Kupilih Hatimu
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
838

Bacaan






BAB 22

Sudah genap seminggu Megat dan Ain bergelar pasangan suami isteri. Hari itu mereka meluangkan masa bersama ibu bapa Megat. Kebetulan pada waktu itu, adik beradik Megat kesemuannya ada di rumah tersebut. Jadi, Ain boleh berkenalan dengan mereka. Daniel pula lebih banyak meluangkan masa bersama auntie Melissanya. Rapat benar kedua mereka.

"Akak ada dengar tak cerita pasal Sofea?" Tengku Melissa bertanya kepada Ain.

Ain mengerut dahinya. Setahunya, nama Sofea tidak pernah lagi meniti bibirnya mahupun Megat lagi. Dia menggelengkan kepalanya sebagai tanda menjawab pertanyaan Tengku Melissa.

"Mel dengar, dia masuk hospital mental. Tekanan perasaan." Tengku Melissa mula bercerita.

"Sofea perempuan yang menggedik dengan Megat tu ya?" Tengku Aisyah iaitu anak kedua Tengku Balqis dan Tengku Rais menyampuk perbualan mereka.

"Siapa lagi. Family dia ingat nak soroklah perkara tu dari orang but kawan Mel yang kerja dekat situ ternampak file case dia. Dia WhatsApp terus dengan Mel pasal si Sofea tu."Tengku Melissa memberitahu.

"Kesian. Muda-muda lagi dah gila. Bukan ke budak tu mengandung ke sekarang ni. Kesian baby tu. Dahlah tak berbapa, maknya gila pula." Tengku Aisyah menggeleng kepalanya.

"Hukum karma kot." Tengku Melissa memberi komen.

Ain hanya mendengar cerita itu. Tidak mahu menambah ataupun memberi pendapat. Ada juga terbit rasa simpati dirinya terhadap Sofea. Tapi dia tidak bisa melawan takdir yang telah ditentukan untuk Sofea.

Megat duduk disampingnya selepas menyerahkan botol susu Daniel kepada Tengku Melissa yang sedang mengajar Daniel berjalan.

"Borak apa tadi?" Megat memgenggam tangan isterinya.

"Pasal Sofea." Tengku Aisyah menjawab pertanyaan Megat mewakili Ain.

"Dah kenapa borak pasal dia. Dah takde topik lain dah." Megat kelihatan tidak senang sekali apabila nama Sofea disebut oleh adiknya.

"Cerita orang perempuan je. Janganlah marah." Ain menguntum senyum kepada suaminya.

"Bonda suruh bermalam. Barang-barang Daniel semua cukupkan? Abang nak balik rumah sekejap. Nak ambil barang." Megat bertanya kepada isterinya.

"Baju dia ada. Tolong bawa baby cracker Daniel ya." Ain menjawab.

AIN sedang menidurkan Daniel apabila Megat masuk ke dalam bilik untuk mendapatkannya. Dirangkulnya kemas pinggang isterinya itu.

"Sayang. Bonda nak jumpa dengan kita." Kata Megat separuh berbisik takut-takut suaranya membangunkan Daniel yang sudah mula terlelap.

"Kejap-kejap. Suruh Daniel nyenyak dulu baru sayang turun bawah." Ain menepuk-nepuk perlahan perut Daniel.

Lima minit selepas itu, Ain sudah turun ke bawah untuk menyertai keluarga Megat yang sedang berkumpul dihadapan televisyen. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan suaminya.

"Ain. Daniel dah tidur?" Tengku Balqis bertanya perihal cucunya itu.

"Dah bonda." Ain menjawab.

"Ni. Bonda nak tanya. Kamu berdua bila hendak pergi honeymoon? Patutnya sekarang ni kamu berdua dah pergi honeymoon tau." Tengku Balqis menyatakan tujuan sebenarnya memanggil anak dan menantunya itu.

"Sabarlah. Lagipun Megat masih sibuklah sekarang ni bonda." Megat memandang Tengku Balqis.

"Sibuk apanya. Takkan kamu nak tunggu Ain dah sarat mengandung baru kamu nak bawa dia pergi honeymoon. Masa tu bonda tak benarkan lagi." Tengku Balqis seakan protes dengan jawapan Megat.

"Honeymoon tu bila-bila boleh pergi. Kan sayang?" Megat meminta sokongan dari isterinya.

"Takpelah bonda. Abang Megat tengah sibuk sekarang ni. Nanti lepas habis semua kerja tu, kami pergilah honeymoon." Ain cuba meredakan perasaan Tengku Balqis yang tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya.

"No. No. Kena pergi honeymoon juga. Pergi honeymoon sebelum dan selepas ada anak lain tau. Masa inilah kamu berdua spent time berdua aje. Dah ada anak nanti mana ada dapat berdua lagi." Tengku Balqis terus membantah.

"Bonda lupa ke yang kami ini dah ada Daniel." Megat cuba mengingatkan Tengku Balqis.

"Daniel tu boleh tinggal dengan bonda. Nanti bonda jaga dia masa kamu pergi honeymoon." Tengku Balqis memberi cadangan.

Megat dan Ain sama-sama tersenyum.

"Pergilah Paris ke, London ke." Tengku Balqis menambah lagi.

"Tengoklah." Megat sudah menarik tangan Ain untuk naik ke atas.

"Hei. Bonda belum habis cakap lagi." Suara Tengku Balqis kedengaran separuh menjerit.

"Kami nak pergi honeymoon ni." Megat menjawab dari atas tangga sebelum keduanya melangkah masuk ke dalam bilik.

"Awak ni. Sibuk sangat dengan hal budak-budak tu." Tengku Rais bersuara.

"Saya concern je." Tengku Balqis memeluk bantal kecil dan mengalihkan pandanganya kepada skrin televisyen.

Ain duduk dibirai katil setelah menjenguk Daniel didalam tempat tidurnya.

"Sayang. Buat apa duduk situ. Meh lah baring sebelah abang." Megat memanggil isterinya.

Ain mengambil alat kawalan jauh untuk televisyen lalu mengambil tempat disebelah Megat. Dibukanya televisyen tersebut untuk melihat drama korea kegemarannya iaitu drama bersiri Goblin yang dirakamnya petang tadi. Megat turut serta mengikuti perkembangan drama tersebut setelah berkahwin dengan Ain.

"Sayang." Megat memanggil isterinya.

"Ya." Ain menjawab sambil matanya masih fokus kepada aktor kegemarannya iaitu Lee Dong Wook yang turut membintangi drama tersebut.

"Apa kata kita pergi honeymoon dekat Korea." Megat berkata.

Ain bingkas bangun dari pembaringannya. Di pandangnya wajah Megat dengan mata membuntang teruja. Megat yang melihat perilaku isterinya itu ketawa kecil.

"Betul ke?" Ain meminta kepastian.

"Betullah. Takkan saya nak tipu. Nanti dapatlah awak jumpa Lee Dong Wook awak tu." Megat menggeleng kepalanya. Dia ketawa kecil.

"Ahh... Excitednya." Ain memeluk tubuh Megat yag sudah duduk berlunjur disisinya.

"Tak payahlah excited macam ni sangat. Pergi honeymoon je pun. Bukannya tinggal sana terus." Megat berkata.

"I love you abang." Ain mengucup pipi suaminya.

"Hai. Nak pergi honeymoon dekat Korea baru nak i love you." Megat mengusik isterinya.

"Awak ni. Tak baik tau." Ain pura-pura merajuk.

"Okeylah. Okeylah. I love you too jugak." Megat menarik Ain dalam pelukkannya.

"Excited ya nak jumpa Dong Wook awak tu." Megat mengusik lagi.

"Mestilah." Ain membalas semula.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku