Kupilih Hatimu
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
965

Bacaan






BAB 24

Majlis doa selamat dan bacaaan Yassin telah diadakan dirumah baru Megat dan Ain. Majlis tersebut diadakan selepas solat Isyak dan dihadiri oleh jemaah surau dan keluarga kedua-dua belah pihak. Ain sedari tadi sibuk dibahagian dapur rumahnya. Dirinya bernasib baik kerana ahli keluarganya tiba awal terutama sekali abang-abangnya yang datang awal untuk membantu menyediakan hidangan kepada tetamu. Ain mengeluarkan beberapa keping pinggan dan diletakkan diatas meja.

"Bonda dan walid belum datang lagi ke bang?" Ain bertanya kepada Megat apabila Megat muncul diruangan dapur sambil menggendong Megat.

"Belum. Tadi abang ada call. Bonda cakap tengah on the way. Kejap lagi sampailah tu." Megat mengambil botol susu Daniel dari tangan isterinya.

"Okey." Ain meneruskan kerja-kerjanya.

Selang beberapa ketika, keluarga Megat tiba. Tengku Balqis terus ke dapur mendapatkan anak menantunya.

"Ain. Maaflah bonda lambat sikit. Ni ha. Kena tunggu si Sara ni. Nak ikut juga." Tengku Balqis memberitahu.

"Ni lah isteri abang Megat tu ya bonda." Sara menundingkan jarinya ke arah Ain. Ada riak kurang senang diwajahnya.

"Sara!" Tengku Balqis menegur Sara.

"Oh. By the way. I Tengku Zarina Sara." Sara memperkenalkan dirinya.

"Ain." Ain menghulurkan tangannya tanda perkenalan tetapi tidak disambut oleh Sara.

"Apa-apalah. Bonda. Sara nak jumpa abang Megat." Sara meninggalkan ruangan dapur untuk mencari Megat.

"Ain jangan ambil hati ya. Sara tu baik sebenarnya. Nanti dah kenal lama tu. Okeylah dia." Tengku Balqis menepuk perlahan lengan Ain. Takut menantunya berkecil ahti dengan perangai Sarra.

Ain hanya tersenyum. Dilihatnya Sara sedang berbual mesra bersama suami. Mesra sekali Sara berbual bersama Megat. Tidak seperti sikap dinginnya melayan Ain tadi.

Tengku Balqis duduk berbual bersama Datin Natrah. Megat masih lagi melayan tetamu yang datang. Daniel masih lagi dibawah jagaan Megat. Sara. Entah ke mana perginya. Dari tadi tidak kelihatan. Ain tidak ambil kisah. Malas hendak ambil tahu perihal Sara itu.

Tidak lama kemudian, majlis tersebut tamat dan tetamu beransur pulang. Ain memulakan tugasnya untuk membersihkan pinggan-pinggan kotor bersama Tengku Melissa yang juga hadir dimajlis itu nanti.

"Sayang. Cuba rasa kepala Daniel. Panaslah." Megat berdiri disamping Ain.

Ain meletakkan tapak tangannya didahi Daniel.

"Panasnya. Mata Daniel pun merah. Daniel demam ni." Muka Ain kelihatan risau.

"Kita bawa Daniel pergi klinik lah sekarang. Risau saya." Megat memberi cadangan.

"Kenapa ni." Kak Yati masuk ke dapur sambil membawa beberapa pinggan kotor dari luar.

"Daniel demam. Kitaorang nak bawa dia pergi klinik." Ain memberitahu.

"Pergilah. Nanti akak sambung kerja tu." Kak Yati menawar diri.

"Sayang naik atas dulu. Nak ambil kad klinik Daniel. Abang tunggu dekat kereta." Ain menaiki tangga menuju ke bilik.

Selang beberapa minit kemudian, Ain dan Megat sudah berada diklinik yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

"Sayang tunggu sekejap. Abang pergi bayar bil." Megat meninggalkan Ain didalam kereta.

Kebetulan waktu itu Megat tertinggal telefonnya ditempat duduk pemandu ketika ia berdering. Ain mengambil telefon itu. Dilihatnya pada skrin telefon ada pesanan ringkas yang masuk. Dibukanya.

"Abang Megat sayang. Sara rindu dengan abang." Ain membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Sara.

"Ini sudah lebih ni." Ain meletakkan kembali telefon Megat ke temapat asal apabila melihat Megat keluar dari klinik tersebut.

Megat masuk dan terus memandu tanpa melihat telefon bimbitnya. Ain hanya duduk terdiam sambil memangku Daniel yang tertidur setelah diberi suntikkan sebentar tadi. Ain sebenarnya sedang panas hati apabila membaca pesanan dari Sara didalam telefon bimbit Megat.

Tidak lama selepas itu, mereka tiba dirumah. Aidil dan Asraf masih ada dirumah tersebut menunggu mereka. Ain masuk ke dalam rumah untuk meletakkan Daniel diatas tilamnya manakala Megat duduk diluar untuk berbual bersama Aidil dan Asraf.

Ain membersihkan dirinya. Apabila dia keluar dari bilik air, dilihatnya Megat sudah berada didalam bilik.

"Abang Dil dan Abang Asraf dah balik?" Ain bertanya kepada Megat.

"Dah." Megat menjawab pendek lalu naik ke katil mereka selepas menjenguk Daniel yang diletakkan didalam 'baby crib' nya.

Ain mengeringkan rambutnya yang basah mengunakan sehelai tuala dan mengambil tempat disisi suaminya.

"Ni buat muka tak puas hati ni kenapa?" Megat seperti perasan sesuatu perubahan berlaku kepada riak wajah isterinya.

"Ni mesti dah baca mesej dalam telefon saya tadikan." Megat bertanya lagi.

"Siapa Sara tu dengan abang?" Ain akhirnya bertanya.

"Jangan layan sangatlah Sara tu. Dia tu anak angkat bonda dan walid. Perangai dia memang macam tu. Jangan ambil hati sangatlah." Megat memberi penerangan kepada Ain.

"Abang pun layanlah." Ain membuka televisyen dan tidak mengendahkan suaminya.

"Layan Goblin dengan sayang lagi best." Megat menarik-narik lengan baju tidur isterinya. Cuba mengambil hati isterinya kembali.

"Tak nak." Ain pura-pura merajuk.

"Janganlah merajuk. Nanti cancel honeymoon pergi Korea nanti." Megat cuba mengugut.

"Cuba. Kalau berani." Ain membalas kembali.

"Tidur atas sofa nanti." Ain menambah.

"Ngantuknya. Abang nak tidurlah." Megat pura-pura mengantuk dan menarik selimutnya.

"Tau takut." Ain disebelahnya ketawa kecil.

"Bukan takut. Tak nak tidur atas sofa." Megat menjawab.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku