Kupilih Hatimu
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
857

Bacaan






BAB 8

Tengku Balqis memotong satu persatu daun pokok bonzai miliknya. Kelihatan tekun sekali. Masa-masa lapang begini, banyak dihabiskan  untuk meluangkan masa bersama pokok-pokok bunga kesayangannya ditaman yang telah dibina semenjak tinggal dirumah tersebut. Tengku Balqis memerhatikan satu persatu pokok bunganya sebelum dikejutkan dengan suara yang memanggil dirinya.

"Bonda!" Sofea berjalan menuju ke arah Tengku Balqis.

"Sofea. Bila kamu datang? Bonda tak perasan." Tengku Balqis memeluk Sofea seraya mengajaknya duduk dikerusi yang diletakkan di taman itu.

"Baru sahaja bonda. Rindu dengan bonda. Itu yang Sofea datang melawat." Sofea mengenggam erat tangan Tengku Balqis.

"Ya ke? Rindu dengan bonda ke, rindu dengan Megat." Tengku Balqis sengaja berbicara seperti itu.

"Bonda ni. Mana ada. Betullah Sofea rindukan bonda." Sofea sedikit tercabar mendengar tutur kata yang keluar dari mulut Tengku Balqis.

"Megat ada balik dekat sini ke bonda?" Sofea memberikan senyum manisnya kepada Tengku Balqis.

"Ada. Sekarang ni dia tinggal dengan bonda dan walid. Lagipun sejak akhir-akhir ni, Megat selalu mengelamun seorang diri. Sekejap senyum. Telefon, tak lepas dari tangan dia." Tengku Balqis bercerita perihal Megat.

"Kenapa jadi macam tu pula bonda?" Sofea ingin mengetahui dengan lebih lanjut kerana sejak akhir-akhir ini, Megat tidak pernah menjawab panggilan telefon atau pesanan ringkas darinya. Tapi Tengku Balqis berkata sebaliknya pula.

"Alah. Orang tengah bercinta. Macam tulah perangai dia." Tengku Balqis menjawab.

"What!?" Sofea menghempaskan kedua-dua belah tangannya ke atas meja. Terkejut dengan jawapan yang diberi oleh tengku Balqis. Tengku Balqis yang sedang menghirup air terkejut dengan perlakuan Sofea.

"Kamu ni dah kenapa Sofea. Terkejut bonda." Tengku mengelap tumpahan air yang terkena pada tudung dan bajunya.

"Sorry bonda. Sofea balik dulu. Ada hal." Sofea mencium tangan serta pipi Tengku Balqis sebelum meninggalkan Tengku Balqis dan berjalan menuju ke keretanya.

"Oh. Dalam diam, kau dah ada perempuan lain. Aku kena siasat siapa perempuan tu." Sofea memandu kereta miliknya meninggalkan rumah keluarga Megat. Dalam perjalanan, dia membuat panggilan telefon kepada seseorang.

Sofea memeluk erat lengan seorang lelaki yang sebaya dengan dirinya. Tampak mesra sekali. Sesekali pipi lelaki itu dihinggapi ciuman mesra dari Sofea membuatkan dirinya berasa begitu bangga sekali.

"Baby. Kita hendak pergi mana lepas ni. Sofea menggelitik seperti seekor kucing gayanya selepas puas menghabiskan duit lelaki tersebut untuk membeli-belah.

"Apa kata lepas kita pergi makan dan tengok wayang. Macam mana?" Lelaki itu memberi cadangan dibalas dengan anggukan oleh Sofea. 

Dia tidak kisah diusung ke hulu dan ke hilir asalkan duitnya masuk tiap-tiap bulan.

Sofea meneguk minum keras seperti meminum air kosong dari gelasnya. Badannya diliuk-liukkan mengikut rentak muzik. Dia bersama pasangannya pergi ke kelab malam yang selalu dikunjungi mereka selepas menonton wayang sebentar tadi. Sofea semakin galak meneguk minuman keras. Kepalanya dihayunkan kiri dan kanan mengikut rentak muzik. Seperti sudah hilang pedoman. Sofea tidak kisah tubuhnya dipeluk oleh pasangannya. Malam semakin hanyut. Sofea dan pasangannya sama-sama keluar dari kelab malam tersebut.

"Baby. Kita balik rumah i okey. Nanti i akan bahagiakan. I am yours." Sofea sudah terduduk dikerusi bersebelahan pemandu.

Setibanya di hadapan apartmen Sofea. Sofea dipapah oleh pasangannya untuk masuk ke rumahnya yang berada di tingkat lapan. Sofea hanya memeluk erat tubuh lelaki terbabit. Setibanya di hadapan pintu rumah Sofea, pasangannya membukakan pintu lalu dikunci semula. Sofea masih lagi dalam keadaan terhuyung-hayang kesan daripada minum minuman keras tadi. Tubuh Sofea ditolak ke atas tilam.

Sofea bangun dalam pelukkan pasangannya. Tersenyum. Satu ciuman hinggap dipipi pasangannya membuatkan lelaki itu terbangun.

"Thank you for last night." Lelaki itu memandang wajah Sofea.

"Nanti i call you. I balik dulu. Bye sayang." Lelaki itu mengucup bibir Sofea yang sedang bersandar pada pintu rumah yang telah terbuka. Sebaik sahaja pasangannya menghilang didalam perut lif, cepat-cepat pintu rumahnya ditutup dan langkahnya diatur menuju ke kamar mandi.

Sofea membersihkan dirinya. Sesekali, kata-kata Tengku Balqis terngiang-ngiang di telingannya. Dia masih tidak berpuas hati. Kalau Megat berkahwin dengan perempuan lain, habislah harapan dia untuk memiliki harta Megat. Dia perlu bertindak. Dia nekad. Walau apa pun yang terjadi, Megat mesti menjadi miliknya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku