Kupilih Hatimu
Bab 26
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
975

Bacaan






BAB 26

"Jaga diri baik-baik disana nanti. Megat. Jaga anak mummy." Datin Natrah memberi pesan buat Ain dan Megat sebelum mereka berangkat ke Korea.

"Daniel jadi budak baik ya. Jangan nakal-nakal. Minggu depan mummy dan daddy balik ya." Ain mencium pipi gebu Daniel.

Ingin sahaja Ain membawa Daniel bersama tetapi memandangkan itu bulan madunya yang pertama, dia membatalkan niatnya.

Daniel akan tinggal bersama keluarga Ain sepanjang Ain dan Megat berbulan madu. Pandai-pandailah mereka bahagi masa menjaga Daniel nanti kerana Tengku Balqis juga beria-ia ingin menjaga Daniel juga. Jangan sampai bergaduh sudah.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul mengambil masa kira-kira enam jam. Waktu penerbangan Ain dan Megat dari KLIA adalah pada pukul sebelas tiga puluh malam dan mereka tiba di Korea kira-kira pukul lima pagi. Sesampai sahaja di sana, suhu sejuk mula mencengkam kedua-duanya. Mujur sahaja Ain dan Megat sudah bersedia awal untuk memakai pakaian tebal yang telah dibeli sebelum berangkat ke sana. Ain dan Megat mengambil bagasi mereka dan keluar dari lapangan terbang tersebut.

Ain merangkul tangan Megat untuk berkongsi haba. Manakan tidaknya, suhu waktu itu dikatakan mencecah negatif tiga darjah celcius. Boleh beku dibuatnya jika berdiri lama-lama disitu.

Megat seperti mencari sesuatu. Dilihatnya telefon ditangan beberapa kali. Lalu ia mengajak Ain duduk dikerusi apabila melihat Ain sudah menggigil kesejukkan.

"Abang cari siapa? Cepatlah call teksi ambil kita. Ain dah sejuk sangat ni." Ain bertanya apabila Megat berdiri dan duduk kembali seperti mencari sesuatu.

"Abang tunggu kawan abang. Dia janji nak ambil kita disini." Megat duduk kembali dan memeluk isterinya yang kesejukkan itu.

"Kejap lagi sampailah tu. Sayang sabar ya." Megat berkata.

Asap berkepul-kepul keluar dari mulut keduanya tanda tahap kesejukkan yang mereka alami ketika itu. Ain memeluk tangan Megat untuk mendapatkan haba. Tidak lama kemudian, kedengaran nama Megat dipanggil dari kejauhan. Ain dan Megat berdiri serentak melihat ke arah suara yang memanggil itu.

Seorang lelaki seusia Megat tapi lebih rendah berlari anak ke arah mereka berdua. Dia berbaju lebih tebal dari Megat dan Ain. Dia berdiri berdepan dengan Ain dan Megat. Ain boleh melihat dengan jelas muka lelaki tersebut. Mukanya yang putih kelihatan kemerah-merahan akibat cuaca yang sejuk.

"Anyeonghaesayo!" Lelaki itu mengucap helo dalam bahasa Korea. Dia berjabat tangan dan memeluk Megat.

"Kim Gura. Lama kita tidak bersua." Megat bercakap dalam bahasa Melayu.

Ain memandanng suaminya. Faham ke orang Korea ni apa yang dia cakap.

"Yalah. Semenjak saya berpindah ke Korea semula. Jarang-jarang hendak balik semula ke Malaysia." Kim Gura juga turut bertutur dalam bahasa Melayu.

Ain kagum mendengar kefasihan Kim Gura bertutur dalam bahasa Korea walaupun dengan pelat Koreanya tetapi masih boleh difahami.

Kim Gura membawa merupakan kawan baik Megat semasa Kim Gura tinggal di Malaysia tiga tahun dahulu sebelum berpindah semula ke Korea. Dia berpindah setelah berkahwin dengan gadis Korea juga. Kim Gura sangat mesra orangnya dan sangat suka bercerita. Memandangkan Megat membawa Ain berbulan madu di Korea, jadi dia menghubungi Kim Gura untuk menjadi tour guide mereka.

"Maaflah saya lambat sikit. Saya terlupa mengunci jam ditelefon sebelum tidur. Nasib baik isteri saya bangun lebig awal dan ingatkan saya." Kim Gura mula bercerita.

"Sudah lama ke encik Kim kenal dengan suami saya?" Ain bertanya.

"Lama juga. Semenjak saya tinggal di Malaysia lagi. Sampai sekarang pun masih berhubung." Kim Gura berkata sambil melihat Megat yang sudah terlena dikerusi belakang. Hanya Ain sahaja nampaknya yang akan menemaninya sepanjang perjalanan itu.

Perjalanan dari Incheon ke tempat penginapan mereka mengambil masa sejam sahaja. Kereta yang dipandu Kim Gura berhenti dihadapan sebuah rumah tradisional Korea. Ain seakan bermimpi. Dia hanya melihat rumah tersebut dari kaca televisyen terutama sekali ketika menonton drama Scarlets Heart. Tetapi sekarang dia sudah melihatnya dihadapan mata dan akan tinggal disana juga.

Megat yang baru bangun dari tidurnya membantu Kim Gura membawa bagasi mereka. Rumah penginapan sepanjang Ain dan Megat telah dipilih sendiri oleh Megat. Dia ingin sekali Ain merasai tinggal dirumah tradisional tersebut. Mereka masuk dan bagasi diletakkan diruang tamu. Rumah itu mempunyai sebuah bilik, ruang tamu sederhana besar dan bahagian dapur untuk memasak.

"Saya sudah beli makanan untuk kamu masak. Semuanya halal. Kimchi pun ada sekali. Isteri saya yang buat. Ini kunci rumah." Kim Gura menyerahkan kunci kepada Megat.

"Terima kasih Hyung." Megat dan Kim Gura saling berpelukkan.

"Petang nanti saya datang. Saya bawa kamu pergi pusing-pusing Seoul. Saya balik dulu." Kim Gura meminta diri.

Megat berbaring di sofa. Mahu melelapkan matanya sebentar. Ain mengeluarkan barang dari bagasi dan diletakkan didalam almari. Dia membuka televisyen yang berada diruang tamu. Megat yang terlena disofa menarik perlahan baju yang dipakainya.

"Ada apa?" Ain menoleh ke arah Megat.

"Saya laparlah." Megat berkata.

"Tunggu sekejap. Saya jenguk dapur. Tengok-tengok apa yang ada." Ain berlalu masuk ke dapur.

Tidak lama selepas itu dia keluar semula sambil menatang dulang  untuknya membawa dua mangkuk mi segera yang dibeli oleh Kim Gura untuk mereka.

"Mi je." Megat sudah duduk bersila dihadapan mangkuk minya.

"Kalau saya masak makanan berat-berat nanti, takut awak kebuluran pula. Mi lah yang paling cepat." Ain menuangkan air kosong ke dalam gelas Megat.

Petang itu, Kim Gura datang semula untuk membawa mereka melihat-lihat sekitar Seoul. Ain kelihatan sangat teruja kerana buat pertama kalinya melihat-lihat sekitar negara percutian idamannya. Berbanding Ain, Megat kelihatan biasa sahaja kerana itu bukan pertama kali dia ke Korea.

"Kita hendak ke mana?" Ain bertanya kepada Kim Gura yang sedang memandu.

"Kita ke Insa-dong. Kalau hendak beli cenderamata untuk bawa balik ke Malaysia, disitulah tempatnya. Lepas itu kita ke Itaewon. Isi perut." Kim Gura memberi maklumat perjalanan mereka.

Setibanya di Insa-dong, Ain seperti kanak-kanak yang teruju dibawa ke kedai mainan. Beraneka kedai dari yang menjual makanan hingga ke cenderamata ada di Insa-dang. Kata Kim Gura, barang-barang di sana dijual dengan harga yang berpatutan. Dari satu kedai ke satu kedai dilawati mereka ketiga. Ada sahaja barang yang menarik perhatian Ain terutama sekali pakaian bayi yang beraneka ragam. Ain dan Megat turut mencuba pakaian tradisonal Korea yang dikenali sebagai Hanbok dan membelinya.

Megat hanya mengikut Ain sahaja. Dibiarkan isterinya berbelanja semahunya. Mereka bertiga berhenti dihadapan sebuah kedai menjual kasut.

"Nak masuk ke?" Megat bertanya.

Ain mengangguk.

Ain membeli kasut yang sama untuk dirinya, Megat dan Daniel. Kasut itu sudah menarik perhatiannya semenjak mereka melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

Selepas puas membeli belah di Insa-dong, Megat dan Ain dibawa ke Itaewon. Kebetulan waktu itu hampir menjengah waktu Maghrib, Kim Gura membawa mereka berdua ke Masjid Besar Korea untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Dapat menunaikan solat di masjid tersebut membuatkan Ain sangat teruju sekali. Dia tidak pernah terbayang untuk berada di negara tersebut apatah lagi menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim disana.

Usai sahaja solat Maghrib dan Isyak, Kim Gura membawa Ain dan Megat makan malam di restoran yang menyediakan makanan Korea halal. Di Itaewon, terdapat banyak restoran yang menjual makanan halal. Jadi Kim Gura membawa keduanya disana untuk menikmati makan malam cara orang Korea.

Ain mencuba setiap menu yang dihidangkan. Sedikit pun tidak menolak. Megat memerhati selera isterinya yang sedikit berubah kebelakangan ini. Dia turut menjamah sedikit makanan Korea berbanding isterinya. Bagi Megat, makanan Korea tidak sesuai dengan tekak Melayunya itu.

Megat dan Ain tiba dirumah peginapan mereka hampir tengah malam. Megat sedari tiba dari Itaewon sudah dibuai mimpi. Penat seharian dibawa berjalan sekitar Seoul. Ain pula menyediakan bahan-bahan untuk sarapan pagi mereka. Setelah itu, dia menyertai Megat didalam bilik tidur. Ain sempat membaca pesanan dari Kim Gura yang berpesan untuk bangun awal kerana mereka akan ke gunung Namsan yang terletak di tengah-tengah Kota Seoul. Ain menyelimutkan Megat yang kelihatan merengkot seperti udang akibat kesejukkan.

Ain tidur dalam keadaan teruju untuk pengembaraan pada keesokkan harinya.

Pada keesokkan harinya, Ain bangun lebih awal. Dilihatnya Megat masih lena. Malam semalam, beberapa kali juga Megat mengejutkannya bertanyakan ubat. Katanya tekak dan kepalanya sakit. Mungkin, badan Megat belum mampu menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di Korea. Ain meletakkan tapak tangannya didahi Megat. Panas. Ain membangunkan Megat untuk makan ubat dan selanjurnya mendirikan solat Subuh bersama.

Usai solat, Megat kembali berbaring diatas tilam. Kepalanya masih pening. Dia sudah dijangkiti selesema.

Ain membiarkan sahaja Megat berehat sementara dia ke dapur menyediakan sarapan pagi. Ain menyediakan bubur ayam untuk Megat dan juga nasi goreng Kimchi untuk dirinya. Dia masuk ke dalam bilik membangunkan Megat untuk bersarapan.

"Masak apa sayang?" Megat bertanya dengan suara serak akibat selesema yang dialaminya.

"Ni bubur untuk suami tercinta, dan ni nasi goreng Kimchi untuk isterinya." Ain meletakkan mangkuk bubur dihadapan Megat.

"Kenapa suami kena makan bubur, isteri makan nasi goreng? Ni tak adil." Megat memandang wajah Ain.

"Yalah. Suamikan tengah sakit tekak. Jadi, jadi susahlah sikit nak telan nasi macam tu je. Tu yang isteri buatkan bubur ayam special untuk suami tercinta." Ain mempamerkan senyumnya.

"Suami nak isteri suapkan." Megat mula hendak bermanja.

"Yalah." Ain meniup perlahan bubur didalam sudu sebelum menyuapnya ke dalam mulut Megat.

Selesema Megat sedikit teruk. Dia hanya terbaring sahaja di dalam bilik. Rancangan Kim Gura untuk membawa mereka ke Namsan terpaksa dibatalkan memandangkan Megat belum sihat lagi.

Ain mengambil kesempatan waktu terluang itu untuk memasukkan barangan yang telah dibelinya semasa di Insa-dong dan Itaewon ke dalam bagasi. Nampaknya perlu tambah bagasi lagi ini apabila melihat barangan yang dibeli tidak muat masuk ke dalam bagasi yang sedia ada.

Setelah itu, Ain mendapatkan Megat yang masih tidur didalam bilik. Panasnya kian reda, cuma selesemanya sahaja masih belum sembuh. Ain berbaring disebelah Megat dan membuat panggilan video kepada keluarganya di Malaysia.

"Assalammualaikum." Ain melihat wajah Aidil muncul di skrin telefon sebelum beralih kepada wajah Daniel.

"Waalaikummussalam. Mummy apa khabar?" Aidil bercakap mewakili wajah Daniel yang muncul diskrin telefon.

"Mummy sihat. Daddy saja yang tak sihat. Ni tengok ni. Tengah tidur." Ain mengalihkan kamera telefon ke arah Megat disebelahnya.

"Anak daddy apa khabar? Nakal tak?" Megat bertanya apabila Ain menyuakan telefon ke mukanya.

"Tak sihat ke Megat?" Datin Natrah bertanya apabila medengar suara serak Megat.

"Sikit je. Nanti baiklah." Megat berkata.

"Ain. Ada beli tak barang yang abang pesan?" Aidil bertanya perihal barang yang dipesannya kepada Ain.

"Ada. Semalam beli. Tapi kena bayarlah kalau sampai Malaysia nanti." Ain mengusik Aidil.

"Eleh. Nanti abang bayarlah. Kedekut." Aidil menyerahkan telefon kepada Datin Natrah semula.

"Abah mana mummy?" Ain bertanya.

"Abah pergi main golf pagi tadi. Sekejap lagi baliklah dia." Datin Natrah memberitahu.

"Kamu tu jaga diri baik-baik. Jangan sampai jatuh sakit pula. Kalau dua-dua sakit, honeymoon apa tu." Datin Natrah memberi pesanan.

"Baiklah mummy. Assalammualaikum." Ain menamatkan panggilan videonya.

"Sayang." Megat disebelahnya memanggil.

"Apa." Ain bertanya. Sengaja suaranya dihaluskan.

"Nak peluk." Megat mula hendak bermanja.

"Nak peluk... Yalah. Meh sini sayang peluk. Kesian dia." Ain memeluk erat Megat.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku