Kupilih Hatimu
Bab 28
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
674

Bacaan






BAB 28

Pagi itu, giliran Ain pula yang dijangkiti selesema. Teruk juga hingga tidak mampu bangkit dari tilam. Megat mencari-cari ubat di dalam bagasi untuk diberikan kepada Ain.

"Sayang. Ubat mana?" Megat bertanya kepada Ain yang masih berbalut selimut diatas tilam.

"Dah habis. Abang makan. Ain lupa nak bawa banyak." Ain menjawab dari dalam selimut. Tubuhnya menggeletar akibat selesema yang dialaminya.

"La... Abang keluar sekejap. Beli ubat." Megat berkata sambil menyarung baju kot musim sejuknya.

"Abang naik apa?" Ain menjenguk sedikit kepalanya dari dalam selimut.

"Naik teksi. Sayang tunggu ya. Abang keluar sekejap." Megat mencium dahi Ain sebelum keluar dari bilik mereka.

Sebenarnya, Megat ada tujuan lain selain membeli ubat untuk Ain. Dia perlu bertemu seseorang untuk menyelesaikan sesuatu.

Megat menaiki teksi untuk ke destinasi yang ditujunya. Tidak lama kemudian dia tiba di kafe yang telah dijanjikan. Dia mengambil tempat di dalam kafe oleh kerana cuaca terlalu sejuk untuk berada diluar. Orang yang harus ditemuinya belum tiba lagi lalu dia mengambil keputusan untuk memesan coklat panas untuk menstabilkan suhu badannya yang kian menurun.

"Abang Megat." Megat melihat ke arah suara yang memanggilnya.

Suara itu adalah milik perempuan yang dikenalinya. Perempuan itu mengambil tempat duduk bertentangan dengannya.

"Sara buat apa dekat ini." Megat memulakan bicara antara mereka.

Riak wajah Sara sudah bertukar.

"Abang. Ni Surayalah. Bukan Sara." Sara kedengaran tidak senang.

"Sara. Su dah meninggal empat tahun yang lalu. Sedarlah." Megat melihat Sara dihadapannya.

"Abang. Ni Suraya. Tunang abang. Abang dah lupa." Sara berkata semula.

"Sara. Su, tunang abang dah meninggal empat tahun lepas. Dia meninggal dalam kemalangan. Abang sendiri angkat keranda dia. Masa tu Sara ada sekali." Megat menghela nafas.

"Abang ni kenapa? Ni Su. Bukan Sara. Kita dah janji nak kahwin. Abang dah lupa?" Sara menekan suaranya.

"Sara. Pleaselah." Megat seakan merayu.

"Hentikan semua ini. Suraya dah meninggal. Abang dah kahwin." Megat cuba menyedarkan Sara ke hakikat asalnya.

"Apa? Abang dah kahwin? Sampai hati abang." Sara mengesat air matanya.

"Sara. Sedarlah hakikat itu Sara kena terima. Semuanya dah berakhir. Sara baliklah. Jangan ganggu abang lagi." Megat mengingatkan Sara.

"Kalau Su tak boleh dapatkan abang. Orang lain pun tak boleh dapatkan abang." Sara kedengaran mengugut.

"Sara. Sudahlah. Abang tak nak lagi hidup macam ni. Suraya dah mati." Megat mengawal emosinya.

"Su belum mati. Sara yang mati!" Sara menghentak tangannnya dimeja.

"Sara!" Megat meninggikan suaranya.

"Abang memang kejam. Abang tinggalkan Su demi perempuan tu. Abang kejam." Sara mengalirkan air matanya. Ternyata dia masih belum sedar antara realiti dan fantasinya.

"Sara. Dengar cakap abang. Suraya dah mati. Yang duduk depan abang sekarang ni Sara. Bukan Suraya." Megat cuba memujuk.

"Suraya dah mati Sara. Sara kena terima hakikat ini." Megat menambah lagi.

Sara hanya menggeleng lalu meninggalkan Megat disitu. Dia masih dalam dunia Suraya. Dia cuba melawan takdir.

Megat duduk sejenak di kafe tersebut sebelum keluar untuk mendapatkan ubat untuk Ain.

Ain bangkit dari tilamnya. Terasa sakit disendi-sendinya akibat berbaring terlalu lama. Dia duduk sebentar sebelum menjenguk kepalanya keluar dari pintu bilik. Dia memanggil Megat tapi dia sahutan. Nyata Megat belum pulang lagi sejak tadi. Dia melihat jam ditangannya. Pukul dua belas tengahari. Kemana agaknya Megat ini. Dia duduk disofa ruang tamu.

"Abang. Abang dekat mana sekarang?" Ain bertanya apabila Megat menyahut panggilan yang buatnya.

"Abang on the way balik ni sayang. Sayang tunggu ya." Megat berkata.

"Lama betul abang beli ubat." Ain merebahkan dirinya diatas sofa.

"Sayang rindu ya." Megat mengusik isterinya.

"Bukannya rindu. Risau." Ain berkata.

"Kejap lagi sampailah." Megat menjawab.

Selang beberapa minit kemudian, teksi yang membawa Megat berhenti dihadapan rumah penginapan mereka. Dibukanya pintu hadapan dan kelihatan Ain sudah duduk dianjung rumah sambil melunjurkan kakinya.

"Sayang buat apa duduk di luar. Kan sejuk. Mari masuk dalam." Megat memimpin Ain masuk ke dalam rumah.

"Abang pergi mana lambat sangat balik. Buat ubat ke beli ubat?" menyandar disofa.

"Abang beli ubatlah." Megat sudah membuka bekas plastik untuk memberikan ubat kepada Ain.

Dia ke dapur sebentar dan keluar sambil membawa segelas air. Dia memerhatikan satu-persatu ubat yang diberinya ditelan oleh Ain.

"Abang pergi mana sebenarnya?" Ain menanya kembali soalan yang sama.

Megat diam sejenak. Dipeluknya erat Ain dalam pelukkan.

"Abang pergi jumpa Sara." Megat memberitahu Ain hal sebenarnya.

"Abang jumpa Sara?" Ain mengangkat kepalanya memandang Megat. Dia masih lagi dalam pelukkan Megat.

"Ya sayang. Sebenarnya tu Sara bila dia jadi Suraya." Megat mula bercerita.

"Apa maksud abang?" Ain memeluk erat Megat. Dapat didengarinya degup jantung Megat.

"Sebenarnya, Sara ada mengalami 'Split Personalities'. Dia boleh jadi Sara yang kita jumpa tu dan dia boleh jadi Suraya yang ada di Korea sekarang." Megat membongkar kebenaran mengenai Sara.

"Macam mana Sara jadi macam tu?" Ain bertanya semula.

"Sara jadi macam tu bila Suraya meninggal empat tahun yang lepas. Masa tu abang dah jadi tunang dia. Dia terlibat dalam kemalangan bersama Sara. Dengar cerita sebelum kemalangan tu Sara dan Suraya bergaduh dan Suraya hilang kawalan hingga melanggar pembahagi jalan. Sejak tulah Sara jadi macam tu. Dia rasa bersalah sangat hingga dia anggap diri dia sudah mati dan dan dia adalah Suraya." Megat bercerita panjang lebar.

"Jadi sekarang ni, yang kita jumpa tu Sara." Ain bertanya.

"Ya sayang. Cuma abang risau, Sara akan buat sesuatu yang tak dijangka bila dia tahu sayang isteri abang." Megat kedengaran risau.

"Buat apa?" Ain mula risau.

"Sara pernah cuba bunuh diri bila dia tahu abang sudah bertunang. Nasib baik keluarga dia tahu lebih awal." Megat berkata kembali.

"Jadi. Sara tak dapat terima hakikat yang Suraya dah mati dan dia cuba untuk dapatkan abang semula untuk jadi suami Suraya." Ain membuat konklusi.

"Macam tulah. Sara tu masih hidup dalam ingatan Suraya empat tahun yang lalu. Sebab itu dia hanya ingat Suraya akan berkahwin dengan abang sahaja dan dia cuba untuk realisasikan impian itu bila dia jadi Suraya." Megat menambah.

"Kesian dia." Ain simpati ke atas Sara.

"Sebab tu abang cakap jangan tegur masa kita jumpa dia kelmarin. Abang tak nak dia terkejut masa jumpa kita bersama." Megat mencuit hidung Ain.

"Abang tu yang gelabah tak tentu pasal. Cuba cakap awal-awal. Taklah Ain buat andaian pelik-pelik pasal benda ni." Ain melihat suaminya.

"Yalah sayang. Lepas ni abang janji tak buat lagi." Megat memeluk erat Ain.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku