Kupilih Hatimu
Bab 17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
941

Bacaan






BAB 17

Daniel menyambung tidur  sepanjang perjalanan mereka bertiga menuju ke kampung Parit Lama. Perjalanan yang memakan masa tiga jam pasti memenatkan bagi anak kecil seusianya. Jadi dia pasti lebih selesa menyambung tidurnya dengan buaian dari gerakkan kereta yang dipandu Megat. Ain duduk dibelakang bersama Daniel. Ini supaya Daniel tidak merengek minta dibawa sekiranya dia duduk dihadapan. Sesekali Daniel terbangun tapi tidur semula apabila Ain mendodoinya kembali.

"Awak okey ke?" Ain bertanya kepada Megat yang sedari tadi fokus dengan pemanduannya.

"Kalau mengantuk, tukar dengan saya." Ain mempelawa.

"Takpe. Saya okey. Saya memang macam ni. Tak banyak cakap sangat bila saya tengah drive." Megat memandang Ain melalui cermin pandang belakang.

"Terima kasihlah sebab nak sangat temankan saya balik kampung. Ada juga orang yang sudi jadi driver." Ain melihat telefon bimbitnya. Masih ada baki masa satu jam setengah lagi.

"Nak air?" Ain menghulurkan air soya kotak kepada Megat yang sedang memandu.

"Awak pegang. Saya tengah drive ni." Megat meminta Ain memegang air kotak tersebut sementara dia menyedut air didalamnya.

Ain memandang suasana sekeliling kampung Parit Lama. Tidak banyak yang berubah. Pemandangan sawah saujana mata memandang. Dirinya diketuk memori lama tatkala dirinya menikmati pemandangan di kampung tersebut. Memori masa kecilnya yang banyak dihabiskan di kampung tersebut. Memori bersama Tok Ba dan Tok Ma. Alangkah indah kalau boleh diulang semula. Kereta yang dipandu Megat memasuki halaman rumah Haji Tamrin dan Hajah Laila ataupun lebih dikenali sebagai Tok Ba dan Tok Ma oleh Ain.

Orang tua yang sedang duduk berehat dipangkin dihalaman rumahnya melihat ke arah kereta yang tidak dikenalinya memasuki halaman tersebut. Hajah Laila menepuk bahu suaminya sebagai tanda menyuruh suaminya memeriksa siapakah gerangan yang datang. Kereta yang dipandu Megat dihentikan betul-betul ditengah laman rumah. Ain  yang keluar dari dalam kereta tersebut mengejut pasangan suami isteri tersebut. Kehadiran Megat juga menjadi perhatian mereka.

"Tok Ba. Tok Ma. Daniel datang." Ain berjalan ke arah Tok Ba dan Tok Ma sambil mendukung Daniel.

"Ain. Ingatkan siapa yang datang tadi. Kenapa tak telefon cakap dah sampai kampung. Terkejut Tok Ma tengok kereta entah siapa punya datang ni tau. Alih-alih cucu Tok Ma yang datang." Hajah Laila memeluk Ain dan mendukung Daniel dalam tangannya.

Megat bersalaman dengan Haji Tamrin dah Hajah Laila dan memperkenalkan dirinya kepada kedua mereka.

"Buat apalah kita berdiri tengah laman ni. Mari kita ke dalam. Tok Ma dah masak special punya sempena cucu dia nak balik ni." Haji Tamrin kelihatan gembira sekali.

"Abang Ajinya, tolonglah budak Megat tu bawa beg mereka naik ke atas." Hajah Laila berkata sambil berjalan beriringan bersama cucunya.

Haji Tamrin menurut sahaja arahan isterinya. Jika tidak disuruh pun dia akan menolong. Dia faham sekali perasan Megat yang menjadi tunangan orang yang sudah mempunyai anak. Pasti banyak sekali beg-beg yang perlu diangkat untuk sepanjang mereka berada disitu. Haji Tamrin juga pernah mengalami perkara yang sama. Lebih-lebih lagi dirinya yang dikurniakan denga cahaya mata sebanyak tujuh orang hasil perkongsian hidupnya bersama Hajah Laila. Kadang-kadang dia dan isterinya terpaksa membawa lima buah beg sekiranya dia sekeluarga balik ke rumah keluarga masing-masing. Pengalaman.

Usai makan tengahari, Ain membantu Tok Manya memcuci pinggan di dapur sementara Megat menjaga Daniel dan duduk diruang tamu bersama Haji Tamrin.

"Kamu dah lama ke kenal dengan Ain?" Haji Tamrin mula bertanya. Matanya tidak beralih daripada melihat Daniel yang sedang duduk dipangkuannya.

"Lama tu taklah juga. Kenal-kenal macam tu je." Megat menjawab pertanyaan Haji Tamrin.

"Takpalah. Lepas kahwin nanti bolehlah berkenalan lagi. Atok pun dulu macam itu juga. Tak kenal dengan Tok Ma kamu. Alih-alih kahwin. Alhamdulillah, sampai sekarang masih bersama." Haji Tamrin menceritakan saat perkenalannya bersama Hajah Laila enam puluh lima tahun yang lalu.

"Amboi abangnya. Rancak benar bercerita. Cerita apa tu?" Hajah Tamrin mengambil alih Daniel dari tangan suaminya.

"Alah. Cerita kita zaman muda-muda dulu. Teringat dengan awak masa zaman mula-mula kita kahwin dulu." Haji Tamrin memandang isterinya.

"Apa pula yang dia cerita dengan Megat ni." Hajah Laila melihat suaminya yang tersenyum menyungging sambil menghirup kopi yang dihidangkan oleh Ain sebentar tadi.

"Tok Ba dengan Tok Ma nanti kemas-kemas barang ikut kami balik ya. Ada juga orang yang temankan kami balik sana nanti. Tak payahlah Tok Ba drive kereta sendiri." Ain memberi saranan.

"Yalah. Tok pun tak harapkan sangat Tok Ba kamu ni memandu lama-lama lagi. Dah tua katakan." Hajah Laila mengusap lengan suaminya.

"Siapa cakap saya dah tua. Kalau saya nak, boleh tambah satu lagi tau." Haji Tamrin bergurau dengan isterinya.

"Tambah apa? Tambah isteri. Cubalah kalau berani." Hajah Laila menjeling suaminya.

"Tambah anak. Tapi kalau awak izinkan. Apa salahnya." Gurauan Haji Tamrin mendatangkan tawa kepada mereka sekeluarga.

Ain meminta diri untuk menidurkan Daniel di dalam bilik. Megat masih tinggal diruangan rumah kampung Haji Tamrin dan Hajah Laila tersebut. Berbagai-bagai cerita mengenai Ain masa kecil dulu diceritakan oleh kedua orang tua itu. Megat tekun mendengar. Sesekali tertawa apabila kisah lucu diceritakan oleh Haji Tamrin yang gemar berseloroh. Ternyata keduanya sangat senang sekali dengan kehadiran Megat dirumah itu.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila suara orang memberi salam kedengaran dari tangga rumah tersebut. Megat pergi menjeguk tanpa dipinta.

Dilihatnya seorang lelaki yang mengenakan qurta berwarna biru dan berkain pelikat sambil menjinjing satu bungkusan ditangan kanannya. Wajahnya persis pelakon Korea iaitu Song Jong Ki yang membintangi drama Descandents Of The Sun. Lelaki itu sedikt terkejut apabila melihat Megat menyambutnya dimuka tangga tetapi pantas dia mengulas senyumnya kepada Megat.

"Waalaikummussalam. Nak jumpa Tok Ba ke?" Megat bertanya sambil menuruni anak tangga.

"Ah. Um." Lelaki itu seolah-olah tergagap menjawab pertanyaan Megat.

"Adam. Naik le. Buat apa terjegat dekat situ. Meh naik." Haji Tamrin yang muncul dimuka pintu menjemput lelaki yang dikenalinya sebagai Adam masuk ke rumahnya.

"Takpelah Tok Ba. Ni nak hantar pisang goreng ni. Tok Ma pesan tadi. Ni yang Adam datang hantar ni." Adam menyerahkan bungkusan tersebut kepada Haji Tamrin.

"Berapa harga dia?" Haji Tamrin sudah mengeluarkan dompet dari saku seluarnya.

"Takpe. Adam belanja. Saya balik dulu ya Tok Ba. Balik dulu." Adam menyalami Haji Tamrin dan Megat dan terus berjalan meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

"Siapa tu Tok Ba?" Megat sudah menaiki anak tangga sebanyak tujuh papan itu.

"Adam." Haji Tamrin menjawab pendek seraya memanggil isterinya untuk menyediakan minum petang.

Ain duduk ditepi pangkin sambil menikmati minum petang mereka. Jiwanya diusik kenangan lama. Dia sering duduk dipangkin tersebut pada waktu petang untuk belajar mengaji dengan Haji Tamrin sendiri.

"Siapa yang datang tadi Tok?" Soalan tersebut keluar dari mulutnya. Dia tidak sempat menjenguk kerana takut Daniel terbangun dari tidurnya.

"Adam." Haji Tamrin memandang wajah Ain sambil mengusap kepala Daniel yang dipangku oleh Megat disebelahnya.

"Adam yang mana satu pula ni Tok." Perasaan ingin tahu didalam dirinya membuak-buak. Tidak mungkin dia.

"Hai. Takkan dah lupa. Chris Adam. Bekas tunang kamu." Hajah Laila menyampuk.

Nama tersebut seakan panah yang menyusuk tepat ke jantungnya. Dia mengelamun seketika. Cuba memahami situasi tersebut. Apa tujuan lelaki itu datang ke mari. Apa niatnya.

"Dia buat apa dekat sini?" Ain melihat wajah Hajah Laila dan Haji Tamrin silih berganti.

"Dia duduk kampung ni. Mengajar budak-budak kampung ni bahasa inggeris dekat sekolah hujung kampung tu." Hajah Laila menjawab.

"Ain naik atas dulu." Ain meninggalkan pangkin tersebut dan masuk ke dalam rumah.

Pandangan Megat mengekori langkah Ain yang tergesa-gesa meninggalkan mereka. Bekas tunang. Persoalan tersebut berlegar dikepala Megat. Dia tidak pula berniat untuk bertanya kepada Haji Tamrin dan Hajah Laila mengenai perihal Adam. Biarlah. Nanti-nanti tahu juga. Dia terus melayan karenah Daniel.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku