Kupilih Hatimu
Bab 34
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
749

Bacaan






BAB 34

"Okey. Beri perhatian semua." Megat bersuara dengan tengah-tengah kelompok orang ramai yang dijemput hadir termasuk ahli keluarganya untuk meraikan hari lahir Daniel

Orang ramai memberi perhatian Megat. Mereka tertunggu-tunggu kata selanjutnya keluar dari mulut Megat.

"Saya hendak sampaikan satu berita penting bersama isteri saya yang tercinta." Megat menggenggam erat tangan Ain. Daniel didukungnya bersama.

"Untuk pengetahuan semua, kami telah berkahwin selama tiga bulan setengah dan dengan rasminya kami akan menjadi ibu bapa untuk kali kedua." Megat memberitahu khabar gembira tersebut kepada keluarganya.

Orang yang paling gembira mendengar khabar gembira tersebut ialah Tengku Balqis dan Datin Natrah oleh kerana mereka orang yang paling beria-ia untuk melihat Ain mengandung. Peluk cium dihadiahkan kepada Ain dari keduanya. Mereka menangis gembira mendengar berita tersebut. Apa yang mereka impikan telah menjadi kenyataan.

"Ain kena jaga kandungan ni baik-baik. Jangan buat kerja berat-berat tau." Tengku Balqis menitip pesan kepada menantunya.

"Insya Allah bonda. Amanah Allah ini Ain akan jaga sebaiknya." Ain tersenyum kepada Tengku Balqis.

"Daniel mana sayang?" Megat bertanya kepada Ain. Ditangannya sedang memegang botol susu untuk Daniel.

"Daniel dengan abang Aidil. Cuba tengok dekat luar." Ain memnujukkan arah laman rumah kepada Megat.

Megat berlalu meninggalkan ibunya berbual-bual bersama Ain. Dia mendapatkan Daniel yang sedang bermain ditaman permainan mininya bersama Aidil. Taman permainan tersebut telah dihadiahkan oleh Ratna dan Jeffery sempena hari lahirnya yang pertama.

"Anak daddy. Meh sini minum susu." Megat memanggil Daniel. Dia duduk dibangku halaman rumahnya.

Aidil membawa Daniel dan duduk disamping Megat.

"Boleh tahan juga kau ya." Aidil menyinggung Megat. Senyum terukir dibibirnya.

"Rezeki. Nak buat macam mana. Kau juga suruh aku  dapatkan adik Daniel cepat-cepat." Megat ketawa.

"Kau tu bila lagi nak mendirikan masjid. Lama sangat membujang, nanti takda yang berminat." Megat mengusik Aidil.

"Sabarlah. Nanti aku kahwin. Biar aku menikmati hidup jadi orang bujang dulu. Lepas tu baru kawin." Aidil menjongketkan keningnya.

"Apa-apalah Dil. Asal jangan jadi bujang terlajak sudah. Daniel pun teringin juga nak tengok pak cik Dil dia ada anak sendiri." Megat berkata.

Jeffery muncul dihadapan Megat dan Aidil lalu memperkenalkan dirinya kepada Aidil.

"Maaflah Ratna tidak bisa datang ke majlis ini. Dia tidak begitu sihat. Maklumlah sedang hamil. Ada-ada sahaja alahannya." Jeffery memberitahu perihal sebenar Ratna tidak menghadiri majlis tersebut.

"Takpe. Aku faham." Megat mempersilakan Jeffery duduk bersama mereka.

"Selamat ya untuk berita gembira itu. Tidak lama lagi Daniel akan punya dua adik." Jeffery merujuk kepada kandungan Ratna dan Ain.

"Begitulah nampaknya." Megat berkata.

"Nanti kalau hujung minggu ini, bisa dipinjam bentar enggak Daniel nya. Soalnya orang tuaku akan datang pada hujung minggu ini. Mereka pingin sekali bertemu anak kecil ini." Jeffery mengusap kepala Daniel yang tadi diserahkan oleh Aidil kepadanya tadi.

"Boleh takde masalah. Nanti aku cakap dengan mummy Daniel untuk packing barang-barang Daniel. Hujung minggu nanti kamu ambillah." Megat memberikan kebenaran. Ain juga tidak keberatan untuk membenarkan Daniel bersama Ratna dan Jeffery pada hujung minggu ini.

AIN menyusun pakaian Daniel didalam beg bagasi kecil yang selalu digunakan sekiranya mereka bertiga tidur di tempat lain. Ke semuanya ada tiga beg termasuk bagasi itu. Satu beg untuk barangan mandi dan lampinnya manakala satu lagi untuk susu dan makanan untuk gigi Daniel yang sudah mula tumbuh mengikut perkembangan usianya.

Ain memanggil Megat yang berada diruang tamu untuk menolongnya membawa beg-beg Daniel ke ruang tamu. Beberapa minit setelah itu, Jeffery tiba bersama Ratna untuk membawa Daniel bermalam di rumah mereka.

"Begnya banyak sekali. Ini kayaknya mahu diantara terus tinggal bersama kami ya." Jeffery berseloroh apabila melihat beg yang digunakan untuk meletakkan barangan Daniel.

"Biasalah budak-budak. Nanti kamu rasa sendiri bila ada anak nanti. Lebih-lebih lagi kami yang akan ada seorang lagi yang keluar nanti. Aku rasa kena guna kontena kargo untuk bawa barangan mereka." Megat dan Jeffery ketawa serentak.

"Terima kasihlah Ain sebab benarkan Daniel tinggal bersama kami hujung minggu ni." Ratna menggenggam kedua-dua tangan Ain dengan erat tanda terima kasih.

"Tak payahlah nak berterima kasih. Daniel kan anak kamu juga." Ain memberi senyum kepada Ratna sebelum Ratna dan suaminya berangkat pulang.

"Daniel jangan nakal-nakal dekat rumah ibu." Ain mengusap lembut wajah anaknya yang sudah berada di dalam kereta sebelum kereta yang dipandu Jeffery meninggalkan perkarangan rumah Megat dan Ain.

Ain dan Megat duduk bersantai sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah mereka sebelum telefon bimibit Megat tiba-tiba berdering.

"Hello." Megat menyahut panggilan tersebut.

"Ya. Kenapa auntie?" Muka Megat kelihatan serius.

Ain disampingnya memegang lengan Megat sebagai tanda ingin tahu apa yang dibicarakan oleh Megat. Seperti ada berita buruk disampaikan oleh si pemanggil.

"Inallillahwainallillahhirajiun." Megat berkata. Mukanya kelihatan sedih dan selanjur itu panggilan ditamatkan.

"Kenapa bang? Siapa yang meninggal?" Ain berasa berdebar untuk mendengar perkhabaran dari Megat.

"Sara." Megat menyebut nama Sara.

"Sara." Ain melihat Megat.

"She comide suicide. Her roomate jumpa mayat dia tiga hari lepas dia bunuh diri." Megat mula bercerita.

"Astafirullahhalazim. Siapa yang telefon tadi?" Ain bertanya.

"Ibu Sara. Auntie Mai." Megat memberitahu.

"Macam mana boleh jadi macam tu pula." Ain menyandarkan dirinya di sofa. Cuba memikirkan bagaimana Sara boleh melakukan hal yang dilarang oleh agama itu.

"Abang pun tak tahu. Tak sangka pula dia sanggup buat macam tu." Megat meraup wajahnya.

"Auntie Mai nak kita pergi rumah mereka." Megat memberitahu.

Ain hanya mengangguk untuk membalas.

Ain dan Megat tiba di rumah keluarga Sara seperti yang diminta oleh ibu Sara. Jenazah Sara dikatakan akan tiba sebelum Asar dan akan dikebumikan pada hari itu juga. Ibu kepada Sara ternyata sangat berdukacita dengan cara kematian anaknya itu. Ain cuba menenangkannya.

"Macam mana benda ni boleh berlaku auntie?" Megat meminta kepastian daripada ibu tunggal itu.

"Auntie tak tahu juga. Auntie ingat macam biasalah Sara tak call auntie dua tiga hari ini. Kadang-kadang sampai seminggu baru dia ada call auntie. Tapi dua tiga hari ni macam lain sangat sampailah auntie terima berita kematian Sara ni. Kawan dia jumpa mayat Sara mati tergantung dalam bilik. Auntie tak sangka Sara sanggup buat macam ni." Auntie Mai mengelap airmatanya yang tumpah.

Megat menggeleng kepalanya. Dia seperti tidak menyangka Sara bertindak sedemikian.

"Kawan Sara cakap, polis ada jumpa nota bunuh diri dari Sara. Sara cakap dalam nota itu, dia tak mampu lagi nak teruskan hidup dengan memori Suraya. Dia tak dapat nak terima hakikat yang Suraya takde lagi. Dia tertekan." Auntie Mai memberitahu.

Ain memandang Megat. Megat menghela nafasnya. Dia tidak sangka perkara ini akan terjadi.

Jenazah Sara tiba seperti waktu yang dijanjikan. Auntie Mai meminta supaya jenazah Sara dibawa terus ke tanah perkuburan kerana tidak mahu urusan itu dilengah-lengahkan untuk menutup aib semati. Megat turut serta membawa jenazah Sara ke tanah perkuburan. Ain yang pada mulanya ingin bersama ditegah oleh Megat. Dia meminta Ain supaya pulang dahulu. Megat akan pulang selepas acara pengebumian selesai.

"It's our fault?" Ain bersuara ketika bersama Megat didalam bilik tidur mereka.

"Dah takdir Sara mati macam tu. Kita nak buat macam mana lagi." Megat berkata.

"Kesian Sara. Hidup dalam memori lama sampai dia dah tak  sanggup terima lagi semua itu." Ain mengenang nasib yang menimpa Sara.

"Abang pun tak sangka Sara boleh terfikir untuk bertindak sejauh tu." Megat memalingkan tubuhnya supaya bertentangan dengan Ain disampingnya.

"Kesian auntie Mai." Ain memikirkan nasib auntie Mai yang telah kehilangan kedua-dua anak perempuannya.

"Semua tu dah ditakdirkan. Sehebat manapun kita menidakkannya kalau Allah SWT izinkan ia berlaku maka berlakulah." Megat mengingatkan isterinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku