Kupilih Hatimu
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
912

Bacaan






BAB 9

"Datuk. Silakan duduk." Megat mempersilakan Datuk Ahmad duduk diruangan perbincangan yang terletak didalam pejabatnya. Megat mengambil tempat bersebelahan dengan Datuk Ahmad.

"Jadi Megat. Macam mana dengan projek kita di Pulau Pinang itu. Ada apa-apa masalah?" Datuk Ahmad mengutarakan pertanyaan kepada Megat.

"Pasal projek itu, Datuk jangan risau. Semuanya dalam keadaan baik. Sembilan puluh peratus sudah selesai. Insya-Allah kalau tiada aral yang melintang, projek boleh siap dalam lima ke enam bulan lagi." Megat memberi penerangan yang panjang lebar.

"Okey bagus." Datuk Ahmad mengangguk mendengar penerangan Megat.

"Datuk. Silakan minum." Megat mempersilakan Datuk Ahmad minum yang telah dihidangkan oleh setiausahanya.

"Jadi Megat. Macam mana hubungan kamu dengan anak saya?" Pertanyaan mengejut Datuk Ahmad menyebabkan Megat tersedak air liurnya sendiri.

"Hubungan apa Datuk." Megat sedikit teragak-agak. Takut Datuk Ahmad tidak menyenangi hubungan antara dirinya dan Ain.

"Kamu ini. Ain itu satu-satunya anak perempuan saya. Jadi setiap lelaki yang keluar dengan dia saya tahu. Jadi macam mana?" Datuk Megat menghirup air didalam cawannya. Menunggu jawapan dari Megat yang sudah resah bila ditanya akan perhubungan dirinya dengan Ain.

"Macam biasa. Takde apa-apa. kami kawan biasa sahaja" Megat menjawab sambil menelan air liurnya beberapa kali.

"Megat. Kalau suka cakap. Boleh masuk meminang. Saya tak bantah kalau kamu yang masuk meminang anak saya. Saya tahu kamu budak baik." Datuk Ahmad tersenyum.

"Terima kasih Datuk." Megat seakan tidak percaya apa yang didengari olehnya.

"Macam mana? Suka tak!?" DAtuk Ahmad menggertak Megat yang sedang mengelamun.

"Suka Datuk." Megat terkejut.

"Suka saya." Datuk Ahmad sengaja mengusik Megat.

"Eh! Bukan Datuk. Anak Datuk. Saya suka anak Datuk." Megat tersengih malu.

"Kalau macam tu. Malam ini datang rumah saya." Belum sempat Datuk Ahmad menghabiskan kata-katanya telah dipotong oleh Megat.

"Nak meminang anak Datuk ke? Saya belum beli cincin lagi. Takpe lepas ni saya pergi beli." Megat sedikit kalut.

"Dengar dulu. Malam ini datang rumah saya. Bawa keluarga kamu sekali. Makan malam di rumah saya. Bolehlah saya kenal-kenal dengan bakal besan saya. Kamu ni. Golojoh sangat hendak kahwin." Datuk Ahmad menepuk-nepuk bahu Megat yang sedang menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Rumah Datuk Ahmad riuh rendah sekali kerana masing-masing melakukan tugas sendiri apabila dimaklumkan bahawa keluarga Megat akan berkunjung untuk makan malam. Ain yang dimaklumkan mengenai hal itu terkejut yang amat. Tidak menyangka sejauh itu akan berlaku terhadap dirinya. Mula-mula Megat datang sendiri sebelum ini. Sekarang ini bapanya menjemput satu keluarga pula. Kepalanya sedikit kusut. Dia perlu bersedia. Dalam pada dirinya sibuk membantu ibunya dan juga kak Ida memasak makan malam, terlintas juga bayangan Megat yang sedang tersenyum dimatanya. Cepat-cepat dia beristifar.

"Kenapa Ain?" Datin Natrah bertanya.

"Ah? Takde apa-apa mummy." Ain tersenyum kepada ibunya.

"Ingatkan seseorang ke?" Datin Natrah seperti dapat membaca apa yang bermain dalam fikiran anak daranya itu.

"Mana ada mummy." Ain cepat-cepat menidakkan.

"Takpelah. Kamu naik atas. Bersiap. Kerja-kerja dekat dapur ini, kak Ida dan Susanti akan uruskan. Pergi bersiap cepat. Nanti tetamu kita datang pula." Datin Natrah berkata. Dia pula selesai memberi arahan kepada pembantu rumahnya, masuk ke dalam bilik juga untuk mandi dan bersiap.

Waktu hampir-hampir Maghrib apabila keluarga Megat datang ke rumah Datuk Ahmad. Mereka disambut mesra oleh keluarga Ain. Yang paling teruja adalah ibu bapa masing-masing. Manakan tidaknya, masing-masing menganggap akan menerima menantu tidak lama lagi. Ain yang sedang mendukung Daniel menyalami Tengku Balqis dibalas dengan peluk cium oleh Tengku Balqis. Mereka duduk diruang tamu sementara menunggu azan berkumandang. Ain memerhatikan Megat yang memakai baju melayu berwarna merah dan berkain pelikat berwarna coklat dan bersongkok. Sesekali mata mereka bertentangan cepat-cepat dilarikan. Apabila azan berkumandang, mereka masuk ke ruangan solat di dalam rumah Datuk Ahmad.

Aidil mengiqamatkan solat Maghrib itu. Ain menunggu-menunggu Asraf mengambil tempat menjadi imam kerana minggu itu giliran Asraf menjadi imam seperti yang telah ditetapkan oleh bapanya. Tetapi, telahannya meleset bila bapanya mempersilakan Megat mengambil tempat menjadi imam. Tanpa teragak-agak Megat berdiri ditempat iman dan mengimamkan solat Maghrib mereka pada hari itu. Suara lunak Megat mengalunkan ayat suci al-Quran mengusik hati kecil Ain.

Usai bersolat Maghrib bersama,mereka makan malam bersama-sama dan disambung pula dengan solat Isyak bersama. Megat masih lagi memegang posisi sebagai imam. Ain kagum dengan kebolehan Megat mengalunkan ayat suci al-Quran ketika mengimamkan solat mereka.

Usai solat Isyak, mereka berkumpul diruang tamu sambil dijamu air dan kuih muih yang dibuat petang tadi.

"Megat. Makanlah kuih tu. Kuih tu Ain yang buat." Datin Natrah menghulurkan pinggan yang berisi kek coklat didalamnya dan disambut oleh Megat. Ain yang mendengar sedikit malu.

"Mummy ni. Ada-ada sahaja." Getus hati Ain sambil tersenyum kepada Megat.

"Sedap." Kata Megat dengan mulutnya yang penuh dengan kek coklat.

"Kalau ya pun sedap, telanlah dulu." Tengku Balqis menegur anaknya.

"Untunglah kalau anak awak kahwin dengan anak saya." Tengku Balqis menepuk bahu Datin Natrah. "Hari-hari dapat makan kek coklat." Tengku Balqis dan Datin Natrah ketawa bersama-sama. 

Ain yang sedang duduk bersebelahn dengan mereka menelan air liur. Tekaknya terasa sedikit haus.

"Mana cucu-cucu awak tadi. Yang lelaki tu tadi apa nama dia. Oh! Daniel. Mana dia? Geram saya tengok dia." Tengku Balqis bertanya.

"Daniel sudah tidur auntie. Kak Yanti yang jagakan." Ain menjawab.

"Daniel tu anak siapa ya. Anak Asraf?" Pertanyaan Tengku Balqis membuatkan mereka terdiam seketika.

Ain dan Datin Natrah saling berpandangan.

"Daniel tu anak Ain." Datin Natrah menjawab pertanyaan Tengku Balqis.

"Apa!? Ain dah anak." Jawapan Datin Natrah mengejutkan Tengku Balqis dan suaminya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari oleh mereka. 

Tidak mungkin anak mereka memilih janda anak satu menjadi isterinya.

"Jadi Ain ni jandalah." Tengku Balqis bertanya. Matanya membuntang memandang Ain.

"Tak auntie. Ain belum kahwin lagi. Daniel tu..." Belum sempat Ain menghabiskan kata-katanya.

"Daniel tu anak luar nikah." Tengku Balqis kelihatan resah.

"Bonda. Dengar dulu apa yang Ain hendak cakap." Megat cuba menenangkan Tengku Balqis.

" Tak auntie. Daniel tu anak angkat Ain." Ain menerangkan kedudukan Daniel dalam hidupnya kepada Tengku Balqis. Suasana kalut sebentar tadi kembali reda.

" Ya Allah. Maafkan auntie Ain. Auntie cepatkan sangat menghukum. Rupanya bakal menantu auntie ini sangat mulia orangnya." Tengku Balqis mengusap tangan Ain.

"Takpe auntie." Ain tersenyum kepada Tengku Balqis. Ekor matanya memandang Megat yang sedang tersenyum melihatnya.

"Terima kasih jemput kami datang ke sini untuk makan malam." Tengku Balqis menyalami Datin Natrah dan Ain. " Ain datanglah rumah auntie nanti. Bolehlah kita berbual panjang-panjang lagi." Tengku Balqis memperlawa Ain.

"Insya-Allah auntie. " Ain membalas.

Kereta yang dipandu Megat meninggalkan perkarangan rumah Datuk Ahmad. Ain dan keluarganya masing-masing masuk ke bilik mereka sendiri. Ain sempat meninjau Daniel yang tidur bersama kak ipar dan abangnya. Ain menutup pintu biliknya dan merebahkan diatas tilamnya. Dia tersenyum sendiri mengingati peristiwa tengku Balqis sebentar tadi. Dia mendapat panggilan telefon dari Megat apabila dia sedang duduk dihadapan televisyen di dalam biliknya menonton drama bersiri Goblin yang tidak sempat ditontonnya tadi.

"Assalammualaikum. Awak dah tidur ke. Maaflah saya ganggu awak malam-malam ni." Suara Megat kedengaran dihujung talian.

"Waalaikummussalam. Belum lagi. Saya tengah tengok tv ni." Ain membalas.

"Ain. Maaflah pasal bonda saya tadi. Saya tak sangka pula bonda saya jadi macam tu sekali." Megat berkata.

"Takpe. Memang patutlah dia terkejut." Ain membalas.

"Um. Yang pasal menantu besan tu, saya minta maaf ya. Saya tak tahu pula jauh fikiran bonda dengan walid saya tu." Suara Megat kedengaran sedikit bergetar.

"Jadi awak tak sudilah kahwin dengan saya?" Ain sengaja mengusik.

"Jadi awak setujulah?" Suara Megat kedengaran teruja mendengar pertanyaan Ain itu.

"Mungkin." Ain menjawab pendek. Senyuman terukir dibibirnya apabila mendengar Megat menjerit gembira didalam telefon. Ain tekad. Tekad untuk memulakan kehidupan barunya. Insya-Allah bersama Megat.

Ain berbaring ditilamnya. Terlelap hingga membawanya bermimpi peristiwa lapan bulan yang lalu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku