Kupilih Hatimu
Bab 35
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 17 Februari 2017
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
492

Bacaan






BAB 35

Tengku Rais dan Tengku Balqis telah mengadakan majlis doa selamat bersempena Tengku Melissa yang sudah tamat belajar. Ramai kenalan keluarga tersebut menghadiri majlis tersebut. Mereka juga turut menjemput anak yatim dibawah yayasan Tengku Rais untuk memeriahkan majlis tersebut juga.

Ain duduk dikerusi sambil menjaga Daniel sementara Megat mengambil makanan untuknya. Sejak kebelakangan ini, dia cepat penat dan kakinya terasa sakit untuk berdiri lama-lama. Nafsu makannya juga membuak-buak hinggakan dia sanggup membangunkan Megat pada tengah malam untuk memesan pizza. Daniel sekarang sudah pandai berjalan sendiri. Jadi dia tidak perlu didukung selalu lagi kerana Daniel lebih suka bergerak bebas berbanding didukung oleh siapa-siapa.

"Sayang. Nah." Megat menyerahkan pinggan makanan kepada Ain sementara dirinya mengambil tugas Ain untuk menjaga Daniel.

"Abang tak nak makan sekali?" Ain bertanya.

"Nantilah abang makan. Sayang tu kena makan dulu. Nanti lapar pula sayang dengan baby dalam perut tu nanti." Megat mengusap perut Ain yang sudah kelihatan bentuknya.

Daniel berjalan mendapatkan Ratna dan Jeffery apabila keduanya memanggil namanya. Anak itu sudah mengenali ibu dan ayahnya.

"Bila bersalin?" Ain bertanya kepada Ratna.

"Kalau ikut due date, hujung bulan ni." Ratna memberitahu.

Ratna dan Jeffery turut dijemput ke majlis tersebut memandangkan Ratna adalah ibu kepada Daniel. Ini semua kerana Tengku Balqis yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan biarpun Ratna tiada hubungan dengan keluarganya. Tetapi oleh kerana Ratna ialah ibu kandung kepada Daniel, Tengku Balqis telah menganggapnya sebahagian daripada keluarga mereka.

"Hujung minggu ini kami mahu bawa Daniel jalan-jalan. Kamu berdua ikut sekali juga ya." Jeffery memberitahu perancanganya dihujung minggu ini bersama Daniel dan Ratna.

"Takpelah. Sebab mummy Daniel ni tak dapat berjalan jauh sangat. Cepat sangat penat. Lepas baby ni dah keluar nanti kita keluar sama-sama ya." Megat menolak perlawaan Jeffery.

"Oh okey. Tapi Danielnya dipinjam bentar ya." Jeffery berseloroh.

"Boleh aja." Megat membalas dalam pelat Indonesia hingga mereka ketawa bersama.

AIN merebahkan dirinya diatas tilam. Megat masih lagi berusaha menidurkan Daniel dari tadi. Ain membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa untuk berbaring. Semenjak kandungannya mencecah usia enam bulan, dia mendapati agak sukar untuk bergerak sekiranya dia berbaring dalam posisi yang salah.

Megat meletakkan Daniel diatas katilnya sendiri setelah anak itu terlena dalam dukungannya lalu dia menyertai Ain diatas kati mereka. Megat mengusap-usap perut Ain. Menurut kajian pakar, bayi boleh merasai belaian ayah mereka sewaktu dalam kandungan lagi dan perkara itu boleh mengeratkan hubungan ayah dan anak itu. Megat juga melakukan hal yang sama seperti yang telah diberitahu didalam kajian tersebut.

"Abang..." Ain memanggil Megat.

"Ya sayang." Megat menjawab sambil mengurut-urut belakang Ain.

"Besok kita pergi rumah Ratna nak. Kita hantar Daniel sendiri." Ain memberitahu keinginannya kepada Megat.

"Larat ke nak jalan jauh-jauh?" Megat bertanya.

"Laratlah. Bukan jauh sangat pun. Lepas tu kita singgah dekat restoran yang tempat selalu abang bawa sayang makan tu. Sayang teringinlah nak makan spageti dekat sana." Ain melihat wajah Megat dengan harapan.

"Ni bukan nak hantar Daniel ni. Ni sebenarnya nak pergi makan sebenarnya kan?" Megat tersenyum.

"Sambil menyelam minum air." Ain menjongketkan kedua-dua keningnya.

PAGI itu Ain dan Megat membawa menghantar Daniel ke rumah Ratna. Tetapi memandangkan hari masih awal, Megat bercadang untuk membawa Ain makan dahulu di restoran kegemarannya. Mereka akan menghantar Daniel selepas makan tengahari kerana tidak mahu menyusahkan Ratna untuk memasak makan tengahari untuk mereka apabila dimaklumkan bahawa mereka akan ke sana hari ini.

Megat memberhentikan keretanya dihadapan restoran lalu turun dengan segera untuk mendapatkan Daniel di tempat duduk belakang. Daniel dipimpin bersama oleh Ain dan Megat untuk masuk ke dalam restoran.

"Megat! Ain! Sini." Satu suara memanggil mereka.

Ain dan Megat memandang ke arah suara yang memanggil mereka. Rupa-rupanya suara itu ialah kepunyaan Chris Adam yang turut berada di restoran itu.

"Assalammualaikum." Megat menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Chris.

"Duduklah." Chris Adam menjemput Megat dan Ain menyertainya makan tengaharinya bersama seorang perempuan yang turut bersamanya hari itu.

"Ni siapa?" Megat bertanya akan kehadiran perempuan tersebut.

"Lupa nak kenalkan. Ni bakal isteri aku. Ayu." Chris Adam memperkenalkan perempuan tersebut.

"Ayu. Anak tok Siak!?" Ain bertanya Ayu yang duduk disampingnya.

"Betullah. Kita pernah jumpa ke?" Ayu bertanya kepada Ain. Wajahnya seperti mahu mengingati sesuatu.

"Ni Ainlah Ayu. Kita pernah sama-sama sekolah dulu." Ain kelihatan teruja.

"Ain. Cucu Haji Tamrin dengan Hajah Laila. Ya Allah. Lamanya tak jumpa." Ayu memeluk Ain.

"Awak dah banyak berubah dah sekarang. Dah lama tak jumpa. Saya lupa dengan awak." Ayu berkata.

Makan tengahari itu dipenuhi dengan imbauan kenangan silam Ain dan Ayu. Kedua-duanya mengimbau kenangan bersama. Chris Adam dan Megat hanya mendengar dan banyak memberi perhatian kepada Daniel yang sangat bertenaga berlari disekeliling restoran tersebut.

Sebelum Ain dan Megat meneruskan perjalanan mereka untuk menghantar Daniel ke rumah Ratna, Ayu telah menjemput Ain sekeluarga untuk menghadiri majlis perkahwinannya bersama Chris Adam. Majlis itu akan diadakan secara tertutup dan hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang akan dijemput hadir.

"Tak sangkakan perjalanan hidup kami macam ni." Ain berkata sambil membelai rambut Daniel.

"Siapa?" Megat tertanya-tanya maksud sebenar Ain.

"Yalah. Sayang. Chris. Ratna." Ain memberitahu maksudnya.

"Sayang perasan sesuatu tak?" Megat berkata.

"Apa dia?" Ain melihat ke arah Megat yang sedang memandu.

"Daniel." Megat menyebut nama anaknya.

"Kenapa dengan Daniel?" Ain mengerutkan wajahnya.

"Daniel ada tiga orang ayah. Tiga orang ibu. Abang baru perasan benda ni sekarang." Megat ketawa kecil memikirkan hal itu.

"Yalah. Dia ada daddy Megat dengan mummy Ain. Lepastu ayah Jeffery dengan ibu Ratna and abi Chris dengan ummi Ayu. Banyaknya." Ain menyebut satu persatu nama ayah dan ibu kepada Daniel.

Ain dan Megat hanya menghantar Daniel ke rumah Ratna kerana Megat ada hal kecemasan yang perlu diurusnya di pejabat. Jika tidak, pasti kesemua ayah dan ibu Daniel akan berkumpul pada hari itu keran Chris juga berhasrat untuk ke sana juga selepas menyelesaikan urusan kahwinnya. Ain memaklumkan kepada Ratna akan menjemput Daniel sendiri nanti supaya Ratna tidak perlu berulang- alik ke rumahnya untuk menghantar Daniel semula ke rumah.

Ain duduk didalam pejabat Megat sementara menunggu suaminya itu selesai mesyuarat. Dia membaca majalag yang diletakkan diatas meja pejabat tersebut. Hampir sejam menunggu, Megat membuka pintu pejabat untuk mendapatkan Ain.

"Sorry sayang." Megat duduk disamping Ain dan menggengam erat tangan Ain.

"Lamanya. Penat tau sayang tunggu." Ain menyandarkan kepalanya dibahu Megat.

"Sorrylah. Ada hal sikit. Sekarang dah selesai dah. Jom kita balik." Ain mengajak Ain pulang.

"Abang..." Ain memanjakan suaranya ketika dia dan Megat sudah berada didalam kereta tetapi belum memulakan perjalanan.

"Ya sayang. Kenapa?" Megat membelai lembut wajah isterinya.

"Sayang laparlah." Ain berkata sambil mengusap perutnya memberi tanda kelaparannya itu.

"Lapar lagi? Tadi dah makan spageti, kek, popcorn. Lepastu pesan dengan Idris buatkan oat. Sekarang ni nak makan lagi." Megat memandang ke arah Ain.

"Abang. Sayang ni mengandung tau. Kena makan dua kali ganda dari biasa. Bukan Ain saorang sahaja yang makan. Anak abang juga." Ain mencebik mulutnya. Minta dikasihani.

"Yalah tu." Megat memulakan pemanduannya.

"Abang..." Ain mennarik lengan baju Megat perlahan.

"Iye. Kita pergi singgah makan dulu. Sayang nak makan dekat mana?" Megat mula beralah dengan isterinya.

"KFC." Ain menjawab pantas.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku