Kupilih Hatimu
Bab 25
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
830

Bacaan






BAB 25

Ain membelek-belek beberapa helai baju kot sebelum diletakkan dalam bakul yang dibawanya. Megat hanya mengiringi Ain semasa mereka keluar membeli belah baju kot yang akan digunakan semasa mereka berbulan madu nanti. Memandang mereka pergi ke sana pada penghujung bulan November, jadi semestinya waktu itu musim sejuk sudah menjengah negara tersebut. Megat hanya mengangguk sahaja setiap pakaian yang dipilih oleh isterinya. Baginya, Ain lebih tahu apa yang patut dipakai semasa di sana nanti.

Selesai sahaja membeli-belah, Ain dan Megat terus balik ke rumah keluarga Megat untuk makan tengahari. Memandangkan Tengku Melissa akan pulang ke London pada keesokkan harinya, Ain dan Megat bersetuju untuk ke sana sebelum menemui Daniel yang ditinggalkan di rumah ibu bapa Ain.

"Assalammualaikum." Ain dan Megat melangkah ke dalam rumah serentak.

Ain mendapatkan Tengku Melissa yang berada diruang tamu dan menyerahkan kotak hadiah kepada Tengku Melissa.

"Apa ni? Thank you." Tengku Melissa kelihatan gembira menerima hadiah dari Ain dan abangnya.

"Sama-sama." Ain menjawab.

Sara yang kebetulan berada dirumah tersebut cepat-cepat mendapatkan Megat. Ditariknya Megat untuk berbicara diluar rumah. Ain sempat melihat. Dia kembali berbual bersama Tengku Melissa. Tapi dalam masa yang sama, dia menunggu kelibat suaminya masuk ke dalam kembali. Masih tidak ada. Mengada betul Sara ni. Hati Ain tidak berasa senang dengan keadaan itu.

"Tengok apa tu?" Tengku Melissa menyedari Ain yang kelihatan tertinjau-tinjau.

"Ah. Takde apa-apa." Ain cuba menyembunyikan perasaannya.

Tidak lama kemudian, mereka sudah menikmati makan tengahari bersama. Ain kelihatan menyampah melihat wajah Sara yang duduk berdepan dengannya. Kalau ikutkan hati, nak saja dia baling sudu ke muka Sara yang bercakap kepada suaminya seolah-olah ingin menggoda Megat. Dengan badan yang diliuk-liukkan menambahkan lagi panas dihati Ain.

"Bila kamu berdua pergi honeymoon?" Tengku Balqis bertanya kepada Ain dan Megat..

"Dua minggu lagi." Megat menjawab. Tangannya mencari lengan Ain untuk dirangkul. Terserlah kemanjaan Megat kepada Ain dihadapan keluarganya.

"Malulah orang tengok." Ain cuba menolak Megat. Tetapi Megat tidak beralah.

Sara yang melihat aksi itu panas hati. Dia memalingkan mukanya.

"Korang pergi mana?" Tengku Melissa bertanya.

"Korea." Ain menjawab.

"Korea! Nak ikut." Sara iba-tiba bersuara.

"Ada ke nak ikut orang pergi honeymoon." Tengku Balqis berkata.

"Apa salahnya. Bolehkan abang?" Sara bertanya kepada Megat.

"Mana boleh. Kurang tabiat ke apa? Orang nak pergi honeymoon berdua aja. Buat apa hendak bawa kamu." Megat berkata.

Ain senyum mengejek. Puas hati dapat melihat wajah masam mencuka Sara apabila suaminya berkata begitu. Padan muka kau perempuan.

Sara yang menyedari Ain sedang tersenyum kepadanya menarik muka masam. Rasa sakit dihatinya membara-bara.

"Sekarang ni kau menang. Nantilah kau perempuan. Abang Megat aku yang punya." Sara bermonolog sendiri.

Ain dan Megat berangkat pulang pada sebelah petang. Sara sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin malu dengan peristiwa tadi. Ain tidak peduli. Dia sudah cukup gembira melihat muka masam mencuka Sara tadi.

AIN menguruskan Daniel yang baru sahaja membuang air. Megat sudah terlentang diatas tilam. Sesekali dia ketawa melihat rancangan Running Man yang ditontonnya. Nampaknya pengaruh gila Korea Ain sudah menjangkiti suaminya. Kalau dulu, Megat tidak pernah melihat rancangan dari Korea apatah lagi mengikutinya. Tetapi setelah berkahwin, dia banyak mengikuti perkembangan drama-drama yang ditonton isterinya. Kuat pengaruhnya disitu.

Ain membawa Daniel naik ke atas tilam. Dibaringnya Daniel disebelah Megat. Patung arnab kesayangan Daniel diberi kepada anaknya. Megat mengiringkan tubuhnya untuk memeluk Daniel.

"Anak daddy belum tidur ni kenapa?" Megat menggeletek Daniel.

"Entah. Bersemangat betul dia malam. Kalau time-time macam ni dah tidur dah." Ain mendirikan Daniel. Diduduknya Daniel atas perut Megat.

"Abang." Ain membuka mukadimah perbualannya.

"Apa dia?" Megat memalingkan mukanya sekejap lalu berpaling semula ke skrin televisyen.

"Saya tak sukalah dengan Sara." Ain mengusap rambut Daniel.

"Dah kenapa pula." Megat berkata.

"Yalah. Abang tak perasan ke dia cuba nak goda abang. Rasa nak baling je kasut dekat muka dia tu." Ain terus meluahkan perasaan tidak puas hatinya.

"Dah Sara tu macam. Nak buat macam mana. Kan abang dah cakap, jangan ambil hati." Megat cuba meredakan kemarahan isterinya.

"Yalah tu. Tadi dia tarik abang masa dekat rumah bonda tadi kenapa?" Ain bertanya lagi.

"Nak tanya pasal Daniel." Megat sudah malas hendak menjawab lagaknya.

"Betul ke?" Ain Bangun untuk mengalihkan Daniel ke atas tilamnya sendiri.

Megat berjalan perlahan ke arah Ain yang sedang membelakanginya. Dilihatnya Ain sedang tekun mendodoikan Daniel yang sudah mengantuk.

Ain terkejut apabila Megat memeluknya dari belakang.

"Sayang. Walaupun lelaki diberi peluang untuk memiliki empat isteri, tapi abang hanya ada Ain dan Daniel sahaja. Cinta abang hanya untuk isteri abang ini sahaja. Ain lah isteri dunia akhirat abang. Dalam banyak-banyak hati yang datang kepada abang. Hati Ain juga yang abang pilih. Abang takkan sia-siakan jodoh yang Allah sudah beri pada abang ni." Megat berkata-kata.

Tanpa disedari air mata Ain berguguran. Tersentuh dengan kata-kata Megat.

"Kenapa nangis sayang." Megat mengusap air mata dipipi Ain.

"Maafkan Ain." Ain memeluk tubuh Megat.

"Ain tak salah sayang." Megat menenangkan Ain yang menangis dalam pelukkannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku