu-satunya anak bujangnya. Lahir sebagai satu-satunya anak lelaki dan abang kepada tiga anak perempuannya, menyebabkan walidnya sangat rapat dan memahami Megat.

"Abangnya pun." Bondanya mencebik kepada walidnya.

"Apa-apalah bonda. Megat masuk dulu ya." Megat meninggalkan bonda dan walidnya kembali berdua.

Dia masuk ke dalam bilik dan membaringkan dirinya di atas tilam dan tertidur. Dia bangun semula apabila azan asar kedengaran dari masjid yang terletak tidak jauh dari rumah itu. Usai mandi dan mengerjakan solat Asar, Megat duduk semeja bersama keluarganya untuk minum petang. Roslan iaitu suami kepada adiknya iaitu Fatimah turut bersama mereka pada hari itu. Masing-masing memegang anak dalam pelukkan mereka. Tiga tahun kahwin, tiga orang anak. Anak sulung dan kedua adalah kembar perempuan manakala anak ke tiga anak lelaki. Hebat si Roslan ini. Megat memandang Roslan dan tersenyum. Air kopi didalam cawannya dihirup.

"Kamu tidur sini ke malam ini Megat." Bondanya bertanya.

"Ya bonda. Lagipun dekat rumah itu tiada siapa-siapa. Kalau dekat sini dapat tengok budak-budak ini. Ringan sikit beban Lan dengan Imah hendak menjaganya." Megat mengusik adik ipar dan adiknya.

"Itulah abang. Orang suruh kahwin tak nak. Kan sunyi duduk rumah besar macam itu." Fatimah berkata.

"Betul tu. Sofeakan ada. Kahwinlah dengan Sofea." Bondanya menggengam tangan Megat.

"Sofea? Tak naklah. Banyak lagi perempuan dekat luar sana. Sofea juga yang bonda pilih. Hish." Megat menghirup kopinya. Seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan bondanya sebentar tadi.

"Dah tu. Kamu sudah ada pilihan ke?" Bondanya memandang.

"Balqis. Biarlah budak tu buat pilihan sendiri. Kalau sampai masa nanti dia kahwinlah." Walidnya bersuara sambil menghirup kopi dari cawannya.

"Abang suka sangat menangkan budak ini. Saya risau kalau Megat tak kahwin sampai tua." Bondanya bersuara.

"Jangan risaulah bonda. Megat sudah ada pilihan Megat sendiri." Kata-kata Megat mengejutkan ahli keluarganya. Ini buat pertama kalinya Megat berkata begitu sekiranya diasak dengan persoalan mengenai bila dia hendak kahwin.

"Betul ke? Siapa?" Suara bondanya kedengaran teruja.

Megat hanya tersenyum.

Megat melihat skrin telefonnya beberapa kali. Beberapa kali juga dia membuka aplikasi Whatsapp dan ditutup kembali. Gayanya seperti orang sedang memikirkan sesuatu beban yang maha berat. Hendak ditelefon atau dihantar pesanan ringkas. Kalau ditelefon nanti takut tuan empunya nombor sudah tidur. Megat melihat ke arah jam dinding dibiliknya. Pukul sembilan setengah malam. Kain pelikat yang dikenakannya dibetulkan. Dia duduk dipenjuru tilamnya.

"Hello." Megat memberanikan diri bersuara apabila panggilannya telah diangkat oleh tuan empunya nombor telefon.

"Hello. Siapa ni." Suara seorang perempuan kedengaran begitu lembut dihujung talian. Dada Megat seakan hendak pecah mendengar suara itu. Apa yang hendak dia katakan. Masaklah dia. Hendak sangat telefon. Sekarang ini dia sendiri yang menggelabah.

"Ain. Saya ni. Megat." Suara Megat kedengaran tergagap.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku