Kupilih Hatimu
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
948

Bacaan






BAB 20

Para pekerja di hotel Pelita Putra sedang sibuk mengendalikan dewan yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan Ain dan Megat pada keesokkan harinya. Hampir sembilan puluh peratus sudah siap. Hanya tinggal untuk dekorasi pelamin yang memerlukan masa lebih sedikit untuk disediakan. Perancangan perkahwinan iaitu puan Narina sedang sibuk mengarahkan pekerjanya mengatur beratus-ratus kuntum ros putih yang akan digunakan untuk dekorasi pelamin dan majlis itu nanti.

"Hati-hati dengan hiasan untuk meja tetamu tu. Nanti jatuh." Puan Narina mengingatkan para perkerjanya.

AIN masih berada dirumah apabila Chris Adam datang ke rumah keluarganya. Kebetulan waktu itu Megat ada bersama kerana mereka akan ke hotel Pelita Putra pada sebelah petangnya.

"Assalammualaikum." Chris memberi salam kepada keluarga Datuk Ahmad yang kebetulan berkumpul diruang tamu pada waktu itu setelah dijemput masuk oleh Megat.

"Chris. Duduklah. Lama menghilang, hari ni baru nampak." Aidil berjabat tangan dengan Chris Adam.

"Maaflah. Mummy, Abah dan semua, sebab Chris pergi tanpa berita. Chris rasa bersalah sangat bila Chris tipu Ain." Chris menundukkan pandangannya. Terasa berat sekali kesalahan yang ditanggungnya.

"Jangan cakap macam tu. Benda dah berlaku, kita nak buat macam mana. Dahlah mummy tak suka kita semua bersedih dengan apa yang berlaku." Datin Natrah bersuara.

"Betul tu Chris. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita kena percaya benda tu." Giliran Datuk Ahmad pula yang bersuara.

Ain hanya diam membisu. Tidak berani mengeluar kata. Dia benar-benar cuba membuka pintu hatinya yang telah tertutup rapat untuk memaafkan lelaki itu.

"Apa sedih-sedih ni. Esok budak dua orang ni nak kahwin. Buat apa nak sedih. Sepatutnya kita gembira sekarang." Aidil memecah kesunyian sejenak itu.

Ain meninggalkan ruangan tamu. Seperti biasa dia akan duduk ditepi kolam jika resah memburu dirinya. Entah. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa tepi kolam itu tempat strategiknya untuk menghilangkan resah dihati.

"Ain." Chris berdiri disampingnya.

"Megat jemput you datang?" Tanya Ain.

"Ya. Dia nak i jadi antara pengapit untuk majlis korang nanti." Chris menjawab.

"Hmm..." Ain mengangguk perlahan kepalanya.

"I tak harap you maafkan i. Cuma kalau boleh, i nak Daniel kenal i sebagai ayah dia." Chris separuh merayu.

"I dah lama maafkan you. You boleh jumpa Daniel, bila-bila you nak. Daniel berhak tahu siapa ayah dia sebenarnya." Jawapan dari Ain membawa sinar dihati Chris Adam.

"Thanks Ain." Chris menguntum senyum kepadanya.

Petang itu, Ain dan Megat bersama-sama bertolak ke hotel Pelita Putra untuk mendaftar awal. Ini supaya, Hatta and the team tidak perlu menunggu mereka tiba pada esok hari di hotel tersebut. Lagipun mereka perlu memcuba pakaian mereka pada hari itu sebelum majlis pada keesokkan hari.

Setibanya di lobi hotel, puan Narina menyambut kedua-duanya. Ain dan Megat dijemput untuk melihat dekorasi dewan untuk majlis mereka pada keesokkannya. Ain dan Megat ternyata berpuas hati dengan khidmat perancangan perkahwinan yang telah diupah oleh Tengku Balqis untuk majlis mereka. Semuanya menetapi setiap kehendak mereka berdua.

Hatta sudah mula menyusun pakaian Megat dan Ain untuk majlis mereka esok. Ain akan bermalam di hotel tersebut manakala Megat akan berangkat dari rumah sebelum majlis akad nikah diadakan. Meja solek didalam bilik hotel tersebut sudah penuh dengan barang-barang solekkan Hatta.

"Baby you mana?" Hatta merujuk kepada Daniel.

"Tinggal dekat rumah. Esok dia datang dengan daddy dia." Ain memerhati tangannya yang sedang diinai oleh pekerja Hatta.

"I ingat dia datang. Kalau tak, bolehlah dia cuba baju dia ni." Hatta menunjukkan sepasang persalinan baju melayu untuk Daniel yang ditempah darinya.

"Comelnya. Bagi dekat daddy dia. Nanti dia bawa balik. Kejap i call dia sekejap. Ain membuat panggilan kepada Megat yang sedang berada di lobi hotel tersebut.

"Awak. Naik atas kejap. Ambil baju untuk esok." Ain berkata dan dijawab okey oleh Megat sebelum talian diputuskan.

Tidak lama selepas itu pintu bilik hotelnya diketuk. Megat muncul sambil menjinjit beg plastik ditangannya.

"Nah. Air." Megat meletakkan bungkusan plastik yang mengandungi beberapa tin air diatas meja.

"Saya nak juga lukis-lukis macam tu. Tapi nak dekat muka." Megat berseloroh.

"Awak ni. Tu baju awak dengan Daniel. Jangan lupa bawa balik." Ain mengingatkan.

"Okey bos." Megat mengenyit matanya kepada Ain.

Ain menghantar Megat ke lobi hotel apabila Megat hendak berangkat pulang. Sempat jua dia berpesan supaya menyiapkan Daniel dengan lebih awal. Kereta yang dipandu Megat meninggalkan lobi hotel dan menghilang apabila ia membelok memasuki jalan utama.

Ain tidak senang tidur pada malam itu. Manakan tidaknya, esok dia akan bergelar isteri orang. Tanggungjawabnya akan bertambah kerana sudah mempunyai suami. Dia harus bersedia. Insya Allah, semuanya baik-baik sahaja. Ain cuba menenangkan dirinya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku