Kupilih Hatimu
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
898

Bacaan






BAB 13

Hanya tinggal seminggu sahaja lagi majlis pertunangan antara Megat dan Ain bakal dilangsungkan. Ain dan Megat semakin kerap bertemu untuk menguruskan hal-hal di majlis pertunangan itu nanti dan juga majlis pernikahan mereka yang akan diadakan sebulan selepas itu. Masing-masing mengambil peluang untuk mengenali diri masing-masing. Ain berusaha merapatkan hubungan antara Megat dan Daniel. Baginya, anak itu berhak mengetahui bahawa lelaki itu akan menjadi bapanya.

Ternyata Megat tidak kekok untuk menguruskan Daniel walaupun tidak dipinta. Ahli keluarga Ain termasuk ibu dan ayahnya masing-masing memuji kebolehan Megat dalam menguruskan Daniel. Masing-masing mengatakan Megat sangat sesuai menjadi ayah kepada Daniel. Anak itu pula, seakan mengerti apabila ibunya mula memperkenalkan Megat sebagai ayahnya. Tidak pernah meragam apabila berada di bawah jagaan Megat. Ain ternyata lega sekali dengan perkembangan itu.

Tetapi, siapa sangka, sesuatu yang tidak diingini telah berlaku secara tiba-tiba. Pada suatu petang, rumah keluarga Datuk Ahmad telah dikunjungi oleh Sofea. Kebetulan pada waktu itu Tengku Balqis dan Tengku Rais juga turut berada di rumah itu. Sofea yang tiba-tiba datang meraung dan menangis mencari Megat dan Ain. Seumpama orang hilang akal lagaknya. Tengku Balqis berusaha menenangkan Sofea yang berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil. 

Aidil yang kebetulan berada di rumah ketika itu menelefon Ain untuk pulang segera. Kebetulan juga Ain keluar bersama Megat pada hari itu. Dia mengesyaki tentu akan berlaku perkara yang tidak baik selepas ini. Selang beberapa ketika Ain dan Megat tiba bersama. Daniel yang dibawa bersama diserahkan kepada kak Ida untuk dibawa masuk ke dalam biliknya. Mereka berdua ternyata terkejut dengan kehadiran Sofea disitu.

"Sofea. You buat apa dekat sini?" Megat bertanya sambil melihat Sofea yang masih didalam esak tangisnya.

"Duduklah dulu." Tengku Balqis berkata.

"Sofea. Kenapa Sofea jadi macam ni. Cakap dengan bonda Sofea." Tengku Balqis bertanya.

"Sebenarnya bonda, Sofea dah mengandungkan anak Megat." Kata Sofea dalam esak tangisnya. Tangannya mengesat-ngesat air mata yang berguguran. Hebat sekali drama yang direncanakan oleh Sofea.

"Astafirullahalazim. Megat betulkah ni?" Tengku Balqis memandang muka anaknya. Nyata bukan dia sahaja yang terkejut, bahkan seluruh isi rumah itu juga terkejut mendengar pengakuan Sofea. Lebih-lebih lagi Ain yang bakal menjadi tunangan dan isterinya.

"You cakap apa ni Sofea. Bila masa pula you mengandungkan anak i?" Suara Megat ditinggikan.

"Oh. You dah rosakkan i. Sekarang you tak nak bertanggungjawab pulak. You memang dasar binatang!" Sofea kembali menangis dengan emosinya.

"Benda ni semua tak betul. Entah jantan mana dengan you tidur, you nak salahkan i bila you mengandung. You ingat i bodoh ke nak buat benda terkutuk tu. I masih ada akal lagilah." Megat memandang Sofea.

"Kalau you tak nak tanggungjawab dengan anak ni, i nak bunuh diri." Sofea mengugut.

"Sabar Sofea." Tengku Balqis menenangkan Sofea.

"Apa ni Megat. Betul ke apa yang Sofea katakan itu." Ain memandang wajah Megat dengan mata yang berkaca. Bayangan peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lalu bermain-main dimatanya. Dia tidak sanggup dikecewa lagi dengan keadaan yang serupa.

"Ain. Awak jangan percaya dengan apa yang dia cakapkan. Perempuan ni menipu. She's a liar." Megat memujuk Ain.

"You tipu Megat. Anak ni anak you. I nak you bertanggungjawab dengan apa you dah buat pada i. Kalau tak, i akan gugurkan kandungan ni." Sofea yang dari tadi membatu meninggalkan mereka semua yang masih berada dalam keadaan terkejut. Dia memandu meninggalkan perkarangan rumah Datuk Ahmad. Ternyata rencananya berjaya. Tidak lama lagi dia akan memiliki Megat sepenuhnya.

"Megat. Betul ke apa yang Sofea cakapkan itu. Kamu dah rosakkan anak orang. Walid kecewa dengan kamu." Tengku Rais bersuara.

"Walid. Megat ni masih ada akal yang waras. Walaupun Megat ni pernah keluar dengan dia, tak terlintas pun dalam fikiran Megat ni untuk buat benda terkutuk tu." Megat mempertahankan dirinya.

Ain masih lagi membatu. Tidak lama selepas tu, dia bangkit dan naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya. Dia ternyata masih sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Dunia seakan gelap seketika. Dia tidak berfikir dengan betul. Oleh kerana itu, dia lari ke dalam bilik untuk menenangkan dirinya seketika.

"Biarkan Ain tu. Biarkan dia tenangkan diri dia dahulu." Datin Natrah berkata.

"Maafkan saya auntie. Uncle. Sebab dah susahkan semua orang." Megat berasa bersalah kerana Sofea melibatkan keluarga Ain dalam rencananya juga.

"Takpa. Kami percayakan kamu. Sebab saya sudah kenal lama dengan kamu. Saya yakin kamu tak buat semua itu. Kamu budak baik." Datuk Ahmad tiba-tiba bersuara.

Megat hanya mengangguk faham. Tidak ada hati ingin mebalas kata-kata Datuk Ahmad. Sejurus selepas itu, mereka sekeluarga berangkat pulang. Ain tidak keluar bilik walaupun ibunya memaklumkan bahawa keluarga Megat hendak pulang. Apabila sampai di rumah, Megat terus masuk ke dalam biliknya. Tubuh sasanya dihempas ke atas tilam. Ada satu keluhan berat keuar dari dirinya. Dia takut Ain tidak akan mempercayainya lagi. Dia perlu bertindak segera. Dia merencana sesuatu di dalam kepalanya. Sejurus selepas itu, telefon bimbitnya di pegang dan satu panggilan telefon dibuat.

"Idris. Saya nak awak siasat Sofea. Pastikan setiap gerak geri dia diperhatikan. Maklumankan kepada saya setiap maklumat terkini kepad saya setiap masa. Faham." Megat memberi arahan kepada Idris.

"Baik bos." Talian dimatikan di sebelah sana.

Megat berfikir ligat. Meneka-neka rancangan jahat si Sofea. Apa maksud perempuan itu menuduhnya bertanggungjawab ke atas kandungannya. Gila.

Ain menerima pesanan ringkas daripada Megat memohonnya agar tidak mudah percaya akan kata-kata Sofea. Dia berjanji akan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin sebelum majlis pertunangan mereka berlangsung.

Ain tidak membalas kembali pesanan tersebut. Hanya dilihat dan tidak mahu ambil pusing mengenainya. Jiwanya masih berat untuk menerima kejadian sebentar tadi. Apa peristiwa yang sama bakal berulang semula. Ain menghela nafas berat. Tidak mahu berfikir apa. Dirinya benar-benar tertekan. Dipandangnya wajah Daniel yang sudah nyenyak dalam tidurnya.

Megat duduk sambil mendengar segala maklumat yang disampaikan oleh setiausahanya mengenai Sofea. Rupa-rupanya, Sofea sering bertukar lelaki saban bulan. Dia tidak mengendahkan tubuhnya menjadi galang gantinya asalkan mereka mampu menampung segala perbelanjaan dirinya. Apa yang mengejutkan Megat, bukan kali ini sahaja Sofea pernah mengandungkan anak hasil perhubungannya dengan lelaki hidung belang diluar sana bahkan dia pernah menjalani proses pengguguran janin sebanyak tiga kali sebelum ini. Idris juga memberitahu bahawa keluarga Sofea mengetahui perkara tersebut tetapi mereka tidak berani bersuara kerana ingin menjaga reputasi mereka. Kali ini, mungkin Sofea sengaja menghebohkan perkara tersebut supaya Megat tidak bersama dengan Ain.

"Kalau saya lah bos. Saya tak nak perempuan macam tu." Idris mengakhiri sesi penceritaannya mengenai Sofea.

Ain disebelahnya rancak mendengar. Megat menjemputnya pagi tadi untuk membawanya keluar. Pada awalnya dia menolak, tetapi selepas dipaksa ibunya dia akur juga. Dia perlu berfikiran terbuka. Tidak mahu kejadian yang sama berulang menimpa dirinya. Dia perlu tabah untuk menghadapi cabaran yang mendatang untuk dirinya.

Megat memandang wajah Ain disebelahnya. Tersenyum.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Ain berkata.

"Kan saya dah cakap, bakal suami awak ni tak pernah menipu." Megat tersenyum kepadanya.

"Betul tu cik Ain. Encik Megat ni baik orangnya." Idris seakan menyokong Megat.

"Sayang. I love you so much. Saya tak dapat bayangkan hidup tanpa awak." Megat memandangnya.

"Hai. Romatiknya korang berdua ni." Idris meneku dagunya menggunakan tangan kanannya menyaksikan drama romantik antara majikkannya bersama bakal isteri majikkannya.

"Ade-ade je. Malulah orang tengok. Belum kahwin lagi dah bersayang-sayang." Ain sengaja mengusik. Megat ketawa melihat keletah bakal isterinya yang sudah merona merah dipipinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku