Kupilih Hatimu
Bab 19
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
720

Bacaan






BAB 19

Megat keluar dari biliknya sambil menjinjit beg ditangan kanannya. Diletakkan beg tersebut bersama beg Haji Tamrin dan Hajah Laila yang sudah berada dihadapan pintu rumah. Dia seperti mencari sesuatu. Dilihatnya kanan dan kiri. Dijenguknnya kepala keluar tingkap.

"Cari siapa tu Megat?" Hajah Laila keluar dari pintu dapur sambil mendukung Daniel ditangannya.

"Ain mana Tok Ma. Dari tadi tak nampak batang hidung dia." Megat duduk dikerusi berhadapan dengan pintu rumah tersebut.

"Oh. Ain dah keluar pagi-pagi lagi dah." Hajah Laila menjawab.

"Keluar? Pergi mana?" Megat memandang Hajah Laila.

"Jumpa orang katanya." Hajah Laila memberitahu.

"Jumpa siapa?" Megat bertanya lagi.

"Tak tahu jugaklah Tok. Ain tak cakap pula siapa." Hajah Laila cuba mengingat-ingat perilaku cucunya yang keluar awal pada pagi tadi.

Megat menjenguk keluar tingkap semula. Kalau-kalau Ain sudah pulang. Dari kejauhan kelihatan Vespa Haji Tamrin ditunggangi oleh bakal isterinya. Dia ketawa sendiri melihat situasi tersebut. Ini kali pertama dia melihat Ain menaiki motorsikal.

"Awak dari mana? Awal pagi dah hilang." Suara Megat kedengaran separuh menjerit dari atas.

Ain memandang Megat dari bawah. Tidak menjawab dan terus menaiki anak tangga. Megat memerhati tingkah laku Ain yang duduk bersebelahan dengan Hajah Laila.

"Saya keluar sekejap. Tengok-tengok kampung sebelum balik. Awak risau ye. So sweet." Ain tersenyum manis kepada Megat.

"Ya lah. Tiba-tiba hilang. Mana tak risau." Megat membantu Haji Tamrin membawa kotak yang dibawanya.

"Dah siap semua?" Hajah Laila bertanya kepada suaminya.

"Dah." Haji Tamrin menjawab pendek.

"Kalau macam tu boleh lah kita bertolak." Hajah Laila berkata.

Perjalanan dari kampung Parit Lama ke rumah keluarga Datuk Ahmad terasa begitu singkat. Ain lebih banyak mengelamun daripada bercakap. Seakan ada sesuatu mengganggu fikirannya. Dia hanya kan menjawab apabila ditanya. Selepas itu diam semula. Bak kata orang, ada tanya, ada jawabnya.

"Kamu kenapa Ain. Diam sahaja Tok tengok." Haji Tamrin menegur Ain yang menyertai mereka selepas membersihkan Daniel yang membuang air besar tadi.

"Takde apa-apa. Ain okey je." Ain menjawab.

"Kalau ada masalah. Cakap. Jangan pendam lama-lama." Haji Tamrin memberi nasihat.

Ain sekadar mengangguk. Tidak mahu meneruskan perbualan tersebut.

Mereka tiba di rumah Datuk Ahmad tepat pukul dua petang memandangkan mereka berhenti makan tengahari sebelum bertolak semula. Kalau tidak sebelum tengahari mereka sudah tiba disitu.

Aidil membantu Megat membawa barang-barang dari kampung masuk ke dalam rumah. Datuk Ahmad sudah membawa kedua-dua orang tuanya duduk bersama mereka diruang tamu. Masing-masing menyatakan rindu kerana lama sudah tidak bersua.

Ain membawa Daniel yang tertidur ke dalam biliknya. Selepas itu dia turun ke bawah semula untuk berkumpul bersama keluarganya.

"Macam mana dengan kampung. Okey?" Datin Natrah menepuk paha Ain yang mengambil tempat duduk disebelah.

"Okey. Takde masalah. Rasa tak nak balik pula bila balik kampung." Ain menguntum senyum.

"Mak. Abah. Duduk lama sikit ya. Sebulan dua ke?" Datin Natrah cuba memujuk bapa dan ibu mertuanya yang sering tidak betah duduk lama-lama dirumah mereka sekiranya ke situ.

"Kamu ni. Kalau duduk sebulan dekat sini, lembu dekat kampung tu siapa nak jaga. Ayam-ayam tu lagi siapa nak bagi makan." Hajah Laila seperti tidak mahu tinggal lama disitu.

"Mak ni pun. Apalah guna saya bayar pekerja-pekarja dekat kampung tu kalau mereka tak bekerja. Duduklah lama sikit. Cucu mak pun nak kahwin dah nanti." Giliran Datuk Ahmad membujuk kedua orang tuanya.

"Tengoklah." Hajah Laila menjawab pendek. Jika diikutkan hatinya, habis sahaja majlis Ain, dia dan suami akan pulang ke kampung. Ternyata hidup di bandar masih tidak sesuai dengan jiwa kampungnya itu.

Ain duduk ditepi kolam. Mengingati pertemuannya dengan Adam pagi tadi.

"You nak apa lagi?" Ain memandang Adam dihadapannya.

"I nak minta maaf atas apa i dah buat dengan you dan keluarga you. I tahu, kesalahan i ni memang tak dapat dimaafkan. Tapi, just give me a chance." Adam seakan merayu.

"What chance Chris? It's over. Takde apa lagi yang you boleh buat. Jiwa i memang dah betul-betul mati untuk you. Takde ruang lagi untuk you." Ain menjawab.

"Look. I tak minta apa-apa dari you. Cuma, please biar Daniel tahu siapa ayah dia. He need to know, Ain." Adam merayu kepadanya.

"I sangka, bila you tinggalkan i. Cerita kita dah habis. Happy. Tapi, you muncul balik. You nak apa sebenarnya?" Ain memandang ke dalam mata Adam.

"I tak minta apa-apa. Cuma beri i peluang untuk i kenal Daniel. Itu je." Adam menundukkan pandangannya.

"No." Ain menggelengkan kepalanya.

"Kalau you takde apa-apa lagi nak cakap, i nak balik. Diaorang mesti dah tunggu i sekarang." Ain menaiki vespa milik Haji Tamrin meninggalkan Adam ditepi bendang keseorangan.

Saat itu, jiwa Ain benar-benar remuk. Dia tidak mahu lagi berurusan dengan lelaki itu. Apalagi mengizinkan anaknya mengetahui kewujudan lelaki itu. Jiwanya benar dibaluti dengan kebencian tatkala melihat wajah lelaki itu.

Ain meraup wajahnya. Dia memandang langit bumi. Biru. Awan berarak perlahan.

"Menung apa tu?!" Megat menyendarkan Ain dari lamunannya.

"Awak ni. Kalau saya ada sakit jantung, dah lama saya mati tau." Ain memukul lengan Megat.

"Yalah. Dari pagi tadi saya tengok awak termenung je. Saya risaulah. Apa yang awak fikirkan? Cakaplah. Mana tahu saya boleh tolong." Megat memandang wajah Ain.

Ain terdiam sejenak sebelum berkata.

"Patut ke saya biarkan Daniel kenal siapa ayah dia?" Ain bertanya.

"Patutlah. Kita tak cakap pun, lambat laun dia tahu jugak. Manakan tidaknya, daddy ni, muka mat salleh, anak pulak muka Korea. Confuse anak kita nanti." Kenyataan Megat membuatkan Ain ketawa.

"Macam tulah ceria sikit. Ni tak menung manjang." Megat tersenyum melihat Ain kembali ceria.

"Awak ni. Tapi, saya tak boleh lah. Berat sangat rasa hati ni." Ain mengeluh perlahan.

"Awak. Kita ni hidup tak lama tau. Besar mana pun kesalahan Adam tu dengan awak, awak tak patut sembunyikan dia dari Daniel. He will grow up and will know the truth." Megat memberi nasihat.

"Ya. I khow about that. Saya cuba. Mana yang terbaik untuk Daniel, saya akan cuba terima." Ain menguntum senyum kepada bakal suaminya.

"Macam tu lah." Megat membalas senyum Ain.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku