Kupilih Hatimu
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
875

Bacaan






BAB 7

Ain mempersiapkan Daniel dan barang-barang yang perlu dibawanya seperti selalu setiap kali mereka akan keluar bersama. Menjaga anak kecil seperti itu, tidak semudah menjaga anak yang sudah berusia empat lima tahun. Kesemuanya perlu dibawa. Baju ganti, seluar ganti, lampin pakai buang, tisu basah, kesemuanya harus dibawa. Daniel hanya memerhati ibunya yang sedang menyiapkan barang-barang dan dimaksukkan barang tersebut didalam beg sandang yang selalu dibawanya. Daniel terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kereta sementara Ain meletakkan beg sandangnya dikerusi bahagian belakang pemandu. Keretanya dipandu perlahan-lahan meninggal perkarangan rumahnya menuju ke destinasi yang telah dijanjikan oleh Megat pada malam sebelumnya.

"Kita hendak ke mana ni sayang?" Ain sesekali berbicara kepada Daniel. Anak itu seakan mengerti. Hanya tertawa dan menjerit riang apabila ibunya berbicara kepadanya.

Kereta yang dipandu oleh Ain diparkir dihadapan sebuah restoran mewah di ibu kota. Daniel didukung ditangan kanannya sementara sebelah lagi menjijit beg tangan sederhana besar berjenama LV yang dihadiahi oleh ibunya pada tahun lepas. Bukan apa, boleh sahaja dia menyumbat barang-barang keperluan Daniel didalam beg itu tanpa perlu membawa keluar beg sandang yang dibawanya bersama.

Suasana direstoran mewah itu mengkagumkan dipandangan mata Ain. Layanan yang diberikan sangat memuaskan. Daniel didudukkan dikerusi bayi dimeja yang telah ditempah oleh Megat untuk makan tengahari mereka bersama. Ain menyuapkan makanan khas untuk Daniel yang telah dibawanya dari rumah sementara menunggu kedatangan Megat. Sepuluh minit selepas itu, kelihatan kelibat Megat memasuki restoran itu sambil membawa sejambak bunga ros ditangannya. Wajahnya mengukir senyuman apabila matanya terpandang wajah Ain dan anaknya.

"Sorrylah. Saya lambat. Ada kerja sikit dekat pejabat." Megat duduk berhadapan dengan Ain.

"Takpe. Kami pun baru datang juga." Ain membalas. Takut-takut Megat rasa bersalah kerana datang lewat.

"Oh. Bunga ini untuk awak." Megat menyerahkan jambangan bunga ros kepada Ain.

"Oh. Ini yang sebabkan awak lambat ya. Pergi beli bunga." Ain sengaja mengusik. Matanya masih fokus kepada Daniel yang sedang menikmati makanan tengaharinya.

"Mestilah beli bunga." Megat tersengih.

"Tak payahlah beli bunga. Membazir sahaja. Kalau belikan makanan lagi bagus. Dapat juga merasa kenyang. Bunga ni, dua tiga hari lagi, layulah dia." Ain berkata.

"Tapi cinta saya terhadap awak tak pernah layu." Megat kelihatan serius membuatkan Ain terkejut mendengar pengakuan Megat sebentar tadi.

"Saya main-main sahaja." Megat ketawa dalam senyumnya.

"Awak ini suka sangat mengusik. Jahat pak cik Megat ni kan Daniel." Ain sengaja berbicara kepada Daniel untuk menutup riak gemuruh diwajahnya.

Selang beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan oleh keduanya telah sampai. Mujur sahaja Daniel sudah habis menikmati makan tengaharinya. Boleh juga Ain makan dengan tenang. Daniel diberikan biskut bayi sementara Ain menikmati makan tengaharinya bersama Megat.

"Tak sangkakan, kita dulu yang bergaduh boleh makan tengahari sama-samakan sekarang." Megat memandang Ain yang telah selesai menikmati makan tengaharinya.

"Hendak buat macam mana. Sudah takdir." Ain membalas tanpa melihat Megat kerana sibuk membersihkan Daniel dari sisa biskut yang dimakannya.

"So, awak hendak ke mana lepas ni?" Megat bertanya.

"Balik rumah. Mungkin singgah kat ofis saya sekejap, lepas tu balik rumah." Ain meletakkan Daniel ke pangkuannya.

"Kalau macam tu, why not kita pegi shopping. Saya belanja." Megat mengutarakan pendapatnya. Cuba memberanikan diri untuk memenangi hati Ain.

"Awak dah belanja saya makan tengahari ini sudah cukup baik dah. Nak ajak saya pegi shopping pula. Nanti awak cakap saya ni mengikis harta benda awak pula." Ain menolak perlawaan Megat dengan baik.

"Tak. Saya belanja. Pak cik Megat yang belanja Daniel dengan mummynya." Megat mengangkat tangan kanannya seperti orang bersumpah.

"Okeylah. Tapi naik kereta saya tau. Sebab susah hendak alihkan barang-barang Daniel dalam kereta awak nanti." Mereka berjalan beriringan keluar dari restoran tersebut.

Ain yang pada mulanya hendak memandu beralah kepada Megat apabila Megat berkeras ingin memandu juga. Jadi duduklah Ain dan Daniel disisi Megat sepanjang perjalanan ke pusat membeli-belah. Sesampai sahaja di pusat membeli-belah, Megat membantu mengeluarkan kereta sorong bayi Daniel dan mereka menolaknya ketika masuk ke dalam pusat membeli-belah. Ain berjalan acuh tak acuh disisi Megat. Megat pula berasa seronok kerana dapat bersama-sama Ain dan anaknya. Mereka berjalan menuju ke sebuah kedai menjual pakaian bayi sebelum Megat ditegur oleh seorang lelaki sebaya dengan dirinya.

"Megat." Lelaki itu menghulurkan tangannya dan disambut mesra oleh Megat.

"Eh, Fikri. Lama tak jumpa. Kau apa khabar." Megat bertanya kepada sahabatnya.

"Aku macam inilah. Kau tu, lama tak jumpa dah kawin ya. Dah ada anak pula tu. Comelnya. Ini macam ikut muka mak dia ni." Fikri menunjuk ke arah Ain yang sedari tadi memerhati mereka berdua.

"Pulak dah." Getus hati Ain. Namun dia hanya mampu tersenyum.

"Siapa nama wife kau?" Fikri bertanya.

"Ain. Nama saya Ain." Ain memperkenalkan diri.

"Untunglah kau. Dapat wife cantik. Anak comel." Fikri tidak henti-henti memuji.

"Rezki." Megat menjawab pendek dan tersenyum kepada Ain yang sedang memandangnya dengan renungan yang tajam.

"Apa-apalah. Aku gerak dulu. Nanti kita jumpa." Fikri menepuk bahu Megat dan berlalu dari situ. Ain dan Megat sama-sama menghantar Fikri dengan pandangan mata sebelum mata mereka bertentangan.

"Awak ni. Suka sangat buat macam tu. Tengok. Kawan awak ingat saya wife awak pula." Ain memukul lengan Megat beberapa kali sebelum mereka masuk ke dalam kedai yang menjual pakaian bayi.

"Kalau betul. Apa salahnya." Megat tersenyum seraya mendapatkan Daniel ke dalam pelukkannya.

"Saya hendak tanya dengan awak ni, macam mana awak boleh kenal dengan abah saya dan satu lagi dari mana awak dapat nombor telefon saya. Setahu saya, saya tak pernah bagi nombor saya kat awak." Ain bertanya kepada Megat yang sedang sibuk memilih topi untuk Daniel.

"Aidil yang bagi nombor awak dengan saya." Megat menjawab. "Masa dekat hospital hari tu." Megat menambah lagi.

"Abang Dil ni." Ain mengguman kecil. Siaplah abangnya nanti kalau mereka bersua.

"Abah pula. Macam mana awak kenal?" Ain bertanya lagi. Perasaan ingin tahu dalam dirinya melonjak-lonjak.

"Saya pernah bekerjasama dengan abah awak dalam satu projek. Masa tu saya masih muda lagi. Sekarang ni dah tua." Megat menatap mata Ain. Cepat- cepat Ain mengalihkan pandangannya. Rona merah kelihatan diwajahnya.

AIN mengeluarkan barang-barang yang dibeli oleh Megat kepada mereka berdua. Daniel sudah lama lena dalam tidurnya. Penat dibawa berjalan-jalan agaknya. Habis sahaja menyusu, terus terlena dalam pangkuan ibunya.

Bunga yang dihadiahkan Megat diletakkan di dalam pasu yang berisi air. Dia bercadang untuk menyuruh Aryana mengambilnya esok untuk diletakkan dipejabat. Bukan apa, bunga segar ini boleh menarik perhatian serangga terutama sekali lebah. Takut disengatnya pula Daniel tanpa disedari.

Megat pula sedari pulang dari bertemu Ain tersenyum sendiri. Kalau dia berada di rumah keluarganya, mungkin dia akan disoal siasat bondanya. Tersenyum sendiri seperti orang mabuk cinta. Memang pun mabuk cinta. Mabuk cinta dengan ibu muda. Megat menangkup mukanya dengan bantal. Gembira dihatinya bukan alang kepalang lagi. Berjaya mendekati gadis pujaannya sedikit demi sedikit.

"Awak. Saya. Alahai..." Megat menjerit seperti gadis kecil memperoleh patung barbie.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku