Kupilih Hatimu
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
793

Bacaan






BAB 10

"Chris. Terima kasihlah you sudi temankan i makan malam hari ini." Ain membuka tali pinggang keledarnya sambil memandang Chris disebelahnya.

"Takde masalah. You kan cinta hati i. Bila-bila masa sahaja you perlukan i, i sentiasa ada untuk you." Chris membalas.

"Okeylah. I masuk dulu. Nanti i call you okey." Ain keluar dari kereta berjenama Ferarri milik Chris. Ain masih berdiri terjegat dihadapan pagar rumahnya yang terbuka secara automatik apabila matanya terpandang sebuah kotak yang diletakkan dihadapan pintu rumahnya. Chris yang melihat perilaku Ain mematikan enjin dan keluar menghampiri Ain yang masih berdiri di situ.

"Sayang. Tengok apa tu?" Chris menepuk bahu Ain membuatkannya terkejut.

"Tu. You tengok tak. Ada kotak depan pintu tu." Ain menghalakan jarinya ke arah kotak tersebut.

"Oh. Posmen yang hantar kot." Chris menjawab selamba.

"Mana ada posmen malam-malam macam ni. You ambil i dekat rumah pukul lapan. Mana ada posmen lagi waktu ni." Ain mula berasa takut.

"Ala. Posmen kerja lebih masa kot." Chris menjawab. "Dahlah. Daripada you berdiri dekat sini. Lebih baik kita pergi periksa." Chris sudah berjalan mendahului Ain.

"Sayang. Entah bom ke dalam kotak tu." Ain menarik lengan Chris.

"Kalau bom pun biarlah kita mati sama-sama." Chris mengusik Ain.

"You ni main-mainlah." Ain memukul lengan Chris.

Satu tangisan kedengaran dari arah kotak tersebut. Cepat-cepat langkah mereka diatur meluru ke arah kotak tersebut dan membukanya. Alangkah terperanjatnya kedua-dua mereka apabila seorang bayi menangis kelaparan kelihatan sebaik kotak tersebut dibuka.

"Astafirullahalazim. Sayang. Ada babylah." Ain cepat-cepat mendukung bayi tersebut manakala Chris sudah berdiri untuk membuka pintu rumah tersebut. Mereka berdua masuk dan duduk di ruang tamu.

Chris membelek-belek kotak yang digunakan untuk meletakkan bayi tersebut. Tidak apa-apa yang ditinggalkan. Hanya sehelai kain batik untuk menutupi tubuh bayi itu sahaja. Chris memandang Ain yang sedang cuba menenangkan bayi tersebut.

"Sayang. Kita hendak buat apa sekarang ni?" Chris bersandar pada kerusi sambil melihat Ain.

"Kita pergi rumah parents i. Lepas tu kita fikir apa hendak buat." Ain berkata.

Chris memandu keretanya menuju ke rumah Datuk Ahmad. Kehadiran kedua-dua mereka bersama bayi tersebut menggemparkan seisi rumah. Masing-masing keliru dengan situasi yang berlaku ketika itu. Tangisan bayi tersebut semakin kuat menandakan dia tersangat lapar. Datin Natrah meminta kak Ida membancuh susu untuk bayi tersebut. Nasib baik anaknya masih menyimpan susu dan perlatan untuk meminum susu yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya ketika majlis perkahwinannya dahulu. Tangisan bayi tersebut kembali reda.

"Ain. Anak siapa ni?" Datin Natrah bertanya.

 "Chris." Datin Natrah melihat ke arah Chris.

"Tak tahu mummy. Ain jumpa dia dalam kotak depan pintu rumah Ain. Ain tak tahu hendak fikir apa dah. Sebab tu Ain datang sini." Ain melihat ke arah bayi yang sedang disusukan olehnya.

"Kalau macam tu, pagi-pagi esok kita pergi balai polis buat report. Mana tahu bayi ni kena culik ke? Apa ke? Kalau tak buat report, susah nanti." Aidil mengutarakan pendapatnya.

"Betul tu. Ain, kamu bagi baby dekat kak Ida, nanti dia jagakan. Esok kita pergi balai okey." Datin Natrah mengusap wajah Ain.

"Sayang. I balik dulu. Nanti i call you." Chris meminta diri untuk balik ke rumahnya.


"Sampai hati you tipu i. Dalam diam-diam you ada perempuan lain." Ain melihat wajah Chris. Digagahi dirinya untuk tidak menangis.

"Sayang. I tak ada niat pun nak tipu you. I cuma keliru untuk pilih dia atau you." Chris mebalas.

"Keliru apa lagi. Bulan depan kita dah nak kawin tau. You dah gila ke? You tak kesian ke dengan mummy dengan daddy you yang harap sangat hubungan kita akan kekal lama. Tapi, tengok apa yang you dah buat." Ain memarahi Megat.

"Okey. I tahu i salah. Tapi beri i peluang untuk tebus semua kesalahan i. Please sayang." Chris cuba memujuk Ain.

"Apa lagi. You dah tipu i. You dah tipu family i and guest what. Anak angkat i, anak you dengan perempuan tu. You hendak tebus apa lagi. You ingat i ni apa? Tunggul kayu yang takde perasan. Macam tu." Ain berkata.

"Look sayang. We can start again. Mulakan hidup baru. Besarkan Daniel sama-sama. You dah janji yang kita akan besarkan anak tu sama-sama lepas kita kawin kan.." Chris terus memujuk Ain.

"Janji apa lagi. I dah takde hati lagi dengan you. Hati i ini dah cukup remuk sangat dengan apa yang you buat. Sejak perempuan tu datang. Buat pengakuan depan i. Depan family i. I dah takde hati lagi dengan you. You anggaplah you tak pernah kenal i. Tak pernah jadi sebahagian daripada hidup i." Ain bangun meninggal Chris.

"Sayang. I minta maaf. Please sayang. I love you so much." Chris memegang lengan Ain.

"Sudahlah. Anggap i tak pernah kenal dengan you dan you tak pernah kenal i. You buat apa yang you nak. I takkan halang." Ain meneruskan langkahnya. Chris masih lagi cuba memujuk.

"Sayang." Chris megiringi langkah Ain hingga Ain masuk ke dalam keretanya dan memandu meninggalkan Chris di kawasan parkir tersebut.

Air mata yang ditahannya berguguran juga sepanjang perjalanannya menuju ke rumah keluargannya. Pengakuan yang dibuat oleh Ratna Lee menyentap jantungnya. Terasa dunianya gelap seketika. Lelaki yang bakal menjadi suaminya tegar menduakan dan telah membuntingkan perempuan simpanannya. Allah itu Maha Adil. Sebelum Chris mampu memilikinya, Ratna Lee hadir membongkar sisi gelap Chris kepadanya. Katanya dia dan Chris telah bersama sebelum dia mengenali Chris. Chris berjanji akan mengahwininya apabila Ratna mengandungkan anak hasil hubungan terlarang mereka. Tapi Chris telah menipunya hingga Ratna bertindak meninggalkan Daniel di hadapan rumah Ain. Chris yang mengetahui akan hal itu telah mengamuk di rumah yang dibelinya untuk Ratna. Hampir separuh nyawa Ratna dipukul Chris dan ditinggalkan dalam kesakitan berseorangan sedangkan Chris berseronok bersama Ain menguruskan pengambilan Daniel sebagai anak angkat mereka.

Ratna Lee yang kecewa telah meninggalkan Malaysia dan menetap di London bersama-sama kakaknya yang bekerja di sana. Chris pula telah menghilang entah ke mana. Semenjak peristiwa tersebut, Chris tidak lagi memunculkan dirinya. Terus hilang dari hidup Ain.

Ain terjaga dari lenanya apabila azan subuh berkumandang. Dia duduk termenung seketika sebelum ke bilik air untuk mengambil air wuduk dan solat berjemaah bersama keluarganya. Dia masuk ke dalam bilik Asraf untuk melihat Daniel yang tidur bersama mereka malam semalam. Daniel masih tidur nyenyak disamping Maya. Kak Yati sedang mengemas barang-barang Maya didalam bakul.

"Ain. Sini sekejap." Yati menepuk tilam tanda meminta Ain duduk disebelahnya.

"Ada apa kak?" Ain bertanya.

"Ain betul ke hendak kahwin dengan datuk Megat tu?" Yati bertanya.

"Entahlah kak. Ain berserah kalau betul dia jodoh Ain." Ain memandang wajah Yati.

"Istikarahlah. Minta petunjuk." Yati berkata.

"Insya-Allah kak. Ain cuba." Ain tersenyum kepada kakak iparnya.

"Akak doakan yang terbaik untuk adik ipar kesayangan akak ni." Yati dan Ain berpelukkan seketika.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku