Kupilih Hatimu
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
747

Bacaan






BAB 23

Ain mengeluarkan pakaiannya dari dalam almari pakaian. Megat turut membantu dengan mengemaskan pakaian dan barang-barang Daniel untuk dibawa ke rumahnya nanti. Memandang Ain sudah berkahwinan dengannya, jadi rumah yang dibeli khas untuk bakal isterinya akan didiami oleh mereka. Rumah Ain akan didiami oleh Aidil seperti yang telah dipersetujui oleh mereka dalam keputusan yang telah diambil.

Pada mulanya Megat mencadangkan agar dijual sahaja rumah itu atau disewakan tapi Ain tidak mahu berbuat demikian. Manakan tidaknya, itulah rumah yang dibelinya hasil dari titik peluhnya bekerja selama ini. Sayang pula kalau dibiarkan ia dijaga oleh orang luar. Jadi Ain meminta Aidil menjaganya memandangkan hanya Aidil sahaja masih tinggal bersama ibu bapanya dan belum lagi punya rumah sendiri.

Dalam pada masa Megat mengeluarkan pakaian Daniel dari almari, dia menarik keluar sepasang gaun dari almari Daniel.

"Sayang. Daniel pakai gaun ke?" Megat menunjukkan gaun ditangannya kepada Ain.

"Mana? Oh. Gaun ni. Orang bagi. Tapi entah tak tahu siapa." Ain meneruskan kerjanya.

Megat kelihatan sedang mengingati sesuatu. Dilihatnya gaun bayi yang berada ditangannya.

"Ah. Baru saya ingat. Ni gaun yang saya hantar dengan awak." Megat baru teringat.

"Awak yang hantar. Jadi awaklah pengirim misteri tu." Ain duduk bersimpuh disebelah Megat. Sekejap sahaja gaun bayi ditangan Megat sudah bertukar tangan.

"Awak ingat masa awak gaduh dengan Sofea hari tu. Lepas je awak balik, saya terus tinggalkan Sofea. Saya ingatkan nak minta maaf dengan awak. Tapi tengok-tengok awak dah balik dah." Megat mula bercerita.

"Lepas tu. Apa yang jadi?" Ain ingin mengetahui kisah selanjutnya.

"Saya telefonlah Idris suruh beli bunga dan hadiah untuk Daniel, untuk awak. Bila Idris tanya Daniel tu lelaki ke perempuan, saya manalah tahu masa tu Daniel lelaki ke perempuan. Saya suruhlah Idris beli kedua-duanya sekali. Tak sangka pula boleh jumpa balik." Megat melipat kembali gaun tersebut.

"Kalau ya pun nak hantar hadiah, tulislah nama dekat kad tu. Bolehlah saya ucap terima kasih." Ain menolong Megat mengeluarkan pakaian Daniel.

Megat hanya ketawa.

Siapa sangka Ain sekarang sudah menjadi miliknya. Itulah yang dikatakan jodoh tak ke mana.

AIN keluar dari bilik tidurnya untuk mendapatkan Megat yang berada di ruang tamu. Setibanya disana, Ain mendapati suaminya sedang menonton drama Goblin yang tidak sempat dilihatnya sebelum ini. Ain mengambil tempat bersebelahan Megat. Megat yang melihat isterinya sudah duduk bersebelahan, cepat-cepat merebahkan diri dan kepalanya diletakkan dipaha Ain. Baginya, peluang berdua-duan seperti ini seharusnya tidak disia-siakan. Ini sahaja masanya untuk bermanja dengan Ain. Jika Daniel masih bangun dan belum tidur, tidak adalah peluangnya untuk berbuat demikian. Ain mengusap lembut rambut suaminya.

"Ni dah kenapa ni? Nak bermanja pula." Ain ketawa kecil.

"Yalah. Asyik Daniel je kena manja. Daddy dia bila lagi." Megat mengambil tangan isterinya dan dikucup perlahan.

"Dah awak kahwin dengan perempuan ada anak. Kenalah beralah dengan anak dia. Kalau nak kena manja lebih-lebih, pergilah kahwin dengan perempuan yang takda anak." Ain berkata.

"Jadi awak izinkan saya kawin lagilah ni?" Megat mula mengusik Ain.

"Jangan nak gatal." Ain menarik telinga Megat dipangkuannya.

"Aduh. Sakitlah sayang." Megat menggosok-gosok telingannya yang ditarik oleh Ain.

"Gatal lagi." Ain berkata.

Keduanya kembali diam seketika. Masing-masing fokus dengan drama Korea yang ditonton.

"Sayang." Megat memecah kesunyian antara mereka.

"Em..." Ain memberi isyarat bertanya kenapa.

"Sayang tak nak berhenti kerja ke?" Megat mula bertanya.

"Berhenti. Kenapa pula sayang nak berhenti?" Ain berasa pelik dengan pertanyaan Megat.

"Ya lah. Abang kerja, sayang pun kerja. Sayang pula kena kerja double. Nak jaga Daniel lagi. Nak masak lagi untuk abang dan Daniel. Mana dengan kerja lagi. Mana dengan keluarga lagi." Megat mula membuka mukadimah memujuk Ain.

"Ain okeylah. Takde masalah. Lagipun Ain kerja dari rumah. Bukan duduk pejabat pun. Sekali sekala ja, pergi pejabat." Ain berkata kepada suaminya yang sudah berada didalam posisi duduk disebelahnya.

"Sekarang ni memang tak penat. Tapi kalau Ain mengandung nanti. Kita dah ada anak dua tiga orang. Macam mana." Megat menatap wajah isterinya.

"Awalnya dah rancang berapa orang anak." Ain mengangkat kedua-dua keningnya.

"Yalah. Abang risau je dengan isteri abang. Nanti apa yang mummy cakap kalau tengok anak dia penat sebab kena uruskan banyak benda." Megat mengusap rambut ikal Ain.

"Ain okey. Tapi, kalau Ain mengandung nanti. Ain fikir-fikirkan." Ain memberi cadangan.

"Fikir apa lagi." Megat seakan membantah.

"Abang. Syarikat tu, ibarat nyawa sayang tau. Takkan sayang nak tutup macam tu je." Ain berkata.

"Abang tak suruh sayang tutup. Abang suruh sayang berhenti kerja." Ain menjelaskan lagi.

"Sama je kan. Berhenti dengan tutup." Tidak mahu beralah.

"Maksud abang. Sayang berhentilah. Syarikat tu serahlah dengan siapa-siapa untuk uruskan. Macam Aryana. Aryanakan ada." Megat membuat cadangan.

"Sekarang ni boleh lah Aryana uruskan, kalau dia dah kahwin nanti, dah ada anak. Macam mana? Nak bagi dekat sapa lagi?" Ain berkata.

Ain diam. Dipandang wajah Megat dalam-dalam.

"Let me think first." Ain memberi kata putus.

"Jangan lama sangat fikir tu." Megat melihat isterinya.

"Dah. Tutup tv tu. Jom." Megat berdiri.

"Pergi mana?" Ain bertanya.

"Buat ibadahlah." Megat menggerak-gerakkan keningnya ke atas dan ke bawah.

"Tak nak." Ain menyandarkan dirinya disofa.

"Jomlah..." Megat memujuk lagi.

Ain hanya tersenyum dan keduanya melangkah masuk ke dalam bilik.

Apabila keduanya melangkah masuk ke dalam bilik dilihatnya Daniel sudah bangun. Ketawa pula bila melihat keduanya.

"Daniel ni kacau betullah daddy nak bermesra dengna mummy." Megat memalingkan tubuhnya ke arah Daniel dan Ain.

"Nasib baik dia tak nangis bila tengok kita takda dalam bilik." Ain sudah duduk diatas tilam membawa Daniel

Megat memandang keduanya.

"Batallah program ibadah malam ni sayang." Megat mengusap rambut Daniel yang sedang tertiarap antara Ain dan dirinya.

"Macam tulah." Ain ketawa apabila melihat wajah kecewa suaminya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku