Kupilih Hatimu
Bab 27
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1159

Bacaan






BAB 27

"Dah okey ke Megat?" Kim Gura bertanya kepada Megat yang duduk bersama Ain di tempat duduk belakang keretanya.

Hari ini mereka meneruskan rancangan mereka untuk ke Namsan. Pada mulanya, Ain ingin menunda dulu rancangan tersebut memandangkan Megat masih kurang sihat tetapi Megat berkeras juga untuk membawa dia ke sana. Megat berpakaian lebih tebal dari sebelumnya untuk mengelakkan suhu sejuk itu menambahkan lagi selesema yang dialaminya.

Mereka tiba dikaki gunung Namsan sejam selepas berangkat dari rumah penginapan mereka. Hari ini, Kim Gura tidak keseorangan kerana isterinya iaitu Kim Soyi turut datang bersama. Kata Kim Gura, dia sengaja membawa isterinya supaya boleh menemani Ain. Kim Gura memberhentikan keretanya tidak jauh dari daripada Namsagol Hanok Village iaitu perkampungan tradisional orang Korea yang terletak dikaki gunung Namsan. Disitu, mereka didedahkan dengan budaya Korea melalui kehidupan mereka diperkampungan tersebut. Banyak juga gerai-gerai cenderehati dibuka menarik perhatian Ain dan isteri Kim Gura.

Mereka disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan diperkampungan tersebut. Ain juga turut melihat beberapa poster drama atau filem Korea yang mengambil kawasan perkampungan tersebut sebagai lokasi penggambaran. Bebarapa episod Running Man juga pernah bersiaran diperkampungan ini. Ain berjalan sambil memegang erat tangan Megat yang sedari tadi tidak banyak bercakap.

Setelah puas mencuci mata di Namsagol Hanok Village, Kim Gura membawa Ain dan Megat ke Seoul Time Capsule yang turut berada di kawasan kaki gunung itu juga. Kawasan Seoul Time Capsule dikeliling kawasan kaki bukit dan ditengahnya terdapat sebuah batu berbentuk mangkuk dari penglihatan mata Ain terletak ditengahnya.

Menurut kata Kim Gura, Seoul Time Capsule itu menyimpan rahsia dibawahnya dan hanya akan diketahui seribu tahun lagi apabila ia dibuka.

"Lama tu." Megat memberi komen.

"Apalah yang ada dekat bawah tu." Ain melihat sekeliling batu tersebut.

Sempat juga mereka berempat menangkap foto sebagai kenang-kenangan mereka pernah sampai di Seoul Time Capsule.

Setelah puas berswafoto bersama, mereka meneruskan perjalanan mereka ke puncak Namsan. Pada mulanya Ain ingin berjalan kaki untuk menikmati keindahan kawasan tersebut tetapi memandangkan Megat tidak berapa sihat, mereka akan menaiki kereta kabel ke puncaknya.

Didalam perjalanan menuju ke puncak Namsan, Megat bersin beberapa kali. Hidungnya mula kelihatan merah akibat selalu digosok.

"Abang okey ke?" Ain bertanya kepada Megat.

"Okey sayang." Megat menjawab.

"Kalau tak okey, kita balik. Abang rehat dekat rumah." Ain memberi saranan.

"Takpe. Abang okey. Kalau asyik rehat dekat rumah, baik tak payah pergi honeymoon." Megat berkata lagi.

"Okeylah. Kalau tak sihat terus cakap dengan Ain ya. Nanti apa-apa jadi, susah pula." Ain mengingatkan Megat.

Mereka tiba ke puncak Namsan selepas beberapa minit. Di puncak Namsan terdapat juga tarikkan yang menarik perhatian para pelancong seperti Namsan Tower iaitu menara telekomunikasi Seoul, restoran dan tempat bersantai sambil melihat keindahan kota Seoul dari atas. Terdapat juga Teddy Bear Museum di puncak Namsan tersebut.

Ketika Ain dan Megat berjalan disekitar muzium tersebut, mereka dikejutkan dengan seseorang yang mereka kenali. Sara. Tetapi Sara kali ini kelihatan lain kerana dia berpakaian menutup aurat dan berbeza sekali dengan Sara yang mereka kenali di Malaysia. Ain ingin menegur Sara tetapi Megat lebih pantas menutup mulutnya seperti tidak mahu Sara mengetahui kehadiran mereka. Megat menariknya keluar dari muzium terbabit dan mendapatkan Kim Soyi yang berada diluar muzium terbabit.

"Mana Hyung?" Megat bertanya kepada Kim Soyi yang boleh memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu.

"Tu." Kim Soyi menunjuk ke arah suaminya yang baru keluar dari sebuah kedai sambil menjinjit beg plastik ditangannya.

Ain masih lagi kebingungan dengan tindakan suaminya tadi tidak berkata apa-apa.

"Mari kita ke Love Pad Lock. Hyung dah belikan mangga. Mari." Kim Gura mengetuai mereka ke destinasi tersebut. Sesampainya disana, Kim Gura menyerahkan mangga kepada Megat untuk diletakkan bersama beribu-ribu mangga yang berada disana. Megat dan Ain menulis nama mereka dimangga tersebut dan menguncinya.

"Sayang harap, kita akan pergi ke sini lagi. Kita bawa Daniel." Ain berkata kepada Megat.

"Insya-Allah sayang. Bukan Daniel sahaja. Baby baru pun boleh bawa sekali." Megat berkata disambut dengan ketawa Ain.

Mereka berempat makan malam di puncak Namsan. Megat seperti biasa hanya makan sedikt sahaja kerana tekaknya masih sakit lagi untuk menelan pepejal. Ain meminta diri untuk ke tandas.

Sewaktu Ain membetulkan tudung yang dipakainya, dia terkejut apabila melihat bayang Sara didalam cermin sedang keluar dari tandas terletak dibelakangnya. Sara berdiri disebelahnya untuk mencuci tangan dan membetulkan tudungnya juga. Ain tambah pelik apabila Sara tidak menegur atau memandangnya yang berada disitu.

"Sara." Ain menegur Sara. Terasa janggal sekali dia menegur Sara kerana dia tidak menyukai Sara sejak awal pertemuan lagi.

"Kamu panggil saya?" Sara melihat Ain dengan wajah tanda tanya.

"Yalah. Kamukan Sara." Ain berkata lagi.

"Maaf. Saya bukan Sara. Saya Suraya." Perempuan yang dikenali sebagai Suraya itu meninggalkan Ain dengan seribu satu persoalan.

Ain kembali ke meja mereka. Dia tidak menceritakan peristiwa yang berlaku tadi kepada Megat sehinggalah mereka tiba di rumah penginapan yang didiami sepanjang berada di Korea.

"Abang. Tadi sayang terserempak dengan Sara tau." Ain melihat ke arah Megat yang sudah berbaring diatas tilam.

"Hah! Ain jumpa dekat mana?" Megat kedengaran terkejut.

"Masa Ain pergi tandas dekat restoran tadi. Kebetulan dia keluar dari tandas. Ain tegurlah." Ain duduk disebelah Megat.

"Ain cakap apa?" Megat memandang tepat ke arah mata Ain.

"Ain tegurlah yang dia tu Sara tapikan dia cakap nama dia bukan Sara. Nama dia Suraya." Ain memandang ke arah Megat.

"Kan abang cakap jangan tegur. Degil betul." Megat kedengaran tidak senang dengan tindakan Ain.

"Kenapa pula?" Ain ingin tahu.

"Tu Sara. Bukan Suraya." Megat sudah duduk berlunjur. Ekspirasi wajahnya tidak kelihatan senang.

"Tapi dia tak kenal Ain. Kalau Sara, mesti dia kenal Ain. Tapi dia tak." Ain ingin kepastian.

"Sayang. Dengar cakap abang. Tu Sara. Kalau terserempak dengan dia lagi, jangan tegur. Jangan buat apa yang abang larang." Megat memberi arahan.

"Sayang tak fahamlah. Cuba cerita apa sebenarnya semua ni. Sara tu siapa. Suraya tu siapa?" Ain memandang Megat.

"Nantilah abang cerita." Megat berbaring dan menarik selimutnya.

"Abang..." Ain menggoncang tubuh Megat supaya dia bercerita lebih lanjut.

"Sayang!" Megat menekan suaranya.

"Yalah." Ain beralah lalu menyertai Megat ditilam mereka.

"Kalau tak cerita dengan sayang nanti, siap." Ain mengugut Megat.

"Hm... Abang nak tidur. Nak mimpi Song Jihyo." Megat mengemaskan lagi balutan selimut ditubuhnya.

"Siapa." Ain memalingkan tubuhnya ke arah Megat.

"Song Jihyo." Megat menjawab.

"Song Jihyo konon." Ain mencebik mulutnya. Dilihatnya Megat sudah terlena.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku