Kupilih Hatimu
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
938

Bacaan






BAB 14

Majlis pertunangan antara Megat dan Ain berlansung sederhana. Hanya ahli keluarga dan teman rapat keluarga itu sahaja yang dijemput untuk memeriahkan majlis yang diadakan di rumah Datuk Ahmad. Ain yang sedari tadi duduk di dalam biliknya sambil ditemani jururias yang telah ditempah seakan berdebar-debar. Mereka masih lagi menunggu rombongan sebelah lelaki untuk datang. Mungkin tidak lama lagi. Ain sesekali melihat telefon bimbitnya. Barangkali ada pesanan dari Megat. Nyata hampa. Hanya pesanan dari teman-teman dan keluarganya sahaja yang banyak di terimanya melalui aplikasi Whatapps.

"Rombongan lelaki dah datang." Kak Yati masuk masuk ke dalam biliknya sambil mendukung Maya untuk memaklumkan ketibaan rombongan lelaki.

Ain hanya mengangguk faham. Dia hanya perlu menunggu isyarat untuk dirinya turun ke ruang tamu. Tidak lama kemudian, Aiman muncul dibalik pintu bilik memintanya turun ke bawah bagi untuk menyarung cincin pertunangannya.

Ain duduk duduk dikerusi yang dikhaskan untuknya. Dia menunggu untuk Tengku Balqis menyarungkan cincin pertunangan dijarinya. Sebelum itu, matanya dililaukan ke kiri dan ke kanan. Dia mencari kelibat Megat. Entah kenapa sosok lelaki itu tidak kelihatan dimana-mana.

Ain terkejut tatkala Tengku Balqis telah mengambil tempat disebelahnya. Bersedia untuk menyarungkan cincin pertunangannya. Ain menyalami tangan Tengku Balqis disaat cincin pertunangan telah tersarung dijarinya.

MAJLIS pertunangan tersebut berjalan lancar. Tetamu yang datang sudah banyak yang beransur pulang. Megat kelihatan sedang sibuk menyusukan Daniel didalam pangkuannya. Dia tiba di rumah tersebut tatkala majlis tersebut telah tamat. Jika ikutkan hatinya, mahu sahaja dia turut serta dalam majlis tersebut. Tetapi ibunya menegah kerana mengikut adat melayu mereka tidak boleh bersama hingga majlis tamat.

"Daniel duduk dengan siapa ni sayang?" Ain duduk disebelah Megat yang sedang memangku Daniel dalam pelukkannya.

"Duduk dengan daddy dia lah mummy." Megat tersenyum sambil mencium ubun-ubun Daniel. Mesra bagai anak dan ayahnya.

"Saya ingat awak tak datang tadi." Ain memulakan bicara.

"Datang. Tapi lewat sikit. Bonda tak benarkan saya datang bersama. Lepas je bonda bagitahu majlis dah habis, saya terus drive datang sini. Penat tau." Megat menerangkan situasinya.

"Takpelah. Yang penting awak datang jugak jenguk tunang awak dengan si kecik ni." Ain memegang tangan Daniel sambil menggoncang perlahan.

"Mestilah datang. Takkan tak datang. Nanti mengamuk pula tunang saya." Megat mengusiknya.

"Mulalah tu. Awak dah makan? Kalau belum pergi kat dapur. Lauk-lauk tadi pun masih ada. Daniel tu bak sini. Saya nak tidurkan dia." Ain mengambil Daniel dari Megat.

"Saya pergi makan dulu ya. Awak jangan tak turun teman saya makan lepas ni. Jangan tidur sekali dengan Daniel." Megat ketawa. Hampir-hampir sahaja lengannya menjadi mangsa pukulan Ain bila dia sempat melarikan diri dan menghilang dibalik pintu dapur.

Megat berbual rancak bersama ketiga-tiga abang kepada Ain. Dia ternyata mudah sekali menyesuaikan dirinya. Berbual seperti orang yang telah kenal lama sedangkan Aiman baru bertemunya buat pertama kali. Manakala Asraf hanya beberapa kali. Itupun menyapa sahaja.

Daniel yang sudah tertidur ditinggalkan bersama Auni iaitu anak saudaranya yang kebetulan berada didalam bilik tersebut. Dia juga akan bermalam disitu sebelum berangkat pulang ke Kulim pada keesokkan harinya. Dia turun ke bawah dan terus menuju ke dapur untuk mendapatkan Megat.

"Wah! Korang cakap apa ni. Macam orang dah sepuluh tahun tak jumpa je." Ain menegur mereka.

"Ni abang nasihat si Megat ni. Kalau dia tak jaga adik abang betul-betul. Siaplah dia." Asraf berkata selaku abang sulungnya. Sengaja mengusik Megat.

"Kitaorang ni dah macam bodyguard tau dengan budak manja ni." Aiman merujuk kepada Ain.

"Itulah saya tek berani nak apa-apakan awak Ain. Abang-abang awak garanglah." Megat sengaja mengusik.

"Macam-macamlah awak ni. Makanlah dulu. Saya nak tolong kak Yati mengemaskan dekat depan tu." Ain meninggalkan Megat bersama abang-abangnya.

"Awak. Saya balik dulu tau. Kalau saya rindu awak, saya call awak nanti ye." Megat tersenyum hingga kedua-dua belah matanya kelihatan sepet.

"Hati-hati bawa kereta tu. Bye." Ain melambai Megat yang sudah mula memandu meninggalkannya.

Ain duduk bersebelahan Auni didalam biliknya. Mereka masih belum tidur. Auni masih leka membalas pesanan ringkas ditelefonnya. Sesekali menanyakan soalan dan diam untuk seketika.

"Tunang mak su hensem ya. Macam artis tau muka dia. Glamour gitu. Untung mak su dapat dia." Auni mengajak Ain untuk berbual.

"Tengok oranglah." Ain sekadar mengusik.

"Kalau tak nak bagi dekat Auni ye." Auni membalas usikkan mak sunya.

"Mana boleh. Tu mak su punya tau. Kalau nak, cari sendiri." Ain menarik selimutnya. Membiarkan Auni melayan telefon.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku