Kupilih Hatimu
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
827

Bacaan






BAB 15

Langit kelihatan cerah ketika itu. Tiada tanda-tanda menunjukkan akan berlaku perubahan cuaca. Ain memangku Daniel dalam pelukkannya. Sepatutnya dia akan ke pejabat pada hari itu untuk menguruskan hal-hal penting dipejabatnya. Tetapi memandang hari itu dia terasa ingin meluangkan masa bersama Daniel, dia tidak ke sana. Dia akan menguruskan hal tersebut dari rumahnya sahaja memandangkan dia dan Daniel sudah kembali tinggal di rumahnya sendiri. Aryana juga telah menghantar dokumen penting itu untuk disemak dan ditandatangani olehnya pada pagi tadi.

Ain membuka peti sejuk di rumahnya. Berfikir hendak memasak sesuatu untuk makanan tengaharinya. Oleh kerana tiada bahan yang menarik perhatiannya untuk dimasak, dia mengambil keputusan untuk membeli barangan dapur di pasar raya yang berdekatan dengan rumahnya. Dia memandu perlahan keretanya memandangkan hari itu tiada apa-apa yang harus disegerakan untuk dia memandu cepat-cepat untuk tiba di pasar raya tersebut. Sesampainya mereka di pasar raya tersebut, Ain pantas mendapatkan troli supaya dia boleh meletakkan Daniel duduk didalamnya. Berat badan Daniel sudah mula terasa apabila tidak diletakkan didalam troli.

Mereka berdua memulakan sesi membeli barangan dapur bersama. Dari satu lorong ke satu lorong dilewati keduanya. Ada sahaja barangan yang dimasukkan ke dalam troli hingga hampir penuh troli yang ditolaknya itu. Setibanya dibahagian membeli barangan basah, mata Ain menangkap satu kelibat yang amat dikenalinya dari jauh. Sofea. Walaupun Sofea mengenakan kaca mata hitam, tapi Ain boleh mengecamnya dari jauh.

"Sofea!" Ain cuba memanggil Sofea lalu menolak trolinya menuju ke arah tempat Sofea.

Sofea yang ternyata kaget apabila melihat Ain sedang memanggilnya. Dia tidak menoleh lagi dan terus meninggalkan tempat tersebut dengan tergesa-gesa. Ain yang tidak sempat mendapatkan Sofea terhenti disitu. Dilihatnya bakul barangan yang ditinggalkan Sofea.

"Buah nanas." Ain mengagak sesuatu didalam kepalanya. Dibiarkan ia berlalu, lantas berlalu disitu untuk menuju ke kaunter pembayaran.

Sedang Ain menyediakan makanan tengaharinya, lonceng rumah tersebut kedengaran. Rupa-rupanya Tengku Balqis datang bersama anak bongsunya iaitu Tengku Melissa.

"Bonda. Masuklah!"Ain menjemput keduanya masuk.

"Mana cucu bonda. Tak dengar pun suara dia." Tengku Balqis menanyakan keberadaan Daniel yang tidak kelihatan bersama Ain.

"Oh. Daniel ada dekat dapur. Tengah tidur. Ni siapa bonda?" Ain menanyakan kehadiran Tengku Melissa disamping bakal ibu mertuanya.

"Lupa bonda nak kenalkan. Ini anak bongsu bonda. Tengku Melissa. Baru balik dari London. Tengah cuti semester. Alahai. Kesian cucu nenda sampai tetidur dia temankan mummy dia memasak." Tengku Balqis mengusap wajah Daniel yang masih lena didalam kereta sorong bayinya.

"Ini anak akak ke?" Tengku Melissa memandang wajah Ain dengan seribu satu persoalan.

"Anak angkat dia. Bukan anak betul." Tengku Balqis pantas menjawab. Takut Tengku Melissa membuat andaian terlalu cepat seperti dirinya dahulu.

Ain hanya tersenyum.

"Um. Bonda dengan..." Ain cuba mengagak panggilan untuk Tengku Melissa.

"Mel. Panggil Mel je." Tengku Melissa sudah mula menunjukkan kemesraannya.

"Ya. Mel. Bonda dengan Mel duduklah dulu. Ain nak sambung masak. Nanti kita boleh makan tengahari sama-sama." Ain berkata.

"Okey. Bonda jaga Daniel ya. Mel, tolong kak Ain masak." Tengku Balqis sudah menolak kereta sorong bayi Daniel ke ruang tamu. Meninggalkan Ain dan Tengku Melissa bersama.

"Akak masak apa kak?" Tengku Melissa bertanya.

"Masak spageti bolognese. Dah nak siap. Tunggu sos dia lagi. Mel makan spageti?" Ain bertanya.

"Favourite Mel tu. Pandai akak masak. Patutlah abang Megat pilih akak." Tengku Melissa memuji Ain ketika keduanya sedang menghidangkan makanan tengahari mereka.

"Sikit-sikit je." Ain meletakkan sos yang telah dimasaknya ke atas spageti yang telah dihidangkan oleh Tengku Melissa,

"Mana ada sikit-sikit. Bonda pun suka puji akak. Dari dalam perjalanan tadi dia asyik cakap pasal masakkan akak yang sedap je." Tengku Melissa menambah lagi.

Ain hanya tersenyum mendengar pujian tersebut.

"Apa yang bising-bising ni. Bonda boleh dengar kamu berdua cakap dari ruang tamu." Tengku Balqis tiba sambil mendukung Daniel yang sudah bangun.

"Hai. Dah bangun anak mummy. Nenda jaga ya. Suka ya nenda jaga." Ain mencium pipi Daniel.

"Wah sedapnya. Ada spageti, ayam goreng, salad. Ni kalau lepas kawin dengan Megat ni, mau naik jugak berat badan Megat tu nanti." Tengku Balqis mengusik Ain.

"Betul tu bonda. Jadi gendutlah abang lepas kawin nanti." Tengku Melissa menambah.

Selesai sahaja makan tengahari, ketiga mereka berkumpul diruang tamu. Ain menghidangkan air dan kuih yang dibelinya di pasar sebentar tadi. Tengku Melissa sibuk melayan kerenah Daniel yang mudah mesra dengan siapa-siapa sahaja.

"Megat ada telefon?" Tengku Balqis memulakan perbualan.

"Ada. Kadang-kadanglah." Ain menjawab pendek.

"Megat tu pun satu. Dah tahu nak kawin yang dia pegi sibuk uruskan projek di Terengganu tu buat apa. Kan lebih baik biarkan orang lain uruskan dan dia pula temankan kamu uruskan hal-hal perkahwinan kamu berdua." Tengku Balqis kelihatan sedikit kecewa terhadap sikap anaknya yang kelihatan tidak begitu ambil berat mengenai hal perkahwinannya.

"Takpelah bonda. Megat ada cakap, lepas habis saja urusan di Terengganu dia akan terus balik. Nanti kami sama-sama uruskan hal-hal majlis itu nanti. Lagipun masih ada dua minggu lagi sebelum majlis dilangsungkan." Ain bijak memujuk hati Tengku Balqis.

Tengku Melissa hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Tidak mahu menyampuk. Dia lebih tertarik dengan keletah Daniel yang mudah dijaga olehnya. Sesekali ketawa Daniel kedengaran apabila Tengku Melissa mengusiknya.

"Bila Megat balik? Dia ada cakap dengan kamu ke?" Tengku Balqis minta kepastian kerana Megat tidak memberitahu kepadanya bila dia akan pulang.

"Lusa katanya." Ain mengingati perbualan mereka semalam.

"Megat, Megat." Tengku Balqis mengeluh sedikit.

Malam itu, Ain membuat panggilan kepada Megat. Mujur sahaja panggilannya diangkat. Kebetulan waktu itu, Megat sedang mengemaskan barang-barangnya untuk berangkat pulang pada keesokkan harinya.

"Awak. Tadi bonda dengan Mel datang rumah tau." Ain berkata.

"Bonda cakap apa?" Megat duduk diatas tilamnya.

"Bonda marah dengan awak sebab awak pergi Terengganu masa ni." Ain menerangkan kepada Megat perihal Tengku Balqis siang tadi.

"Bonda. Biasalah tu. Saya balik esok tau." Megat memberitahu.

"Malam semalam cakap lusa. Kenapa balik esok?" Ain bertanya. Minta kepastian.

"Saya rindu dengan awaklah. Sebab tu saya balik esok." Megat memulakan usikkannya.

"Mulalah tu." Ketawa kecil Ain kedengaran dihujung talian.

"Daniel dah tidur?" Megat bertanya.

"Dah. Tadi dah tidur." Ain bangun untuk memeriksa Daniel. Diselimutkannya Daniel yang sedang nyenyak itu.

"Mummy dia tak tidur lagi?" Megat bertanya.

"Mummy dia memang nak tidur. Tapi tiba-tiba teringat kat daddy dia. Itu yang mummy dia belum tidur lagi." Ain meletakkan kepalanya dibantal.

"Takpe. Besok daddy dia balik ya. Bawa ole-ole dari Terengganu. Selamat malam awak. Assalammualaikum." Megat berkata.

"Waalaikummussalam." Talian dihentikan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku