Kupilih Hatimu
Bab 32
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1036

Bacaan






BAB 32

Ain membantu Tengku Balqis memangkas dahan-dahan bonzainya ditaman. Daniel juga turut dibawa bersama.

"Kamu dah bawa Daniel jumpa ibu dia?" Tengku Balqis bertanya kepada Ain.

"Belum." Ain memberhentikan kerja-kerjanya. Dia duduk dibangku yang telah disediakan ditaman itu.

"Bawalah. Daniel pun perlu tahu siapa ibu dia. Takkan nak sorok. Lagipun Ratna kan dah kahwin. Dah mengandung dah pun. Takkanlah dia terfikir nak ambil dia balik." Tengku Balqis berkata.

"Ain belum sedialah bonda." Ain mengeluh. Masih belum bersedia untuk menemukan Daniel dan Ratna.

"Kamu ni." Tengku Balqis menggeleng-geleng kepalanya.

Ain memandang ke arah Daniel. Dia tidak dapat membayangkan jika Daniel tiada dalam hidupnya. Anak itulah nyawanya. Hidupnya. Diusapnya perlahan wajah Daniel. Ada keluhan berat yang dilepaskan.

"Assalammualaikum." Megat berjalan menghampiri mereka bertiga. Dia menjinjit sebuah bungkusan plastik ditangannya.

"Abang dah makan?" Ain bertanya apabila Megat mengambil tempat dibangku yang sama. Dilihatnya Megat meletakkan bungkusan plastik yang dibawa di atas meja.

"Takde seleralah nak makan." Megat mendukung Daniel. Diciumnya pipi Daniel.

"Buah mangga?" Ain mengeluarkan buah mangga dari bungkusan yang dibawa Megat. Mangga yang belum masak. Bau masam mangga itu boleh hidu walaupun belum dikopak kulitnya.

"Abang rasa nak makan buah mangga. Sayang tolong buatkan sambal dia. Abang nak makan." Megat berkata kepada Ain.

"Okey. Tolong jaga Daniel sekejap. Saya buatkan sambal dia." Ain membawa bungkusan mangga itu ke dalam.

"Dah kenapa dengan laki aku ni makan buah mangga. Belum pernah-pernah lagi tengok dia makan mangga macam ni saja. Hari ni nak makan pula." Ain berkata sendiri sambil tangannya menyiapkan sambal untuk dimakan bersama mangga tersebut. Sempat juga dia menyediakan jus oren dan ditatangnya bersama didalam talam untuk dibawa ke taman Tengku Balqis.

"Nah. Mangga awak." Ain meletakkan sambal dan buah mangga yang telah dipotong kecil-kecil dihadapan Megat.

Megat mengambil sepotong demi sepotong mangga didalam pinggan dan dicicahnya ke dalam sambal yang telah disediakan. Berselera sungguh gayanya. Ain menelan air liur. Terasa air liurnya mengembang apabila melihat Megat memasukkan satu persatu buah mangga tersebut kedalam mulut.

"Megat. Berseleranya makan mangga tu. Mengidam ke apa?" Tengku Balqis menegur anaknya.

"Megat rasa nak makan mangga ja hari ni bonda. Tu yang Megat beli tadi." Megat menjawab sambil memakan satu persatu potongan mangga ke dalam mulut.

"Abang mengidam ke?" Ain ketawa kecil melihat teletah suaminya.

AIN memakaikan Daniel mengikut baju yang serupa seperti digunakan oleh Megat. Kelihatan comel sekali apabila Megat mengendongnya. Sempat juga mereka berswafoto sebelum mereka keluar untuk makan malam yang telah dirancang oleh Megat. Mereka bertiga juga mengenakan kasut sama yang dibeli oleh Ain sewaktu di Korea tempoh hari.

"Kita nak dinner dekat mana bang?" Ain bertanya kepada Megat yang sedang fokus kepada pemanduannya.

"Adalah. Mana boleh bagitahu sekarang. Kalau bagi tahu sekarang tak supriselah." Megat menjonketkan keningnya.

"Daddy tu dah kurang tabiat ke apa? Nak buat suprise-suprise dengan mummy pula." Ain berkata kepada Daniel.

Mereka bertiga tiba disebuah restoran yang terletak di ibu kota. Restoran yang menjadi tempat kegemaran Megat untuk makan malam sebelum dirinya berkahwin dengan Ain.

Megat mendukung Daniel sambil membimbing tangan isterinya masuk ke dalam restoran tersebut. Sebaik sahaja Ain melangkah masuk ke dalam restoran tersebut dia tidak menjangka akan siapa yang akan ditemuinya. Langkahnya terhenti.

Ratna dan seorang lelaki berwajah Inggeris langsung berdiri apabila melihat Ain dan Megat. Senyum gembira terukir diwajahnya seperti dia memang sudah menjangka kedatangan mereka bertiga.

Ain menarik lengan baju Megat.

"Abang betul ke kita nak makan dekat sini?" Suara Ain kedengaran separuh berbisik.

"Betullah kita nak makan dekat sini. Yang awak berbisik ni kenapa?" Megat mempamerkan wajah tanda tanyanya.

"Kita makan tempat lain ajelah." Ain sudah mengatur langkahnya untuk keluar dari restoran tersebut sebelum dihalang oleh Megat.

"Sayang. Please. Kali ni je." Megat seakan merayu tapi kedengaran tegas.

Sebenarnya Megat telah menjemput Ratna dan suaminya untuk makan malam bersama tanpa pengetahuan Ain. Dia mahu Ain tidak terlalu meyakini bahawa Ratna mahu mengambil semula Daniel dari mereka.

Megat bersalaman dengan suaminya Ratna sebelum duduk berhadapan dengannya. Ain tidak kelihatan selesa untuk berada disana ketika itu. Menyambut salam dari Ratna sahaja sudah membuatnya kelihatan kekok. Apatah lagi hendak makan malam bersama mereka.

"Oh. By the way, nama aku Jeffery Graham. Aku suaminya Ratna." Suami kepada Ratna memperkenalkan dirinya. Pelat Indonesia sangat jelas kedengaran dari pertuturannya.

"Kamu orang Indonesia?" Megat bertanya.

"Bapa saya orang Indonesia. Jadi anaknya juga keturunan Indonesia, cuma wajahku sahaja yang mengambil sebelah ibuku." Jeffery menjelaskan.

"Um. Ain apa khabar?" Ratna bertanya kepada Ain yang kelihatan tidak selesa bersama mereka.

"Okey. Alhamdulillah." Ain menguntum senyum terpaksa untuk menyembunyikan perasaannya sebenarnya.

Megat dan suami Ratna rancak berbual sambil menikmati makan malam mereka. Ain pula sekadar mengangguk sambil memerhatikan Daniel yang sekarang berada dibawah jagaan Ratna. Dia terpaksa menyerahkan Daniel kepada Ratna apabila diminta. Ratna kelihatan sangat gembira melayani Daniel. Apa lagi suaminya yang baru bertemu dengan Daniel.

"Ain. Nanti kalau free datanglah rumah kami. Bawa Daniel." Ratna tersenyum.

Ain hanya mengangguk untuk membalas pelawaan Ratna.

"Bisa aja. Lagipun aku selalu pulang lewat. Kalau isteri kamu datang melawat ke rumah kami, ada juga orang yang bisa temani Ratna dirumah." Jeffery menambah.

"Tengoklah kalau saya tak busy. Saya akan bawa Daniel ke sana." Ain mengangguk perlahan. Terasa berat untuk melafazkan kata-kata itu.

"Awak takut ke saya ambil Daniel balik?" Ratna melihat tepat ke dalam mata Ain.

Ain terdiam. Ratna dilihatnya seperti boleh membaca apa yang berada dalam fikirannya. Megat dan Jeffery juga turut berhenti berbual apabila mendengar Ratna berkata sedemikian.

"Ain. Daniel akan tetap jadi milik awak. Awak ibu dia. Walaupun saya yang kandungkan Daniel, awak lebih layak untuk menjaganya. Daniel anak awak dan saya takde hak untuk ambil Daniel dari awak semula." Ratna mengulas lembut rambut Daniel.

"I'm sorry Ratna. I afraid that you will take Daniel from me again." Ain menitiskan air matanya. Kesal dengan perbuatannya mengandaikan perkara buruk yang akan dilakukan oleh Ratna dan suaminya.

"It's okay. I understand how did you feel." Ratna memegang tangan Ain.

AIN kembali tenang seperti biasa. Hari itu merupakan hari gembiranya. Kesemua kerisaunnya sudah hilang. Dirinya asyik tersenyum sahaja sekembalinya mereka dari makan malam tersebut.

Megat mendapatkan isterinya dikatil mereka.

"Sayang okey?" Megat bertanya.

"Okey." Ain memandang wajah Megat.

"Abang. Thanks for tonight." Ain mengucup bibir Megat.

"Lain kali jangan fikir banyak sangat. Tanya dulu." Megat memberi nasihat kepada Ain.

Ain hanya mengangguk. Seulas senyuman diberikan kepada suaminya.

Malam itu, Ain menikmati tidurnya dengan aman sekali. Sempat juga dia menitipkan doa agar rumah tangganya sentiasa bahagia dan terhindar dari segala permasalahan yang mendatang.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku