Kupilih Hatimu
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
941

Bacaan






BAB 16

"Fitting baju ni dah okey. Cantik." Megat melihat dirinya dihadapan cermin besar didalam butik pengantin milik Hatta. Badannya digerakkan ke kiri dan kanan. Melihat-lihat sekiranya ada yang boleh ditambah atau diubahsuai. Sempurna.

Megat duduk di atas sofa untuk menuggu giliran Ain mencuba baju bagi majlis akad nikah mereka nanti. Dia membelek-belek majalah yang diletakkan diatas meja sambil menunggu Ain mencuba baju yang telah direka oleh Hatta khas buat majlis mereka nanti.

"Macam mana? Cantik tak?" Ain bertanya sebaik sahaja dia keluar dari bilik persalinan dengan mengenakan gaun berona putih untuk majlis akad nikah mereka nanti.

Megat memandang bakal isterinya dengan mata yang tidak berkelip. Terpesona dengan kecantikkan bakal isterinya itu membuatkan Megat tergamam seketika.

"Awak? Awak...?" Ain melambai-lambaikan tangannya ke muka Megat.

"Cantik. Cantik sangat." Megat terkejut dari lamunannya. Dengan pantas melirik senyum bahagia kepada Ain.

"Awak mengelamun ya." Ain berkata sambil melihat-lihat dirinya didalam cermin. Pembantu Hatta iaitu dikenali sebagai Suzy membantunya mengatur bahagian lengan baju yang sedikit panjang.

"Korang kahwin minggu depankan. Bestlah nak jadi penganti baru." Hatta mengambil tempat disisi Megat sambil memeriksa rekaan untuk baju mereka berdua.

"Hatta. You datang nantikan masa majlis kitaorang. Jangan tak datang." Ain berkata.

"Mestilah i datang. Takkan i tak datang. Nanti ada baju yang tak muat nanti siapa yang nak adjustkan untuk korang." Hatta mengusik sambil ketawa kecil.

"Thanks tau. Cantik baju kitaorang yang you buat. I suka sangat." Ain memuji hasil kerja Hatta.

"Mestilah. Untuk klien VVIP i, mestilah i buat cantik-cantik. Nanti nama i meletop masa majlis kahwin you all nanti. Desingner terhebat." Hatta ketawa besar.

Kereta yang dipandu oleh Megat memasuki perkarangan rumah Datuk Ahmad setelah kedua mereka selesai sesi memcuba baju-baju untuk majlis mereka pada minggu hadapan. Ain dan Megat berjalan beriringan ketika masuk ke dalam rumah. Daniel yang sedang bermain bersama Aidil diruang tamu menjerit riang apabila Ain memanggil namanya. Megat duduk di sofa untuk melepaskan lelah sehariannya hari itu. Penatnya hilang sedikit tatkala melihat Daniel yang tersenyum riang apabila diusik oleh Ain.

"Awak. Saya nak bagitau ni yang lusa saya balik rumah Tok Ba dengan Tok Ma saya tau." Ain memberitahu kepada Megat.

"Dekat mana?" Megat bertanya.

"Kulim. Kampung Parit Lama." Ain menjawab pertanyaan Megat.

"Nak ikut." Megat ingin turut serta.

"Tak payahlah. Sekejap je. Dua hari je pun." Ain membantah.

"Alah. Pergi dengan siapa?" Megat meneruskan sesi soal siasatnya.

"Dengan Daniel. Tok Ba rindu sangat nak jumpa dengan cicit dia ni." Ain mengusap kepala Daniel.

"Yang tu saya kena ikut. Mana jaga Daniel lagi. Mana nak drive kereta lagi. Tak boleh. Tak boleh. Saya kena ikut juga. Tak boleh pergi sorang-sorang." Megat berkeras dengan keputusannya.

"Yalah. Sibuk je nak ikut." Ain memuncungkan mulutnya ke arah Megat.

"Yalah. Sebagai bakal suami awak, saya kena jaga awak baik-baik. Nanti tak sempat naik pelamin pula kita nanti." Megat mengambil Daniel yang bermain dikakinya.

"Yalah. Kalau macam tu, baliklah sekarang. Fikir-fikir dulu barang apa nak bawa untuk jumpa dengan Tok Ba dengan Tok Ma nanti. Pergi balik." Ain sengaja menekan suaranya.

"Yalah adinda. Kanda berangkat puang dulu ya. Daniel. Ayahanda berangkat pulang dulu ya kerna bondamu sudah menghalau ayahanda." Megat ketawa besar.

"Baik-baik jalan tu." Ain melambai-lambai tangannya ke arah Megat yang berada didalam kereta.

AIN memeriksa dokumen yang dihantar oleh Aryana sebentar tadi. Dari satu helai ke satu helai dilihat. Semuanya lengkap dan sempurna. Lalu diturunnya tandatangan sebagai tanda pengesahan. Jari jemarinya rancak menekan satu persatu papan kekunci komputernya. Otaknya semakin ligat berfikir akan sesuatu sepertimana jarinya menekan papan kekunci komputer. Sesekali matanya melihat kelibat Aryana melewati hadapan pintu bilik pejabat sambil mendukung Daniel. Aryana masih belum pulang lagi kerana  Ain meminta pertolongannya untuk menjaga Daniel sebentar.

Nama Megat melewati fikirannya. Dia berhenti sejenak. Berfikir apakah yang dilakukan oleh Megat sekarang. Mungkin bakal suaminya itu sedang sibuk mengemas barang-barang untuk dibawa bersama esok. Dia kembali kepada dunia realiti. Soal Megat diletak ke tepi sebentar.

Dia kembali berfikir sesuatu. Jari telunjuknya digigit perlahan. Dia kembali menaip sesuatu dikomputernya. Sesekali dia bersandar untuk berfikir sebelum kembali menulis.

"Bos. Bakal suami bos datang." Aryana yang tiba-tiba muncul dibalik pintu biik pejabatnya mengejutkan Ain. Dengan pantas dia menutup komputernya dan meninggalkan bilik pejabat tersebut dan menuju ke pintu rumahnya.

Megat sudah tercegat dihadapan pintu rumah apabila Ain membukanya. Dengan senyum lirik sambil menjinjing beg kertas separuh besar dikedua-dua belah tangannya, Megat masuk ke dalam rumah dan mendapatkan Daniel.

"Daniel. Anak daddy. Meh dekat daddy." Megat memeluk Daniel yang diletakkan di dalam kereta sorong bayinya.

"Buat apa datang sini?" Ain bertanya sambil menuju ke dapur. Megat mengekorinya.

"Bonda. Suruh hantar lauk ni dengan awak. Tu yang saya datang tu." Megat meletakkan beg yang dibawanya ke atas meja.

Ain mengeluarkan jus oren dalam peti ais dan menuangkannya ke dalam tiga biji cawan yang telah diletakkan ke dalam dulang.

"Minumlah. Aryana!Meh minum sekali." Ain memanggil Aryana yang sedang menonton televisyen diruang tamu sambil tangannya mengeluarkan bekas makanan yang dikirimkan oleh Tengku Balqis.

"Banyaknya. Ada kenduri ke? Ain melihat-lihat bekas makanan yang dihantar oleh Tengku Balqis. Ada sepuluh bekas ke semuanya.

"Bonda kan sayang awak. Tu yang dia hantar banyak-banyak. Dia takut bakal menantu dia ni tak cukup makan." Megat mencium pipi Daniel.

Aryana menjamah makanan yang dihantar oleh Tengku Balqis tanpa dijemput. Habis ke semua bekas dibukanya untuk melihat apa makanan yang dihantar kepada Ain.

"Nak nasi tak? Ain bertanya kepada Aryana.

"Nak." Aryana menganggukkan kepalanya. Tidak lama kemudian Ain menyerahkan sepinggan nasi kepada Ain untuk dimakan bersama lauk-lauk dihadapannya.

"Awak dah packing barang?" Ain mengalihkan perhatiannya kepada Megat pula.

"Belum." Megat menjawab pendek lalu menyambung lagi.

"Nak nasi jugak. Tak acilah Yana makan sorang-sorang je. Saya pun tetamu awak juga." Megat menunjukkan muka kasihannya.

Ain menyendukkan nasi ke dalam pinggan Megat.

"Malam nantilah saya packing barang. Bawa satu baju pun dah cukup." Megat memulakan acara makannya disamping Aryana. Sebelah tangannya masih memeluk Daniel.

Ain meletakkan lauk ke dalam pinggan Megat dan Aryana. Dia hanya melihat sahaja. Tidak mahu turut serta kerana dia sudah makan.

"Nanti balik kampung naik kereta saya ya. Esok pukul berapa kita pergi?" Megat bertanya sambil menyuap nasi ke mulutnya.

"Bos nak pergi mana?" Aryana yng sedari tadi diam menghadap makanannya bertanya.

"Balik kampung." Ain menjawab.

"Pukul lapan. Saya tunggu. Jangan lambat." Ain berkata kepada Megat.

"Baik bos." Megat mengusik.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku