Kupilih Hatimu
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
934

Bacaan






BAB 12

Keluarga Tengku Megat Rais dan Tengku Balqis telah masuk meminang Ain dan tarikh bertunang dan pernikahan mereka ditetapkan. Oleh itu, masing-masing mula sibuk menguruskan hal-hal majlis tersebut. Majlis bertunang akan diadakan sebulan selepas majlis peminangan dan majlis perkahwinan akan diadakan sebulan selepas majlis pertunangan.

Pada mulanya hendak diadakan secara kecil-kecilan sahaja mengikut kemahuan Ain, tetapi memandangkan kedua-dua mereka merupakan satu-satunya anak lelaki dan perempuan dalam keluarga masing-masing, rencana itu dibantah oleh ibu kedua-dua mereka. Majlis kahwin akan diadakan secara besar-besaran dan semua ahli keluarga akan dijemput hadir.

Ain hanya mengiakan sahaja. Tidak mahu membantah. Baginya kalau itu boleh membuatkan mummy dan bonda Megat gembira dia ikutkan sahaja.

"Awak. Petang ni kita ada meeting dengan Hatta kan. Awak pergi office saya ya. Nanti saya suruh pak Hashim ambil awak. Nanti kita pergi sama-sama." Megat mematikan panggilan telefonnya dan kembali fokus dengan kerja-kerja di pejabatnya. Sesekali telefon di pejabatnya berdering dan pemanggilnya adalah dari klien-klien di syarikat tersebut. Tiba-tiba.

"Sayang!" Sofea melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya tinggi melangit seumpama penyanyi Diana Rose sambil diringi oleh Idris yang seperti hendak menghalangnya masuk ke dalam bilik Megat.

"Sayang. I rindulah dengan you." Sofea merangkul Megat dan ditolak baik oleh Megat.

"Sorry bos. Saya dah cakap bos sibuk. Tapi cik Sofea berkeras jugak nak masuk." Idris membuat penerangan membela dirinya.

"Takpe. Awak boleh keluar." Megat mengisyaratkan Idris supaya keluar.

"You buat apa dekat sini?" Megat memandang Sofea yang menyandar disis mejanya.

"Apa soalan yang you tanya ni sayang. I nak jumpa you lah." Sofea cuba merangkul Megat tetapi di tolak baik oleh Megat.

"Look. I takde apa-apa hubungan lagi dengan you. So, you boleh keluar dari bilik I sekarang." Megat memandang Sofea yang kelihatan marah pada dirinya.

"What? You cakap apa ni sayang." Sofea membentak selagak kanak-kanak yang memberontak.

"Bos. Cik Ain datang." Idris memunculkan dirinya dibalik pintu bilik Megat.

"Suruh dia masuk." Megat berdiri dari kerusinya dan berjalan menuju ke pintu untuk menjemput Ain masuk dan meninggalkan Sofea di mejanya.

 Ain melangkah masuk ke dalam pejabat Megat.

"By the way Sofea. Ini Ain. Bakal isteri i." Megat memperkenalkan Ain kepada Sofea supaya Sofea sedar diri.

Sofea menyentap tas tangannya diatas meja Megat dan berjalan keluar tanpa mempedulikan Ain dan Megat. Terasa malu diperbuat sebegitu. Dalam dirinya timbul rasa dendam membara. Satu hari nanti dia akan membuat hidup Ain merana seperti mana dirinya.

"Jaga kau perempuan" Sofea menghentak stereng keretanya.

Ain dan Megat tiba di butik pengantin milik Hatta, iaitu pereka fesyen terkenal tanah air bagi mencuba baju untuk majlis pertunangan mereka. Baju rona putih krim dipilih untuk baju bertunang nanti. Mereka juga akan berbincang mengenai pakaian untuk majlis perkahwinan dan persandingan nanti.

"Kalau baju ni cantikkan awak. Kalau awak pakai. Fuh. Memang cun habis." Megat menunjukkan gaun pengantin berwarna biru di dalam album gambar yang dibukanya.

"Gaun ni." Ain melihat gaun yang dipakai model didalam gambar.

"Awak je yang pakai. Dengan tak berlengan dia. Dengan belakang terbuka lagi." Ain mencubit lengan Megat.

"Aduh. Saya main jelah." Megat ketawa.

"Ha. Ni baju korang masa korang akad nikah nanti. Ni kain-kain dia. Yang ni pula baju untuk resepsi malam tu nanti. Ada tiga pasang baju. Sepasang untuk akad nikah. Dua pasang lagi untuk majlis resepsi." Hatta duduk sambil menyerahkan album yang mengandungi rekaan baju untuk majlis mereka berdua nanti.

"Cantiklah. Kain dia pun lembut. Ni pun okeykan awak?" Ain bertanya akan pendapat Megat.

"Okey." Megat menyahut ringkas.

"Awak ni okey je. Tengoklah betul-betul." menepuk lengan Megat.

"Okeylah. Saya tak kisah pakai apa pun. Yang penting bakal isteri saya nampak cantik je hari tu." Megat senyum menyungging.

"Saya suruh Hatta buat gaun untuk awak jugak nanti. Baru padan muka." Mereka bertiga ketawa bersama.

Selesai perbincangan bersama Hatta, Megat membawa Ain untuk makan tengahari bersama di restoran kegemarannya.

"Siapa Sofea tu?" Soalan itu keluar dari mulut Ain ketika mereka sedang menikmati makan tengahari mereka. Setidaknya dia tahu siapa Sofea itu kepada bakal suaminya.

"Kawan." Megat menjawab pendek lalu meminum air yang telah dipesannya tadi.

"Kawan?" Ain sedikit pelik mendengar jawapan Megat. Megat yang seperti tahu isi Ain mejawab semula.

"Sofea tu anak kawan bonda. Kitaorang kenal masa kitaorang belajar-belajar sama-sama dekat Melbourne dulu. Tapi sumpah, saya takde apa-apa perasaan dengan dia. Cuma dia tu je yang suka menggedik dengan saya dari dulu lagi." Megat berkata.

"Kalau awak tak menggedik juga, manakan si Sofea tu melekat dengan awak sampai sekarang." Ain berkata selamba sambil memandang Megat.

"Awak cemburu ya." Megat megusik Ain.

"Mana ada." Ain cuba menyembunyikan perasaannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku