Kupilih Hatimu
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
908

Bacaan






BAB 21

"Aku terima nikahnya Nurul Ain Binti Ahmad dengan mas kahwinnya tiga ratus lima puluh ringgit tunai." Megat memandang wajah Datuk Ahmad dihadapannya.

Dengan sekali lafaz, Nurul Ain Binti Ahmad sah menjadi milik kepada Tengku Megat Murshid Bin Tengku Megat Rais.

Mereka menadah kesyukuran apabila doa dibacakan oleh ustazah Mikael. Megat sempat menjeling ke arah Ain yang berada beberapa langkah disisinya. Dilihatnya Ain mengesat air mata yang jatuh tatkala lafaz akad nikahnya telah disahkan.

Disaat itu, Megat berjanji kepada dirinya bahawa dia akan menjaga sebaiknya wanita yang sudah bergelar isteri kepadanya. Megat mendekati Ain untuk menyarungkan cincin sebagai tanda bahawa dia sudah dimiliki. Ain menghulur tangan dan mencium tangan Megat setelah cincin tersarung dijarinya. Megat meletakkan tangannya dikepala Ain dan membacakan doa yang telah diajarkan ketika kursus kahwin mereka selepas akad nikah dijalankan.

Majlis perkahwinan antara Megat dan Ain mendapat litupan meluas seluruh negara kerana kedua-dua mereka orang yang sangat terkenal dalam industri fesyen. Jadi tidak hairanlah majlis ini adalah antara majlis perkahwinan yang paling dinantikan untuk tahun tersebut. Kebanyakkan stesen televisyen menyiarkan majlis perkahwinan tersebut disiaran televisyen mereka secara langsung.

Para ahli keluarga kedua-dua belah pihak nyata gembira dengan penyatuan kedua-dua mereka. Masing-masing mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai atas pernikahan tersebut.

Selesai majlis akad nikah, keduanya naik ke bilik mereka di hotel tersebut. Megat memimpin tangan Ain masuk ke dalam bilik.

Ain duduk di birai katil memerhati suaminya yang sudah menanggalkan persalinan yang dikenakan hingga hanya tinggal seluar melayu dan baju putih yang dipakainya.

"Awak tak panas ke?" Megat melihat ke arah Ain. Ada senyuman nakal terukir dibibirnya.

"Panas apa? Aircond bukan main kuat lagi dalam bilik ni." Ain sengaja berdalih.

"Awak malu ye." Megat duduk serapat yang mungkin dengan isterinya.

"Mana ada." Ain meletakkan kepalanya dibahu Megat.

Ain duduk dihadapan meja solek untuk menanggalkan solekkan yang dipakainya. Megat sudah berbaring menonton televisyen. Masing mengambil peluang untuk berehat sebelum majlis resepsi diadakan pada sebelah malamnya nanti. Ain menanggalkan tudung dikepala dan menguraikan rambutnya yang telah disanggulkan. Dia masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri dan menukar pakaiannya sebelum berbaring disebelah Megat. Dia masih ada rasa malu untuk menukar pakaian dihadapan suaminya.

"Tengok cerita apa tu?" Ain memeluk tubuh Megat disisnya.

"Tengok Spongebob Squarepants." Megat melihat wajah isterinya. Dibelainya perlahan rambut isterinya itu.

"Cantiknya bini aku." Megat bermonolog sendiri.

"Dah besar pun masih tengok cerita kartun." Ain ketawa kecil.

"Daniel yang ajar. Hari-hari tengok cerita kartun. Sampai telefon saya pun dah penuh dengan cerita kartun." Megat berkata.

"Nak sangat kahwin dengan saya. Kena terima anak saya sekali." Ain senyum kepada Megat.

"Sayang." Megat bersuara manja memanggil Ain.

"Ya." Ain melirik senyum.

"Masih banyak masa lagikan sebelum majlis malam nanti kan. Apa kata kita beribadah sekejap." Megat tersenyum nakal.

Ain yang mengerti maksud suaminya hanya mengangguk perlahan.

AIN sempat melirik ke arah Chris Adam yang sibuk melayan Daniel di meja keluarganya ketika dia dan Megat berjalan menuju ke pelamin. Tampak mesra sekali keduanya. Orang tua Chris juga turut hadir bersama adik perempuannya iaitu Raini.

Majlis merenjis air mawar diadakan. Daniel turut duduk bersama keduanya diatas pelamin. Anak itu ketawa dengan gembiranya apabila renjisan air mawar terkena kepadanya. Chris turut merenjis air mawar kepada kedua mempelai. Sempat juga dia berpesan kepada Megat supaya menjaga Ain dengan sebaiknya.

Ain dan Megat menghantar keluarganya termasuk Daniel dilobi hotel setelah majlis tamat. Nampak penat benar anaknya itu kerana telah tertidur sewaktu majlis itu masih berjalan. Megat menyalami Aidil dan ketawa apabila Aidil membisik sesuatu ke telinganya.

"Abang Dil cakap apa tadi?" Ain bertanya setelah keluarganya berangkat pulang.

"Mesti ada apa-apa ni." Ain memegang tangan suaminya.

"Mana ada." Megat sudah membuka pintu bilik mereka.

Ain membersihkan dirinya untuk menghilangkan penat seharian itu setelah Megat keluar dari bilik mandi. Ain mengenakan baju tidur berwarna merah yang dihadiahkan oleh ibunya.

Megat melihat Ain dan menepuk-nepuk ruang kosong diatas tilam sebelahnya tanda menyuruh Ain menyertainya. Ain berbaring dilengan Megat. Memeluknya erat.

"Sayang. Awak nak tahu tak abang Dil bisik apa dengan saya tadi." Megat memandang wajah isterinya dekat-dekat.

"Apa dia?" Ain melihat Megat.

"Dia cakap, cepat sikit buat adik Daniel. Kesian Daniel asyik main sorang-sorang je." Megat tersenyum nakal.

"Awak ni." Ain mencubit manja pinggang suaminya.

Lampu bilik dipadamkan dan pelayaran mereka bermula sekali lagi. Bersamalah keduanya dibawah rahmat yang Maha Pencipta. Moga terhasillah benih soleh dan solehah dari keduanya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku