Kupilih Hatimu
Bab 31
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1526

Bacaan






BAB 31

Perempuan yang tiba di rumah Datuk Ahmad ialah ibu kepada Daniel. Dia telah kembali dari London untuk berpindah ke Malaysia. Perwatakkannya sangat lain sekarang. Dulu dia hanya memakai gaun pendek dan rambut panjang mengurai ketika pertama kali dia bertemu keluarga Ain. Tetapi sekarang sudah banyak perubahan. Dia sudah mengenakan jubah dan bertudung labuh.

"Bila kamu tiba di Malaysia?" Ain bertanya apabila mereka sudah duduk diruang tamu.

"Minggu lepas. Baru hari ini tergerak hati hendak jumpa kamu dengan Daniel." Ratna memberitahu.

"Kamu sudah berkahwin?" Ain bertanya lagi apabila melihat perut Ratna sudah nampak menaik.

"Ya. Dah lima bulan usia perkahwinan saya. Sekarang ini sedang menunggu kehadiran orang baru." Ratna merujuk kepada kandungannya.

"Oh..." Ain mengangguk faham.

"Boleh saya pegang Daniel?" Ratna bertanya. Dari tadi matanya tidak lekang daripada memandang Daniel.

"Boleh apa salahnya." Megat menjawab lalu menyerahkan Daniel ditangannya kepada Ratna.

Ratna mengusap lembut rambut Daniel. Diciumnya beberapa kali ubun anak itu. Riak sedih terpancar diwajahnya. Mungkin kesal dengan tindakkannya dahulu.

"Kamu tinggal dimana sekarang?" Datin Natrah bertanya kepada Ratna.

"Saya tinggal di apartmen jalan Sentosa. Ringgi Linggi." Ratna menjawab.

"Suaminya kerja apa?" Datin Natrah bertanya lagi.

"Doktor. Kami pindah ke Malaysia bila dia dapat tawaran untuk bekerja disini. Lagipun saya sudah mengandung. Jadi eloklah kami pindah ke sini supaya kami boleh dekat dengan Daniel." Ratna menjawab.

"Suami kamu tahu ke pasal Daniel?" Datin Natrah inigin mengetahui kisah Ratna.

'Tahu dan dia jugalah yang berharap untuk dapat kerja di Malaysia supaya boleh bersama Daniel." Ratna memberitahu.

Ain kelihatan tidak senang dengan pengakuan Ratna. Mungkin perempuan itu sedang merancang sesuatu. Walaupun Daniel itu merupakan miliknya yang sah tetapai Ratna ibunya yang sah. Bila-bila masa sahaja Ratna boleh menuntut haknya.

Ain dan Megat berangkat ke rumah mertuanya selepas Ratna meminta diri untuk pulang. Sepanjang perjalanan Ain banyak mengelamun sahaja. Tidak banyak bercakap. Masih bingung memikirkan kehadiran Ratna secara tiba-tiba dirumah mereka.

"Awak ni kenapa? Dari siang tadi tau saya tengok awak diam je. Ada masalah ke?" Megat bertanya apabila keduanya berada di dalam bilik.

"Abang tak rasa pelik dengan Ratna. Tiba-tiba je muncul macam tu je. Mesti ada sesuatu yang dia tengah rancang." Ain meluahkan kerisauannya.

"Sayang ni. Suka sangat fikir benda negatif. Dia datang nak jumpa Daniel ajelah. Bukan ada apa-apa pun." Megat berbaring disebelahnya.

"Saya risau tau. Manalah tahu dia ambil balik Daniel dari kita." Ain memandang ke arah Megat yang sedang menonton televisyen.

"Dia nak jumpa Daniel je. Jangan buat andaian yang tak munasabahlah." Megat berkata.

"Lebih baik awak tidur." Megat menambah lagi.

Ain menghela nafas berat. Sungguh hatinya gundah gulana memikirkan hal tadi. Dia tidak senang hati dengan kehadiran Ratna.

"Jangan...!" Ain terbangun dari tidurnya. Keringat membasahi tubuhnya.

"Kenapa ni sayang." Megat memeluk isterinya. Dia cuba menenangkan Ain dalam pelukkannya.

"Abang. Ain mimpi Ratna ambil anak kita." Ain menangis dalam pelukkan Megat.

"Mimpi je tu sayang." Megat menenangkan Ain.

Ain termenung sepanjang hari. Dia mengingati mimpinya semalam. Semua yang dibuatnya semuu serba tidak kena. Ada sahaja bayangan mimpi semalam mendatanginya. Sungguh dia tidak mahu kehilangan Daniel.

"Sayang." Megat membuka pintu bilik tidurnya untuk mendapatkan Ain. Dilihatnya Ain sedang mendodoikan Daniel didalam baby crib.

"Shhh... Jangan bising." Ain meletakkan jarinya ke mulut sebagai isyarat supaya Megat memperlahankan suaranya kerana Daniel sedang tidur.

"Okey. Okey." Megat berjalan berjengket ke arah isterinya. Dipeluknya erat pinggang Ain.

"Apa?" Ain kedengaran separuh berbisik.

"Abang rindu sayang." Megat berbisik juga.

"Ada-ada je." Keduanya berjalan ke arah katil.

"Sayang." Megat memanggil isterinya.

"Ya." Ain memandang Megat.

"Esok kita pergi dinner nak. Bawa Daniel." Megat memberitahu rancangannya.

"Okey. Nanti kita pakai sedondon. Sayang siapkan baju kita." Ain melirik senyumnya kepada Megat. Sudah difikirnya baju yang akan digunakan untuk makan malam mereka esok.

"Okey. I love sayang." Ain mengucup bibir isterinya.

"I love you too abang." Ain membalas.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku