Kupilih Hatimu
Bab 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
647

Bacaan






BAB 29

Malam seterusnya, Megat dan Ain dibawa oleh Kim Gura untuk menyaksikan keindahan yang terdapat di Korea pada waktu malam. Kim Gura membawa keduanya melihat keindahan jambatan Banpo ataupun nama jolokkannya ialah Banpo Moonlight Rainbow. Ini kerana pada waktu malam, jambatan ini akan memancut air dari tepi dan dihiasi dengan warna-warni lampu neon yang kelihatan sangat cantik pada waktu malam.

Mereka bertiga menaiki bot dari stesen Yoneorui untuk melihat pancar warna dari jambatan tersebut dari bahagian sungai. Kata Kim Gura, kalau menaiki bot, mereka boleh melihat dengan lebih jelas lagi berbanding melihatnya dari tepi sungai. Megat dan Ain menyerahkan segala urusan pada hari itu kepada Kim Gura. Dia tahu apa yang terbaik untuk mereka.

Dari kejauhan kelihatan limpahan warna-warni lampu disepanjang jambatan Banpo. Ain dan Megat sempat berswafoto untuk dijadikan kenangan. Bot yang dinaiki mereka melalui bawah jambatan Banpo dan percikkan air dari atas menyebabkan Ain meminta perlindungan dari Megat. Bahagia sekali keduanya. Sebahagian daripada penumpang bot tersebut basah sedikit apabila bot yang mereka naiki melalui bawah jambatan tersebut.

Selesai sahaja menikmati pemandangan dari jambatan Banpo, Megat dan Ain dibawa ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam mereka. Kim Gura meminta diri untuk ke tempat lain setelah menghantar Ain dan Megat di restoran tersebut supaya tidak mengganggu keduanya menikmati makan malam romantik mereka.

Restoran yang ditempah Kim Gura terletak tidak jauh dari jambatan Banpo. Jadi mereka boleh menikmati makan malam mereka sambil melihat keindahan kawasan sekitarnya.

"Sayang." Megat memandang Ain yang sedang menikmati makan malamnya.

"Apa dia?" Ain menjawab.

"Cuba teka esok kita hendak pergi mana?" Megat meminta Ain meneka destinasi terakhir mereka sebelum berangkat pulang ke Malaysia nanti.

"Mana? Cepatlah cakap." Ain ingin tahu.

"Pulau Nami." Megat memberitahu destinasi terakhir mereka.

"Pulau Winter Sonata. Bestnya." Ain begitu teruju setelah mengetahui destinasi yang akan dilawati mereka nanti.

PAGI itu Ain dan Megat bersiap lebih awal. Mereka akan menaiki kereta api dari stesen Chongyanggi dan turun di stesen Gapyeong sebelum menaiki teksi ke jeti yang akan membawa mereka ke Pulau Nami. Kim Soyi turut bersama mereka mereka pada hari itu.

Sesampainya di pulau Nami, jelas kelihatan kawasan yang indah terbentang luas dihadapan mata mereka. Mereka seperti berada di set penggambaran Winter Sonata ketika itu. Di pulau Nami tersebut terdapat tugu peringatan pelakon Winter Sonata iaitu Bae Yong Joon dan Choi Ji Woon dalam keadaan berdiri berhadapan.

Megat dan Ain meniru gaya yang sama dihadapan tugu tersebut. Pemandangan indah disekitar pulau Nami benar-benar cantik ketika musim sejuk. Kim Gura menyewa dua buah basikal untuk digunakan mereka berjalan di sekitar kawasan tersebut. Ain duduk dibahagian penumpang sementara Megat mengayuh basikal tersebut. Terasa waktu itu seperti keduanya ialah Bae Yong Joon dan Choi Ji Woon sedang menikmati keindahan sekitar pulau Nami.

"I love you Nurul Ain...!" Megat menjerit untuk mempamerkan rasa cintanya terhadap Ain.

"I love you too Tengku Megat Murshid...!" Ain membalas.

Basikal yang dikayuh berhenti perlahan disebuah tapak perkelahan apabila keduanya melihat Kim Gura dan Kim Soyi sudah duduk dibangku dan meja kayu yang telah disediakan disitu.

Kim Soyi telah menyediakan bekalan untuk makan tengahari mereka. Berbagai jenis masakan Korea telah disediakan kepada Ain dan Megat. Kim Gura sangat beruntang mempunyai isteri yang sangat hebat memasak. Kim Gura sekarang sudah mengandung anak pertama mereka. Jadi tambah bahagialah kehidupan keduanya.

"Makanlah lagi Ain. Saya masak ini khas untuk kamu berdua. Mana tahu nanti bila Ain mengandung nanti, anak kamu macam muka orang korea lepas makan masakan saya ini." Kim Soyi berkata sambil menambah makanan ke dalam bekas makanan Ain.

"Ada-ada sahaja awak ini." Ain kelihatan malu sedikit.

"Anak made in Korea." Kim Gura berseloroh hingga kempat-empatnya ketawa bersama.

Megat membawa Ain berjalan-jalan disekitar pulau Nami sebelum mereka berangkat pulang semula ke rumah penginapan.

"Cantikkan sayang." Megat menunjukkan ke arah matahari terbenam semasa mereka menyulusuri Sungai Han menuju ke jeti setelah seharian puas berjalan di pulau Nami.

Ain memeluk erat Megat. Terasa hangat badan suaminya apabila dipeluk. Mereka sama-sama menikmati pemandangan indah matahari terbenam.

Megat dan Ain tiba di rumah mereka. Setibanya dirumah, Ain sibuk menyimpan ke semua barangang mereka ke dalam bagasi semula. Bagasi yang dibawa semasa berangkat ke Korea hanya dua buah sahaja, tetapi setelah setelah seminggu berada di sana bagasi mereka bertambah mejadi empat pula. Ini kerana bagasi yang sedia ada tidak muat untuk menempatkan barangan yang dibeli untuk dibawa balik ke tanah air.

"Banyaknya barang." Megat memberi komen apabila melihat Ain menyimpan barang-barang ke dalam bagasi.

"Bukannya selalu dapat shopping dekat Korea." Ain membalas komen suaminya.

"Yalah." Megat berbaring diatas tilam.

Ain menyertainya.

"Tak sabar nak balik Malaysia. Nak jumpa Daniel." Ain memeluk Megat.

Pagi esok mereka harus berangkat awal kerana penerbangan mereka pada awal pagi. Ain sudah tidak sabar-sabar lagi hendak balik ke Malaysia bertemu dengan anaknya.

"Hacuhh!!!" Megat bersin dengan kuatnya.

Selsema lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku