Kupilih Hatimu
Bab 33
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
782

Bacaan






BAB 33

Ain memicit-micit kepalanya. Rasa loya ditekaknya semakin menjadi-jadi semenjak dua hari yang lalu. Wajahnya kelihatan sedikit pucat kerana terlalu kerap muntah-muntah. Dia berbaring diatas tilam untuk merehatkan dirinya. Moga sahaja rasa loya yang dialaminya berkurangan. Mujur sahaja Daniel masih tidur. Jika tidak, Ain terpaksa juga menguatkan dirinya untuk menjaga Daniel. Ain mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan bersebelahannya. Satu nombor didailnya.

"Hello. Abang." Ain membuat panggilan kepada Megat yang berada di pejabatnya.

"Hello sayang. How your days?" Megat bertanya

"It's getting worse lah abang. Asyik nak muntah je." Ain mengadu kepada suaminya.

"Sayang okey tak ni?" Megat kedengaran risau.

"Bawa sayang pergi klinik. Tak laratlah nak drive sendiri. Kepala ni pening sangat." Ain berkata kepada Megat.

"Okey. Sayang tunggu kejap. Lepas ni abang balik bawa sayang pegi klinik. Sayang rehat dulu okey. Daniel dah bangun?" Megat bertanya.

"Daniel masih tidur. Tu yang sayang dapat rehat kejap ni. Cepat sikit ya." Ain.

"Okey." Megat menjawab lalu menamatkan panggilan tersebut.

Megat terus pulang ke rumahnya apabila Ain memaklumkan kepadanya perihal dirinya yang tidak begitu sihat. Sempat juga dia berpesan kepada Idris supaya membatalkan semua mesyuarat bersama kliennya pada hari itu kerana dia perlu menemani isterinya ke klinik.

Ain bangun untuk membancuh susu buat Daniel yang sudah merengek setelah bangun dari tidur. Dibawanya Daniel diatas tilam dan diserahkan botol susu itu kepada Daniel sendiri. Daniel sekarang sudah pandai memegang botolnya sendiri dan tidak mahu dipegang oleh orang lain apabila dia menyusu. Ain hanya berbaring disisi Daniel sementara menunggu Megat datang.

"Sayang." Megat memanggil Ain apabila pintu bilik dibuka.

"Em..." Ain menjawab lemah.

Megat duduk disisi Ain. Diusapnya kepala Ain.

"Sayang okey?" Megat bertanya.

"Sikit." Ain menjawab.

Tiba-tiba Ain bangun dan terus meluru ke arah bilik mandi. Muntah lagi. Megat mendukung Daniel dan mendapatkan isterinya di bilik mandi. Diurutnya belakang Ain yang sedang muntah itu.

Mereka kembali semula ke dalam bilik.

"Sayang siap-siaplah. Kita pergi klinik. Teruk betul dah abang tengok sayang ni." Megat memeluk Ain dengan sebelah tangannya.

Ain hanya mengangguk perlahan.

Tidak lama selepas itu Ain, Megat dan Daniel sudah berada didalam kereta menuju ke klinik. Ain muntah beberapa kali sepanjang perjalanan. Wajahnya pucat tidak bermaya. Risau Megat dibuatnya.

Megat memimpin Ain ketika masuk ke dalam klinik. Daniel didukung dengan sebelah tangannya sahaja. Kebetulan anak itu tertidur ketika dalam perjalanan menambahkan lagi rasa beratnya ditangan Megat. Cepat-cepat Megat menyuruh Ain duduk supaya Daniel boleh diserahkan kepadanya dan dia boleh menguruskan pendaftaran Ain.

Tidak lama selepas itu, nama Ain dipanggil untuk berjumpa doktor. Megat dan Daniel duduk diruang menunggu memandangkan Daniel masih lena.

Megat mendukung Daniel untuk masuk ke dalam bilik doktor apabila namanya dipanggil juga. Keduanya duduk berdepan dengan seorang doktor Melayu bernama Salmah. Megat melihat ke arah Ain. Mukanya sedikit pucat kerana terlalu kerap muntah-muntah sejak tiga hari yang lalu.

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" Megat melihat wajah Doktor Salmah. Menunggu-nunggu jawapan yang akan didengarinya.

Megat menggengam erat tangan Ain.

Doktor Salmah menyandarkan tubuhnya dikerusi dan tersenyum lebar. Seperti ingin mengkhabarkan berita gembira. Ain juga turut tersenyum kecuali Megat yang masih tertunggu-tunggu jawapan darinya.

"Tahniah. Both of you will be parents again." Doktor Salmah tersenyum.

"Betul ke doktor!?" Megat seakan tidak percaya mendengar kata-kata dari Doktor Salmah.

"Betullah." Ain menjawab.

"Berapa bulan dah?" Megat kelihatan teruja apabila mengetahui Ain telah mengandungkan zuriatnya.

"Tiga bulan. Ni surat. Next month datang balik untuk cheack up." Doktor Salmah menyerahkan surat tersebut kepada Megat.

"Thank you doktor!" Megat tersenyum gembira kepada Ain.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Megat tidak henti-henti menunjukkan rasa terujanya. Macam-macam larangan sudah ditetapkan kepada Ain untuk menjaga kandungannya. Ain hanya menggeleng kepala apabila melihat perangai 'overprotactive' suaminya itu.

"Sayang rehat ya. Nanti abang buatkan makanan untuk Daniel. Lepas ni abang bawakan ubat." Megat menghantar Ain naik ke bilik mereka. Daniel dibawanya ke dapur supaya tidak mengganggu Ain yang sedang berehat.

"Daniel dah ada adik baru ya. Dah jadi abang ya." Megat berbual bersama Daniel di dapur sambil menyuapkan makanan kepada Daniel.

Daniel ketawa gembira.

"Abang..." Ain muncul dipintu dapur mendapatkan kedua beranak itu.

"Sayang buat dekat sini? Kan abang suruh rehat." Megat mendapatkan Ain dan mendudukkannya dikerusi.

"Ain nak air. Haus." Ain menunjukkan bekas air kosongnya kepada Megat.

"Kenapa tak panggil abang." Megat mengambil botol tersebut dan mengisinya. Cawan berisi air juga diserahkan kepada Ain.

"Abang dah bagi tahu dengan bonda atau mummy pasal Ain dah mengandung?" Ain bertanya.

"Belum. Ingat nak bagi suprise dengan diaorang masa birthday party Daniel nanti." Megat memberi cadangan.

Ain mengangguk faham. Suaminya itu memang suka membuat kejutan diluar jangka.

"Dahlah. Sayang pegi rehat. Nanti penat." Megat berkata kepada Ain.

"Yalah. Sayang nak naik atas lah ni. Nanti barang-barang dalam bakul dekat bilik laundry jangan lupa sidai. Sayang tak larat nak sidai pagi tadi." Ain memberitahu kepada Megat perihal tersebut.

"Baik mummy." Megat mengusik Ain.

Daniel menemani Megat sepanjang hari. Megat sengaja berbuat demikian supaya isterinya boleh berehat.

"Daniel buang air ya. Daddy cium bau ni." Megat mengangkat Daniel yang sedang bermain dengan permainannya dilantai.

"Memanglah. Busuknya." Megat membawa Daniel ke dalam bilik.

Ain sedang tidur ketika Megat masuk ke dalam bilik. Selesai sahaja menukarkan lampin Daniel, keduanya menyertai Ain diatas tilam.

Ain bangun.

"Hello." Ain menyapa Daniel yang sedang berbaring disampingnya.

"Budak comel ni buang air tadi." Megat memberitahu.

"Teman mummy lah lagi. Asyik main dengan daddy je. Boringlah mummy sorang-sorang dalam bilik ni." Ain membelai rambut Daniel. Dilihatnya Megat.

"Abang..." Ain memanggil suaminya.

"Ya sayang." Megat mengangkat keningnya.

"Nak sup ayam." Ain membuat permintaan.

"Nak sup ayam. Kejap lagi abang buat ya." Megat bingkas bangun dan meninggalkan bilik tersebut untuk menyediakan permintaan isterinya itu.

Ain membawa Daniel ke dapur untuk melihat suaminya. Tetapi setelah tiba didapur, bayangan Megat tidak kelihatan.

"Mana daddy kamu ni?" Ain melihat sekeliling dapur.

Ain membawa Daniel ke ruang tamu. Tidak lama selepas itu kedengaran deruman enjin kereta dari luar rumah. Megat masuk ke dalam rumah sambil menjinjit satu bungkusan ditangannya.

"Abang dari mana?" Ain memandang pelik suaminya.

"Eh! Sayang. Ingatkan sayang dekat atas tadi." Megat menyembunyikan beg plastik yang dibawanya.

"Abang bawa apa tu?" Ain bertanya.

"Sup ayam sayanglah." Megat berjalan ke arah keduanya.

"Sup ayam. Beli dekat kedai?" Ain bertanya.

"Rumah kita takda ayam. Abang lupa beli. Jadi nak cepat, beli dekat kedailah." Megat mengucup pipi Ain sebelum masuk ke dapur.

Setelah itu, dia muncul semula bersama semangkuk sup ayam buat isteri tercinta.

"Sedap tak?" Megat bertanya apabila melihat isterinya makan sup ayam yang dibelinya itu.

"Sedaplah. Dari kedai katakan." Ain menghirup sup itu dengan berselera sekali.

"Nantilah abang buat."

Megat duduk disamping Daniel yang sedang bermain dengan permainannya. Membiarkan Ain menikmati sup ayam tersebut.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku