Kupilih Hatimu
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1076

Bacaan






BAB 11

Hari ini Ain ke pejabatnya atas urusan untuk bertemu dengan kliennya bagi sesi fotografi yang bakal diadakan. Ain lebih selesa berurusan dengan klien syarikat daripada mengharapkan pekerjanya. Ini kerana, semua perkara yang diminta oleh kliennya boleh dibincangkan terus tanpa perlu bertanya kepadanya sekiranya klien syarikat berurusan dengan pekerja Ain.

Usai bermesyuarat bersama kliennya, Ain menyiapkan beberapa dokumen penting sebelum balik ke rumahnya. Sudah lama dia tidak pulang ke sana. Entah apa yang sudah bersarang di dalam rumah itu pun dia tidak tahu. Ain sedang membersihkan dedaun kering dihalaman rumah apabila telefon bimbitnya berdering. Ain melihat skrin telefonnya. Nombor yang tidak disimpannya di dalam senarai pemanggil.

"Hello." Ain menjawab. Menunggu suara kedengaran dihujung talian.

"Ain. Ni auntie ni. Bonda Megat. Maaflah auntie call tiba-tiba ni. Auntie ganggu Ain ke?" Suara Tengku Balqis kedengaran dihujung talian.

"Oh auntie. Ain ingatkan siapa tadi. Tak ganggu pun." Ain meletakkan penyampu taman di sisi meja dan duduk dikerusi yang diletakkan di halaman rumahnya.

"Ni. Auntie nak tanya Ain ni. Hujung minggu ni Ain free? Kalau free, auntie nak ajak Ain keluar. Bawa Daniel sekali. Dapatlah kita sembang-sembang." Tengku Balqis bertanya.

"Insya-Allah free. Kita hendak keluar pergi mana auntie?" Ain tertanya-tanya perihal ibu kepada Megat yang tiba-tiba sahaja menelefonnya untuk mengajaknya keluar. Siap suruh bawa Daniel lagi.

"Alah. Pergi shopping. Lepas tu kita pergi makan-makan. Boleh?" Suara Tengku Balqis kedengaran sangat mengharap.

"Um. Okey." Ain menjawab sambil menganggukkan kepalanya.

"Okey. Kalau macam tu, nanti auntie datang rumah ambil Ain. Okey. Assalammualaikum." Tengku Balqis menamatkan panggilan telefon.

"Waalaikummussalam." Ain menjawab walaupun talian telah diputuskan.

Seperti yang telah dirancangkan, Tengku Balqis telah mengambil Ain dan Daniel di rumahnya hujung minggu itu. Rencananya juga hendak mengajak Ain bermalam sekali di rumah mereka. Pak Hashim menjadi pemandu mereka pada hari itu. Tengku Balqis kelihatan gembira sekali kerana rencananya untuk keluar bersama-sama bakal menantunya telah berjaya. Dia sengaja menolak perlawaan Megat untuk menemani mereka pada hari itu supaya dia boleh mengenali perempuan yang telah melembutkan hati anaknya untuk berfikir mengenai perkahwinan. Namun, walaupun Megat tidak dipelawa untuk menemani mereka, Megat telah mengekori mereka semenjak bondanya keluar dari perkarangan rumah mereka lagi.

"Terima kasihlah Ain sebab sudi temankan auntie shopping. Kalau tak, auntie selalu shopping sorang-sorang je. Hendak harapkan uncle kamu. Hm. Punah harapan auntie." Tengku Balqis dan Ain ketawa serentak.

"Ain pun nak ucapkan terima kasih sebab auntie beli banyak sangat barang-barang untuk Daniel. Untuk Ain. Ain rasa serba salah pula." Ain berkata.

"Takpe. Kamu kan bakal menantu auntie. Apa salahnya auntie belanja kamu shopping hari ini." Tengku Balqis duduk di kerusi di dalam restoran yang disinggahi mereka.

"Terima kasih auntie. Daniel cakap terima kasih dengan nenek ya." Ain meniru suara bayi yang mengucapakan terima kasih.

"Jadi, berapa lama kamu dah kenal dengan anak autie?" Tengku Balqis mengajukan soalan. Megat yang duduk dibelakang Ain menelan air liurnya.

"Tak lama. Baru-baru ni juga. Tapi abah kenal dengan Megat lebih lama." Ain menjawab pertanyaan tengku Balqis.

"Alah takpelah tu. Lepas kahwin nanti bolehlah kenal lebih lagi. Baru ada perasaan mendalam antara satu sama lain." Tengku Balqis berkata. 

"Apa pandangan kamu tentang anak auntie?" Tengku Balqis bertanya lagi. Megat dibelakang Ain seakan tertunggu-tunggu jawapan yang akan keluar dari mulut Ain.

"Baik. Suka dengan budak-budak." Ain menjawab sambilan menyuapkan makanan ke mulut Daniel.

"Tu je." Megat yang sudah berdiri disisnya mengejutkan Tengku Balqis dan Ain dengan kehadirannya secara tiba-tiba.

"Megat. Buat apa dekat sini?" Tengku Balqis menyoal anaknya yang sudah mengambil alih tugas Ain menyuapkan makanan kepada Daniel.

"Megat ikut bonda. Manalah tahu, bonda cakap benda yang bukan-bukan dengan bakal isteri Megat ni." Sengaja perkataan bakal itu ditekannya.

"Bila masa pula saya cakap saya hendak kahwin dengan awak?" Ain sengaja menduga.

"Eh. Ya ke? Takpelah. Biarlah saya membujang samapi ke tua." Megat buat-buat merajuk. 

"Mummy kamu tak sukakan unclelah Daniel." Megat menyuapkan makanan ke mulut Daniel.

"Ada-ada sahaja. Kamu dah makan ke belum?" Tengku Balqis bertanya.

"Dah. Megat memuncungkan mulutnya ke arah pinggan dan gelas kosong dimeja dibelakang Ain.

"Awak dekat belakang saya selama ini?" Ain seakan tidak percaya.

"Tadi saya duduk jauh. Tapi saya nak juga dengar apa yang korang cakapkan. Jadi saya duduklah belakang awak" Megat mengelap mulut Daniel yang sudah selesai menjamah makanannya.

"Kalau macam tu elok sangatlah. Ain boleh tumpang Megat balik ke rumah auntie." Tengku Balqis membuat keputusan.

"Auntie pula?" Ain bertanya.

"Auntie hendak ke pasar. Beli udang. Ain ikut Megat. Okey." Tengku Balqis meninggalkan Megat dan Ain bersama Daniel.

"Awak dengar tu. Bonda dah bagi arahan. Jom ikut saya balik." Megat mengusik Ain.

"Ada-ada je." Ain menolak kereta sorong Daniel manakala Megat mambawa beg membeli-belahnya pada hari itu.

Setibanya mereka dihadapan rumah keluarga Megat, kereta yang dipandu oleh pak Hashim telah datang dulu dari mereka. Ain sedikit pelik. Daniel yang sudah tertidur didalam pelukkanya dibawa masuk ke dalam rumah keluarga Daniel. Megat menyuruhnya membawa Daniel masuk ke dalam bilik adiknya yang berada di tingkat bawah supaya boleh diletakkan di dalam tilam bayi yang terdapat di dalam bilik tersebut.

"Ain penat ya. Ain naik atas dulu. Mandi. Lepas tu boleh tolong auntie masak untuk makan malam kita nanti." Tengku Balqis mengarahkan Megat untuk membawa Ain ke bilik tetamu yang berada di aras atas rumah tiga tingkat mereka.

Usai mandi dan bersiap, Ain turun ke bawah untuk ke dapur menolong Tengku Balqis. Satu keunikkan keluarga tengku Balqis kerana di dalam rumah mereka tidak mempunyai seorang pun orang gaji. Hanya akan ada pekerja yang datang sekali seminggu untuk membersihkan rumah mereka iaitu pada hari sabtu. Tengku Balqis lebih suka melakukan kerja-kerja rumahnya sendiri daripada mengharapkan ornag gaji memandangkan dirinya tidak bekerja semenjak berkahwin. Jadi lebih baik hal rumah tangganya diurus oleh dirinya sendiri.

"Kita hendak masak apa ni auntie?" Ain menegur Tengku Balqis yang sedang sibuk menyediakan bahan masakan.

"Hari ini kita masak makanan kegemaran Megat. Jadi lepas kahwin nanti, Ain tahulah makanan kesukaan Megat. Megat ni, suka makanan laut terutama sekali udang. Memang suka sangat. Jadi auntie nak ajar Ain masakan kesukaan Megat iaitu, udang masak merah." Tengku Balqis memberi penerangan panjang lebar.

Tengku Balqis kagum dengan kebolehan Ain memasak. Setiap arahan yang diberikan dilakukan dengan sangat baik. Tidak sikitpun kekok dengan kerja-kerja di dapur. Megat masuk ke dalam dapur sambil mendukung Daniel yang sudah bangun dari tidurnya.

"Masak apa tu?" Megat menegur Ain.

"Ai. Anak mummy dah bangun." Ain tersenyum ke arah Daniel yang berada dalam pelukkan Megat.

"Sedapnya. Udang masak merah pula tu. Tak sabar nak rasa masakkan awak." Megat tersenyum.

"Tunggulah. Nanti awak rasa masakkan saya." Ain tersenyum riang hingga membungakan hati Megat yang memandang senyumnnya.

Selesai makan malam, Ain duduk di taman bunga Tengku Balqis ditemani Tengku Balqis sendiri.

"Maafkan auntie Ain sebab auntie fikir yang bukan-bukan pasal Ain hari tu." Tengku Balqis mengusap tangan Ain.

"Takpe auntie. Ain tak kisah." Ain tersenyum. Cuba mengurangkan rasa bersalah dalam diri Tengku Balqis.

"Tak payah panggil bonda auntie lagi. Panggil aje bonda. Tak lama lagi nak jadi menantu bonda kan." Tengku Balqis melihat wajah Ain dihadapannya.

"Baiklah bonda." Ain menjawab.

Dalam pada mereka berbual, Megat muncul. Tengku Balqis pula meninggalkan ruang untuk mereka berdua berbicara antara satu sama lain.

"Cakap apa dengan bonda tadi?" Megat mengangkat kedua-dua keningnya tanda ingin tahu.

"Takde apa-apa. Cakap-cakap orang perempuan. Orang lelaki tak payah sibuk nak tahu." Ain mengusik.

"Alah. Jual mahal pula." Megat membalas. 

"Awak. Betul ke awak nak kahwin dengan saya?" Pertanyaan tersebut terpacul dari mulut Megat.

Ain hanya diam sambil memandang ke langit.

"Saya dah cuba istikarah. Tapi Allah tak bagi apa-apa pun petunjuk untuk saya. Tapi Allah bagi petunjuk bila awak datang rumah saya hari tu, awak jadi imam solat keluarga saya dan keluarga awak. Itu yang buat saya yakin, Allah dah jawab semua doa-doa saya dalam solat saya." Ain memandang Megat sambil tersenyum.

"Terima kasih ya Allah. Kau dah kabulkan doa-doa aku ya Allah." Megat menadah tangannya.

"Lebih-lebih pula dia ni." Ain ketawa kecil.

"Kalau macam tu, boleh lah saya masuk meminang ni?" Megat kedengaran sangat teruja.

"Tu kena tanya abah dengan mummy. Saya ikut diorang je." Ain membalas.

"Kalau macam tu, hujung bulan ni saya suruh bonda dengan walid saya masuk meminang awak. Lepas tu kita tunang. Lepas tunang kita kahwin. Boleh?" Senyuman dibibir Megat melebar memandang Ain.

"Amboi gelojohnya."Ain ketawa kecil.

"Kalau lambat nanti kena kebas orang." Megat mengenyitkan mata kanannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku