Kupilih Hatimu
Bab 30
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1189

Bacaan






BAB 30

"Hello Malaysia." Ain bersuara apabila kapal terbang yang dinaiki mereka tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur.

Ain dan Megat menolak troli untuk meletakkan bagasi mereka perlahan-lahan keluar dari lapangan terbang tersebut. Kelihatan dari jauh Aidil sudah melambai-lambai ke arah mereka berdua. Dia berlari anak mendapatkan mereka.

"Orang Korea! Apa khabar?" Aidil bersalam dan memeluk Megat.

"Okey je." Ain menjawab Aidil.

"Banyaknya beg. Setahu aku korang bawa dua lunggage je hari tu kan. Dah beranak lunggage korang ya." Aidil menolong Ain menolak trolinya.

Ain dan Aidil banyak berborak mengenai pengalamannya berada di Korea berbanding Megat. Megat hanya tidur sepanjang perjalanan kerana selesema yang dialaminya. Sesekali bersin Megat mengejutkan Ain dan Aidil dibahagian hadapan.

"Assalammualaikum. Orang Korea dah balik." Ain meluru ke arah Datin Natrah yang sedang mendukung Daniel.

"Anak mummy apa khabar? Mummy rindu Daniel." Ain mencium pipi Daniel. Anak itu kelihatan gembira sekali apabila melihat ibunya.

Aidil dan Megat membawa barang-barang mereka ke dalam. Megat duduk disebelah Ain. Selesamanya masih belum pulih.

Daniel kelihatan ingin menghampiri Megat apabila ayahnya itu duduk disebelah Ain.

"Tak boleh sayang. Daddy selesema ni. Nanti sayang kena jangkit juga." Megat duduk jauh sedikit dari Ain supaya Daniel tidak dapat menghampirinya.

"Sejuk sangat ke Korea tu?" Aidil bertanya.

"Sejuk. Tengoklah abang tu. Hari pertama lagi dah kena selesema. Ingatkan dah baik. Lepas tu kena balik." Ain memberitahu.

"Abang naik atas dulu ya." Megat melangkah longlai menuju ke bilik.

"Nanti Ain bawakan ubat. Abang rehat dulu." Ain berkata.

Ain masuk ke dalam bilik selepas puas berbual bersama keluarganya. Daniel tinggalkan bersama Aidil untuk kuarentin sementara  menunggu selesema Megat pulih. Takut anak itu dijangkiti penyakit yang sama jadi Ain mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terkena.

Megat tidur semula selepas makan ubat yang diberikan oleh isterinya. Ain pula mengeluarkan barang-barang dari bagasi mereka. Cenderamata yang akan diberikan kepada keluarganya diasing-asingkan. Baju-baju yang dibeli disimpan ke dalam almari terus kecuali beberapa baju Daniel yang ingin disuruhnya Daniel pakai nanti.

"Sayang buat apa?" Megat sudah membaringkan dirinya disebelah Ain. Kepalanya berbantalkan paha Ain.

"Bila abang bangun?" Ain sedikit terkejut apabila Megat menegurnya.

"Baru je. Sakitlah belakang baring lama sangat." Megat berkata.

Ain mengeluarkan kotak kasut dari dalam bagasi.

"Bukan hari tu, kita beli tiga je kan kasut yang sama ni?" Megat memegang sepasang kasut paling kecil saiznya tetapi masih menyerupai kasut mereka bertiga yang dibeli Ain.

"Oh. Kasut ni. Cashier tu yang bagi. Dia bagi discount. Ain belilah sekali. Comelkan." Ain mengambil kasut itu dari tangan Megat.

"Kena ada baby barulah jawabnya ni." Megat melihat wajah Ain. Senyum nakal terukir dibibirnya.

Ain hanya tersenyum. Tangannya pantas mengemas barang-barang yang dibelinya. Megat sudah keluar dari bilik mereka untuk makan selepas mengadu lapar.

Ain membawa cenderamata yang dibelinya semasa di Korea ke ruang tamu. Setiap seorang mendapat bungkusan hadiah masing-masing termasuk pembantu rumah mereka. Datin Natrah dihadiahi rantai mutiara manakala Datuk Ahmad mendapat ukiran kapal layar dari kayu. Aidil membuka kotak barang yang dipesannya. Rupa-rupanya dia berpesan supaya Ain membelikannya sepersalinan Hanbok untuk digunakan semasa hari kebudayaan seluruh negara yang akan diajurkan disekolah mereka nanti.

Megat mendukung Daniel. Anak itu ternyata merindui dirinya. Jeritan geramnya kedengaran apabila Megat mendukungnya. Daniel kelihatan comel sekali apabila dipakaikan dengan kostum panda yang dibeli oleh Ain semasa di Korea.

"Dah. Dah. Sayang pergi dekat mama. Nanti kamu kena jangkit selesema daddy pula nanti." Megat menyerahkan Daniel kepada Ain.

"Meh sini dekat mummy sayang. Daddy selesema. Kesian daddy dia. Kesian daddy." Ain membuatkan Daniel ketawa.

"Kamu dah makan ubat Megat." Datuk Ahmad bertanya.

"Dah bah. Ain bagi tadi." Megat menjawab.

"Bawakkan budak tak?" Datin Natrah meneka.

"Awak ni. Ada-ada je. Yang mengandungnya Ain. Bukannya Megat. Bila masa pula Megat yang kena alahan." Datuk Ahmad melihat ke arah isterinya.

"Alah. Mana tahu. Awak pun macam tu dulu masa saya mengandungkan Ain. Mana tahu Megat kena benda yang sama." Datin Natrah menambah.

"Kamu dah mengandung ke Ain?" Datin Natrah bertanya soalan bonus kepada anaknya.

Ain dan Megat saling berpandangan. Megat menjongketkan keningnya memberi isyarat supaya Ain menjawab pertanyaan ibu mertuannya itu.

"Tak tahu jugalah mummy. Masih awal kot. Baru je dua bulan. Belum lagi kot." Ain menjawab berbasa basi.

"Mana boleh kot kot. Ini soal mengandung ke belum. Kenalah tahu." Datin Natrah tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya.

"Pergilah buat cheack up. Manalah tahu dah mengandung. Daniel pun nak juga ada adik baru." Datin Natrah menggunakan Daniel sebagai alasan.

Selesema Megat kelihatan sudah sedikit pulih selepas dua hari balik dari bulan madu mereka. Ain merancang untuk balik ke rumah mertuanya pada hari itu untuk memberikan cenderamatayang dibelinya kepada keluarga Megat.

"Sayang dah letak semua barang dalam kereta?" Megat bertanya.

"Dah. Tinggal nak siapkan budak kecil nie je lagi." Ain menjawab sambil tangannya menyarungkan baju Daniel.

"Abang tunggu kat bawah ya." Megat menjinjit beg pakaian Daniel keluar dari bilik mereka.

"Assalammualaikum." Seorang wanita mucul dihadapan pintu rumah Datuk Ahmad.

Wanita itu mengenakan jubah labuh berwarna hitam serta bertudung labuh. Wajahnya putih sekali. Sedikitpun tiada cela diwajahnya. Beg tangannya digenggam erat seperti orang yang menahan debar lagaknya.

"Waalaikummussalam. Cari siapa?" Megat yang kebetulan melalui hadapan pintu rumah tersebut menyahut salam perempuan tersebut.

"Ni rumah Ain ke?" Perempuan itu bertanya."

"Betullah rumah Ain. Cik ni siapa ya?" Megat bertanya semula.

"Saya..." Belum sempat perempuan itu menghabiskan kata-katanya kedengaran Ain memanggil Megat.

"Abang! Beg Daniel abang bawa ke?" Ain mendukung Daniel menuruni tangga.

Ain melihat suaminya berdiri dihadapan pintu. Wajahnya seperti memberitahu ada tetamu yang datang. Ain mendekati suaminya. Dilihatnya tetamu mereka pada hari itu.

"Ratna." Ain memandang ke arah tetamu mereka.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku