Kupilih Hatimu
Bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1085

Bacaan






BAB 18

Megat ke surau kampung bersama Haji Tamri untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak setelah mereka makan malam. Mereka ke surau menaiki Vespa Haji Tamrin yang telah banyak berkhidmat kepada dirinya dan keluarga. Megat duduk dibelakang sementara Haji Tamrin yang membawa Vespa tersebut.

Usai solat Maghrib, para jemaah duduk berkumpul di saf paling dekat dengan kedudukan imam untuk mendengar kuliah antara Maghrib dan Isyak. Megat mengambil tempat disebelah Adam yang turut berjemaah bersama mereka. Lelaki itu nampak segak dengan jubah berwarna magenta. Kain pelikat disangkutnya dibahu bahagian kanan. Khusyuk sekali mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz Zulkifli.

"Tok balik dululah. Megat jalan kaki." Megat berdiri disamping Haji Tamrin yang sudah berada diatas Vespanya.

"Betul ni. Atok balik dulu. Jangan lama sangat merayap tu. Atok suruh kamu tidur dekat luar nanti." Haji Tamrin sempat berseloroh lalu meninggalkan Megat diperkarangan surau.

Megat masuk semula ke dalam surau. Dilihatnya Adam sedang melipat sejadah. Megat mengambil peluang itu untuk mendekati Adam. Selesai sahaja mereka melipat sejadah, keduanya meinggalkan surau tersebut bersama.

"Dah lama ke kau duduk dekat kampung ni?" Megat bertanya kepada Adam yang berjalan disampingnya.

"Adalah dalam lima bulan macam tu. Taklah lama juga. Tapi aku selalu balik kampung ni sebelum-sebelum ni." Adam melirik pandangannya kepada Megat.

"Kau putus dengan Ain kenapa?" Soalan yang dipendamnya dari tadi terpacul keluar dari mulutnya.

"Dah takde jodoh. Nak buat macam mana. Redho ajelah." Adam menundukkan pandangannya.

Megat seakan ingin membongkar lagi. Tetapi ditahannya dulu niat itu memandangkan dia sudah berada dijalan menuju ke rumah Haji Tamrin. Megat berhenti menapak dan menghulur salam kepada Adam.

"Balik dulu. Assalammualaikum." Megat tersenyum kepada Adam.

"Waalaikummussalam. Kirim salam dengan Tok Ba dengan Tok Ma ya." Adam berjalan meninggalkan Megat dipersimpangan tersebut. Batang tubuh itu akhirnya hilang ditelan kegelapan malam.

"Lewat balik." Ain menegur Megat yang sedang menutup pintu rumah tersebut.

"Jalan-jalan sekejap. Tengok bintang. Dekat bandar tak dapat nak buat macam tu selalu." Megat memberi alasan.

"Awak tu belum tidur buat apa lagi? Daniel dah tidur?" Megat duduk dikerusi bertentangan dengan Ain. Songkok dikepalanya dicabut dan diletakkan diatas meja.

"Dah. Nak tidur tadi. Tapi tengah ada cerita best dekat tv. Tu yang belum tidur lagi." Ain emnjawab sambil matanya tidak dialihkan dari skrin televisyen.

"Cerita apa?" Megat sudah berbaring dikerusi tersebut.

"Syurga yang tak dirindu. Sedih tau." Ain memberi komen pendek. Tidak mahu konsentrasinya diganggu oleh pertanyaan Megat.

"Esok bawak saya jalan-jalan ya. Naik vespa Tok Ba. Saya nak jugak tengok kampung awak ni." Megat melihat Ain yang sedang fokus melihat filem tersebut.

"Okey." Ain menjawab pendek.

PAGI itu kelihatan cerah sekali. Usai solat Subuh berjemaah, Ain membantu Tok Manya menyediakan nasi lemak untuk sarapan pagi mereka. Hajah Laila seakan tahu sahaja cucunya itu teringin merasai nasi lemak buatannya. Megat menyambung tidurnya bersama Daniel didalam bilik selepas solat Subuh pagi tadi. Memandangkan Ain sedang sibuk didapur, jadi dia mengambil alih tugas menjaga Daniel.

"Awak. Bangunlah. Sarapan." Ain tercegat dimuka pintu biliknya memanggil Megat.

"Ya Allah. Pukul berapa sekarang ni awak?" Megat mengesat-esat matanya.

"Pukul lapan." Ain menjawab.

"Ya Allah. Mana Daniel?" Megat mendapati Daniel tiada bersamanya lagi.

"Ni. Awak ni tidur, sampai tak sedar anak bangun." Ain meninggalkan Megat sambil mendukung Daniel menuju ke dapur.

"Nyenyak kamu tidur Megat." Haji Tamrin bersuara apabila Megat duduk di meja makan sebelah kanannya.

"Sorrylah Tok Ba. Terlajak. Suasana dekat kampung ni nyaman je awal pagi. Itu yang sampai terlajak tidur tu." Megat menghirup kopi yang dituang oleh Ain.

"Itulah yang buat kami ni terus tinggal dikampung ni. Kalau dekat bandar, mana nak dapat suasana macam ni." Hajah Laila menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan yang dihulurkan oleh Megat.

"Lepas ni ikut atok. Kita pegi lawat kandang lembu Tok. Lepas tu kita pegi mancing." Haji Tamrin memberi cadangan.

"Boleh. Takde masalah. Megat mandi dulu." Megat bangkit dari kerusinya.

"Bagi Daniel mandi sekali." Daniel sudah bertukar tangan dengan Megat.

Megat dibawa melawat ke kandang lembu milik Haji Tamrin. Beberapa orang pekerja Haji Tamrin menyapa Megat dan majikan mereka. Masing-masing tampak mesra. Megat menyimpan rasa kagumnya melihat kadang lembu milik Haji Tamrin itu. Keluasannya hampir menyamai padang bola sepak dan lembu-lembunya semuanya dijaga rapi. Megat sempat juga 'menyibukkan' dirinya membantu pekerja Haji Tamrin memberi lembunya makan sebelum mereka berangkat ke destinasi seterusnya.

Megat membawa dua buah batang joran sambil menyusuri denai mengekori Haji Tamrin dihadapannya. Langkah keduanya berhenti apabila keduanya tiba dibawah sebatang pokok yang dibina pangkin dibawahnya. Pangkin tersebut betul-betul bersebelahan dengan sungai sebesar tiga langkah besar kaki Megat.

Mata kail dilabuhkan dan masing-masing mengelamun seketika.

"Assalammualaikum." Satu suara menyapa mereka kedua dari belakang.

Kedua-duannya menoleh serentak.

"Waalaikummussalam. Kamu rupanya Adam." Haji Tamrin memandang Adam yang berdiri dibelakang mereka berdua.

"Kamu dari mana? Tiba-tiba muncul ni." Haji Tamrin bertanya kepada Adam yang sudah duduk dipangkin yang sama.

"Dari sekolah. Ada barang tertinggal. Tengok Tok Ba dengan Megat mancing dekat sini tadi, tu yang Adam datang singgah sekejap." Adam mengesat peluh didahinya.

"Elok benarlah kamu datang ni. Bolehlah makan tengahari sama-sama dengan kami lepas ni." Haji Tamrin mengeluarkan mata kail dari mulut ikan yang diperolehinya.

"Kalau macam tu, jomlah kita balik." Megat memberi cadangan.

"Balik buat apa. Nanti Tok Ma datang bawak makanan tengahari kita. Tadi Tok dah pesan dengan Tok Ma kamu. Ain pun datang jugak. Daniel pun ada sekali." Haji Tamrin menepuk paha Adam sambil ketawa kecil.

Adam tersenyum kelat. Ada sesuatu yang bermain dimindanya. Megat hanya memandang Adam dari sisi matanya. Hendak ditanya, Haji Tamrin turut ada. Nanti apa pula kata orang tua itu. Perasaan ingin tahunya diletak ke tepi.

Dari kejauhan Ain dan Hajah Laila yang sedang mendukung Daniel kelihatan berjalan menuju ke arah mereka. Ain menjinjit sebuah bakul ditangannya.

Jantungnya seakan direntap keras. Masa seakan terhenti seketika apabila melihat sosok tubuh Adam bersama mereka. Hendak berpatah balik takut dimarahi Tok Ba dan Tok Manya. Dia menggunakan alasan untuk tidak memalukan kedua orang tua itu supaya hatinya sedikit tenang.

"Banyak dapat ikan awak?" Ain sengaja tidak memandang ke arah Adam.

"Habis Tok Ba kebas. Saya dapat seekor je." Megat menunjukkan baldi yang berisi ikan.

Ain membantu Hajah Laila menghidangkan makanan tengahari mereka. Daniel pula diserahkan kepada Megat untuk dijaga. Adam melihat ke arah Daniel dengan mata yang tidak berkelip.

"Boleh aku pegang Daniel?" Adam meminta izin dari Megat.

"Boleh. Apa salahnya." Megat menyerahkan Daniel kepada Adam.

Ain berasa tidak senang dengan keadaan itu. Tetapi dipaksanya untuk menutupi rasa tidak senang itu. Dia terus menyedokkan nasi ke dalam pinggan untuk makan tengahari mereka. Adam lebih banyak mengambil peluang bermain bersama Daniel dipangkuannya. Anak itu yang sudah mula pandai berkomunikasi apabila ditanya membuatkan Adam tidak kering gusi dibuatnya.

Malam itu, Ain duduk dipangkin hadapan rumah tersebut. Duduk dipangkin itu mendatangkan pelbagai memori silam kepadanya. Zaman kanak-kanaknya yang banyak dihabiskan dikampung tersebut sebelum mereka sekeluarga berpindah ke bandar. Ain tersenyum sendiri mengenang masa lalu. Mengelamun sendiri dalam sepi malam itu hingga tidak sedar akan kehadiran Megat.

"Menung jauh nampak." Megat duduk disebelahnya.

"Awak ni. Terkejut saya." Ain tersenyum.

"Yalah. Saya datang pun awak tak perasan. Fikir apa banyak sangat tu. Fikir pasal Adam?" Megat sengaja bertanya. Itu sahaja peluangnya untuk bertanya hal tersebut kepada Ain.

"Mana ada." Ain cuba menyembunyikan perasaannya. Ternyata dia terkejut sekali dengan pertanyaan tersebut.

"Awak. Saya nak tanya ni. Apa hubungan Adam dengan Daniel?" Megat memandang ke langit bumi.

Ain terdiam sejenak. Memikirkan sesuatu.

"Dia ayah kandung Daniel." Ain menjawab segala persoalan yang bermain dibenak Megat selama ini.

"Jadi, bekas tunang awak, ayah Daniel. Macam mana tu?" Megat terkejut apabila mendengar kebenaran yang keluar dari mulut Ain.

"Nantilah saya cerita. Saya masuk dalam dulu. Nak tidur. Awak tu jangan tidur lewat sangat. Esok kena drive jauh." Ain sudah berjalan meninggalkan Megat.

Megat masih duduk dipangkin tersebut. Melihat batang tubuh bakal isterinya berjalan meninggalkan dirinya keseorangan disitu. Dia mendongok ke langit. Banyak lagi perkara mengenai bakal isterinya yang belum diketahui.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku